Pages

Showing posts with label Disney. Show all posts
Showing posts with label Disney. Show all posts

15.1.12

Mickey is in da house

Hari ni sambung birthday celebration anak dengan pergi tengok show. Mickey's Music Festival.

Seblom masuk hall kat entrance tu dah tulis, no cameras. Aiseh, camne nak amik gambar ni. Mula-mula dah ingat nak kena amik gambar pakai phone aje. Alih2 dekat dalam dewan tu tengok ramai aje parents yang keluarkan kamera. En Suami kata asalkan tak pasang flash okay kot. Tapi ada jugak masa tengah show ada orang yang snap gambar tak off flash, memang distracting la sebab lampu flash dia terang benderang. Saya pun kategori tak reti bahasa sebab pakai kamera dalam tu, tapi orang yang tak off flash ni lagi teruk. Either dia tak reti pakai kamera, ataupun tak peduli orang keliling.

Last Disney live show yang saya pergi ada kot 10 tahun yang lepas, masa tu masih zaman bujang lagi. Disney on Ice nengok dekat Bukit Jalil. Tak berapa enjoy sebab dapat seat yang jauh di belakang, kena pakai teropong kot kalau nak enjoy. So sebab tu tak ada teringin nak bawak anak2 tengok Disney live shows. Kali ni sebab pikir anak2 lom pernah tengok plus anak2 pun dah besar tu yang try bawak. Kiranya ni 1st Disney live show untuk anak2.

Tunggu show start..
Serabai sungguh rambut anak ai
Show start dengan intro & opening act oleh Mickey, Minnie, Donald & Goofy.
Opening act
Lepas tu Mickey gosok2 magic lamp, keluarlah Genie untuk start Aladdin punya act pulak..

Aladdin joget dekat market
Aladdin selepas buat makeover..dah jadi Prince Ali..dengan Genie & Carpet
Aladdin dating dengan Jasmine sambil berduet nyanyi 'A whole new world'
Lepas kisah Aladdin dah dapat kahwin dengan Princess Jasmine, keluar Sebastian untuk cerita Little Mermaid. Tapi kejap aje lepas tu ada intermission 10 minit untuk bagi can sesapa yang gi visit toilet ke. Ye la dah show kanak2 mesti ada ramai anak2 yang tahan kencing masa tengah tengok show first half tadi. Btw masa show tak digalakkan bangun sebab gelap gulita, kang tersadung handbang yang orang letak kat kaki kang sape nak jawab.

Habis intermission sambung balik cerita Little Mermaid..
Ariel berjoget riang ria bersama Ursula & khadam2nya
Ariel & Prince Eric: Boleh masuk Sehati Berdansa
Ni dorang tengah joget lagu Kiss the Girl
Perhatikan perut Ariel yang agak buncit.
Oh dia ni fit sebab tiap hari joget pun perut ada buncit & kepala lutut besar
Okay, selepas Ariel dah dapat dia punya Prince Eric..tukar masuk cerita Toy Story pulak. Toy Story mana ada lagu2 best (bukan macam movie2 Disney princess kan). So show Toy Story ni gitu2 aje la..tak lah best sangat compared dengan part Aladdin & Little Mermaid.

Woody main getah dengan toy soldier sambil Jessie & BullsEye tunggu turn dorang
Woody baru nak start..so masih zero point
Buzz Lightyear belum join lagi. Buzz mana reti main permainan rakyat cenggini. Dia reti main PS3/Xbox aje..
Dah habis Toy Story..semua watak2 keluar untuk buat closing act..
Tu dia..semua watak utama joget bersama sebagai penutup show.
Oh dan ada 2 backup dancer terselit sama untuk memeriahkan stage..
Okay..babai Mickey & the gang.
Panjang umur kita jumpa lagi..ingat daku dalam doamu.
Muah muah *salam cium pipi*
Ngeheheeee
Show yang sangat entertaining, anak perempuan saya enjoy sangat sebab dia memang suka Little Mermaid & Aladdin. Anak lelaki saya macam tak ada perasaan. Tanya best ke tak, dia jawab macam nak taknak je jawab. Agaknya boys memang kurang minat kot show joget2 nyanyi2 nih. Since dorang enjoy (at least anak pompuan saya memang happy sangat walaupun anak lelaki saya so-so aje), lelain kali kalau ada live show boleh la bawa lagi...
Sesiapa nak join nengok show ni..location-nya di sini..
p/s: abaikan couple yang sibuk inteprem gambar gue