Pages

16.8.12

Apa macam..ada berani??

Kasut ofismate..dia guna untuk pole dancing. Btw saya bukan kerja di bar/kelab/pusat hiburan dimana ada orang pole dancing di tempat keje. Member ni rajin takde keje memalam gi kelas belajar pole dancing.

Untuk sesiapa yang berminat, tinggi kasut ni 18cm..hoho. Apa macam...ada berani nak pakai gi shopping? Boleh geng ngan lady gaga okay.

Btw pole dancing apa dalam bm? Menari tiang?

14.8.12

Tutorial: DIY lip tint

Dah frust tertipu dengan Lush punya lip tint, saya berusaha untuk buat own lip tint. Guna bahan2 natural, takde chemical, takde pengawet.

Btw saya punya bibir sangat sensitif. Tak boleh pakai sebarangan lipstick. Nanti ada allergic reaction. Orang suggest Clinique sebab kekonon allergy tested. Dah try, masih gak allergic. Tgk ingredient list..omak ai banyak nya bahan kimia. Bukan je lipstick, lip tint & lip balm pun ada yang buat bibir ku gatal2, kering, mengelupas, bengkak..ada time kalau teruk sangat reaction sampai ada crust pastu berair (bukan berair leleh ailiorr pepagi okay..).

Ok..balik kepada tutorial hari ini.

Bahan2 yang diperlukan:
  • Vegetable glycerin - 1 sudu
  • Berries atau delima - beberapa biji, sila adjust kalau nak kaler pekat banyak la sikit guna. Kita guna berries sebab ada dalam fridge malas nak gi kedai beli delima.
  • Distilled water - 1 sudu. Cari kat kedai tak jumpa yang ada alkaline water je. Tak kisah la asal bukan guna air paip atau air jamban.



Cara-cara:
Hancurkan berries pakai sudu.
Campur glicerin.
Campur air.
Gaul2.
Siap!

Hasil lenyekan..dah banyak kali practice lenyek menyelek.
Dedulu gue rajin lenyek kentang nak wat bergedil.
Tapis & simpan dalam bekas. Cari kat kedai tak jumpa bekas kecik yang sesuai. Pegi reject shop beli lip gloss $2.50 pastu cuci & recycle. Tapi bagus bekas ni..jenis ada roller tu. Ala, macam jenis botol orang jual perfume atau minyak atar calit kat wrist tu. Kiranya kalo simpan lit tint lam botol cenggini ni takde la masalah leleh lam handbag. Pastu nak apply pun senang, cam benetint tu kan macam nail polish, tumpah kalo..abis nanti beg cap ayam gue kaler merah. Haip. 

End product. Perghh..macam beli kat kedai.


Jumlah ongkosnya:
  • Glycerin: $3.40 untuk sebotol 100ml. Boleh guna untuk produce berbotol2 lip tint.
  • Berries: foc - cilok anak nye berries dalam fridge. Tapi kalau nak beli pun rega lam $5 je untuk 500gm.
  • Alkaline water - $2.30 sebotol 600ml.
  • Botol isik lip tint: $2.50

Murahhhh kannn..lagi murah dari benetint wa cakap luuu..dan yang paling penting, bibir takde allergic reaction. Ni baru la leh cakap kissable berry lips. Chewahhhhhhh..



 
Botol recycle - guna botol lip gloss beli kat reject shop.

 
Btw ni ingredient list lip gloss reject shop tu. Ayat 'MAY CONTAIN' tu yang takleh blah.
Bayangkan parents skang suka bagi anak2 dara skolah rendah main mekap2 pakai lipstick murah beli kat kedai cina deret hujung rega $2..tah brapa banyak bahan kimia ada lam tu. Budak2 bukan reti..dah calit kat bibir, pastu jilat2 bibir..ish
ooh lipstick mahal2 brand glamer2 pun ingredient list dia lebe kurang cenggini gak. Tapi instead of made in China, lipstick yang mahal tu made in Paris ataupun made in USA (ataupun memana negara lain yang lagi glamer dari negara asia). Tu pasal mahal lebih sikit..ngeheeee


7.8.12

Read the label!

Saya sangat obses dengan produk2 yang natural & organic. Hampir semua produk yang saya tepek kat muka & badan brand yang orang tak pernah dengar, sebab brand2 popular ni semua penuh bahan kimia. Buat masa ni produk yang ada brand saya pakai cuma sunscreen shiseido sebab tu sunscreen yang katanya terbaik di pasaran. Dan jugak perfume, tu saya pakai perfume ada brand sebab nak wangi. Heheeee.

Aritu jejalan kat mall ternampak kiosk LUSH. Tagline Lush adalah 'Fresh Handmade Cosmetics'. So agak teruja la nak try sebab mcm natural product dan jugak sebab ada yang bagi good review. Dan jugak sebab brand ni popular la jugak..kira nak glamer la sikit pakai produk yang popular, asyik2 la pakai brand cap ayam nak gak pakai yang glamer. So terjebak la beli gel sabun & lip tint.


Sebab teruja sangat, dan2 kat situ terus pakai lip tint yang baru beli tu. Mula2 pakai ok, kaler cantik, bau sedap..mmg puas ati la sebab kaler dia dapat kaver bibir ku yang kaler gelap. Malam tu pakai lagi sebab gi kluar buka puasa. Pastu bibir dah rasa semacam. Bibir dah start gatal2 dan kering. Tengok ingredient list, aisehhhhh...ada bahan kimia!!! Ada paraben..natural produk apa kebenda ni.. Pastu tengok sabun tu pulak. Ada jugak paraben, dan jugak ada SLS!!!! Mangkuk ayun betul la.



Skang lip tint mmg dah takleh guna, sebab saya mmg allergic dengan most lip products. Brand yang saya ok cuma Burt Bees aje. Sabun tu nasib beli yg kecik, walaupun tak suka sebab ada SLS tapi continue aje la sbb takde reaction apa2 kat kulit. Tapi masih tak puas ati jugak la, ye la..memang rasa tertipu padahal salah diri sendiri sebab pandai sangat tak baca ingredient list seblom beli.

Pengajaran nya...baca ingredient list seblum beli. Dan yang paling penting jangan terpedaya dengan marketing gimmick. Hampeh nye Lush..mangkuk hayun harem jadeyyyyyyy...

Nota kaki: Btw sabun gel tu bau tak best okay. Kat kedai macam best, bau blackcurrent..tapi bila dah lepas mandi..bilik air bau macam public toilet. buek.

Ni ingredient list yang diragui: Methylparaben, Titanium Dioxide, Benzyl Benzoate, Sodium Laureth Sulfate

4.8.12

1.8.12

Slip Slop Slap Seek Slide

Aritu kat satu forum ni ada orang post link ke artikel pasal sun damage. Tajuk artikel tu 'You will surely want sunscreen after seeing this man's face'.

