Since saya ni dah lama meninggalkan zaman belia saya (oh sedihnya) kena la cari jalan supaya kelihatan muda remaja. Sebab saya bukan dilahirkan cun seperti Lisa Surihani ataupun Maya Karin, dan saya juga takmo suntik botox ataupun buat facelift, so cari lah alternatif lain untuk maintain kulit muka muda remaja..cececehh ayat intro tak boleh blahh..
Dibawah ada beberapa tip tip top. Pengakuan diri sendiri: Senaman2 ni saya cedok daripada e-book yang saya beli. Mahal tau kita beli, $20. Hohoho. Buku tu ada copyright, so takleh la copy-paste sewenang-wenangnya. Makanya saya alih bahasa lah ke BM. Writernya omputih so dia tatau lah saya cedok buku dia..ngheheheee. Oh btw tajuk segmen ni dalam buku tu adalah: 'Natural face-lift di rumah, tampak lebih muda dalam 17 hari'. Tak perlukan apa2 alatan, cuma kerajinan tuan2 & puan2 sahaja (hoh padahal kerajinan tu bab yang paling lomah)..
Dengan mengamalkan senaman2 berikut otot2 muka anda akan berkerja. Ooh, tau la ada lagu kata kalau senyum nanti nampak muda bla bla bla. Sama la konsep. Tapi nak senyum terlebih kang macam orang gila pulak. Even di rumah tersenyum sorang2 depan komputer pun terasa macam orang tak betul. Ooh..senaman berikut sesuai di-amalkan di rumah ye, jangan buat kat ofis pulak. Huduh rupanya.
Senaman # 1:
Nganga mulut sebesar boleh.
Kebaikan senaman ini adalah untuk membantu menegangkan leher & rahang.
Teruskan nganga selama 10-15 saat. Rehat 10 saat dan ulang 4-9 kali.
Senaman # 2:
Dongak-kan kepala dan 'tegangkan' dagu anda keatas sampai boleh rasa yang kulit bawah dagu tu menegang.
Kebaikan senaman ini adalah untuk menegangkan leher dan membuang double-chin.
Tahan posisi ini selama 10 saat. Rehat 10-15 saat dan ulang 4-9 kali.
Senaman # 3:
Bukak mata sebesar boleh. Sampai rasa nak terjojol lah mata tu.
Senaman ini membantu mengurangkan kedut2 keliling mata, sembam bawah mata dan menegangkan kawasan atas mata.
Teruskan bukak mata besar2 sampai 10 saat. Rehat 10-15 saat dan ulang 4-9 kali.
Senaman # 4:
Dengan keadaan mulut terbuka (bukan ternganga okay), ketap gigi anda. Pastikan semasa tengah ketap gigi tu leher anda terasa 'menegang'.
Senaman ini membantu membendung kulit kendur atau double chin bawah dagu.
Tahan posisi ketap gigi ni selama 10 saat. Rehat 10-15 saat dan ulang 4-9 kali.
Itu sahaja untuk part I..kita ketemu lagi ya di part II..
Majulah sukan untuk negara. Malaysia boleh!
Senaman #4 tu sy sgt suker kalo chin dh mmg double ada harapan hilang x? hehe :p
ReplyDeletewaahhh bagus la...ecah pun terikut2 semua arahan yg diberi hehehe
ReplyDeletexsabo tunggu part II hehe
Makan chewing gum tu kira senaman muka tak?
ReplyDeleteAkak cukup suka part menghilangkan double chin tu sebab akak ni bukan setakat double, dah triple friple dah chin ni haa, kahkahkah!
ReplyDeleteoh tq cik sibuk..boleh la cube
ReplyDeletetak pakai modal pun..nak buang double chin tu
dah rupa tembolok je.huhu
@Khas Lysha
ReplyDeleteBoleh2..kalau buat juta2 kali..harus hilang..heheee
@Cik Ecah
Part II ada2..tungguuuuu.. (teringat macam cerita melodi lama2 dulu..sebelum iklan nnti dia kata tungguuuuu)
@LydSunshine
Ye kot. Macam iklan chewing gum wrigleys (sp?) tu..
@Dinas Aldi
Uhuk, saya pon macam dahnak menjurus ke arah tu aje..
@Irfa
Kita cuba jgn tak cuba..sebab takyah beli krim mahal2..
Kalau jadik alhamdulillah..kalo tak jadik takde rugi ape pon
MACAM NI LA BAGUS. TERIMA KASIH!!!!
ReplyDeleteMACAM NI LA BAGUS. TERIMA KASIH!!!!
ReplyDelete