Pages

23.2.12

diy jewellery organiser

Teringin nak beli ni...

credit auntie yahoo images
Macam best sangat..cermin full length, pastu dalam boleh simpan jewellery. Siap ada kunci lagi kekonon susah pencuri nak bukak. Tapi kalo ada jewellery banyak cam lam gambar tu (semua emas lak tu)..tak payah bukak kunci..pencuri angkut aje la sekali dengan cermin..bukan berat sangat..hoho

Tapi harganya..omak aiii..mahal bebenau. Lagipun bukannya saya ada banyak jewellery nak simpan. Kalau ada banyak jewellery macam dalam gambar tu, memang macam dah boleh bukak kedai. Jewellery yang saya nak simpan sikit aje, takat untuk pakai hari2 gi ofis..

Dan pernah beli yang cenggini..

credit uncle gugel images

Yang ni lagi la hampeh. Beli sebab nampak comell aje..letak bracelet sebijik terus tumbang doll ni. Maybe kalau doll stand yang mahal agaknya elok kot..tapi sebab beli yang jenama petaling street, memang perabih duit aje la.

Meja di bilik saya memang semak mata memandang sebab balik kerja terus letak jam, cincin, etc sepah2 atas tu..makanya harus lah mencari cara untuk simpan semua barang2 saya dengan cara yang lebih efisyen. Disebabkan saya kedekut nak spend $150 beli almari macam kat atas tu so semalam dengan menggunakan bantuan gugel saya cari la cara macam mana nak buat sendiri jewellery organiser..dan hasilnya..tadaaaa..saya persembahkan cara2 membuat jewellery holder/organiser anda sendiri..cecehh..ayat memang kena poyos sikit..

Bahan-bahannya:
1) Frame gambar - Fesen/stail mengikut citarasa memasing. Saya pilih frame yang agak2 cukup panjang untuk rantai. Disebabkan pakai tudung makanya rantai saya pun semua panjang2..sebab tu la takleh simpan jewellery dalam kotak, habis berselirat semua.
2) Thumb tack / Wall hook - Kalau takde, hentam pakai paku pun bolehhh..

Pilih frame kaler putih sebab kekonon ada hati nak cat frame tu bila balik rumah..

Cara buat:
1) Remove kaca frame. Sila terus simpan/buang elok2 okay. Jangan jadi bijak pandai macam saya, sebab teruja sangat buat benda ni, tak pergi terus buang cermin frame tu..pergi taruk 'sekejap' dekat atas karpet. Lepas tu bila bangun lupa ada cermin tu..terus pijak. Nasib tak luka kaki..
2) Letak thumb tack ataupun hook dekat frame tu mengikut sukahati anda lah
3) Gantung frame dekat dinding
4) Dah siap..sekarang boleh start gantung akseksori anda dengan senang hati..

Mode malas melanda..nak cat frame kekonon..dalam mimpi bole la..

Nota kaki: Kalau gugel dorang rekmen suh beli corkscrew/pin board pastu suh letak dekat frame tu. So senang la nak letak thumbtack. Tapi sebab corkscrew board pun dah harga $18..memang tak dapekk la..so instead of pakai thumbtack, saya pakai wall hook aje. Jadiklaaa..asal boleh gantung tu kira okay lah...

So sekarang dah tak ada lagi sepah2..pastu senang bila cleaner datang rumah angkat aje frame tu simpan dalam almari. Memang sangat sesuwaii untuk orang yang selalu sepah2 barang & pemalas macam saya...

Kalau nak tengok contoh2 frame organiser ni..sila la gugel 'jewellery frame organiser'. Cantik sangat kot yang omputih buat. Sebab ai ni tak berapa kreatif (campur pemalas) orangnya..terus ai punya nampak macam projek budak sekolah rendah..hoho

7.2.12

Kebun togeh

Saya ternak taugeh saya sendiri sebab:
  • Dedulu pernah dapat email kata kalau taugeh putih pastu lepas 3 hari bau hanyir katanya taugeh tu disiram kencing..so sebab takmo makan taugeh zat kencing, tanam la sendiri..
  • Kalau dedulu mak suruh beli taugeh, boleh cakap dengan makcik kedai nak togeh duapuluhsen. Ni sekarang kalau nak beli taugeh kat supermarket kena beli satu paket besar..padahal nak pakainya segenggam aje..so tanam la sendiri sebab sayang nengok taugeh dalam fridge makan sejemput yang lebih kang masuk dalam tong..
  • Kekonon nak gaya hidup sihat..nak tanam sayur dekat belakang rumah amik masa berminggu2 baru leh dapat hasil..kalau tanam taugeh 3-5 hari dah ready..so sangat sesuai untuk orang yang kurang sabar seperti saya..
Fenugreek sprout

Camna cara nak tanam? Err..sila la gugel, saya ni bukan expert takut kang saya bagi ajaran sesat pulak..hoho. Cam saya start dengan beli sprouter lepas tu beli sprouting seeds aje. Jirus 2, 3 kali sehari..katanya kalau lagi rajin jirus, lagi 'manis' sprouts tu nanti. Kalau alfalfa lepas lam 3 hari dah boleh harvest. Sprouter tu buat ngade2 aje..kalau gugel tengok orang lain bole je tanam dalam botol takyah nak pakai sprouter..

