Pages

31.12.11

Lulu Caldina Review Blog Saya

Oh, jalan-jalan pagi Sabtu terjumpa ni..




 So syaratnya adalah untuk beri sebab kenapa perlu Lulu Caldina review blog saya.

Emm..buat kata pendahuluan, di dalam entry ini tiada kata bodek untuk Cik Lulu, sebab ni 1st time saya ter-masuk blog Cik Lulu, so nak bodek pun saya tak tahu isi kandungan blog Cik Lulu..(psstt..ni pengakuan jujur). Oohh..way to go, confirm tak menang sebab kata2 intro pun dah berbaur negative.

Ada baca entry orang kata Cik Lulu ni blogger terkenal. Disebab-kan saya ni pun baru sahaja menceburi bidang ber-blogging, Lulu Caldina ni 1st time saya dengar. Lulu Kueh Nyonya saya tahu lah. Ada kiosk dekat Amcorp Mall. Mahal gilerrr, kueh cinonet je dah singgit lebih. Tapi oh sedapnya kueh lapis nyonya dia..

Haip, lari dari topic lagi. Orait, berbalik kepada soalan kenapa nak kena review..
  • Pertama, ini 1st time saya join pertandingan. Dan selama ni saya tak pernah menang. Ni bukan ayat kesian okay, tapi hakikat sebenar. Lucky draw pun tak pernah menang. Bayangkan pernah annual dinner, meja ada 10 orang, 8 orang dari meja saya nombor naik. Gila weh..either saya ni very unlucky atau 8 orang tu terlebih lucky lah.
  • Kedua, nengok ramai je orang join..kita pon sibuk la nak join sekaki. Btw tiada kena mengena dengan nama 'cik sibuk'.
  • Ketiga, sebab saya rasa blog saya cool giler. Mungkin bukan untuk budak muda mudi remaja, sebab blog saya tak ada snow flakes mahupun background lagu Korea. Tapi cool giler di-mata saya lah. Nak tunggu orang puji memang la tak dapat..so saya puji lah diri sendiri. So kiranya nak minta di-review untuk nak validate yang saya ni bukan syok sendiri.
Tiga reason aje cukup lah kan. Ni bukan karangan homework zaman sekolah ada syarat kena lebih dari seratus patah perkataan kan..

Btw kalau betul pun blog saya tak se-cool sepertimana saya rasa, takyah la terus-terang cakap tak cool eh. Kejam tau! sob sob. Bagi can la saya syok sendiri..heheeee

30.12.11

Operasi kemas almari baju 2011

Yeahhh..bersedia untuk mulakan tahun baru 2012 dengan almari baju yang kemas, teratur, sedap mata memandang.

Adehh..ni kalau mak mertua nengok, malu ai..
Baju2 yang makin lama makin menggunung. Nak kata banyak beli baju baru, takde jugak. On average beli baju baru sebulan sehelai aje. So kalau kira logic tambahan 12 helai baju patut takde la efek banyak kot dekat almari saya. Hmm..magik betul camne baju makin banyak lam almari..

Kalau ngikut Pareto principle (80:20 rule), kebanyakan kita selalunya 80% hanya pakai 20% aje baju lam almari kita tu. Tak paham? Hoh saya baca balik apa yang saya tulis pon macam konpius, berbelit2 ayat. Hmm, meh kita susun balik ayat. Lebe kurang macam most of the time (80%) kita ni ulang2 pakai baju yang sama aje (ie 20% dari stok baju kita). Baju2 yang lain, takat pakai sekali dua pastu buat menyemak almari je. Hoho, setelah grad lebih 10 tahun yang lepas ni la 1st time berjaya guna thory yang belajar masa lam kelas management dulu..bangganya, rasa macam nak tepon aje lecturer management accounting nak bagitau..

Banyak jugak baju yang test pakai balik, ya ampun..macam nangka kena bungkus! Sedihnya, dedulu boleh pakai baju saiz S. Sekarang ni kena pakai L. Tuan2 dan puan2, ikut lah macam saya. Jangan la nengok baju tu..pastu simpan balik dalam almari. Dengan harapan ‘takpe, nanti bila aku dah kurus nanti boleh pakai’. Buat sedih aje kalau next year buat spring cleaning, pastu masih lom cukup kurus untuk  pakai baju tu. Sob sob. Dan juga, agaknya ada 10% aje orang bertuah yang boleh pakai baju dorang masa zaman anak dara dulu. Dan sudah semestinya saya ni golongan 90% orang yang kurang bertuah. Hoh dulu boleh pakai jeans saiz 26, siap kena pakai belt lagi kalo tak londeh. Sekarang ni, seluar jeans dah masuk saiz tigapulohan (saiz angka sebenar dirahsiakan..). Banyak kali berlaku insiden dimana  lepas balik melantak dalam kereta kena bukak butang jeans, baru legaa perut ku boleh bernafas. Sob sob.

Ish, banyak pula kisah sedih..mengimbau kembali memori zaman silam ketika masih boleh pakai baju saiz S & seluar saiz 26..  T-T

Berbalik kepada operasi kemas almari..

Work in Progress
Longgok baju yang makin menggunung..
Saya bahagikan baju2 kepada 3 longgok; to keep, to donate/sell, to throw away. Yang kategori to keep, simpan, susun balik lam almari. To donate/sell..saya try list lah kat ebay, kalau laku jual lah. Kalau tak laku kang letak lam donation bin. Hoho jahat nya, bila tak laku baru nak donate. Ya saya mengaku saya insan yang tamak haloba. Ngeheheeee. 

Amik ko..sampai 5 beg penuh
Yang to throw away tu, makna sebenarnya adalah untuk masuk beg plastik hitam, pastu sorok lam stor. Sepah lam stor takpe, bukan sepah depan mata. Nak buang sayang, mana tau kot ada nak pakai buat jadi kain buruk ke. Ha ye la, sebab perangai sayang buang barang ni la stor saya pun dah macam tongkang pecah. Semua benda ‘simpan kejap’ lam stor. Nampak gaya kena buat operasi kemas stor pulak lah tahun depan..


Tadaaaa..hasil kerja keras 2 jam
Ha, kan sedappp mata memandang..

28.12.11

Senaman muka part I

Since saya ni dah lama meninggalkan zaman belia saya (oh sedihnya) kena la cari jalan supaya kelihatan muda remaja. Sebab saya bukan dilahirkan cun seperti Lisa Surihani ataupun Maya Karin, dan saya juga takmo suntik botox ataupun buat facelift, so cari lah alternatif lain untuk maintain kulit muka muda remaja..cececehh ayat intro tak boleh blahh..

Dibawah ada beberapa tip tip top. Pengakuan diri sendiri: Senaman2 ni saya cedok daripada e-book yang saya beli. Mahal tau kita beli, $20. Hohoho. Buku tu ada copyright, so takleh la copy-paste sewenang-wenangnya. Makanya saya alih bahasa lah ke BM. Writernya omputih so dia tatau lah saya cedok buku dia..ngheheheee. Oh btw tajuk segmen ni dalam buku tu adalah: 'Natural face-lift di rumah, tampak lebih muda dalam 17 hari'. Tak perlukan apa2 alatan, cuma kerajinan tuan2 & puan2 sahaja (hoh padahal kerajinan tu bab yang paling lomah)..

