Pages

Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

30.7.12

Ada apa dengan rupa?

Ape pasal la sekarang ni semua orang sangat obses nak sangat kulit putih, cerah, glowing, etc ni? Bukak aje la mana-mana forum kecantikan, bersepah iklan produk. Memang sekarang ni kalau ada teringin nak kaya raya, sila la buat bisnes jual produk kecantikan. Sure ramai perempuan-perempuan berebut nak try beli produk yang korang jual.
Saya sejak kecik memang hitam. Paling hitam antara adik beradik. Memang dekat sekolah tak ada peminat pun. Dah la rupa pun tak cun, hitam pulak tu. Tapi nak buat macam mana, dah mak pak tak putih, memang magik la kalau tetiba saya ni putih melepak pulak. Memang menyampah, budak-budak yang glamer memang yang putih, walaupun muka penuh jerawat. Tapi takpe, asalkan putih. Tu dorang paanggil jerawat pemanis. Chait. Okay la, nak sedapkan hati selalu la cakap sesame geng2  yang tak putih ni..’ala, dorang tu harapkan kulit aje putih. Cuba bayangkan dorang hitam, mesti tak lawa langsung. Tapi cuba bayangkan kita ni putih..mesti lagi cun dari dorang’. Ya saya mengaku tu memang ayat seorang loser (seperti saya).
Tapi sekarang saya dah belajar untuk accept yang saya memang dilahirkan hitam. Dan takde apa masalah kot dapat kulit kaler macam ni. Walaupun saya tak boleh pakai baju raya kaler shocking pink ataupun neon yellow mahupun hijau flourecent..tak apa la. Tak heran pun. Boleh aje pakai baju kaler lain yang sesuai dengan kaler kulit saya. Walaupun saya bukan yang paling cun dikalangan kawan2, tak ape la. Walaupun tak cun tapi at least muka takde penuh kawah2 kesan jerawat ataupun muka penuh jerawat batu.
Berbalik kepada produk2 kecantikan tu. Sekarang ni antara yang popular adalah collagen. Tak kisah la krim kolagen ke, air kolagen ke, serbuk kolagen ke..semua orang teruja nak try produk kolagen. Katanya kalau nak kulit gebu, montoks, cantik bak bontot baby..boleh la try produk kolagen ni. Semua orang obses dengan nak kulit glowing, nak kulit macam patung porcelin. Memang betul, ada banyak testimoni  yang kata kalau consume kolagen ni 3 hari pastu terus muka jadi putih, cerah, glowing, cantik bersinar2 macam pakai mekap bla bla bla. Terasa seperti muda kembali, kulit tegang, anjal, macam anak dara bla bla bla. Ooohh…saya pun teruja dengar. Macam hampir nak terjebak pun ada jugak. Ye la, sape taknak beb..nanti bila somi gue cium pipi terasa kelembutannya macam dia cium bontot baby. Perghh..
TAAPIII..bila nengok harganya..omak aiii. Mahal bebenau. RM250 untuk stok makan 3-4 minggu. Gila babas. Pulak tu bila ditanya apa jadi kalau stop makan kolagen? Jawapannya adalah nanti kembali kepada keadaan kulit yang asal. Kusam, kuyu, tak bermaya, no more Johnson baby punya kulit tapi tukar balik jadi macam kulit bontot orang tua ganyut. Oopps. Alamak, makanya gue kena commit untuk berbelanja RM250 sebulan seumo hidup?! Err..tak pe la. Tima kasih aje la. Sementara masih muda remaja lagi ni, nak guna cara lain la nak dapat kulit bontot baby ni. Bak kata ada seorang forumer ni di satu thread review kolagen. Katanya consume kolagen ni ibarat bagi penduduk kampong roti. Tapi instead of makan kolagen, apa kata kita makan makanan yang produce kolagen, tu ibarat bagi penduduk kampong tu benih & baja..so boleh produce makanan sendiri.  Err bole paham ke? Aku baca sendiri pun macam tak paham. Bunyik macam buduh aje bila dah translate dalam BM kan. Jap, gue copy paste versi English, kasik terang sikit:
Drinking collagen is kind of like feeding a starving village with bread only. Giving your body what it needs to produce collagen is like supplying that same village with water, seeds and sunshine to ensure they will keep producing what they need (Quoted dari forum omputih).
Err mampos aku kena lahar dengan penjual2 kolagen. Mesti dorang kata, dah tua..dah takleh produce kolagen sendiri sebab tu kena makan supplement. Tapi ai muda remaja lagi..umo baru sweet 18 (nota: bukan umur sebenar). Hihihiiiii. Tak apa la, sementara ai muda lagi, nak try guna cara orang dulu2. Makan makanan berkhasiat & senaman. Bila dah tua kang dan bila aku dah kaya raya baru la berani nak commit beli kolagen. Takmo la kang hari ni orang puji kata waaa, semenjak makan kolagen ni..cantik nya kulit hang. Tapi tahun depan tetiba lak orang kata..ish kenapa tetiba lepas kompeni tak jadi bagi bonus tahun ni terus kulit hang nampak tua nooo (kes dah takde duit nak beli kolagen).

