Pages

24.12.11

Jalan-jalan cari teman

Arini sangat gigih ber-blogwalking. Gunakan alasan long weekend untuk tangguh kerja rumah yang melambak2 lom siap. Lagi best rasanya nak bermalas-malasan, buang masa, kumpul lemak depan komputer. Apa lah sangat baju kotor sebakul besar, baju lom simpan ada 2 bakul, almari baju bersepah..tu semua takpe..besok2 boleh buat. Kata cuti long weekend. Haih, kalau alasan nak justify sifat pemalas memang paling tera!

Ohh..ter-side tracked pulak. Memang selalu hampir lari topic. Tak fokus, patut la kat sekolah dulu cikgu selalu marah :(

Okayy..berbalik kepada topic blog walking. Orang kata kalau kita nak ada follower kita kena la rajin blogwalking. Ye ke? Ye la kot. Tapi kenapa nak kena gak ada follower? Ni saya pon tatau, tapi best kot bila nengok follower kita banyak. Bajet glamer. Heheee. Saya ni tak la ada follower banyak, sikit je. Bagi saya ada follower ni macam kira kumpul kawan. Ye la, di dunia realiti tak ramai kawan, kena carik kawan siber lah. Cececehhh..ayat kesian pulak. Maybe orang lain rajin blogwalking & promote blog sebab nak iklan nuffnag di-click? Saya tak kot, sebab blog saya iklan-free. Dan saya akan maintain iklan-free, tatau la kalau zaman akan datang blogger ni wajibkan kena letak iklan.

Sebelum ada blog sendiri, selalu jadi silent reader aje. Tapi sekarang, kalau entry orang menarik saya mesti tinggalkan komen. Sebab saya tau betapa bestnya perasaan kalau ada orang komen entry kita. Berbesar hati okay. Blogwalking tu kalau boleh bukan keje jalan2 pastu takat tinggal mesej kat shoutbox. Kalau boleh baca dan tinggalkan la komen dekat entry jugak. Tapi saya kadang2 tak tinggalkan komen jugak. Sebab kadang2 tu bukak blog, pastu semua entry tuan rumah lebih kurang jenis2 entry 'i love my boyfriend..i miss my boyfriend..'. Haih, cam gini aku nak komen ape. Takkan nak tulis I miss you too. Dah la tak kenal. Biasanya ni blog budak2 muda remaja la. Saya dah tua, agaknya sebab tu la tak paham kot.

Tapi dah lepas ber-blogwalking beratus-ratus blog (hohoho..nampak sangat takde life), saya pelik takde langsung jumpa blog orang yang saya kenal. Takde satu pun! Oficemate ke, schoolmate ke, kawan sekampung ke..zero okay! Tatau la antara saya ni tak banyak kawan, ataupun semua orang yang saya kenal takde buat blog. Pelik tul..

Btw blog saya tak akan letak gambar muka tuan rumah, ataupun nama sebenar. Kita maluuuu..ngehnghengeh. Nanti la, bila dah ada follower 10k orang, akan kubuat entry bertajuk 'Siapa Cik Sibuk'. Hahaha..memang berabad la nak dapat 10k follower.

7 comments:

  1. Salam Cik Sibuk. Agak segan Kak Azie nak panggil nama tu. Macam tak kena. U ok ke dengan gelaran tu? hehehe

    tak pa jer, kalu tak ramai follower. Yang penting kita happy dengan apa yang kita tulis.

    Setiap orang bermula dengan zero juga.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya blogwalking jugak. Tapi selalunya mood rajin tu hanya muncul 2 hari je. Pastu tak larata nak jengah blog org. Betul, blogwalking mmg boleh menambahkan follower, sbb bila saya lawat blog org, tinggalkan jejak dan follow, pasti akan dibalas balik. Tapi, hakikatnya, follower yg ramai tu tak semestinya reader. Dan saya tak mampu nak kekalkan jumlah visitor kalau saya tak blogwalking. Maksudnya, loyal reader saya sangat sikit. So, skrg ni, saya target utk stop blogwalking ke blog2 baru, tapi lebih fokus utk lawat blog yg saya dah folo utk dapatkan pembaca setia. Itu lah strategi saya. Eceh. Semangat aku citer ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. xpe cik sibuk.. sy dulu masa stat berblogging mmg tade sape pun pelawat sy melainkan sy juga lah hendaknye. cuma benda2 camni kene amik masa jugalah.. btw, i love u too lah cik sibuk! ;p

    ReplyDelete
  5. ada org suka follow sbb dia org nk kita follow dia semula. ada yg mmg nk follow. sy pn follow atas keinginan. bkn ats paksaan.

    ReplyDelete
  6. saya pun baru je letak kotak follower tu.tapi sy perasan,yg komen hanyalah kawan blog yang dh lama kenal.yg lain tu mgkin follow supaya sy dtg n follow blog dia balik :(

    dulu2 tak letak gambar sendiri.yg ada gambar anak2 je..tapi last week join blogger gathering..dah ada muka sy kat blog org lain.so letak jela..next year mgkin sy akan remove en3 lama

    ReplyDelete
  7. saya juga suka baca entry blog nih...langsung tak mention name and gambar2 family..membuatkan saya teruja untuk membacanya....

    ReplyDelete