Dengan mengamalkan senaman2 berikut otot2 muka anda akan berkerja. Ooh, tau la ada lagu kata kalau senyum nanti nampak muda bla bla bla. Sama la konsep. Tapi nak senyum terlebih kang macam orang gila pulak. Even di rumah tersenyum sorang2 depan komputer pun terasa macam orang tak betul. Ooh..senaman berikut sesuai di-amalkan di rumah ye, jangan buat kat ofis pulak. Huduh rupanya.

Senaman # 1:
Nganga mulut sebesar boleh.
Kebaikan senaman ini adalah untuk membantu menegangkan leher & rahang.

Teruskan nganga selama 10-15 saat. Rehat 10 saat dan ulang 4-9 kali.

Senaman # 2:
Dongak-kan kepala dan 'tegangkan' dagu anda keatas sampai boleh rasa yang kulit bawah dagu tu menegang.
Kebaikan senaman ini adalah untuk menegangkan leher dan membuang double-chin.

Tahan posisi ini selama 10 saat. Rehat 10-15 saat dan ulang 4-9 kali.

Senaman # 3:
Bukak mata sebesar boleh. Sampai rasa nak terjojol lah mata tu.
Senaman ini membantu mengurangkan kedut2 keliling mata, sembam bawah mata dan menegangkan kawasan atas mata.

Teruskan bukak mata besar2 sampai 10 saat. Rehat 10-15 saat dan ulang 4-9 kali.

Senaman # 4:
Dengan keadaan mulut terbuka (bukan ternganga okay), ketap gigi anda. Pastikan semasa tengah ketap gigi tu leher anda terasa 'menegang'.
Senaman ini membantu membendung kulit kendur atau double chin bawah dagu.

Tahan posisi ketap gigi ni selama 10 saat. Rehat 10-15 saat dan ulang 4-9 kali.

Itu sahaja untuk part I..kita ketemu lagi ya di part II..

Majulah sukan untuk negara. Malaysia boleh!

27.12.11

Cerita bergambar

Hari yang sangat produktif. En Suami arini kerja tapi saya masih cuti. Kesian pulak la anak2 cuti sekolah tiap hari melangok depan tv. Plus saya pon dah penat duduk rumah macam mati kutu nak jugak kena keluar rumah. So lebih kurang kul 11 saya keluar lah bawak anak2 gi jejalan..

Masa nak keluar rumah cuaca nampak okay..tak terik sangat..

Since cuaca pun okay jalan kaki aje pergi shopping mall...
bukan dera anak okay, dorang yang request mintak nak jalan kaki..
asalkan korang separuh jalan tak komplen penat sudahla..

Bila dah sampai, first sekali makan lah dulu.
Penat oh jalan sampai setengah jam..

Btw ni bukan saya yang tak reti amik gambar, tapi makanan nye memang rupa tah hape2..
Orang kedai ni pun satu, kot ye pun kiddies meal buat la elok2 sikit..
Dalam menu elok aje rupa set meal dia. Nasib baik la rasa lagi sodap dari rupa

Lepas jalan2 masuk kedai..
sambung makan lagi..snek untuk recharge tenaga

Setelah dah tak larat 4 jam melayan kerenah anak2 yang nak masuk semua kedai dan semua benda nak beli..
kita pun berangkat lah pulang..duduk kedai lagi lama bole bangkrap kalu..

Masa nak balik nampak macam mendung..
oh memang tak larat lah nak berlari2 dalam hujan..
dengan nak ngangkut barang lagi.
memang tak dapat lah..

So balik lah naik bas..
hoh, tunggu bas aje dahnak stengah jam  :(
kalau jalan kaki pon dah sampai rumah (btw tak hujan pun last2)

Sampai rumah teruja terus main game yang baru beli..
Trouble version Smurfs
Dah lama tak main board game. Budak2 ni asyik la main video game kat tv.
Rasanya lagi best kot main board game reramai daripada layan video game
 Itu sahaja aktiviti hari ini. Tadi terasa macam sungguh produktif. Ni bila buat jadi entry macam tah hape2 pulak. Oh lepas balik jalan start masak dinner. So kiranya produktif jugak la arini..heheee

Hmm..terasa macam baca buku cerita bergambar budak umur 3 tahun daa..



26.12.11

Buttery Yeast Rolls

Ni dah buat minggu lepas dah, tapi asyik la lupa nak buat jadi entry.

Memang cari resepi roti jenis yang dorang serve kat steakhouse macam kat Victoria Station tu. Roti yang dorang serve lepas amik order. Sedapp, tapi selalunya dapat seketul sorang aje. Nak mintak lagi malu...so macam saya ada anak 2 kengkadang dapat la makan anak punya. Tu dedulu la time dorang lom pandai makan. Tapi sekarang ni boleh jugak buat alasan mintak tambah roti sebab anak yang nak makan. Heheeee..

Kasihan, oven saya bakar tak sekata..ada area gelap, ada area cerah
Okay, dah sediakan pen dan kertas? Resepinya adalah seperti berikut ya ibu2..

Bahan-bahan
1/2 cup air
1/2 cup susu (suam)
1 biji telur
1/3 cup butter atau planta
1/3 cup gula
1 sudu teh garam
3 3/4 cup tepung gandum (bukan tepung roti)
1 paket yis segera (ataupun 2 1/4 sudu teh)
1/4 cup butter atau planta - cairkan (untuk sapu atas roti)

Cara-cara
1) Campak semua bahan2 (kecuali ingredient yang last - butter) lam bread machine.
2) Pilih setting untuk doh.
3) Bila doh dah ready, bahagikan doh kepada 20 - 24 bahagian. Bentuk-kan bulat2 macam kuih pau. Susun dalam pan yang dah di greased.
4) Sapu butter/planta cair atas bola2 doh.
5) Tutup doh dan biarkan sampai naik - lebih kurang sejam.
6) Bakar roti dalam oven pada suhu 190 celsius. Lebih kurang untuk 15-18 minit.
7) Bila dah keluarkan dari oven, sapu lebihan butter/planta cair atas roti.


Masa bentuk-kan doh saya letak grated cheese kat tengah2
Hasilnya, memang lembut banget. Sebijik okay macam yang dorang serve kat restoren (ni kata suami saya lah). Dan yang paling saya suka, besoknya pun masih lembut. Selalunya roti yang buat sendiri ni besok jadi keras macam batu, kena hangat balik baru bole masuk tekak. Yang ni besok petang keras sikitt aje, tapi masih boleh makan tanpa perlu re-heat balik.

Untuk sesapa nak tengok resepi asal, leh click sini.

Cabaran Gambar

Patutnya project ni nak start tahun baru 2012 (azam baru la kekonon). Tapi sebab hari ni bosan sangat tatau nak buat apa, so start hari ni lah.

  1. Setiap hari ahad (okay, tau dah terlewat sehari..semalam lom start bosan) saya akan buka Dictionary.com dan ambil word of the day.
  2. Selepas dah publish word of the day, saya akan cuba tangkap gambar yang ada kena mengena dengan word of the day tu. Sebagai contoh, word of the day for Dec 25th adalah 'hiemal' yang bermaksud 'Of or pertaining to winter; wintry'. Direct interpretation nya adalah gambar snow la kan? Tapi boleh juga ambil gambar ais kepal, gambar ABC, gambar cotton wool, atau apa2 lah yang berkenan di hati. Sukahati lah kan..dah nama pun own interpretation.
Btw ini bukan idea kreatif saya, banyak dah website omputih buat benda ni. Slalu dorang panggil photo hunt. Nak try join yang melayu punya, google tak jumpa lak. Kot aku ke yang tak reti google? hmmm...
Since tak jumpa yang local nak join, buat sendiri aje la.