Gambar pemandu lori yang dah bawak lori 28 tahun. Belah kiri lagi exposed kepada matahari.
Gila weh, sebelah muka nampak tua giler.
Ooh..lepas tu terus lah google cari the best sunscreen untuk pakai. Sebelum ni memang ada pakai sunscreen, tapi tak brapa serius. Ada hari pakai, ada hari skip, ada hari harapkan moisturiser yang ada spf aje.

Masa baru2 datang sini, ada pernah tanya satu akak yang buat phd ni. Tanya dia pakaikan tak sunscreen dekat anak2 dia (sebab dekat sekolah anak2 saya cikgu2 asyik la suruh pakai sunscreen). Dia cakap yang dia tak pernah pakai sunscreen & juga tak pakaikan dekat anak2 sebab katanya bila pakai nanti muka jadi hitam & kita ni orang kulit gelap tak kena kanser kulit, bukan macam kulit orang putih yang senang kena kanser. Hmm..

Hasil kajian saya di google ada cakap yang tak kisah la kulit putih ke, hitam ke, olive ke, pink ke..sesapa pun ada risiko kena skin cancer kalau tak protect diri dari matahari. Beza orang putih & kita ni cuma dorang senang kena sunburn, tapi kita ni jenis berjemur lama2 pun kengkadang kulit takde efek apa, tera betul kulit melayu ni eh, macam kulit biawak kebalnya. Walaupun tak terbakar, lepas tengok gambar pakcik lori tu, still takmo pakai sunscreen? Ni bukan pasal kulit terbakar ke tak, tapi jugak pasal apa kesan terlebih exposed dekat matahari. Nanti kulit jadi kering, dan jugak kedut2. Nak jadik macam pakcik lori tu?!?

Tentang sunscreen:
  • Ada 2 jenis, chemical sunscreen & physical sunscreen. Dan ada jugak sunscreen yang jenis combination chemical & physical sunscreen. Yang mana lagi bagus? Ada orang yang prefer physical sunscreen, ye la..lagi satu tu nama pun chemical. Macam takut je nak guna. Benda ni ikut preference orang, physical sunscreen jenis yang putih melepak kalau pakai, so ada yang tak suka.
  • Berapa banyak nak pakai? Disarankan 1/2 tespoon untuk muka. Sebab tu kengkadang takat pakai moisturiser ada spf ni betul ke cukup untuk protection dari matahari? Berapa banyak yang korang tepek kat muka untuk bagi cukup protection?
  • Jangan lupa letak kat telinga & leher (untuk yang tak bertudung), lengan & tangan sekali.
  • Sebab takleh nak pakai sunscreen dekat mata (jangan buat kerja gila ok), so disarankan pakai cermin mata hitam untuk protect area mata. Pakai la sunnies (yang ada UV protection) bila keluar rumah ataupun masa tengah drive. Tapi tolong jangan jadi orang jakun pakai sunnies dalam bangunan. Tu buruk sangat ok, tak kisah la korang ni rupa cun/hot macam mana pun, terus tak hot ok bila pakai sunnies dalam mall.
  • Make sure cleanse muka betul2 kalau pakai sunscreen. Setengah jenis sunscreen kena pakai makeup remover untuk betul2 buang sunscreen tu dari muka. Macam saya double cleanse aje dah ok dah. Tapi kalau cleanse sekali aje, memang tak hilang sunscreen tu semua.
  • Macam mana nak tau dah hilang semua sunscreen? Lepas cuci muka, tengok cermin. Kalau titis air kat muka tu macam bulat, tu muka lom cukup bersin. Ala, bulat macam kalau kita titis air kat pinggan berminyak. Kan air tu bulat aje. Cam gitu la. Paham tak? Btw ni buat masa muka masih basah lepas cuci muka tu. Kalau dah lap pastu baru nak tengok cermin, tu memang buang karan aje la.
Tapi jangan lak terlampau obses takmo kena matahari langsung. Jangan pulak celik2 mata aje terus tepek sunscreen satu badan & muka. Kita nak jugak dapat sikit matahari untuk vitamin D. So lam 2 kali seminggu tu sambil jirus pokok takyah la pakai sunscreen. Tapi ni assume yang kita jirus pokok stail express (5-10 minit) dan juga jirus pokok pukul 8am bukan masa tengah hari bangkang.

Okay, pengajaran entry ni adalah, sila jaga & sayang kulit anda dengan protect kulit dari matahari. Zaman sekarang dunia pun dahnak kiamat terik matahari ni lain macam sikit. Kalo kat sini ada kempen slip slop slap seek slide. So boleh la kita tiru..huhu

Slip on a shirt, Slop on the sunscreen, Slap on a hat, Seek shade, Slide on some sunnies.

30.7.12

Ada apa dengan rupa?

