Pages

30.11.11

Boss kusayang? Err..mungkin tidak

Eii..meluatnya aku tengok Encik Polan nihhh..
Encik Polan tu bukan-nya reti buat kerja, dapat naik pun sebab dulu dia pandai kipas MD..
Bengang aku, Encik Polan ni memang pilih kasih. Dekat aku dia bagi kerja extra, dengan orang lain takde pulak..
Blurrr betul la boss kita Encik Polan tu. Nama je boss, tapi blurrrr..  

Macam pernah dengar aje kan dialog-dialog kat atas. Kalau nak tulis semua komplen-komplen kita pasal boss..memang berbakul-bakul. So macam mana nak deal dengan perasaan menyampah/benci pada boss. Hmm, topic yang agak susah, sebab saya pun bukannya suka sangat majikan saya. Heheee. Tapi kena la jugak deal dengan perasaan menyampah dekat boss ni kan, kalau perasaan menyampah tu melampau sangat, nanti stress..bila stress kat ofis, sambung stress kat rumah..ie tak pasal-pasal suami & anak-anak yang kena efeknya.  

Ni antara cara-cara yang pernah saya guna bila berada di situasi dapat boss yang hampeh:

Avoid berinteraksi dengan boss 
Kalau dah kurang jumpa, kurang la nak sakit hati kan? Tapi nasihat ni mungkin tak relevan untuk orang yang kerja PA ataupun sekretari lah. Dah tentu-tentu nak kena tengok muka boss tetiap ari.

Bersangka baik / pikir positif 
Anggap aje la yang bila boss taichi kerja kat kita, makna-nya pada pandangan dia kita ni perkerja yang pandai buat kerja. Ayat penyedap hati: Aku ni lagi pandai dari boss, boss tak reti nak buat sebab tu dia taichi kat aku nihhh..(tapi ayat ni sebut dalam hati aje la, jangan lak pergi cakap depan muka boss. Tu jadik kes lain lak nanti). 
Kurangkan mengutuk boss berlebih-lebihan 
Kalau geram giler dengan boss, cuba try jangan kutuk boss dekat ofismate. Kalau nak lepaskan geram, ngadu dekat suami, ngadu dekat best friend (yang bukan se-ofis ye). Takut kang ada kes penyampai pulak. Kan tak best kalau boss dapat tau yang kita kutuk dia kat belakang (walaupun dia memang layak dikutuk pun..) 
Doakan yang terbaik untuk boss kita 
Jangan doakan supaya boss mati kena langgar bas, kena langgar keretapi, etc. Doakan yang terbaik untuk dia. Doakan dia dapat kerja baru yang bagus di company lain, so anda nanti dapat la boss baru. Doakan dia bahagia dengan family, kalau dia tak stress kat rumah, maybe dia less bitchy di ofis. Btw berdosa tau doa yang tak baik untuk orang!! 
Kalau benci boss, jangan sampai prestasi kerja terjejas 
Benci macam mana pun, make sure kerja siap on time & deliver hasil kerja yang berkualiti. Jangan nanti orang cakap, tengok dia tu..buat kerja tak seberapa, asyik MC & EL aje..patut la aku dengar boss dia Encik Polan tu asyik carik pasal dengan dia aje. Biar kita dikenali sebagai pekerja cemerlang, berdedikasi, etc. Mana tahu, ada opening kat department lain. Boleh la apply department transfer. Ni kalau reputation tak bagus, orang pun tak bersemangat nak ambik kita kerja.

Kalau semua cara-cara di atas tak jalan jugak, dan pepagi kita nangis stress takmo bagun pagi sebab taknak tengok muka boss, carik la kerja baru. Tak berbaloi stressed dengan boss sampai efek your personal life. One of my ex-boss pernah cakap, kalau kerja dah sampai efek your personal life, it's not worth it and you should consider to let go and move on. InsyaAllah ada la rezeki kat tempat lain. Biar padan muka boss kena buat kerja sendiri tak boleh taichi lagi..muahahahhahahah *gelak jahat*

Btw ni semua asam garam bekerja. Adat la dah nama pun kerja makan gaji, kerja dengan orang. Ada boss yang baik hati, ada yang garang tak bertempat, ada yang pemurah, ada yang kedekut, ada yang bitchy. Kalau dah pernah kerja dekat 10 company, dan semua 10 company anda cakap boss anda tak betul, boss anda bangang, boss anda bodoh..maybe tu bukan boss anda kot. Maybe that's just you. So untuk orang yang macam ni, jangan la kerja makan gaji. Either duduk rumah goyang kaki ataupun bukak bisnes sendiri. So you can be your own boss. Ha masa ni baru la tak ada dialog 'bodoh betul boss aku'. Sebab tu kiranya mengutuk batang hidung sendiri...

No comments:

Post a Comment