Kenapa nak buat ni lak?

Saya ada kamera, tapi takde guna sangat. Jarang2 sangat guna. Kumpul habuk aje lebih. Bila dah start buat blog, baru la keluarkan kamera, tu pun takat amik gambar sikit2 aje la. So harapnya dengan buat photo challenge ni saya akan lagi rajin amik gambar dan guna semua functions lam kamera (bukan auto mode aje okay..heheee). Kiranya nak kasi balik modal lah, ada kamera tapi jarang2 guna, sayangnya..

Oh saya bukan pakai kamera DSLR pun. Kamera biasa aje. Dedulu masa nak beli kamera, ada gak nengok2 DSLR, tapi bila orang kedai tu kata kalau beli DSLR ni kena invest beli lens2 yang berharga beribu2 ringgit, hmm..mintak maap aje la. Dah la badan DSLR tu mahal, nak kena beli lagi aksesori2 yang memacam. Dah la tak reti guna. Rugi aje kalau ada DSLR tapi guna auto mode. Plus saya tak sanggup nak mengangkut DSLR yang berat & bagak tu merata2 *dasar pemalas*

So..sesiapa yang nak join saya, boleh click dekat tab 'Challenge Gambar' untuk nengok apakah cabaran gambar yang tengah open. Ni suka suki aje, bukan pertandingan, takde hadiah pun. Plus ni bukan orang minat gambar aje bole join. Takyah tertonggeng2 amik gambar macam professional photographer okay. Gambar pakai kamera phone pun boleh. Sukahati...point & shoot camera, DSLR, phone camera, polaroid, apa2 la..

Buat masa ni saya rasa saya lah satu2 nya peserta. Kesian, syok sendiri nye challenge. Tapi buat sesiapa yang nak join saya, boleh lah buat gambar anda tu sebagai entry, dan tinggalkan link entry tu sebagai komen. Nak gak nengok apa interpretation orang lain pasal word of the day tu..

25.12.11

Christmas?

Hari ni nengok banyak gak orang post ni kat facebook..


So instead kita boleh ucapkan happy holidays sahaja lah. Kelmarin kan last working day before Christmas. Ofismate yang lalu meja saya akan singgah & cakap Merry Christmas to you & your family, dan jawapan saya Happy Holidays to you too. Macam pelik bunyi. Kalau ni ujian lisan mesti dah kena tolak markah sebab macam tak jawab mengikut tema. Tapi kengkadang ada la terlepas jawab Merry Christmas to you too. Oops..

Malas dah nak explain kata saya tak celebrate Christmas, kalau dorang ni peka mesti dorang pun leh tau saya tak celebrate Christmas sebab saya pakai tudung. Tapi agaknya zaman sekarang ni Christmas pun macam bukan perayaan agama, tapi lebih kepada syok2 dapat public holiday aje. So nak bersangka baik dorang bila wish Merry Christmas tu takde niat agama apa2. Hmm..


Semalam kakak cleaner datang rumah bagi Santa Cookies untuk anak2 saya.
Kitorang ni ada rupa celebrate Christmas ke..ish.
Sengih cakap terima kasih aje la, takkan nak pulangkan kot..
Bestnya long weekend..

24.12.11

Jalan-jalan cari teman

Arini sangat gigih ber-blogwalking. Gunakan alasan long weekend untuk tangguh kerja rumah yang melambak2 lom siap. Lagi best rasanya nak bermalas-malasan, buang masa, kumpul lemak depan komputer. Apa lah sangat baju kotor sebakul besar, baju lom simpan ada 2 bakul, almari baju bersepah..tu semua takpe..besok2 boleh buat. Kata cuti long weekend. Haih, kalau alasan nak justify sifat pemalas memang paling tera!

Ohh..ter-side tracked pulak. Memang selalu hampir lari topic. Tak fokus, patut la kat sekolah dulu cikgu selalu marah :(

Okayy..berbalik kepada topic blog walking. Orang kata kalau kita nak ada follower kita kena la rajin blogwalking. Ye ke? Ye la kot. Tapi kenapa nak kena gak ada follower? Ni saya pon tatau, tapi best kot bila nengok follower kita banyak. Bajet glamer. Heheee. Saya ni tak la ada follower banyak, sikit je. Bagi saya ada follower ni macam kira kumpul kawan. Ye la, di dunia realiti tak ramai kawan, kena carik kawan siber lah. Cececehhh..ayat kesian pulak. Maybe orang lain rajin blogwalking & promote blog sebab nak iklan nuffnag di-click? Saya tak kot, sebab blog saya iklan-free. Dan saya akan maintain iklan-free, tatau la kalau zaman akan datang blogger ni wajibkan kena letak iklan.

Sebelum ada blog sendiri, selalu jadi silent reader aje. Tapi sekarang, kalau entry orang menarik saya mesti tinggalkan komen. Sebab saya tau betapa bestnya perasaan kalau ada orang komen entry kita. Berbesar hati okay. Blogwalking tu kalau boleh bukan keje jalan2 pastu takat tinggal mesej kat shoutbox. Kalau boleh baca dan tinggalkan la komen dekat entry jugak. Tapi saya kadang2 tak tinggalkan komen jugak. Sebab kadang2 tu bukak blog, pastu semua entry tuan rumah lebih kurang jenis2 entry 'i love my boyfriend..i miss my boyfriend..'. Haih, cam gini aku nak komen ape. Takkan nak tulis I miss you too. Dah la tak kenal. Biasanya ni blog budak2 muda remaja la. Saya dah tua, agaknya sebab tu la tak paham kot.

Tapi dah lepas ber-blogwalking beratus-ratus blog (hohoho..nampak sangat takde life), saya pelik takde langsung jumpa blog orang yang saya kenal. Takde satu pun! Oficemate ke, schoolmate ke, kawan sekampung ke..zero okay! Tatau la antara saya ni tak banyak kawan, ataupun semua orang yang saya kenal takde buat blog. Pelik tul..

Btw blog saya tak akan letak gambar muka tuan rumah, ataupun nama sebenar. Kita maluuuu..ngehnghengeh. Nanti la, bila dah ada follower 10k orang, akan kubuat entry bertajuk 'Siapa Cik Sibuk'. Hahaha..memang berabad la nak dapat 10k follower.

23.12.11

PopZecret popup card

Aritu order popup card, ingatkan nak bagi untuk kakak kawin. Order awal December, dah mid December kad tak sampai2 pulak. Woohh..kita dah ingat posmen ni curik surat agaknya. So beli kad biasa2 aje kad kedai, sebab ingat surat dah ilang dalam pos. Alih2 awal minggu ni baru sampai. Posmen busy kot, Christmas season tu yang lama benar nak sampai dari Thailand 3rd Dec sampai kat ofis saya 21st Dec. Tulis airmail, tapi lambat macam naik tongkang bawang.

Surat yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai jua
Envelope untuk kad (belakang)
Envelope (depan)
Kad (depan)
Kad (dalam)
Comelll...bila bukak kad penuh, bride & groom tengah kiss
Pandangan sisi
Alololo..comel banget kad tu. Sayangnya tak sempat nak bagi kakak saya. Save untuk bagi orang lain kahwin la nampak gaya.

Sesapa nak beli, boleh tengok kat Etsy. Kad2 yang lain pun comell..
Btw kalau tengok kat Esty dia bride & groom tu gumok sikit. Saya request suh dia buat pengantin yang selim sikit..