Ape pasal la sekarang ni semua orang sangat obses nak sangat kulit putih, cerah, glowing, etc ni? Bukak aje la mana-mana forum kecantikan, bersepah iklan produk. Memang sekarang ni kalau ada teringin nak kaya raya, sila la buat bisnes jual produk kecantikan. Sure ramai perempuan-perempuan berebut nak try beli produk yang korang jual.
Saya sejak kecik memang hitam. Paling hitam antara adik beradik. Memang dekat sekolah tak ada peminat pun. Dah la rupa pun tak cun, hitam pulak tu. Tapi nak buat macam mana, dah mak pak tak putih, memang magik la kalau tetiba saya ni putih melepak pulak. Memang menyampah, budak-budak yang glamer memang yang putih, walaupun muka penuh jerawat. Tapi takpe, asalkan putih. Tu dorang paanggil jerawat pemanis. Chait. Okay la, nak sedapkan hati selalu la cakap sesame geng2  yang tak putih ni..’ala, dorang tu harapkan kulit aje putih. Cuba bayangkan dorang hitam, mesti tak lawa langsung. Tapi cuba bayangkan kita ni putih..mesti lagi cun dari dorang’. Ya saya mengaku tu memang ayat seorang loser (seperti saya).
Tapi sekarang saya dah belajar untuk accept yang saya memang dilahirkan hitam. Dan takde apa masalah kot dapat kulit kaler macam ni. Walaupun saya tak boleh pakai baju raya kaler shocking pink ataupun neon yellow mahupun hijau flourecent..tak apa la. Tak heran pun. Boleh aje pakai baju kaler lain yang sesuai dengan kaler kulit saya. Walaupun saya bukan yang paling cun dikalangan kawan2, tak ape la. Walaupun tak cun tapi at least muka takde penuh kawah2 kesan jerawat ataupun muka penuh jerawat batu.
Berbalik kepada produk2 kecantikan tu. Sekarang ni antara yang popular adalah collagen. Tak kisah la krim kolagen ke, air kolagen ke, serbuk kolagen ke..semua orang teruja nak try produk kolagen. Katanya kalau nak kulit gebu, montoks, cantik bak bontot baby..boleh la try produk kolagen ni. Semua orang obses dengan nak kulit glowing, nak kulit macam patung porcelin. Memang betul, ada banyak testimoni  yang kata kalau consume kolagen ni 3 hari pastu terus muka jadi putih, cerah, glowing, cantik bersinar2 macam pakai mekap bla bla bla. Terasa seperti muda kembali, kulit tegang, anjal, macam anak dara bla bla bla. Ooohh…saya pun teruja dengar. Macam hampir nak terjebak pun ada jugak. Ye la, sape taknak beb..nanti bila somi gue cium pipi terasa kelembutannya macam dia cium bontot baby. Perghh..
TAAPIII..bila nengok harganya..omak aiii. Mahal bebenau. RM250 untuk stok makan 3-4 minggu. Gila babas. Pulak tu bila ditanya apa jadi kalau stop makan kolagen? Jawapannya adalah nanti kembali kepada keadaan kulit yang asal. Kusam, kuyu, tak bermaya, no more Johnson baby punya kulit tapi tukar balik jadi macam kulit bontot orang tua ganyut. Oopps. Alamak, makanya gue kena commit untuk berbelanja RM250 sebulan seumo hidup?! Err..tak pe la. Tima kasih aje la. Sementara masih muda remaja lagi ni, nak guna cara lain la nak dapat kulit bontot baby ni. Bak kata ada seorang forumer ni di satu thread review kolagen. Katanya consume kolagen ni ibarat bagi penduduk kampong roti. Tapi instead of makan kolagen, apa kata kita makan makanan yang produce kolagen, tu ibarat bagi penduduk kampong tu benih & baja..so boleh produce makanan sendiri.  Err bole paham ke? Aku baca sendiri pun macam tak paham. Bunyik macam buduh aje bila dah translate dalam BM kan. Jap, gue copy paste versi English, kasik terang sikit:
Drinking collagen is kind of like feeding a starving village with bread only. Giving your body what it needs to produce collagen is like supplying that same village with water, seeds and sunshine to ensure they will keep producing what they need (Quoted dari forum omputih).
Err mampos aku kena lahar dengan penjual2 kolagen. Mesti dorang kata, dah tua..dah takleh produce kolagen sendiri sebab tu kena makan supplement. Tapi ai muda remaja lagi..umo baru sweet 18 (nota: bukan umur sebenar). Hihihiiiii. Tak apa la, sementara ai muda lagi, nak try guna cara orang dulu2. Makan makanan berkhasiat & senaman. Bila dah tua kang dan bila aku dah kaya raya baru la berani nak commit beli kolagen. Takmo la kang hari ni orang puji kata waaa, semenjak makan kolagen ni..cantik nya kulit hang. Tapi tahun depan tetiba lak orang kata..ish kenapa tetiba lepas kompeni tak jadi bagi bonus tahun ni terus kulit hang nampak tua nooo (kes dah takde duit nak beli kolagen).

So nak makan ape untuk produce kolagen? Banyak giler superfoods yang elok untuk kulit. Blueberry, raspberry, capsicum, spinach, almonds, avocado..memacam la. Stop makan junk food, stop makan processed food. Makan fresh produce.
Sebagai contoh, lepas ni nak kena masak untuk buka puasa. Menu hari ini grilled salmon dengan mushroom soup. Instead of pemalas guna sup Campbell dalam tin aje, apa kata buat sendiri dari scratch. Konfirm tak ada bahan pengawet. Gila merepek kalau sup dalam tin kata tak ada bahan awet tapi expiry date lagi 2 tahun.
Homemade Cream of Mushroom Soup
Bahan-bahan:
8 biji fresh cup mushroom (saiz sedang2)
½ bawang kuning besar, hiris
1 -2 ulas bawang putih, hiris
2 sudu besar butter
2 -3 sudu besar tepung
2 cawan stok ayam
1 cawan cream atau 1 cawan susu ideal (oh, dalam ni mungkin ada bahan pengawet..kalau terer cari la bahan substitute yang takde pengawet)
1/2 sudu teh garam - sila guna sea salt..lagi sihat ok
1/4 sudu teh pepper

Cara-cara:
  1. Potong/hiris 5 biji cendawan (potong kasar2 aje).
  2. Panaskan butter, masukkan bawang, bawang putih & mushroom. Masak sampai bawang lembut.
  3. Masukkan 2 sudu tepung, gaul.
  4. Masukkan stok ayam. Pindahkan ke dalam blender, blend sampai hancur (sebab tu bawang & mushroom takyah potong halus2, sebab nak blend). Lepas dah siap blend pindahkan balik ke periuk & sambung masak guna api perlahan.
  5. Potong kecik-kecik  the remaining 3 biji cendawan. Masukkan lam sup tu. Sambung masak sampai mendidih. Jangan lupa godak2 kalau tak dia hangus jangan salahkan resepi.
  6. Masukkan cream/susu. Tambah garam & pepper secukup rasa. Kalau rasa cair sangat, boleh tambah tepung. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air.
  7. Sekian terima kasih.
Err..gambar mushroom soup nye nampak sipi2 je.
Menu buka puasa versi tamak haloba: Grilled salmon, dill mustard sauce, bbq chicken & sliced avocado.
Yummmmmm

30.5.12

Kepada yang berkenaan sila stop.

Kepada siapa2 yang dekat ofis suka buat kerja sambil cakap sorang2..sila stop. Ni bukan zaman tadika baca buku kena sebut bagi orang lain dengar. Dah tua ni takkan la masih tak reti nak fikir/baca dalam hati..diam2 sudah laa. Annoying okay. Sangat menjengkelkan, kita yang duduk sebelah ni sama sakit jiwa macam dengar bunyi orang makan tak tutup mulut.

Sekian, terima kasih.

13.5.12

Happy happy joy joy

Tajuk entry ni ditujukan kepada bestpren saya merangkap hero dan juga suami saya. Happy Birthday to you..happy birthday to you..lalalala..hip hip hooray! hip hip hooray! okay besday kali ni takde hadiah, so kang besday i, pun i tak mintak hadiah orait. Err patut lagu tu happy belated birthday sebab besday dia dah lepas, tapi cuba bayangkan nak nyanyi 'happy belated birthday to u..happy belated birthday to u...', kan ke susah nak nyanyi nye..kena nyanyi lelaju untuk nak bagi semua perkataan muat dalam tune lagu tu. Tak paham? Err takpe la biar saya sahaja yang faham. Biarlah rahsia. Lalala..melalut jadi lagu Siti pulak.