So nak makan ape untuk produce kolagen? Banyak giler superfoods yang elok untuk kulit. Blueberry, raspberry, capsicum, spinach, almonds, avocado..memacam la. Stop makan junk food, stop makan processed food. Makan fresh produce.
Sebagai contoh, lepas ni nak kena masak untuk buka puasa. Menu hari ini grilled salmon dengan mushroom soup. Instead of pemalas guna sup Campbell dalam tin aje, apa kata buat sendiri dari scratch. Konfirm tak ada bahan pengawet. Gila merepek kalau sup dalam tin kata tak ada bahan awet tapi expiry date lagi 2 tahun.
Homemade Cream of Mushroom Soup
Bahan-bahan:
8 biji fresh cup mushroom (saiz sedang2)
½ bawang kuning besar, hiris
1 -2 ulas bawang putih, hiris
2 sudu besar butter
2 -3 sudu besar tepung
2 cawan stok ayam
1 cawan cream atau 1 cawan susu ideal (oh, dalam ni mungkin ada bahan pengawet..kalau terer cari la bahan substitute yang takde pengawet)
1/2 sudu teh garam - sila guna sea salt..lagi sihat ok
1/4 sudu teh pepper

Cara-cara:
  1. Potong/hiris 5 biji cendawan (potong kasar2 aje).
  2. Panaskan butter, masukkan bawang, bawang putih & mushroom. Masak sampai bawang lembut.
  3. Masukkan 2 sudu tepung, gaul.
  4. Masukkan stok ayam. Pindahkan ke dalam blender, blend sampai hancur (sebab tu bawang & mushroom takyah potong halus2, sebab nak blend). Lepas dah siap blend pindahkan balik ke periuk & sambung masak guna api perlahan.
  5. Potong kecik-kecik  the remaining 3 biji cendawan. Masukkan lam sup tu. Sambung masak sampai mendidih. Jangan lupa godak2 kalau tak dia hangus jangan salahkan resepi.
  6. Masukkan cream/susu. Tambah garam & pepper secukup rasa. Kalau rasa cair sangat, boleh tambah tepung. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air.
  7. Sekian terima kasih.
Err..gambar mushroom soup nye nampak sipi2 je.
Menu buka puasa versi tamak haloba: Grilled salmon, dill mustard sauce, bbq chicken & sliced avocado.
Yummmmmm

8.1.12

Salmon fettuccine dalam 5 langkah (sahaja!)

Bila tulis ni teringat lagu NKOTB Step By Step. Ni orang muda mudi tak tahu lah, orang yang kategori umur 30an tahu kot..
Step one: We can have lots of fun..
Step two: There's so much we can do..
Step three: It's just you and me.. (part ni tak suka...Jordan suara high pitch macam pompuan)
Step four: I can give you more..
Step five: Don't you know that the time has arrived..
Oohh..nostalgia sungguh..
So sambil masak ni bole nyanyi lagu NKOTB Step by Step okayy..

Step one: Rebus pasta, masa rebus taruk olive oil ngan garam. Bila pasta dah masak, tapis & taruk tepi.


Step two: Cincang bawang putih & bawang kuning besar. Tumis minced garlic & bawang tu dengan olive oil. Bila bawang2 tu dah layu, taruk sundried tomatoes. Gaul la sikit2 sampai sundried tomatoes tu dah agak2 lembut..


Step three: Masukkan thickened cream, dan garam untuk perisa. Boleh jugak taruk lada hitam cikit kalau suka. Bila dah masukkan cream jangan bagi api kuat sangat, takmo sampai cream menggelegak.


Step four: Bila dah siap adjust rasa masin, masukkan pasta, capers & salmon. Saya pakai salmon dalam tin aje. Dalam kuali tu tekan2 la cikit salmon, kasik pecah sikit. Keluar dari dalam tin kan seketul besar aje salmon-nye. Tapi jangan lah beriya pecahkan salmon tu sampai hancur..pepandai lah.