Selamat pengantin baru

Saya ingin mengucapkan tahniah & selamat pengantin baru kepada kakak saya, yang akan bernikah pada hari ini. Semoga dapat menjadi isteri terbaik & senantiasa berbahagia ke akhir hayat.

Ingat daku dalam doamu.

Macam segmen tuju lagu lam radio pulak.

Sekian, terima kasih.

22.12.11

Whateverrrr...

"Whatever" voted most irritating word in poll

(Reuters) - Whatever you think about using grating words, at the end of the day it's actually better not to say whatever, if you know what I mean.
For the second consecutive year "whatever' topped a Marist poll as the most annoying word or phrase in the English language.
Nearly 39 percent of 1,020 Americans questioned in the survey deemed it the most irritating word, followed by "like" with 28 percent and the phrase "you know what I mean' at 15 percent.
"Perhaps these words are introduced through popular culture, for example movies ... so they catch on," said Mary Azzoli, of Marist. "It has a lot to do with how accepted and how popular they become in every day speech."
Azzoli said words like "whatever" can be quite dismissive depending on how they are used.
"It's the way they are delivered and inherent in that delivery is a meaning.
The phrase "to tell you the truth" and "actually" were also unnerving to many people. But for younger Americans, aged 18 to 29, "like" was the word that annoyed them most.

Ni cerita dah beberapa bulan yang lepas, tapi sebab ada keluar cerita kat atas tu ni baru teringat boleh buat jadi post. Masa tu saya tengah bercakap dengan anak perempuan saya, tetiba anak saya jawab ‘whateverrrr’ (sila sebut dengan nada annoying okay). Haih! Terus saya tanya; mana pulak belajar cakap whatever ni? Dia kata cikgu ngaji dia cakap ‘whateverrrr’ masa dia bercerita dengan cikgu ngaji.

Waaahhh..geramnya saya dengar. Tapi takleh geram dekat cikgu ngaji sebab mana la tahu kalau entah2 anak saya yang buat cerita. Nak tanya cikgu ngaji pun tak reti camne, btw kalau tanya pun dah tentu la dia kata takde kan. Memang ajaib la kalau orang nak mengaku. Tapi di sudut hati saya yang kecil ini still masih ada rasa tak puas ati. Ye la kalau betul dia cakap cam gitu, tak patut betul. Kalau la betul pun anak saya membebel tak habis2, dengan budak umur 6 tahun pun nak cakap whateverrrr ke? Dah la awak tu bakal cikgu, kalau tak larat nak melayan budak2 jangan la pilih bidang yang ada kena mengena dengan budak2..Haishh kan dah emo tetiba..

Memang perkataan whateverrr ni tak sesuai okay nak dituturkan. Dah 2 tahun berturut menang award perkataan paling annoying. Hmm, kalau dalam BM orang cakap ‘whatever’ ni lebih kurang macam jawapan ‘apa-apa aje laaa’..huh, memang sakit hati kot kalau dapat jawapan cam gitu.

Btw jangan tinggalkan komen kata 'whateverrr...'. Kejam okay. Heheee

20.12.11

Salam laga pipi

Haihhh..siapa la yang pergi start budaya salam laga2 pipi ni. Saya paling benci okayy. Sebab kadang2 tu akan jadi situasi yang agak pelik. Saya kan anti-social. Tapi kengkadang tu join la jugak aktiviti2 kawasan setempat saya. Pastu bila semua orang nak balik..sesama dorang, dorang salam la laga2 pipi ni. Tapi bila turn nak salam saya, dah tak sure nak laga pipi ke..takat salam biasa aje. Awkwarddddddd

Ataupun, ada jugak yang terlebih mesra nak jugak salam laga2 pipi dengan saya. Tapi sebab saya tak reti, kang tersalah hulur pipi. Okay, saya tak tahu patut laga pipi mana dulu, kanan ke kiri. Lepas tu tak tahu nak laga berapa kali? Kanan, pastu kiri sahaja ke..ataupun kanan, kiri, balik ke kanan? Tu yang kengkadang boleh sampai ter-eksiden tercium pipi. Awkwardddddd

Saya ada my own personal space, so bila orang yang tak kenal ni nak peluk2 laga2 pipi ni saya agak reluctant lah. Lagi2 kalau tengah pakai tudung recycle yang dah 3 kali pakai lom cuci lagi, saya rasa conscious. Takut aje kang orang bau masam, padahal entah2 takde pun..sebab sebelum keluar dah sembur perfume banyak kali. Hehee

Rasanya budaya salam laga2 ni daripada orang arab kot. Dan start zaman millennium ni aje la. Sebab rasanya masa saya sekolah dulu takde pulak salam laga2 pipi ni. Ni setengah orang bila laga pipi siap ada sound efek lagi. Muah, muah. Ish.

Tapi untuk yang suka buat tu takpe la kot. Lagi mesra katanya. Ehhh saya bukan kata tak boleh buat, atau tak patut buat. Saya aje yang personally kurang gemar aktiviti laga2 pipi ni.

Kalau sesame korang nak laga pun, laagaaa lah. Asalkan jangan laga pipi dengan lain jantina sudah laaa…itu bukan saya marah, Allah yang marah tau. Heheeee.

18.12.11

Kanak-kanak riang ria Ribena

Hari yang sangat memenatkan untuk parents2 yang ada anak..bila buat Birthday Party. Nasib lah party kitorang pun tak berapa besar, cuma ada 18 jemputan sahaja. Tapi dengan 18 budak2 (20 orang termasuk anak2 saya) pun dah pening kepala.

Birthday party combine abang & adik, sebab birthday pun selang sebulan sahaja. Plus abang nak buat birthday party taknak jemput satu kelas, takat nak jemput kawan rapat dia 6 orang sahaja. Tempat tu minimum party untuk 10 orang, so combine la dengan birthday adik bagi ramai sikit. Ni 1st time saya & suami organise party. Buat sendiri dari booking, hantar invitations, terima rsvp, sambut tetamu, layan budak2 makan sampai la ke penghujung majlis serahkan balik tetamu2 kecil tu kepada parents dorang. Nasib la combine dedua anak satu party, tak sanggup kot nak buat benda yang sama 2 kali setahun. Malam tadi pun tido tak lena, risau takut orang tak datang, budak2 tak enjoy..memacam la. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Party 2.5 jam pun tak terasa, laju je masa jalan.
 
Happy tengok guests semua seronok, main sakan sampai makan pun laju2 aje sebab nak gi sambung main. Ada kawan anak yang cakap best birthday party ever. Iyo la tu, budak2 ni asal party memang la semua kata best.

Antara gambar2 masa party..
 
Mini carousel


10 pin bowling
 
Arcade games
 
Adventure playground
 
Air hockey
Dan part yang anak2 saya paling suka sekali..


Hasil kutipan hari ini..heheee
 

17.12.11

Boss kusayang part II

Haih, memang nasib badan ada orang dapat boss yang sporting giler, backup staff, hati suci murni, bla bla bla. Tapi untuk sesetengah orang pulak dapat boss yang tak peduli kebajikan staff, 24 jam PMS, kerah tenaga pekerja macam ingat kita ni buruh paksaan bina track keretapi zaman jepun.