Dan juga happy mothers day kepada diri saya sendiri. Terima kasih. Okay hadiah mothers day untuk diri sendiri dah beli. Ye pakai duit sendiri juga. Nak buat camne, anak2 kecik2 lagi..nak kena tunggu lagi 15 tahun la baru leh dapat real hadiah dari anak2  :(


Dah lama usha nak beli glass kettle..guna mothers day alasan nak beli..
So sekarang semakin rajin jerang air, sebab best tengok air mendidih dalam ni..ngeheheee
 Okay, nak pergi buat kerja. Hari jumaat satu hari membazir pergi site. Besok ada meeting lom siap prepare semua report lagi. Patut kena bayar overtime ni. Tak suka kena buat keje time weekend. Benci. Nyampah. I don't like. Bertentangan dengan etika kerja gue masuk pul 9am balik kerja sharp2 pukul 5pm  :(

Hahhaa...syok sendiri tengok muka gue lam gambar ni
Tera jugak gue touch-up gambar
:p
Eh sebelum start buat kerja nak cari episod 10 bunga bunga cinta dah ada lom. Tak sabar nak tengok apa jadi dekat sofea yang kurang cerdik tu..camne la gue dah terjebak nengok cerita ni..kengkadang tak masuk akal pun ada watak sofea tu..macam orang duduk dalam gua kekdahnye...

Akhir kata..sila tatap gambar profiterole yang gue makan aritu..perghh..sedapp..kalau rajin dah lama gue carik resepi pastu try buat sendiri. Tapi sebab malas, tengok balik gambar pun jadikla...


Sedap sehingga menjilat sudu
Betul..wa tatak bohong sama lu olang..

8.5.12

Ada apa pada nama?

Haritu bukak forum cari..ada thread pasal Que baru dapat anak, namakan anak Tengku Cleopatra. Omak-ai...glamer sungguh nama. Tapi sebab mak pak nye artis, makanya tak berapa nak heran la nama anak pun glamer macam bintang filem. Tak berapa sure apa makna nama Cleopatra, most probably takde makna la, sebab bukan nama Islam. Tapi Cleopatra ni bukan salah satu firaun ke?


Gambar hiasan dari Google
Nama anak ni macam ikut trend pun ada. Ada satu time tu, ramai baby nama Daniel. Ni masa awal tahun 2000 tak silap. Tah dorang ni berkenan Isma Daniel agaknye? hehee. Zaman dulu senang aje rasanya mak pak bagi nama anak. Kalo tak takkan la ramai je orang2 tua nama Isnin, Khamis, Jumaat, Melur, Tanjung, Mawar. Zaman sekarang pulak kesian mak pak punya la nak bagi the perfect name untuk anak2, sampai nama terlebih canggih sampai tok nek pon tergeliat lidah nak nyebut nama cucu.

Saya pun tergolong dalam kategori nak nama anak best, nak bagi nama islam yang ada makna yang indah, sebab pengalaman diri saya sendiri. Nama saya punya la tak best sampai dedulu ada terpikir nak naik court gi tukar nama. Tah apesal la mak pak saya pegi letak nama saya yang ni. Tapi takkan nak salahkan mak pak lak..zaman saya lahir pon manade lagi internet so mak saya tak dapat nak mengugel makna nama saya. Dan jugak time tu takde orang forward2 email seperti 'nama2 anak jin' ataupun 'nama2 tak digalakkan dalam islam'. Plus saya tengok cousin2 saya pon nama tah hape2..so bole bayangkan la time tu memang agaknya semua orang takde modal bagi nama anak best2.

Saya dulu masa keje kat PJ ada sorang ofismate..dia namakan anak dia Noah. Saya tanya, apsal tak letak nama Nuh? Dia cakap Noah tu Nuh la. Ye la..aku tau la Noah tu Nuh. Aku pon reti cakap english kan. Tapi Noah tu nama dalam Bible. Kenapa tak letak Nuh macam dalam Quran? Lepas tu camne nak eja Noah kalau dalam jawi? Kan sonang kalau Nuh dah terang2 ada ejaan dia siap2 lam jawi. Dia cakap kalau Noah senang, nanti kalau anak dia pi obersea takde tergeliat lidah omputih nak nyebut nama anak dia. Ooohhh...gitu kee? Alah pedulik ape omputih nak reti sebut ke tak. Takkan sebab nama aku bukan nama omputih, kang lecturer tak suka aku? Bagi markah kurang hanya sebab nama tak cukup internasional? Tapi ni takde la gi sebut kat ofismate tu. Takat ngomel lam hati aje la. Kang aku cakap, dia jawab balik apesal ko sibukkkk? Anak aku kannn..bukan anak ngkooo. Err..tak sibuk, tapi saje je nak gitau. Bukan ke lagi bagus kalau Nuh, melambangkan nama orang islam (sebab dari Quran). Instead if Noah..dimana nama tu dari Bible. Sama la macam Harun jadi Aaron, ataupun Yaakub jadi Jacob.

Saya suka nama anak2 saya (of course la semua parents pun suka nama anak sendiri..dah dorang yang bagi). Nama anak2 saya senang dan simple. Takde masalah cikgu nak nyebut lam kelas. Dan juga takde masalah nak ngeja. Kesian cikgu2 zaman sekarang, nak nyebut nama murid..Puteri Aleysha Batrisyha ataupun Aaron Zaccherry Mikhael ataupun Daneesh Fareed Achmal. Omak-aiii..bukan je nama canggih..spelling pon nak kena canggih jugak. Btw tu baru nama anak, lom lagi tambah nama ayah kat belakang tu. Bayangkan lagi 30 tahun...nama anak2 dorang lak cam gini..Nur Maryshia Danniyya binti Aaron Zaccherry Mikhael. Haaaa...amik ko. Memang pengsan kalau pengantin lelaki nak sebut time akad nikah. Ni agaknya orang zaman sekarang dah terlebih baca buku2 cerita Ahadiat Akasha ni kot..kalau lam buku tu nama watak semua canggih2, muka semua pan-asian, semua anak orang kaya, semua habis uni aje terus kerja dengan daddy, rumah besar ada swimming pool..tapi yang paling tak boleh tahan..dalam buku tu bila ada dialong dalam english, apesal semuanye broken english..grammar hancusss..rasa macam nak sorok bawah meja pun ada sebab malu bila baca. Okay, pecah rahsia..saya suka baca novel melayu bila time cuti balik msia..heheeeee. Eehh..lari dari topic pulak.

