Pages

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

13.5.12

Happy happy joy joy

Tajuk entry ni ditujukan kepada bestpren saya merangkap hero dan juga suami saya. Happy Birthday to you..happy birthday to you..lalalala..hip hip hooray! hip hip hooray! okay besday kali ni takde hadiah, so kang besday i, pun i tak mintak hadiah orait. Err patut lagu tu happy belated birthday sebab besday dia dah lepas, tapi cuba bayangkan nak nyanyi 'happy belated birthday to u..happy belated birthday to u...', kan ke susah nak nyanyi nye..kena nyanyi lelaju untuk nak bagi semua perkataan muat dalam tune lagu tu. Tak paham? Err takpe la biar saya sahaja yang faham. Biarlah rahsia. Lalala..melalut jadi lagu Siti pulak.

Dan juga happy mothers day kepada diri saya sendiri. Terima kasih. Okay hadiah mothers day untuk diri sendiri dah beli. Ye pakai duit sendiri juga. Nak buat camne, anak2 kecik2 lagi..nak kena tunggu lagi 15 tahun la baru leh dapat real hadiah dari anak2  :(


Dah lama usha nak beli glass kettle..guna mothers day alasan nak beli..
So sekarang semakin rajin jerang air, sebab best tengok air mendidih dalam ni..ngeheheee
 Okay, nak pergi buat kerja. Hari jumaat satu hari membazir pergi site. Besok ada meeting lom siap prepare semua report lagi. Patut kena bayar overtime ni. Tak suka kena buat keje time weekend. Benci. Nyampah. I don't like. Bertentangan dengan etika kerja gue masuk pul 9am balik kerja sharp2 pukul 5pm  :(

Hahhaa...syok sendiri tengok muka gue lam gambar ni
Tera jugak gue touch-up gambar
:p
Eh sebelum start buat kerja nak cari episod 10 bunga bunga cinta dah ada lom. Tak sabar nak tengok apa jadi dekat sofea yang kurang cerdik tu..camne la gue dah terjebak nengok cerita ni..kengkadang tak masuk akal pun ada watak sofea tu..macam orang duduk dalam gua kekdahnye...

Akhir kata..sila tatap gambar profiterole yang gue makan aritu..perghh..sedapp..kalau rajin dah lama gue carik resepi pastu try buat sendiri. Tapi sebab malas, tengok balik gambar pun jadikla...


Sedap sehingga menjilat sudu
Betul..wa tatak bohong sama lu olang..

14.1.12

Mah Na Mah Na

Hari ni birthday my favourite daughter yang ke-7. Ucapan khas untuk anak-ku, dah umur 7 tahun ni, sila lah belajar:
- tidur bilik sendiri
- kemas katil sendiri
- jangan sepah rumah lagi
- sikat rambut & zip uniform sekolah sendiri

Sempena birthday, keluar lah bawak anak2 nengok movie. Dan juga sempena birthday layan lah juga bila birthday girl minta beli set popcorn. Yang menyampah kalau beli popcorn dekat cinema, mesti tak pernah habis makan. Kalau beli saiz small pun mesti tak habis. Sebab tu lagi suka bawak masuk twisties ataupun jajan lain masuk wayang. Gerenti habis.

Dapat popcorn, cawan muppets dengan kermit kecik yang bole sangkut kat beg

Macam biasa, masa tengah tengok wayang saya akan tertidur. Kali ni tak tido lama. Ada la miss dalam 20 minit aje tengah2 cerita. Tapi yang buat stress sampai sekarang adalah...daripada keluar wayang tadi sampai sekarang lagu Mah Na Mah Na takboleh keluar dari kepala otak..adehhh geramnyee..

Haa..ini lah lagu yang takleh stop dalam otak saya. Disclaimer: jangan marah kalau anda pun mengalami sintom yang sama seperti saya selepas menonton video ini..ngeheheeee