Saya memang nasib baik dapat boss yang dari katagori pertama (walaupun kadang2 saya ada jugak time dalam hati menyumpah boss sebab boss saya suka taichi kerja), tapi ada kawan saya kesian..dapat boss yang tak peduli kebajikan staff. Disuruh kerja sampai malam, kalau balik on time kena perli, disuruh buat kerja tah hape2, dan yang paling frust kalau boss komplen kalau kita terpaksa balik awal/tak masuk kerja sebab anak tak sihat..

So entry ini ditujukan kepada kawan saya, dengan ucapan jangan tension2 selalu..ngehngeheheeee

Okeh, ada 2 general rule kalau bekerja:
Rule number 1: The boss is always right
Rule number 2: If the boss is wrong, refer back to rule number 1

Haihh..tak membantu langsung la kan? Tapi memang betul..walau betapa buduhnya boss tu, susah nak menang kalau anda nak lawan boss sendiri. Ada saya terbaca tah kat mana ntah, kalau tak puas ati dengan boss anda..takyah la pergi komplen kepada HR department. Tak guna, sebab HR department ni kerja dorang untuk protect company, bukan protect staff (whoaa..marah orang kerja HR kalau baca ni). Tapi ni saya bercakap dari pengalaman tempat saya bekerja lah. Dan HR department tempat saya memang fungsi dia macam gitu. Kalau ada masalah dengan boss, selagi boss tak melanggar peraturan kompeni, HR takleh buat apa2. Paling2 pun nanti HR bagi kaunseling kat boss anda. Iyooo la tuu..

So apa nak buat nih? Nak gi komplen kat HR takleh, nak dok mengadap muka boss dah tak sanggup. Hati ni membara berapi marah meluap2 bila nengok muka boss yang hensem macam cicak kubin tu. Nasihat standard saya adalah untuk pasrah dan sila bersabar, sabar itu separuh dari iman. Nak bagi nasihat luar biasa otak tengah tepu lak, makan nasi minyak banyak sangat ni tadi. So sekarang mode nak tido sudahhh..heheee.

Emm..sebenarnya dah pernah buat entry pasal benda ni dulu. So sila la rujuk entry saya yang lama ni ye. *mode malas*

Sekian, terima kasih.

BFF?

Dalam dunia ni, banyak jenis manusia & ragam. Sebab ada banyak jenis ragam ni la saya suka jadi anti-social. Senang, takyah deal dengan ragam2 tu semua. Kalau tengah jalan dalam mall, nampak orang macam kita kenal saya akan terus konar masuk kedai ataupun jalan straight menonong untuk avoid eye contact. Oohh kesiannya, nampak sangat saya ni loser tak ada life..sob sob

Berikut adalah 3 jenis kawan yang tak bagus untuk dijadikan BFF, takat kalau kawan gitu2 aje boleh la.. (ataupun untuk nak kasi list friend kat Facebook nampak banyak sikit..)

Talam dua muka (atau lebih) 
Si Polan ni, bila depan A..dia kutuk si B. Tapi bila depan B dia kutuk si C. Pastu bila weekend ajak A, B & C gi spend time as BFFs gi shopping cari kasut baru. 
Ni bahaya ni, depan kita sikit punya baik, belakang kita tah apa yang dia kutuk pun tak tau. So kalau ada kawan cam gini, sila lah berhati2. Kalau kerja dia mengutuk belakang member sendiri, ada harapan besar anda pun dia dah kutuk belakang jugak. 
Minah Gossip (tak sama macam cerita Gossip Girl) 
Kebanyakan gossip dia akan bermula dengan..'Eh ko ada dengar tak..' dan berakhir dengan..'tapi yang aku cakap ni, jangan bagitau sesiapa tau..'. 
Haishh..memang mulut rabak takleh simpan rahsia. Sila jangan confide apa2 dengan dia..kalau tak berpotensi tinggi rahsia anda pun jadi bahan gossip jugak. 
Suka pau (bukan yang suka makan kueh pau) 
Pau rokok ke, pau makan ke, pau barang ke..semua katagori lah. Istilah 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa' tak wujud dalam kamus hidup dia ni. Dia nak merasa aje..tak ada memberi. Paling sakit jiwa kalau dah sampai takde cakap terima kasih pun! Kalau ada member macam gini..dah takyah la baik hati benar buat statement: takpe saya bayar dulu, kang balik ofis kita kira etc. Memang confirm dia buat tak reti aje. Kita lak segan nak claim. Last2 sakit jiwa, komplen kat blog.. 
Untuk mengelakkan sakit jiwa..dah takyah la keluar makan ngan orang cam gini. Takpun gi bayar asing2. Ataupun anda pulak la sekali sekala pau dia. heheee
Penutup kata, kawan ketawa melambak2..kawan sama menangis susah dicari..chewahh, peribahasa dah  keluar - walaupun rasanya peribahasa tu macam tak berapa tepat, main bedal aje. Malas nak Google check. Ngehgeheee

16.12.11

Tomyam sirap

Tomyam yang manis macam sirap

Tadi pergi kedai makan siam, order la tomyam. Masa order kecur dah air liur terbayang tomyam pedas, masam..sedapnyeee. Alih2 bila sampai, tomyam manis macam sirap. 

Macam ni sedap lagi aku masak kat rumah pakai kiub tomyam knorr aje. Frust betul lah..
:(

I have the sniffles..

Hari ni tak pergi kerja. Dari petang semalam badan dah rasa macam tak sedap. Malam tadi hidung dah tersumbat, bersin2 dan mata macam dah start berair. Bangun pagi memang confirm kena selsema. Ooh..saya paling benci kalau kena selsema…yang paling stress sebab asyik la lap hidung sampai nanti kulit keliling hidung kering & megelupas..pastu kang kena taruk moisturiser banyak2 kat hidung sebab geli nampak kulit kering kat area hidung tu..

Peneman saya dikala selsema..tisu & remote control tv

Sebab weekend ni ada buat birthday party anak2, saya nak kena make sure saya sihat walafiat sebelum Ahad. So saya pun membuat kajian di Google untuk cari home remedy macam mana nak kasi selsema ni baik cepat. Macam biasa la, semua orang tulis suruh minum air banyak, amik vitamin C, rehat secukupnya..bla bla bla..

Tapi berkat kegigihan saya membuka berpuluh2 website, ada la jumpa beberapa fakta yang tak pernah tahu..dan quite interesting jugak la untuk dikongsi bersama..

  • Bila kita blow out hingus, jangan blow out kuat sangat. Dikhuatiri nanti kuman masuk dalam ear passage, nanti sakit telinga pulak pulak. So cara untuk blow hingus yang betul: Tutup sebelah hidung dan gently blow sebelah hidung lagi satu. Bila dah tulis dalam BM bunyik macam pelik..meh saya copy paste ayat asal dalam English:

Blow your nose often, but do it the proper way. It's important to blow your nose regularly when you have a cold rather than sniffling mucus back into your head. But when you blow hard, pressure can carry germ-carrying phlegm back into your ear passages, causing earache. The best way to blow your nose is to press a finger over one nostril while you blow gently to clear the other. http://www.webmd.com/cold-and-flu/cold-guide/cold-remedies
  • Kalau tak ada tisu, bersin/batuk dekat siku. Kalau tutup dengan tangan, kang kuman melekat dekat tangan & anda akan transfer kuman tu kat benda yang anda pegang. Kalau siku tu kurang la sikit, kecuali la kalau ada orang nak ngesel2 manja dekat lengan anda kann..
  • Tukar berus gigi. Sebab kuman2 tu nanti melekat dekat berus gigi, kang sakit balik. Ni maybe untuk kes orang yang kejap2 asyik sakit.
  • Tidak dinasihatkan naik plane kalau ada flu/cold. Sebab nanti gegendang telinga sakit sebab tukar air pressure. Bukan kata tak boleh langsung tau, sila Google untuk maklumat lanjut.
  • Kurangkan exfoliate muka masa tengah selsema. Sebab masa tengah selsema kita selalunya dehydrated, so kalau pakai facial scrub (contohnya) nanti kang kulit lagi nampak kering & mengelupas.
  • Avoid makan/minum dairy products contohnya air milo. Katanya nanti mucus lagi banyak & hidung nanti makin tersumbat. So 'minum milo anda jadi sihat dan kuat' tak berapa boleh pakai la time anda tengah selsema..heheee
Dan hampir semua website yang saya bukak suruh makan chicken sup. Haish, chicken soup la paling tak suka. Tapi selama ni makan chicken soup versi melayu macam sup nasi ayam tu. Maybe kalau chicken soup versi omputih lagi sedap kot? cehh, poyo ajee..hehheeee

Tengok la kalau rajin kang boleh la try masak chicken soup. Tapi resepi nya semua panjang berjela2, bahan2 pun takde kat rumah..memang confirm takde semangat nak try masak chicken soup. Nampak gaya option yang ada makan soup cap Campbell aje la..takpun mee maggi ayam aje (sebab kat rumah pun takde soup Campbell)..oohh..sedihnya. Tambah sedih sebab teringat masa kecik2 dulu kalau sakit kang mak masak bubur..sob sob...

15.12.11

Parmesan Baguettes



Resepi asal: Baguettes with sesame seeds. Saya tukar sesame seed dengan shaved parmesan cheese.
Sumber resepi: Buku resepi yang ada dalam kotak breadmaker

Bahan2 (untuk 4 baguettes):
Air - 185ml
Garam - 3/4 sudu teh (tukar 1/2 sudu teh kalau letak parmesan, masin la pulak nanti)
Gula - 1 sudu teh
Tepung roti - 250 gm
Yis kering - 3/4 sudu teh
Sesame seed - 50 gm (saya tukar dengan parmesan, dan cuma letak 30gm sebab takut kang terlebih masin)

Cara2:
Masukkan semua bahan2 di dalam breadmaker kecuali sesame seed/parmesan. Masuk ikut urutan: air, garam, gula, tepung, yis.
Switch on breadmaker. Lepas lebih kurang 20 minit, masukkan sesame/parmesan. Selalunya breadmaker ada bunyik beep, masa bunyik beep ni la masukkan.
Dah lepas doh tu rehat & naik & mesin anda dah beep lagi sekali, keluarkan doh dan bahagikan kepada 4 bahagian (buat bentuk lonjong).
Sapu air sedikit biar lembab, taruk la sesame/parmesan atas tu. Ambil pisau, kelar sedikit atas roti. Saya kelar tak berapa dalam..so tak nampak sangat corak bila dah bakar.

Kalau nak sambung bakar dekat oven, masuk la dalam oven. Tak tau berapa suhu & berapa lama sebab saya sambung masak dalam breadmaker.

Hasilnya..macam dalam gambar lah. Yang penting, anak2 saya suka makan. Ada tanya boleh tak simpan sikit untuk dia nak makan masa breakfast nanti :)

Arini nak try buat flat bread pulak. Kalau rajin laa..hehehee

14.12.11

Apesal la kerja rumah ni tak habis2..

Sebagai seorang ibu berkerjaya (chewaahh..macam ayat pembuka karangan masa tingkatan 3 pulak), mesti ada banyak occasions dimana kita rasa kabut, out of control, tak cukup masa, etc. Ye la, ingat senang ke nak juggle between kerja rumah, family & juga komitmen kerja. Lagi2 untuk family yang tak ada pembantu rumah. Balik kerja nak kena masak, buat laundry, kemas rumah. Yang ada anak kecik lagi la penat, ada kerja tambahan..nak kena cebok anak, lap muntah, dodoikan anak. Lagi sakit jiwa kalau tengok suami rilek aje balik kerja lepak depan tv sambil baca paper.

Ayah saya lepas makan memang tak pernah angkat pinggan bawak pergi sink, dan saya perasan pakcik2 saya pun sama. Dan abang saya pun sama jugak, lepas makan lenggang kangkung cuci tangan. Kiranya di belah bapak saya, suami ni memang macam raja! Tapi agaknya mak saya ni tahap kesabaran luar biasa kot, takde pulak saya tengok mak membebel suruh bapak saya buat kerja rumah. Yang ni saya tak dapat ikut perangai mak saya. Memang aku bebel kalau anak lepas makan rilek aje bangun tinggalkan pinggan atas meja! Ingat kita ni orang gaji ke?!

Oohh..terside-tracked la pulak. Post kali ni bukan pasal lelaki pemalas, tapi lebih kepada macam mana kita boleh buat benda2 kecil, yang akan mengurangkan beban kita sebagai isteri berkerjaya ni.

Masak
  • Weekend atau hari cuti, kupas bawang merah, bawang putih, halia..blend siap2 dan masuk dalam bekas. Simpan dalam fridge. Bila nak masak dah senang, benda2 remeh ni dah ready.
  • Masak ‘sambal’ banyak2 in advanced. Cara buat sambal: Sila lah google resepi buat sambal nasi lemak, tapi bila masak tu jangan masuk ikan bilis & bawang hiris (yang last tu). Sambal yang dah ready ni, boleh simpan dalam fridge. Bila nak masak nasi lemak, ayam masak sambal, sambal telur, dah senang. Takyah nak tunggu rebus cili, blend, tumis lama2.
  • Masak in bulk. Kalau masak kari ke, asam pedas ke, rendang ke, masak la banyak sikit. Lepas masak bahagikan kepada portion kecik2, simpan dalam freezer. Bila hari malas masak, dah ada lauk dalam freezer tinggal hangat aje. 
Mengemas
  • Allocate 10 minit setiap hari untuk setiap bilik/bahagian dalam rumah. Hari isnin kemas bilik anak, hari selasa kemas ruang tamu, etc. 10 minit aje, jangan lebih. Kalau nak kena buat kerja lelama anda pun malas nak start ngemas. Kalau tak siap kemas lepas 10 minit pun takpe, nanti sambung la next week (atau bila turn bilik tu datang balik).
  • Masa tengah mandi, daripada buang masa berangan sambil mandi..berus2 la sikit bilik air. Kalau jenis style bilik air yang tak kecah (shower & toilet asing2), letak mop dalam bilik air. Tiap hari lepas mandi, sekali lalu mop. Takyah letak sabun/perah mop tu. Kalau bilik air style kecah, guna squeegee (yg benda orang buat lap tingkap tu). Kalau anda jenis tukar towel tiap ari, seblum masuk towel dalam bakul guna towel anda tu untuk lap sink. 
  • Sila la buat laundry anda tetiap hari. Tapi bab ni saya pun fail, sebab saya paling benci lipat kain. Kalau ada mesin lipat kain, confirm dah beli satu. Bila baju dah menimbun tak bercuci/berlipat..anda tengok pun menyampah dan rasa malas. Kalau buat laundry tetiap hari, mesti hati pun tenang. Btw saya sekarang pun tengah rasa rimas sebab aritu pergi training 4 hari, balik rumah baju kotor dah menimbun macam gunung  :(
Sebelum masuk tido
  • Sebelum tidur, sediakan la baju2 untuk diri sendiri, untuk suami, untuk anak. Kalau macam saya, memang pemalas nak buat malam sebelum tidur, tapi saya tak perlu keluar rumah pagi buta nak gi keje..so masih sempat pagi2 nak gosok baju. Tapi selalunya sementara nak terlelap saya dah fikir strategi untuk besok pagi. Besok nak pakai baju apa, baju tu dah gosok ke belum (atau masih lom lipat masih dalam laundry basket..heheeee). At least anda dah prepare diri anda secara mental apa nak kena buat besok pagi bila bangun tido.
  • Kalau anda nak kena keluar rumah pukul 6:30am, dan nak kena siapkan beg anak untuk ke taska..sila2 la siapkan semua barang malam sebelum tu eh. Kecuali la kalau anda sanggup bangun tido pukul 5am tetiap pagi. Saya tak sanggup..sebab tu kalau dah tau nak kena gerak awal, siapkan barang2 malam sebelum.
Waahh..tengah tulis entry ni, baru saya perasan yang kaum ibu ni memang gila hebat! Hahaha..puji diri sendiri lak. Btw rumah saya pun takde la kemas sangat, sebab saya tak ada pembantu rumah..dan anak2 saya ni hobi dorang memang suka buat sepah. Dan saya pun tak praktik-kan tip ‘blend bawang etc siap2’, sebab fridge saya gila. Fridge saya super duper sejuk. Kang habis bawang2 jadi ais (alasan je, sebenarnya malasss, time weekend lagi suka bermalas2an depan komputer atau gi keluar jejalan dengan family). Tapi bab mental preparation sebelum tidur tu memang saya buat. Kalau malam sebelum tidur tak buat cam gitu, confirm besok pagi lambat pegi kerja. Sebab bila pagi tu la baru nak mix & match baju dengan tudung..kang banyak kali la tukar2 baju.