Step five: Gaul sampai semua sebati. Pegi cari pinggan cantik sikit untuk hidang. Paling sesuai kalau ada pinggan putih yang keliling tu besarrr boleh verangan macam kat kedai. Kita takde pinggan cenggitu, nak kena beli satu nih untuk amik gambar makanan aje. Ngeheheee. Kalau suka boleh tabur shaved parmesan dan kalau nak pedas boleh tabur chilli flakes masa hidang.

Kalau nak lagi 'creamy' taruk la sikit air masa masak..
Kali ni ai buat ter-kering sikit

Tadaaa..5 steps aje. Sonang baitu. Tempoh berada di dapur ada la lebih kurang 15 minit aje - rebus pasta aje ade la lam 10 minit. So kiranya tempoh masak 5 minit aje kot. Amat sesuai bila datang penyakit malas...penyakit yang dah bertahun ai lom sembuh2 lagi..   T-T

6.1.12

Udang Telur Masin

Dedulu saya kalau makan ketam, chilli crab lah paling sedap. Tapi pernah sekali keluar makan dengan mil pastu dia order salted egg crab, hoh sodap giler. Sampai menjilat jari punya sedap. Terus ai tukar dah tak minat chilli crab lagi.

Malam tadi patutnya nak buat ketam masak telur masin, tapi pergi kedai mak aih dah la ketam nya kurus2, rega mahal nak mampuih pulak tu. So tukar la jadi udang masak telur masin. Okay jugak la sebab dah teringin nak makan, udang pon udang lahhh...

Okeh, ni edisi memasak bergambar.

So bahan yang nak kena ada 1st sekali mesti la udang. Apa2 udang pon boleh tapi pilih la udang yang agak2 besar cikit. Udang geragau aje yang tak boleh okay. Lupa pulak semalam nak kira berapa ekor udang ada. Masa beli tu nak dekat 400gm, lebe kurang 12 ekor ada kot.

Banana prawns
Bahan2 yang lain adalah telur masin, tepung jagung (untuk nak salut udang), cili padi, daun kari dan bawang putih. Saya pakai telur masin 2 biji untuk masak semalam. Bahan2 yang lain tu secukup rasa aje la..lam gambar tepung jagung ai letak 2 sudu aje lam mangkuk tu, dah tentu nak kena pakai lagi banyak untuk nak salut udang kan. Tapi daun kari memang dapat pakai banyak tu aje. Sebab lupa nak beli daun kari, nasib la ada sikit lam fridge.

Jumlah bahan sebenar bukan seperti gambar di atas ye..
Mula-mula, rebus telur masin. Google resepi banyak yang kata steam, tapi sebab gue malas nak keluarkan steamer..so rebus pon boleh lah. Katanya jangan rebus lelama sebab takmo kang yolk dia keras cam batu. Tapi saya taram aje rebus sampai 15 minit sebab tatau telur masin patutnya kena rebus berapa lama. Rebus telur takde gambar..tu semua orang pon reti la kan..

Sesambil tengah rebus telur tu, bersihkan udang. Saya panggil taik udang (yang kat belakang udang kaler hijau tu). Buang la taik udang tu. Kalau omputih dia cakap suh devine udang tu.

Dah siap tu, golek2 udang dengan tepung jagung. Rasanya ada orang kata tepung ubi, tapi kat rumah takde tepung ubi..so tepung jagung pon boleh. Kalau kat rumah takde tepung jagung, saya akan bedal pakai tepung gandum aje.

Ooh..putih melepak udang ai
Pastu deep fry udang tu sampai la nampak cam agak2 garing.

Sebab nak jimat minyak, ai pakai kuali kecik.
Tapi jenuh juga sampai 4 round lah menggoreng.
Sesambil goreng udang boleh la lecek-kan telur masin. Ambil yang kuning nya aje okay. Tapi ada gak kita letak cikitt yang putih. Sebab macam sikit sangat rasanya telur kuning 2 biji. Jangan lenyek terlampau bersungguh..sikit2 aje sudahlah..takmo kang hancur sangat.

Frust ai, telur masin ni kuning dia tak kaler oren..
macam kaler egg yolk telur ayam aje rupanya
Udang yang dah siap goreng
Hiris cili padi & cincang bawang putih. Sebab saya pemalas, saya guna bawang putih yang dah siap minced dalam botol aje. Saya guna ada lam satu sudu kecil. Kalau ngikut apa yang di-tulis kat botol tu satu sudu kecil bersamaan satu clove. Tapi macam tipu aje, kecuali lah kalau dorang ni guna clove yang besar gedabak. So ikut sukahati anda lah, kalau suka rasa garlic banyak2..sila lah cincang & bubuh banyak2.