Sprouter 4 tier
alfalfa - fenugreek - alfalfa - sandwich mix

Kalau gugel banyak kot orang tulis kebaikan makan sprouts nih..macam biasa la, banyak zat vitamin, sumber fibre, sihat, bla bla bla. Tapi ada jugak orang tulis keburukan. Tapi semua benda pun kalau makan berlebihan ada keburukan. So kalau ye pun beriya nak makan sprouts takyah la over sampai boleh ganti makan nasik kan..memang la tak bagus jadinya..

Oohh..tapi aritu tengah gugel pasal fenugreek sprouts, terjumpa 'fakta' menarik. Orang pompuan yang selalu dipanggil nasi lemak duaposen ataupun landing strip kapal terbang..akan teruja bila tahu makan fenugreek sprouts boleh memontokkan bahagian depan tu..heheeee. Dan juga sesuai diamalkan oleh ibu2 yang sedang BF sebab boleh membanyakkan susu. Eh tapi orang pregnant takleh makan tau..kang terberanak tak cukup hari lak.

Cara saya makan sprouts: Nak masak (stir fry) malas, nak buat jadi salad cam tak lalu pulak nak telan, so makan jadi sandwich aje..


Rasa dia? Tak disangka-sangka sodap! Ingatkan sandwich telur atau sandwich sardin je sedap..sandwich togeh pon sedap jugak okay..kena cuba bagi sesiapa yang belum penah cuba. Eh tapi kena bagi disclaimer: Saya selalu makan sandwich fenugreek & alfalfa aje. Kalau sandwich taugeh bean sprout tu tatau la pulak apa rasa..

4.2.12

Let the magic begin!

Siapa tera sila teka tu tagline cerita apa? Err takde hadiah, tapi kalau dapat jawab betul boleh give yourself a pat on the back dan berbangga sebab anda memang peminat HP nombor 1. Cayaa lah..boleh geng dengan somi saya yang nengok cerita DH2 pon boleh sedih sebak sebab dah habis lepas ni tak dapat lagi nengok HP kat wayang. tahapehapekan? :p

Last Sunday pergi tengok HP exhibition. Bukan pameran barang komputer Hewlett Packard, tapi pameran Harry Potter. Wah memang bebetul gigih study nih, busy betul dah masuk seminggu baru berkesempatan nak buat entry. Hoho..

Harryy Pottahhhhh

Exhibition yang dah start since November tapi ni baru sekarang teringat nak pergi. Best ke? Boleh la..biasa2 aje. Dapat tengok costume & props yang dorang guna masa buat cerita Harry Potter. Yang tak best sebab dalam tu takleh amik gambar, so takat nengok2 pastu habiskan duit dekat gift shop aje. Kedekut betul dorang ni, nak amik gambar pun tak bagi. Bukan luak pun exhibition dorang kalau kita amik gambar..

Flying Ford Anglia
Satu2nya gambar HP yang ada..
tu pun sebab ni kat luar exhibition.
Sebelum masuk exhibition dorang amik gambar sesorang (ataupun sefamily), bila habis exhibition kang boleh beli. Hmm...iyo yo aje photographer tu bagi thumbs up lepas amik gambar. Ingatkan cun la muka memasing. Bila dah print tu hanya muka budak2 yang elok makanya takyah lah membazir $40 beli gambar tu.

Lepas amik gambar masuk dalam. Oohh..ada acara Sorting Hat. Dorang panggil la volunteer. Nasib semua adult reti bahasa, tak ada orang tua yang excited angkat tangan nak jadi volunteer naik kerusi. Macam biasa la, bila tanya nak masuk rumah mana..semua cakap nak masuk Gryffindor. Bosan ah. Tapi ada sorang jawab nak masuk Slytherin. Baru la best sikit. Anak2 ai macam biasa la, malu berbudi bahasa dok diam aje tak reti nak angkat tangan jadi volunteer. Apsal la dorang ni penyegan betul, dah rugi tak dapat try pakai sorting hat.

Lepas tu gerak lalu tepi Hogwarts Express pastu baru masuk exhibition hall. Dalam tu ada la semua prop yang dorang guna masa berlakon cerita HP. Tapi sebab takleh amik gambar bosan sikit lah. Plus anak2 pun dah mengada2 suruh cepat sebab dorang bukan minat nak tengok exhibition. Yang dorang minat nak pergi gift shop aje.

Masuk gift shop, ha amik ko..mahal gedabak semua barang. Ada ke Marauder's Map harga $50. Lain lah kalau peta tu memang boleh gerak2 macam dalam wayang kan. Pastu wand dorang jual $60. Macam tempted jugak nak beli sebab wand dia cantik, solid, macam wand yang HP & the gang pakai lam wayang..bukan macam wand HP yang jual kat ToysRus. Tapi dipikir2, nak buat ape pulak dengan wand tu..nak pamerkan bukannya ai ada display cabinet kat rumah. Nak frame? Buat leceh je nak kena hantar pergi kedai frame. Kang last2 terperuk lam almari aje.

Kecederaan di gift shop..
Pandai dorang ni tak bagi kita amik gambar..
so bila masuk gift shop terjebak la beli souvenir sebab nak jadi kenangan, dah gambar kenangan takde
Dan souvenir yang paling best..

Ai tak sanggup nak try makan..so suruh anak2 try rasa..
Dorang masuk mulut, buat muka, pastu ludah keluar yang perisa earwax & vomit..hahaha
Overall biasa2 aje la..tapi okay juga la pergi, buat jadi pengalaman. Kata peminat HP nombor 1. Hoho