Teringat mana sekolah dulu, ada senior ni nama Anak bt Karim. Rilek okay parents dia bagi nama anak dorang 'Anak'. Adik bradik dia pon nama sempoi2 aje. Takde glamer lelebih. Tapi akak ni muka cun, fofular kat skolah. So nama tak glamer pon..tetap glamer. Err lagi ok cam gini kot. Cuba bayangkan..dengar nama Aminah, tapi bila jumpa..perghhh..cun gilerrrrr. Tapi tetiba bila jumpa Aleecha Batrysha...ingatkan nak jumpa pan-asian. Alih2..muka melayu habis. Bukan melayu wan zaleha che radzi ataupun melayu rozita che wan okay...tapi melayu boyan yang dekat plaza metro kajang tu..adehhhhhhh

3.5.12

Makan report

Harini jadi macam reporter, memberi laporan makanan balik mesia aritu. Laporan ape lagi yang best, kalau nak bagi laporan cuaca, takyah balik mesia pon leh bagi laporan cuaca..gugel aje. Tapi ni laporan makanan..berdasarkan rasa tekak gue yang rasanya boleh tahan hebat jugak..sebab kalau gue rekmen makan sedap, memang rugi la kalo tak percaya, sebab kualiti makanan tekak gue ni memang terbaekk..
Paling tak boleh boleh pakai sekali kalau ada tukang rekmen jenis yang makan apa pon komen 'sedapp..terbaekkk..5 bintang..'. Ni jenis orang yang berbudi bahasa, diplomatik..ataupun jenis yang tak reti rasa makanan kot..semua pon kau rasa sedap, ape kess..heheee

Btw kena buat disclaimer, kualiti tekak saya ni bagus untuk rasa masakan orang aje, tak applicable untuk masakan hasil sendiri..sebab tu gue nye masakan bukan terbaekkk..heheheee..biasa lah..manusia, kalau komplen/kodem memang nombor satu..diri sendiri takde la hebat sangat!

Okayy..kita start dengan the yayyy punya list..

Please excuse gambar2 yang kurang cun. Gue takde DSLR nak snap gambar cun melecun..so banyak lah gambar yang out-of-focus. Punya la teruk kualiti gambar sampai nak edit pon tak boleh nak ter-edit
:(

Capriossa Pasta & Pizza - Subang Parade


Jumpa member kat Subang Parade, dia rekmen (+ belanja) makan kat sini. Menu simple, tak serabut kepala nak pikir nak makan ape. Harga pon okay jugak, takde la melampau2 mahal. Btw balik msia perasan semua benda dah mahal! Buleh jatuh muflis kalo tiap hari nak mencekik makan luar..
Kalo pegi sini, wajib order squid ink pasta.

yeahhh..ini lah dia squid ink pasta yang gue war war kan itu..
oohh..rupa nya memang menakutkan, kalo lam cerita hantu makan mee cacing tengah malam tepi highway..macam ni la yang gue bayangkan..
tapi memang confirm lagi indah rasa dari rupa..
ni kiranya kalo ada orang masak time masterchef, juri boleh bagi komen ala2..'exploding with flavour!'..ceceehh..takdenye chef riz tu nak komen lam english cenggini.
Gue makan smoked salmon salad aje..time ni kekonon tak berani nak order squid ink pasta tu..so order benda yang selamat. Salad dia ok la..takde nak komplen apa2. Bukan ada special dressing ke ape, takat dia assemble salad jadik rupa cenggini..so takde la nak puji/komplen lelebih..ooh..cuma lettuce dia tak berapa macam fresh. tapi rasanya kat msia mmg susah nak carik lettuce fresh. so dimaafkan. hehe
Tapi memang benda yang buat kitorang suka makanan kat tempat ni..sebab dia simple. Tak lelebih. Tak over. Member order pizza & chowder. Pon sedap jugak.

Ikan Bakar Jalan Bellamy


Yang ni takyah tulis pepanjang lah. Semua orang pun dah tau ikan bakar belakang istana. Cuma hari tu tak berapa best makan sebab ada kucing sekor ni dok sebok menyondol2..anak gue lak takut kucing.

Oopss..terfokus nasi & ulam lak

Rakuzen - Empire Gallery

Rasanya kalau nak makan makanan jepun, kat sini kot paling sedap.
Sila rasa semua dessert dia..sedap! Masa tengah makan, malu la kekonon nak makan banyak2..la ni tengah tulis entry menyesal pulak tak makan banyak2. Okeh, next trip balik msia nak make sure melantak dessert rakuzen banyak2.

Hahahha..dahnak abis makan baru teringat nak snap gambar..
Btw katanya rakuzen ni ada sister restaurant, lebih kurang macam sushi king. Lupa pulak apa nama. Aritu kekonon nak pergi try sementara masih kat KL..tapi tak sempat la pulakk..nasib bukan pregnant..kalo tak dah menjejer ailiorrr baby lam perut..

Okehh..sekarang kita visit the nayyy listtt...

Kiosk Delifrance LCCT domestic departure


Hoih! Paling tak boleh pakai. Tau la low cost terminal, tapi takkan la makanan yang dijual pun nak sama konsep low cost quality kot..

Tengok ni..macam magic show pun ada..

Tuna croissant sandwich..oohh..nampak macam best aje kan...
Nak beli pon hati senang, rega mahal sikit takpe..asalkan isi banyak..berbaloi gituu
Tadaaaa...haram jadeyy taek kucing!
Kurang asam betol! Dorang taruk tuna cinonet kat tepi ajee..bila tutup kekonon macam penuh la!
Warghhhh...geram gilerr kot! Rasanya kalau dorang letak inti tu kat tengah (walaupun sedikit), takde la rasa tertipu. Tapi ni dengan sengaja dorang letak kat tepi, macam nak bagi orang ilusi optik pulak.

Tu memula takpe la, bole la kot kita maafkan..mungkin itu strategi peniaga..cecehh..macam ayat jawapan soalan kertas perdagangan tingkatan 5. Yang buat makin geram tu, bila nak makan..croissant & lettuce nye dah soggy. Rupanya pekerja dorang yang bijak pandai tu pergi hangat sandwich tu lam microwave dulu. Ya ampunnnnn..sekolah mana pulak la ajar suruh masukkan sandwich cenggitu lam microwave..kalau dah cold sandwich serve & makan cold lah..aisehh..kalau aku order mee kari ye la betol kena hangat lam microwave baru serve!

So akhirnya masuk la ke dalam tong sampah...

Chillis - Empire Gallery


Okay..kalau nak makan chillis, sila jangan pergi ke cawangan empire. Makanan takde kualiti. Orang jaga quality kontrol kat dapur agaknya MC kot aritu.

emm..ni gambar setelah celery & half chicken wing dah masuk perut...hehe
yang nak komplen adalah..kenapa dedulu kalo makan buffolo wings ni, sos tu dripping, juicy, sedap sehingga menjilat jari..kengkadang ada yang menjilat lengan..nak menunjukkan yang hot sauce tu banyak..
ni sekarang kering gersang..rupa pun dah macam ayam goreng kunyit aje?!
err..yang ni pon sama..dah kuis2 baru teringat nak amik gambar..hehee
okeh..yang ni pulak nak komplen, apesal la nachos ni nampak very pale, very bland..tak appetising langsung!
rasa pon okay2 aje..
kalo ni la rupa nachos daripada normal menu, agaknye camne la rupa nachos yang dari kids menu..ish..