Aksi selepas ni takde gambar. Sebab susah kot nak masak sambil pegang kamera. Oohh alasan je tu. Sebenarnya dah terlupa nak snap gambar masa tengah menumis. Hohohoh

Panaskan kuali, letak minyak cikit lam satu sudu pastu butter lam satu sudu. Tumis masuk bawang putih. Taruk daun kari. Dah cam agak 'garing' tu campak masuk telur masin lenyek tadi. Resepi asal patutnya suh taruk susu ideal lam 3 sudu. Tapi disebabkan ai malas nak membeli & membuka tin susu ideal hanya untuk pakai 3 sudu, so digantikan dengan mencurah air kosong sahaja ke dalam kuali. Jangan lak letak banyak2, sebab bukan nak kasik banjir atau berkuah macam masak lemak okay. Cukup sekadar sampai boleh menyalut udang nanti.

Campak masuk cili padi & udang. Gaul lebih kurang, tutup api, hidang & boleh mamam.

Ini lah lauk ai malam tadi..
Ooh, takyah bubuh garam banyak2, lagi2 untuk yang dah lecek sekali taruk telur masin part putih. Sebab tu kan dah masin. Tapi ada jugak pernah dapat telur masin yang tak berapa masin. Pepandai la ye adjust sendiri..

Sekian sahaja edisi memasak bergambar untuk kali ini. Berjumpa lagi kita di edisi minggu hadapan. Daahhh..

26.12.11

Buttery Yeast Rolls

Ni dah buat minggu lepas dah, tapi asyik la lupa nak buat jadi entry.

Memang cari resepi roti jenis yang dorang serve kat steakhouse macam kat Victoria Station tu. Roti yang dorang serve lepas amik order. Sedapp, tapi selalunya dapat seketul sorang aje. Nak mintak lagi malu...so macam saya ada anak 2 kengkadang dapat la makan anak punya. Tu dedulu la time dorang lom pandai makan. Tapi sekarang ni boleh jugak buat alasan mintak tambah roti sebab anak yang nak makan. Heheeee..

Kasihan, oven saya bakar tak sekata..ada area gelap, ada area cerah
Okay, dah sediakan pen dan kertas? Resepinya adalah seperti berikut ya ibu2..

Bahan-bahan
1/2 cup air
1/2 cup susu (suam)
1 biji telur
1/3 cup butter atau planta
1/3 cup gula
1 sudu teh garam
3 3/4 cup tepung gandum (bukan tepung roti)
1 paket yis segera (ataupun 2 1/4 sudu teh)
1/4 cup butter atau planta - cairkan (untuk sapu atas roti)

Cara-cara
1) Campak semua bahan2 (kecuali ingredient yang last - butter) lam bread machine.
2) Pilih setting untuk doh.
3) Bila doh dah ready, bahagikan doh kepada 20 - 24 bahagian. Bentuk-kan bulat2 macam kuih pau. Susun dalam pan yang dah di greased.
4) Sapu butter/planta cair atas bola2 doh.
5) Tutup doh dan biarkan sampai naik - lebih kurang sejam.
6) Bakar roti dalam oven pada suhu 190 celsius. Lebih kurang untuk 15-18 minit.
7) Bila dah keluarkan dari oven, sapu lebihan butter/planta cair atas roti.


Masa bentuk-kan doh saya letak grated cheese kat tengah2
Hasilnya, memang lembut banget. Sebijik okay macam yang dorang serve kat restoren (ni kata suami saya lah). Dan yang paling saya suka, besoknya pun masih lembut. Selalunya roti yang buat sendiri ni besok jadi keras macam batu, kena hangat balik baru bole masuk tekak. Yang ni besok petang keras sikitt aje, tapi masih boleh makan tanpa perlu re-heat balik.

Untuk sesapa nak tengok resepi asal, leh click sini.

