Kawan saya suggest, suruh buat entry apa nak buat kalau ada perasaan tak puas hati dengan parents sendiri.
Saya sendiri pun memula tak berapa sure macam mana nak tulis entry ni. Sebab masa saya muda remaja saya sendiri tak rapat dengan parents saya. Saya lagi banyak habiskan masa duduk dalam bilik & keluar dengan kawan. Masa tu perasan konon cool la. So bila dah tak berapa rapat, konflik pun kurang.
Tapi saya perasan bila dah lepas kahwin & ada anak, fikir2 balik..sedih kot kalau anak2 saya end up macam saya. Tak rapat dengan parents sendiri. Ehh..tapi saya bukan salahkan cara parents saya didik saya tau. Maybe tu personality saya aje kot, memang anti-social. Kakak saya okay aje rapat dengan mak saya.
Dah macam terlari dari topic pulak…
Okay, berbalik kepada topic kita..macam mana taknak jadi anak derhaka? Cikgu kat sekolah dah ada ajar; syurga bawah tapak kaki ibu, lawan cakap mak nanti masuk neraka, berdosa lawan cakap mak/abah, kisah si Tanggang, etc. So patutnya takyah la nak remind lagi kan ? Tapi kalau semua orang dah tau benda ni, kenapa masih ada anak2 yang gaduh dengan parents sendiri?
Satu tip aje la kot nak bagi. Dan tip ni berjaya tiap kali saya ada rasa marah/bengang/terasa dengan parents saya sendiri. MENGALAH. Kita mengalah aje la. Ada anak2 yang bila tak puas hati, berani gaduh balik dengan parents. Jerit2 dengan parents sendiri, buat mak nangis sampai mengaku bukan anak. Cuba anak tu fikir, apa sangat lah kalau kita mengalah dengan parents kita sendiri. Abah & mak dah tua, apa lah salahnya buat dorang happy. Kalau anda tak happy pun dengan bebelan mak anda, buat2 la happy. Tak rugi apa pun. Jangan nanti bila mak/abah dah tak ada, baru nak menyesal..
Oooh..ni saya tengah type pun dah bergenang air mata. Dah la ni sekarang dekat McD..kang orang ingat saya tengah type surat cinta gaduh dengan suami lak..heheeee.
Penutup entry, boleh dengar lagu Innuendo Ratu Hati. Lagu ni dalam iPod saya, skang ni semenjak dah pindah rumah sendiri, jauh dari parents..tiap kali dengar lagu ni mesti sayu aje..
sedihnya :(
ReplyDeleteselagi boleh nak happykan mak ayah semasa mereka masih ada