Pages

12.4.12

Babai sydney



Hoorayy...harini nak balik mesia..

Babai sydney..hello pasar malam, hello nasi kerabu, hello siput sedut masak lemak cili padi (perghh..leleh sudahh ailiorrr), hello 1901, hello chillis, hello cendol seri melaka, hello tomyam (tomyam sini tak sedap manis macam sirap), hello chilli crab, hello lala uptown, hello burger king..

Tak payah la letak video youtube lagu leaving in a jet plane. Poyos sangat kalo letak. Orang tengah bercinta bole laaa...

9.4.12

I'm backkk...*okay, takde sape carik pun kott*

Wah lama giler tak update belog..last post bulan 2 arituh. Nak bagi alasan busy, tapi sebenarnya takde la busy sangat. LLB (look like busy) aje yang lebih. Tiap kali bukak buku, anak2 memekak kat belakang. Kalau nak study time dorang tido, takut nak duduk kat luar sesorang. Cam gini camne nak score exam nihh..haih. *Okay saya memang suka mencari padah sebab suka layan forum cari thread hantu, sekarang dah takut nak duduk luar sorang2... dan juga takut stay back kat ofis lambat2..semua sebab forum cari jugak*

Arini Easter Monday, dah penat duduk rumah 4 hari..tetiba teringat nak update belog..dan belogwalking sikit. Nak cerita apa eh..lama tak tulis macam hilang skill lak..Cecehhh poyos macam la ada skill seblom ni. Cerita apa jadik aje la eh since last update..btw ni ingat2 lupa aje la..semua based on apa ada lam kamera..

I'm the lucky one?
Okay lepas ni boleh cari leprechaun & pot of gold pulak

Gue jumpa four leaf clover! Perghh..tamat sudah pencarian selama 30 tahun. Gila weh sejak kecik lagi kalo kat luar mesti selak2 rumput, kekonon nak cari 4leafclover ni lah. Tetiba aritu tengah isik air nak siram pokok..mata terpandang semak..eéh..betul ke nihhh..waheyyy..jumpa satu!! Girang kemain hatiku. Lepas tu gugel kat internet, rupanya takde la spesel sangat 4leafclover nih..ada orang buleh jumpa lam 20 dekat satu padang. Ceh, buat spoil aje gue punya perasaan excited. Tapi papepun masih teruja nak simpan. Masuk lam dictionary nak kasik dia leper..pasni nak laminate jadik bookmark - nasib masih ada dictionary kat rumah..kalo tak mana nak cari buku tebal lagi..zaman skang semua pakai internet dah takde simpan buku tebal2. Hahaha (tah hape2, apa motif gelak dulu sebelum start cerita) tetiba teringat buku teks matematik tambahan kaler dark purple. Tu la buku paling tebal masa sekolah. Btw ni orang2 yang amik spm era tahun 95 dan sewaktu dengannye je kot bole relate. Alamak, dah ter-reveal umo lak..heheee. Eh lupa nak gitau, jumpa 4leafclover ni pun masa St Patrick's Day..macam kena pulak tema..hahahha. Apesal la tak jumpa pot of gold sekali..ish..

my preciousssss...
pilih kaler red sebab nampak macam lagi kewl daripada boring black/white

Gue beli vitamix! Semua start sebab member cerita pasal orang muda2 dah kena buat kidney dialysis. Pastu kiotarang cite camne nak buat detox (nak elakkan kidney rosak la masa tu). Pastu cite pasal nak minum juice lah kekonon nak detox. Pastu start gugel brand juicer mana satu nak beli. Masa tu dah berkira2 nak beli juicer breville pastu bila baca review kata nak cuci leceh, parts besar gedabak, terus dah pikir 5 kali. Berdasarkan pengalaman saya sebagai orang yang sangat pemalas, awal2 beli memang la teruja bagai..tapi kang bila dah tak berapa teruja konfirm malas nak guna sebab malas cuci. Gugel2 lagi nak cari juicer yang senang nak cuci, terjumpa lak website orang cerita pasal vitamix. Disebabkan saya ni memang senang terpedaya dengan iklan, makanya memang haruslah saya sangat teruja nak beli vitamix bila tengok promo video pasal vitamix. Macam hebat gilerr kot vitamix ni kalo nengok website dia. Agaknya sebab En Suami dah menyampah 3 hari saya asyik tanya dia soalan: Nak beli ke taknak aaa? Agaknya kalo beli nyesal ke tak aaaa? Pastu dia pon nyampah saya asyik la pasang video vitamix kat youtube. So weekend tu saya 'dipaksa' untuk beli vitamix. Macam ni best kot, sebab dalam hati memang nakkk sangat beli, tapi takut nak keluarkan duit. Tapi bila suami dah paksa beli boleh cakap 'u yang suruh i beli okay'. Ngeheheeeee. Tapi ni dah lepas pakai sebulan, memang bole cakap, tak nyesal beli. Best kitchen gadget ever kot. Bunyik memang bising macam motorbot, tapi makes the best green smoothie. Memang tak dijangka dek akal la gue akan minum air sayur tiap hari, kengkadang tu rupa macam air longkang pun ada, tapi rasa sedap. Sekarang memang takde masalah nak go for the daily 2 & 5 requirements. Kalau mak gue tau ni, mesti bangga sebab kecik2 tak suka makan sayur. Eh..terpanjang lak cerita pasal vitamix. Lepas ni kena buat satu entry khas vitamix aje kot..leh cerita pasal before & after minum green smoothies tiap hari.

dinosours roam the earth..err dragon sebenarnye, tapi kalo cakap dinosaurs kan bunyik macam lagi cool..

Aritu pergi tengok show How To Train Your Dragon. Ni anak2 la dengar iklan kat redio, pastu mintak nak tengok. En Suami tengok promo, macam dia pulak yang terlebih teruja pastu. Dia kata ada real dragon. Gila apa mana buleh ada real dragon. Beriya dia kata, ada dragon terbanggg. Haih sukahati lah. Show ni dorang launch kat au dulu (kiranya 1st di donia lah), start ngan melbourne, pastu sydney. Masa beli tiket lom ada review lagi, so main gamble aje la beli kalo tak best nasib aje la. Dekat stadium tu, okayyyy rekod kot tak nampak ramai cina. Baru la macam berada di negara omputih. Ada la sikit2 asian, lam 5% kot. Tah apesal tak ramai cina pon tatau, selalunya au ni bersepah2 orang asia..tapi yang pegi tengok show ni majority omputih lak.

fuiyoo..real flying dragons wa cakap luuu

So, ada ke real dragon? Memang la takdeeee..apeda. Tapi ada la dragon terbang2. Ada a few scenes tu agak impressive jugak lak lah cara dorang buat. Tak banyak amik gambar sebab ada satu mamat botak ni duduk depan gue, almost semua gambar ada kepala botak dia interframe..haishh.

Ooohh..khamis ni gue nak balik cuti-cuti mesia..hip hip hooray! Teruja ke nak balik msia? Sebenarnya takde la teruja sebab nak balik mesia, tapi lebih kepada teruja nak cuti takyah gi keje *dasar pemalas*. Tak suka nak gi travel, sebab nak kena kemas barang, dan paling tak suka bila balik dari travel, nak kena unpack & cuci laundry segedabak. Okay, nak pergi sambung baca buku, kekonon la.

Sampai ketemu lagiii..daaa..chow cin cau..