Petang tadi buat benda yang selama ni tak penah teringin nak buat. Dedulu masa pandu puteri pernah masuk hutan, dan pengalaman yang tak best! Maybe tak best sebab dapat senior2 yang macam hampeh so takde rasa enjoy masuk hutan. Masa masuk hutan dulu, sebelum masuk aje dah ditakutkan dengan cerita2 seram, cerita nanti jumpa harimau lah, jumpa babi hutan lah, etc. Masa tu takut gilerrr, padahal masuk 'hutan' yang dekat belakang sekolah aje, keliling ada kawasan perumahan. Sekolah pulak dekat bangi, manade harimau. Kalau nak kira bukan masuk hutan pun, belakang sekolah tu bukit yang ada pokok2 & semak2 aje. Tapi sebab masa tu baru form 1...buduh pulak pegi percaya apa senior cakap.
 |
| Nak ke kanan ke, ke kiri... |
Harini pergi hiking ber-9 orang. Tah taktau la berapa km kitorang berjalan, tapi lama jugak la...ada lebih kurang 2 jam lebih tadi berjalan. So agak jauh jugak la kiranya tadi naik bukit, turun bukit, redah semak, rentas becak. Habis dah kasut ai berlumpur..tapi bila kasut kotor la baru leh jadi bukti yang kita ni betul pergi eksesais. Ini kekonon kata pergi jogging tiap minggu, tapi kasut cantik elok aje macam baru beli lagi. Nampak sangat pergi jogging dalam mimpi aje..ngeheheee
Since aktiviti masuk hutan, takde la bawak kamera. So dengan ihsan pinjam kamera En Suami lah saya dapat amik gambar. Tu pon tak banyak amik gambar, sebab mengah dah berjalan...
 |
| Nak naik bukit tu yang termengah & tercungap2.. |
Memula masa start, dah rasa menyesal dah. Haihh elok2 boleh duduk rumah goyang kaki depan tv..nak pegi busukkan badan & kotorkan kasut pergi masuk hutan. Tapi dah lama sikit agaknya badan pun dah recover daripada aktiviti eksesais mengejut ni..dah ok sikit. Berpeluh tu takyah cakap lah, dahnak lencun kot baju. Tapi rasa best sebab macam aktiviti sihat, lain kot dengan pergi gym. Ni dengan dapat hirup udara segar, dapat melihat flora & fauna..cececehh..macam ayat cikgu pendidikan jasmani tingkat 1 pulakkk..
Punya lah teruja dapat berjaya habiskan ekspedisi jalan kaki masuk hutan ni, sampai rasa macam nak buat ni jadi aktiviti tetap tiap hujung minggu pulak. Tapi macam biasa la cakap je lebih..tunggu la besok pagi kang kaki lenguh, lutut rasa macam nak tercabut..ha masa tu nanti baru leh tengok ada berani ke nak repeat lagi hujung minggu depan..hoho