Hmm..tak tau nak tulis apa sebagai penutup entry. Kalau tulis 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' boleh ke? Kalau tak ikut saranan saya, tak cuci (atau lipat) baju tiap hari kalau simpan lama-lama nanti jadi bukit..ngeheheheeeee

13.12.11

Kueh Pau

Pau giant, sebab nak kasik siap cepat..

En Suami teringin nak makan kueh pau inti kaya..so dengan gigihnya saya pergi kedai beli breadmaker (sebab malas nak uli tepung). Breadmaker yang sedia ada dah uzur rupa dia, so nak buat pau pun malas. Hopefully dengan breadmaker baru ni lagi rajin la try resepi roti. 

Resepinya saya ikut dari website RinnChan. Bezanya saya campak semua bahan dalam breadmaker sebab malas nak uli sendiri. heheeeee

Hasilnya, okay la. Tapi En Suami komen kenapa pau tak putih. Dedulu pernah buat pau kaya, kaler pau nya putih melepak, macam pau yang jual dekat kedai cina. La ni bila nak buat tak jumpa lak resepi pau putih tu. 

Ooh..saya ada buat entry cakap jangan membazir bla bla bla. Cikgu pun ajar cakap simpan duit untuk hari susah bla bla bla. Tapi alasan untuk sedapkan hati, aku kerja penat2 hujung tahun dapat bonus nak gak spend untuk beli benda yang kita nak/teringin. Btw ini la bahaya blogwalking, bila blogwalking tengok orang buat roti, kita pun teringin jugak nak buat roti sendiri. Takpe, untuk nak kasik berbaloi beli breadmaker baru ni..akan ku buat roti seminggu sekali..chewahh kekonon aje.

(okehhhh..ni boleh buat jadi azam tahun baru 2012).

11.12.11

Same-same but different?

Haritu pergi kedai runcit, nak beli air Coke. Nampak tin dia lain macam aje. Tanya orang kedai tu, ni Coke dari mana ni, lain rupa dari Coke yang biasa beli. Kalau tengok dari tin tu nampak macam import dari USA, tapi tak tau la betul ke tak sebab orang kedai tu macam blur-blur aje. Dia kata dia pun tak sure..


Bila En Suami minum, dia kata rasa lain..tak sedap macam Coke biasa. Tapi patutnya sama la kan? Ada sesetengah benda macam contoh coklat Cadburry bila kita compare rasa memang ada beza buatan lain2 negara rasa tak sama. Tapi pelik lak kalau benda macam air Coke lain tempat lain rasa...sesiapa yang rajin travel boleh confirm betul ke Coke lain tempat lain rasa? 

Lupa lak nak check expiry date Coke yang kitorang beli ni. Entah2 dah expired sebab tu rasa lain kot..heheee

10.12.11

Mari kita pergi ke zoo..lalalaa

mari kita pergi ke zoo
bergembira di situ, 
makanannya sedap sehingga menjilat jari..

Lama dah iklan kfc zoo ni..tiap kali sebut zoo mesti lam kepala keluar jingle lagu ni..

Siang tadi aktiviti family ke zoo..nak tulis pepanjang pun tengah tak larat..penat weh jalan keliling zoo. Itu pun tak pusing habis, sebab tak sanggup dah nak jalan2 tengah panas.

Ni sebahagian daripada binatang yang tadi kitorang nengok..





Kesian pulak nengok, hidup terkurung dalam sangkar..

Ba Ran

Ini definasi saya..maybe tak berapa tepat sebab tak rujuk kamus Dewan Bahasa..i.e. malas nak cari kat Google..

Marah – Perasaan yang normal
Baran – Perasaan marah yang tak normal

Biasa la kita sebagai manusia biasa ada rasa marah, marah ni kan perasaan. Kalau tak marah, happy senyum sentiasa..tu macam ada masalah mental. Marah tu okay, kalau kena pada tempat dan situasi. Takkan lah kalau anak anda conteng dinding anda tak marah (okay..ada orang kata jangan marah anak, instead kita tegur dia baik2..tapi tu kena cerita dalam entry lain la). Ataupun kalau bila balik ofis, tengok kereta dah takde..rupanya dah kena curi. Takkan tak marah kot. Tak normal kot kalau tak ada perasaan marah.

Lagi satu punya kategori, baran. Baran ni pada pendapat saya..perasaan marah yang tak dapat di-control. Again, saya tak rujuk kepada Kamus Dewan Bahasa..so maybe term yang saya guna ni tak berapa tepat. Orang kalau baran ni yang bahaya. Pantang ada benda salah, marah bukan main. Ada yang tunjuk baran dengan mulut; maki hamun. Ada jugak yang lebih bahaya, bila baran..tangan pun naik sekali. Kesian isteri2 yang dapat suami baran. Lagi2 kalau kena maki/pukul hanya sebab benda kecil.

Kalau anda ini seorang yang baran, tolong la ubah perangai anda. Ingat orang suka ke bergaul dengan orang yang baran ni? Boleh kena heart attack tau! Benda kecik pun nak jerit maki2. Anda ingat waiter kat restoren tu tak ludah ke dalam makanan anda lepas anda dah maki dia sebab lambat ambil order? Anda ingat anak2 anda suka ke kena maki hamun? Anda ingat staf2 kat ofis tu suka ke kerja dengan anda kalau anda campak file keluar bilik hanya sebab ada typo error? Buat la cam gitu, confirm masa lunch break ada sessi mengumpat & menyumpah anda.