Oohh..same goes to chillis mid valley. Dorang serve chips macam chips yang dorang goreng malam semalam. Btw review chillis mid valley ni berdasarkan masa pi sana bulan 9 last year..mana tau kot sekarang dah improve. Tapi dengar cite masih hampehh..

Bab servis takde nak komen ape...sebab kitorang pelanggan pertama kot, pukul 11am. Oohh...agaknye sebab tu kot makanan tak berapa sedapp..sebab pagi sangattt, mata lom bukak besar2..mata lom bukak lagi takpe, jangan sebab dorang hidang ayam & nachos baki malam semalam..


Tapi..tak sedap2 pon..tengok ramaiii je orang beratur kalau nak tunggu meja untuk dinner. Tekak aku je ke yang terlebih standard, atau tekak orang lain yang tak normal..ish

Btw orang kata kalo nak makan chillis yang terbaek, sila lah pergi ke cawangan klcc. Katanya managers semua pon dorang letak kat situ. Aiseh..ini tidah adil! Adakah menu di cawangan bukan klcc dapat 10% diskaun sebab pekerja/kuality tak cemerlang? Gue pun bayar harga sama macam klcc punya menu! Hanya sebab klcc banyak omputih, korang nak jaga standard eh?! Err..entah2 memang betul menu klcc rega mahal lebih sikit..hehehe. Orang yang rajin makan kat chillis sila komen.

Ohh..bukan je klcc, tapi katanya yg branch BSC pon bagus - again, sebab tu kawasan omputih! Double standard betul laaa..ni la masalah orang mesia, mengagungkan sangat omputih. Tah hape2.

Eh..lagi satu tempat pun bagus, Citta Mall. Yang ni katanya sebab tempat baru. Btw last day sebelom balik sempat gi Chillis Chitta Mall. Pekena Molten Lava Cake..perghhhh...sedap giler..dibawah ini gambar untuk tatapan anda..

okay..sila lap ailiorrr..kalo teringin pegi la beli & makan sendiri..tak jauh pon kan..
Okeh..dah abis sessi komplen mengomplen. Rasanya tadi masa tengah draf entry dalam kepala otak macam banyak je nak komplen..la ni lupa pulak.

Ehhh..mesti la kita kena komplen, kita bukan makan free tauuu..kena bayar tu. Sebab bukan free la kalo tak bagus kita sakit jiwa raga. Nak kompen depan manager restoren tak berani..so takat membebel dalam belog aje la..hehehehe. Kita melayu yang berhemah dan berbudi bahasa, kalo tak sedap bila pekerja restoren lalu tanya is the food ok..takat angguk aje la. Tapi kalo food bebetul sedap, kalo manager tanya is the food ok memang kita bagi jawapan panjang lebar puji makanan dia. Sebabnya, kalau kita cakap tak sedap, apa yang kita expect? Nak dorang bagi makanan baru? Orang dah kenyang dah..nak perabihkan makanan..kalo tak abis kang membazir. Bukan makanan tak edible, cuma tak sedap atau tak berbaloi je (pada pandangan tekak saya). So kita bukan nak makanan baru, dah kenyang kan.. Ataupun kita bukan nak dia bagi free (ie takyah bayar bill). Kalo dia kata on the house kang kita yang rasa tak best. Dan juga mesti dia pon maybe akan rasa tak best. Btw ni applicable untuk cerita pasal chillis tu je la kot. Kalo ai pegi komplen dekat pekerja delifrance lcct tu, either dapat blank look, ataupun kena bambu/maki dengan pekerja tu aje la..hehee

Ooohh..last note..masa pi kuching melawat atok kita, ada masuk 7-eleven..terjumpa ni..


Nostalgia sungguh..dedulu masa zaman sekolah beli chips ni..rega kalo paket kecik tu limaposen ke singgit eh..lupa lak. Tatau la kot kat 7-eleven semenanjung memang ada cottage fries ni, tak prasan lakk..

Dedulu suka beli cottage fries yang perisa tomato tu..sedap! makan sikit2..gigit dekat ridges dia slow2..ye la, time tu kiranya cottage fries ni ala2 luxury item..makan sikit2, sayang kalau habis cepat! Tunjuk kat anak2 dorang tak heran pon cottage fries ni. Agaknya sebab 1st time nampak kot..

12.4.12

Babai sydney



Hoorayy...harini nak balik mesia..

Babai sydney..hello pasar malam, hello nasi kerabu, hello siput sedut masak lemak cili padi (perghh..leleh sudahh ailiorrr), hello 1901, hello chillis, hello cendol seri melaka, hello tomyam (tomyam sini tak sedap manis macam sirap), hello chilli crab, hello lala uptown, hello burger king..

Tak payah la letak video youtube lagu leaving in a jet plane. Poyos sangat kalo letak. Orang tengah bercinta bole laaa...

9.4.12

I'm backkk...*okay, takde sape carik pun kott*

Wah lama giler tak update belog..last post bulan 2 arituh. Nak bagi alasan busy, tapi sebenarnya takde la busy sangat. LLB (look like busy) aje yang lebih. Tiap kali bukak buku, anak2 memekak kat belakang. Kalau nak study time dorang tido, takut nak duduk kat luar sesorang. Cam gini camne nak score exam nihh..haih. *Okay saya memang suka mencari padah sebab suka layan forum cari thread hantu, sekarang dah takut nak duduk luar sorang2... dan juga takut stay back kat ofis lambat2..semua sebab forum cari jugak*

Arini Easter Monday, dah penat duduk rumah 4 hari..tetiba teringat nak update belog..dan belogwalking sikit. Nak cerita apa eh..lama tak tulis macam hilang skill lak..Cecehhh poyos macam la ada skill seblom ni. Cerita apa jadik aje la eh since last update..btw ni ingat2 lupa aje la..semua based on apa ada lam kamera..

I'm the lucky one?
Okay lepas ni boleh cari leprechaun & pot of gold pulak

Gue jumpa four leaf clover! Perghh..tamat sudah pencarian selama 30 tahun. Gila weh sejak kecik lagi kalo kat luar mesti selak2 rumput, kekonon nak cari 4leafclover ni lah. Tetiba aritu tengah isik air nak siram pokok..mata terpandang semak..eéh..betul ke nihhh..waheyyy..jumpa satu!! Girang kemain hatiku. Lepas tu gugel kat internet, rupanya takde la spesel sangat 4leafclover nih..ada orang buleh jumpa lam 20 dekat satu padang. Ceh, buat spoil aje gue punya perasaan excited. Tapi papepun masih teruja nak simpan. Masuk lam dictionary nak kasik dia leper..pasni nak laminate jadik bookmark - nasib masih ada dictionary kat rumah..kalo tak mana nak cari buku tebal lagi..zaman skang semua pakai internet dah takde simpan buku tebal2. Hahaha (tah hape2, apa motif gelak dulu sebelum start cerita) tetiba teringat buku teks matematik tambahan kaler dark purple. Tu la buku paling tebal masa sekolah. Btw ni orang2 yang amik spm era tahun 95 dan sewaktu dengannye je kot bole relate. Alamak, dah ter-reveal umo lak..heheee. Eh lupa nak gitau, jumpa 4leafclover ni pun masa St Patrick's Day..macam kena pulak tema..hahahha. Apesal la tak jumpa pot of gold sekali..ish..