15.12.11

Parmesan Baguettes



Resepi asal: Baguettes with sesame seeds. Saya tukar sesame seed dengan shaved parmesan cheese.
Sumber resepi: Buku resepi yang ada dalam kotak breadmaker

Bahan2 (untuk 4 baguettes):
Air - 185ml
Garam - 3/4 sudu teh (tukar 1/2 sudu teh kalau letak parmesan, masin la pulak nanti)
Gula - 1 sudu teh
Tepung roti - 250 gm
Yis kering - 3/4 sudu teh
Sesame seed - 50 gm (saya tukar dengan parmesan, dan cuma letak 30gm sebab takut kang terlebih masin)

Cara2:
Masukkan semua bahan2 di dalam breadmaker kecuali sesame seed/parmesan. Masuk ikut urutan: air, garam, gula, tepung, yis.
Switch on breadmaker. Lepas lebih kurang 20 minit, masukkan sesame/parmesan. Selalunya breadmaker ada bunyik beep, masa bunyik beep ni la masukkan.
Dah lepas doh tu rehat & naik & mesin anda dah beep lagi sekali, keluarkan doh dan bahagikan kepada 4 bahagian (buat bentuk lonjong).
Sapu air sedikit biar lembab, taruk la sesame/parmesan atas tu. Ambil pisau, kelar sedikit atas roti. Saya kelar tak berapa dalam..so tak nampak sangat corak bila dah bakar.

Kalau nak sambung bakar dekat oven, masuk la dalam oven. Tak tau berapa suhu & berapa lama sebab saya sambung masak dalam breadmaker.

Hasilnya..macam dalam gambar lah. Yang penting, anak2 saya suka makan. Ada tanya boleh tak simpan sikit untuk dia nak makan masa breakfast nanti :)

Arini nak try buat flat bread pulak. Kalau rajin laa..hehehee

13.12.11

Kueh Pau

Pau giant, sebab nak kasik siap cepat..

En Suami teringin nak makan kueh pau inti kaya..so dengan gigihnya saya pergi kedai beli breadmaker (sebab malas nak uli tepung). Breadmaker yang sedia ada dah uzur rupa dia, so nak buat pau pun malas. Hopefully dengan breadmaker baru ni lagi rajin la try resepi roti. 

Resepinya saya ikut dari website RinnChan. Bezanya saya campak semua bahan dalam breadmaker sebab malas nak uli sendiri. heheeeee

Hasilnya, okay la. Tapi En Suami komen kenapa pau tak putih. Dedulu pernah buat pau kaya, kaler pau nya putih melepak, macam pau yang jual dekat kedai cina. La ni bila nak buat tak jumpa lak resepi pau putih tu. 

Ooh..saya ada buat entry cakap jangan membazir bla bla bla. Cikgu pun ajar cakap simpan duit untuk hari susah bla bla bla. Tapi alasan untuk sedapkan hati, aku kerja penat2 hujung tahun dapat bonus nak gak spend untuk beli benda yang kita nak/teringin. Btw ini la bahaya blogwalking, bila blogwalking tengok orang buat roti, kita pun teringin jugak nak buat roti sendiri. Takpe, untuk nak kasik berbaloi beli breadmaker baru ni..akan ku buat roti seminggu sekali..chewahh kekonon aje.

(okehhhh..ni boleh buat jadi azam tahun baru 2012).

27.11.11

Ayam Goreng Madras

Hari ni En Suami nak masak nasi lemak. Ingatkan bole la lepak arini takyah masak, alih-alih ada special request mintak tolong buat  ayam goreng pulak. Tapi cuma kena buat sampai stage perap ayam aje..En Suami kata takpe nanti dia goreng ayam..heheee

Resepi ni mak saya yang ajar, tatau la dia belajar dari mana.



Bahan-bahannya:
  • Ayam yang dipotong dan dibersihkan (kali ni saya pakai wings aje, dan potong jadik drumet & kepak)
  • Halia * 1/4 inci
  • Bawang putih * - 3 ulas
  • Bawang merah * - 1/2 biji (kalau bawang besar)
  • Serai * - 1 batang
  • Lengkuas* - 1/2 inci
  • Garam - secukup rasa
  • Daun kari - dari setangkai
  • Serbuk Cili - sesedap rasa
  • Telur - sebiji
  • Kelapa parut - lebih kurang dari 1/2 biji kelapa
  • Tepung beras - 2 sudu
  • Kunyit serbuk - 1/2 sudu kecil
Cara-cara:
  1. Blend bahan-bahan bertanda *. Kalau boleh blend tanpa air.
  2. Perap ayam dengan bahan-bahan yang dah blend tadi, sekali dengan semua bahan-bahan yang lain.
  3. Perap at least 2 jam.
  4. Goreng sekali dengan daun kari, hidang panas-panas
Nota kaki: Bahan-bahan semua sesedap rasa aje. Pepandai la nak adjust sendiri ye.

26.11.11

Malas mode

Masakan orang pemalas...lamb chop masak dekat stove.

Marinated by En Suami.