Pages

Showing posts with label Snek. Show all posts
Showing posts with label Snek. Show all posts

13.1.12

Snek terhebat

Bagi sesiapa yang tak pernah makan ni..sila la try. Sedap banget okay. Sangat sesuai dimakan kalau tengah tengok tv. Tapi kalau nak makan sambil nengok wayang kat cinema pastikan anda tak pakai baju kaler putih okay. Kalau tak habis kang bila keluar wayang baju penuh flakes2 hijau.


Teringat dedulu pernah tengok wayang, tetiba lam cinema ada bau KFC. Hampeh betul rupanya ada orang seludup bawak masuk KFC. Bukan zinger burger ataupun cheesy wedges tau, tetapi ayam goreng KFC. Ishh..itu dah kira menggangu ketenteraman penonton lain tu. Dah la bau KFC tu buat orang takleh nak concentrate lam wayang. Pastu camne agaknye pesen dorang ni makan, dengan sos segala. Dah la dalam cinema kan gelap. Buat aniaya orang aje kalau ada sos ataupun kulit ayam berminyak jatuh kat seat pastu kang bila next session orang lain duduk dah baju kotor. Lagi satu, orang jaga entrance cinema tu mesti tak bagi bawak masuk outside food. So dorang ni seludup masuk KFC camne, sorok dalam handbag ke? Gigih betul..

Ooh..kembali kepada cerita seaweed. Ada banyak flavour tapi febret anak2 saya perisa tomyam. Kalau satu peket tu memang laju aje la habis. Tapi satu je la, rega nye yang tak berapa nak best. Walaupun namanya Japanese Seaweed, tapi made in Thailand. So agaknya kalau kat sempadan Siam nun dapat tak beli pukal rega murah? hoho