my preciousssss...
pilih kaler red sebab nampak macam lagi kewl daripada boring black/white

Gue beli vitamix! Semua start sebab member cerita pasal orang muda2 dah kena buat kidney dialysis. Pastu kiotarang cite camne nak buat detox (nak elakkan kidney rosak la masa tu). Pastu cite pasal nak minum juice lah kekonon nak detox. Pastu start gugel brand juicer mana satu nak beli. Masa tu dah berkira2 nak beli juicer breville pastu bila baca review kata nak cuci leceh, parts besar gedabak, terus dah pikir 5 kali. Berdasarkan pengalaman saya sebagai orang yang sangat pemalas, awal2 beli memang la teruja bagai..tapi kang bila dah tak berapa teruja konfirm malas nak guna sebab malas cuci. Gugel2 lagi nak cari juicer yang senang nak cuci, terjumpa lak website orang cerita pasal vitamix. Disebabkan saya ni memang senang terpedaya dengan iklan, makanya memang haruslah saya sangat teruja nak beli vitamix bila tengok promo video pasal vitamix. Macam hebat gilerr kot vitamix ni kalo nengok website dia. Agaknya sebab En Suami dah menyampah 3 hari saya asyik tanya dia soalan: Nak beli ke taknak aaa? Agaknya kalo beli nyesal ke tak aaaa? Pastu dia pon nyampah saya asyik la pasang video vitamix kat youtube. So weekend tu saya 'dipaksa' untuk beli vitamix. Macam ni best kot, sebab dalam hati memang nakkk sangat beli, tapi takut nak keluarkan duit. Tapi bila suami dah paksa beli boleh cakap 'u yang suruh i beli okay'. Ngeheheeeee. Tapi ni dah lepas pakai sebulan, memang bole cakap, tak nyesal beli. Best kitchen gadget ever kot. Bunyik memang bising macam motorbot, tapi makes the best green smoothie. Memang tak dijangka dek akal la gue akan minum air sayur tiap hari, kengkadang tu rupa macam air longkang pun ada, tapi rasa sedap. Sekarang memang takde masalah nak go for the daily 2 & 5 requirements. Kalau mak gue tau ni, mesti bangga sebab kecik2 tak suka makan sayur. Eh..terpanjang lak cerita pasal vitamix. Lepas ni kena buat satu entry khas vitamix aje kot..leh cerita pasal before & after minum green smoothies tiap hari.

dinosours roam the earth..err dragon sebenarnye, tapi kalo cakap dinosaurs kan bunyik macam lagi cool..

Aritu pergi tengok show How To Train Your Dragon. Ni anak2 la dengar iklan kat redio, pastu mintak nak tengok. En Suami tengok promo, macam dia pulak yang terlebih teruja pastu. Dia kata ada real dragon. Gila apa mana buleh ada real dragon. Beriya dia kata, ada dragon terbanggg. Haih sukahati lah. Show ni dorang launch kat au dulu (kiranya 1st di donia lah), start ngan melbourne, pastu sydney. Masa beli tiket lom ada review lagi, so main gamble aje la beli kalo tak best nasib aje la. Dekat stadium tu, okayyyy rekod kot tak nampak ramai cina. Baru la macam berada di negara omputih. Ada la sikit2 asian, lam 5% kot. Tah apesal tak ramai cina pon tatau, selalunya au ni bersepah2 orang asia..tapi yang pegi tengok show ni majority omputih lak.

fuiyoo..real flying dragons wa cakap luuu

So, ada ke real dragon? Memang la takdeeee..apeda. Tapi ada la dragon terbang2. Ada a few scenes tu agak impressive jugak lak lah cara dorang buat. Tak banyak amik gambar sebab ada satu mamat botak ni duduk depan gue, almost semua gambar ada kepala botak dia interframe..haishh.

Ooohh..khamis ni gue nak balik cuti-cuti mesia..hip hip hooray! Teruja ke nak balik msia? Sebenarnya takde la teruja sebab nak balik mesia, tapi lebih kepada teruja nak cuti takyah gi keje *dasar pemalas*. Tak suka nak gi travel, sebab nak kena kemas barang, dan paling tak suka bila balik dari travel, nak kena unpack & cuci laundry segedabak. Okay, nak pergi sambung baca buku, kekonon la.

Sampai ketemu lagiii..daaa..chow cin cau..

23.2.12

diy jewellery organiser

Teringin nak beli ni...

credit auntie yahoo images
Macam best sangat..cermin full length, pastu dalam boleh simpan jewellery. Siap ada kunci lagi kekonon susah pencuri nak bukak. Tapi kalo ada jewellery banyak cam lam gambar tu (semua emas lak tu)..tak payah bukak kunci..pencuri angkut aje la sekali dengan cermin..bukan berat sangat..hoho

Tapi harganya..omak aiii..mahal bebenau. Lagipun bukannya saya ada banyak jewellery nak simpan. Kalau ada banyak jewellery macam dalam gambar tu, memang macam dah boleh bukak kedai. Jewellery yang saya nak simpan sikit aje, takat untuk pakai hari2 gi ofis..

Dan pernah beli yang cenggini..

credit uncle gugel images

Yang ni lagi la hampeh. Beli sebab nampak comell aje..letak bracelet sebijik terus tumbang doll ni. Maybe kalau doll stand yang mahal agaknya elok kot..tapi sebab beli yang jenama petaling street, memang perabih duit aje la.

Meja di bilik saya memang semak mata memandang sebab balik kerja terus letak jam, cincin, etc sepah2 atas tu..makanya harus lah mencari cara untuk simpan semua barang2 saya dengan cara yang lebih efisyen. Disebabkan saya kedekut nak spend $150 beli almari macam kat atas tu so semalam dengan menggunakan bantuan gugel saya cari la cara macam mana nak buat sendiri jewellery organiser..dan hasilnya..tadaaaa..saya persembahkan cara2 membuat jewellery holder/organiser anda sendiri..cecehh..ayat memang kena poyos sikit..

Bahan-bahannya:
1) Frame gambar - Fesen/stail mengikut citarasa memasing. Saya pilih frame yang agak2 cukup panjang untuk rantai. Disebabkan pakai tudung makanya rantai saya pun semua panjang2..sebab tu la takleh simpan jewellery dalam kotak, habis berselirat semua.
2) Thumb tack / Wall hook - Kalau takde, hentam pakai paku pun bolehhh..