So entry kali ni tak ada tip yang boleh diberi, sebab saya pun tak tahu sangat bab anger management ni. Orang kata kalau nak control marah tu (agar tidak meleret sampai jadik baran), kena la belajar sabar. Bila dah sabar, takde la marah berlebih-lebihan. Saya sendiri pun bukan orang yang sabar. Tapi takde la sampai baran. Tapi kalau anda tak boleh kawal perasaan baran, nanti takut lama2 anda pun takde kawan. Silap2 family sendiri pun takmo dekat..ye la, silap sikit je kang kena belasah. Baran ni tak cool okay..

9.12.11

Jangan jadi Si Tanggang

Kawan saya suggest, suruh buat entry apa nak buat kalau ada perasaan tak puas hati dengan parents sendiri.

Saya sendiri pun memula tak berapa sure macam mana nak tulis entry ni. Sebab masa saya muda remaja saya sendiri tak rapat dengan parents saya. Saya lagi banyak habiskan masa duduk dalam bilik & keluar dengan kawan. Masa tu perasan konon cool la. So bila dah tak berapa rapat, konflik pun kurang.

Tapi saya perasan bila dah lepas kahwin & ada anak, fikir2 balik..sedih kot kalau anak2 saya end up macam saya. Tak rapat dengan parents sendiri. Ehh..tapi saya bukan salahkan cara parents saya didik saya tau. Maybe tu personality saya aje kot, memang anti-social. Kakak saya okay aje rapat dengan mak saya.

Dah macam terlari dari topic pulak…

Okay, berbalik kepada topic kita..macam mana taknak jadi anak derhaka? Cikgu kat sekolah dah ada ajar; syurga bawah tapak kaki ibu, lawan cakap mak nanti masuk neraka, berdosa lawan cakap mak/abah, kisah si Tanggang, etc. So patutnya takyah la nak remind lagi kan? Tapi kalau semua orang dah tau benda ni, kenapa masih ada anak2 yang gaduh dengan parents sendiri?

Satu tip aje la kot nak bagi. Dan tip ni berjaya tiap kali saya ada rasa marah/bengang/terasa dengan parents saya sendiri. MENGALAH. Kita mengalah aje la. Ada anak2 yang bila tak puas hati, berani gaduh balik dengan parents. Jerit2 dengan parents sendiri, buat mak nangis sampai mengaku bukan anak. Cuba anak tu fikir, apa sangat lah kalau kita mengalah dengan parents kita sendiri. Abah & mak dah tua, apa lah salahnya buat dorang happy. Kalau anda tak happy pun dengan bebelan mak anda, buat2 la happy. Tak rugi apa pun. Jangan nanti bila mak/abah dah tak ada, baru nak menyesal..

Oooh..ni saya tengah type pun dah bergenang air mata. Dah la ni sekarang dekat McD..kang orang ingat saya tengah type surat cinta gaduh dengan suami lak..heheeee.

Penutup entry, boleh dengar lagu Innuendo Ratu Hati. Lagu ni dalam iPod saya, skang ni semenjak dah pindah rumah sendiri, jauh dari parents..tiap kali dengar lagu ni mesti sayu aje..


7.12.11

Duit satu sen kalau kumpul boleh buat rumah batu tau?!

Soalan yang ditanya kepada saya, macam mana nak deal dengan situasi di-mana harga barang makin hari semakin mahal, tapi hujung tahun gaji pulak naik sikit sahaja. Nak buat macam mana? Satu cara, dengan minta naik gaji dari bos. Kalau tak boleh tukar gaji, kena la tukar perbelanjaan pulak. Ada lagi satu cara sebenarnya, suruh orang kedai bagi anda harga special, tapi chances nak berjaya tu satu dalam seribu la (kecuali kalau tu kedai pakcik anda, tu pun silap2 dia cakap sori naik lori).

Balik kepada basic money management: Jangan Membazir. Jangan Beli Benda Yang Tak Perlu. Tapi dah adat naluri wanita memang pantang masuk kedai mesti nak membeli, so ni ada a few tips untuk mengawal aktiviti beli-membeli:
Jangan shopping masa tengah lapar
Sebelum masuk Giant/Carrefour, make sure perut anda kenyang dulu. Selalu kot, saya masuk supermarket sebab nak beli satu benda aje, tapi bila lalu aisle chips/biskut/coklat..rasa sedapp-nyaaa, teringin-nyaaa nak makan. So last2 bila check-out dalam bakul instead of 1 barang, jadik beberapa barang (dan selalunya bila dah bawak balik tak makan pun, lama-lama expired masuk tong sampah).

Kalau perut dah kenyang macam nak terbelahak, tengok aisle makanan pun rasa nak muntah. Nak jejalan pergi aisle syampu/sabun/mekap pun dah malas.Yang tau nak balik rumah tidur macam ular sawa.
Jangan bawa credit card pergi shopping
Tapi jangan la bawak duit berkepul2 pulak. Sebab idea-nya adalah untuk anda tak boleh membeli sebab tak ada duit. Kalau dah tengok baju/tudung yang anda teringin, sleep on it dulu. Kalau sampai makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah sebab teringat2 baju tu kat kedai..then besok tu pergi la kedai beli. Tapi kalau tetiba baju tu dah sold out, terima aje la hakikat yang tak ada rezeki..ngehehehee. Alah, apa la sangat sehelai baju baru. Kata nak jimat duit..?!
Jangan bawa anak-anak masuk supermarket
Kalau boleh, jangan bawa anak-anak ikut masuk supermarket. Tak tau la anak orang lain macam mana, tapi anak-anak saya ni pesen kalau ikut masuk supermarket semua benda yang dia nampak dia nak beli. Kalau tak belikan, kang dia tarik muka masam. Kalau takat buat muka aja takpe, ni kadang-kadang merengek/memberontak/merungut..so nak bagi dia diam belikan jugak la (malu laaa..nanti orang tengok). Kalau makan/pakai tu tak apa, ni tak..last2 masuk tong sampah.

Avoid kedai-kedai RM5, RM2, etc
Kalau masuk kedai-kedai macam ni, memang semua benda kita nak beli..sebab dalam otak kita dah cakap 'oohh, murahnya semua benda..'. Last2 nanti kang beli la benda tah hape-hape. Kecuali kalau anda ni memang berdisiplin masuk kedai hanya nak tengok-tengok. Ataupun masuk kedai dah set nak beli senduk sebatang sahaja (sebagai contoh..). Jangan niat masuk kedai nak beli senduk, keluar kedai bawak senduk, cermin, alas meja, etc. Walaupun alasan anda, alah..murah aje. Tapi RM5/RM10/RM15 tu kalau tak membazir beli barang yang anda tak perlu tu..kan instead boleh beli ayam se-ekor, atau ikan se-kilo, atau sayur se-ikat. Benda2 yang dah tentu perlu nak kena beli.
Tip-tip ni saya sendiri cuba ingat/amalkan seberapa boleh. Kadang-kadang terlupa dan terlajak jugak. Tapi memang zaman sekarang ni harga barang semakin mahal. Mungkin ada family yang dah sehabis jimat, tak membazir langsung..pun susah nak make ends meet. So untuk kategori ni, since tak boleh nak mengubah lagi perbelanjaan, kena la pulak mengubah pendapatan (jangan minta tip bisnes part time, ni satu area yang saya fail..).

Hmm, btw dialog Haji Bakhil (tajuk post ni) tak berapa relevan la kalau zaman sekarang. Duit 1 sen pun dah out of production..hehehe. Tapi konsep-nya still relevan. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.