Pilih frame kaler putih sebab kekonon ada hati nak cat frame tu bila balik rumah..

Cara buat:
1) Remove kaca frame. Sila terus simpan/buang elok2 okay. Jangan jadi bijak pandai macam saya, sebab teruja sangat buat benda ni, tak pergi terus buang cermin frame tu..pergi taruk 'sekejap' dekat atas karpet. Lepas tu bila bangun lupa ada cermin tu..terus pijak. Nasib tak luka kaki..
2) Letak thumb tack ataupun hook dekat frame tu mengikut sukahati anda lah
3) Gantung frame dekat dinding
4) Dah siap..sekarang boleh start gantung akseksori anda dengan senang hati..

Mode malas melanda..nak cat frame kekonon..dalam mimpi bole la..

Nota kaki: Kalau gugel dorang rekmen suh beli corkscrew/pin board pastu suh letak dekat frame tu. So senang la nak letak thumbtack. Tapi sebab corkscrew board pun dah harga $18..memang tak dapekk la..so instead of pakai thumbtack, saya pakai wall hook aje. Jadiklaaa..asal boleh gantung tu kira okay lah...

So sekarang dah tak ada lagi sepah2..pastu senang bila cleaner datang rumah angkat aje frame tu simpan dalam almari. Memang sangat sesuwaii untuk orang yang selalu sepah2 barang & pemalas macam saya...

Kalau nak tengok contoh2 frame organiser ni..sila la gugel 'jewellery frame organiser'. Cantik sangat kot yang omputih buat. Sebab ai ni tak berapa kreatif (campur pemalas) orangnya..terus ai punya nampak macam projek budak sekolah rendah..hoho

7.2.12

Kebun togeh

Saya ternak taugeh saya sendiri sebab:
  • Dedulu pernah dapat email kata kalau taugeh putih pastu lepas 3 hari bau hanyir katanya taugeh tu disiram kencing..so sebab takmo makan taugeh zat kencing, tanam la sendiri..
  • Kalau dedulu mak suruh beli taugeh, boleh cakap dengan makcik kedai nak togeh duapuluhsen. Ni sekarang kalau nak beli taugeh kat supermarket kena beli satu paket besar..padahal nak pakainya segenggam aje..so tanam la sendiri sebab sayang nengok taugeh dalam fridge makan sejemput yang lebih kang masuk dalam tong..
  • Kekonon nak gaya hidup sihat..nak tanam sayur dekat belakang rumah amik masa berminggu2 baru leh dapat hasil..kalau tanam taugeh 3-5 hari dah ready..so sangat sesuai untuk orang yang kurang sabar seperti saya..
Fenugreek sprout

Camna cara nak tanam? Err..sila la gugel, saya ni bukan expert takut kang saya bagi ajaran sesat pulak..hoho. Cam saya start dengan beli sprouter lepas tu beli sprouting seeds aje. Jirus 2, 3 kali sehari..katanya kalau lagi rajin jirus, lagi 'manis' sprouts tu nanti. Kalau alfalfa lepas lam 3 hari dah boleh harvest. Sprouter tu buat ngade2 aje..kalau gugel tengok orang lain bole je tanam dalam botol takyah nak pakai sprouter..

Sprouter 4 tier
alfalfa - fenugreek - alfalfa - sandwich mix

Kalau gugel banyak kot orang tulis kebaikan makan sprouts nih..macam biasa la, banyak zat vitamin, sumber fibre, sihat, bla bla bla. Tapi ada jugak orang tulis keburukan. Tapi semua benda pun kalau makan berlebihan ada keburukan. So kalau ye pun beriya nak makan sprouts takyah la over sampai boleh ganti makan nasik kan..memang la tak bagus jadinya..

Oohh..tapi aritu tengah gugel pasal fenugreek sprouts, terjumpa 'fakta' menarik. Orang pompuan yang selalu dipanggil nasi lemak duaposen ataupun landing strip kapal terbang..akan teruja bila tahu makan fenugreek sprouts boleh memontokkan bahagian depan tu..heheeee. Dan juga sesuai diamalkan oleh ibu2 yang sedang BF sebab boleh membanyakkan susu. Eh tapi orang pregnant takleh makan tau..kang terberanak tak cukup hari lak.

Cara saya makan sprouts: Nak masak (stir fry) malas, nak buat jadi salad cam tak lalu pulak nak telan, so makan jadi sandwich aje..


Rasa dia? Tak disangka-sangka sodap! Ingatkan sandwich telur atau sandwich sardin je sedap..sandwich togeh pon sedap jugak okay..kena cuba bagi sesiapa yang belum penah cuba. Eh tapi kena bagi disclaimer: Saya selalu makan sandwich fenugreek & alfalfa aje. Kalau sandwich taugeh bean sprout tu tatau la pulak apa rasa..

4.2.12

Let the magic begin!

Siapa tera sila teka tu tagline cerita apa? Err takde hadiah, tapi kalau dapat jawab betul boleh give yourself a pat on the back dan berbangga sebab anda memang peminat HP nombor 1. Cayaa lah..boleh geng dengan somi saya yang nengok cerita DH2 pon boleh sedih sebak sebab dah habis lepas ni tak dapat lagi nengok HP kat wayang. tahapehapekan? :p

Last Sunday pergi tengok HP exhibition. Bukan pameran barang komputer Hewlett Packard, tapi pameran Harry Potter. Wah memang bebetul gigih study nih, busy betul dah masuk seminggu baru berkesempatan nak buat entry. Hoho..

Harryy Pottahhhhh

Exhibition yang dah start since November tapi ni baru sekarang teringat nak pergi. Best ke? Boleh la..biasa2 aje. Dapat tengok costume & props yang dorang guna masa buat cerita Harry Potter. Yang tak best sebab dalam tu takleh amik gambar, so takat nengok2 pastu habiskan duit dekat gift shop aje. Kedekut betul dorang ni, nak amik gambar pun tak bagi. Bukan luak pun exhibition dorang kalau kita amik gambar..

Flying Ford Anglia
Satu2nya gambar HP yang ada..
tu pun sebab ni kat luar exhibition.
Sebelum masuk exhibition dorang amik gambar sesorang (ataupun sefamily), bila habis exhibition kang boleh beli. Hmm...iyo yo aje photographer tu bagi thumbs up lepas amik gambar. Ingatkan cun la muka memasing. Bila dah print tu hanya muka budak2 yang elok makanya takyah lah membazir $40 beli gambar tu.

Lepas amik gambar masuk dalam. Oohh..ada acara Sorting Hat. Dorang panggil la volunteer. Nasib semua adult reti bahasa, tak ada orang tua yang excited angkat tangan nak jadi volunteer naik kerusi. Macam biasa la, bila tanya nak masuk rumah mana..semua cakap nak masuk Gryffindor. Bosan ah. Tapi ada sorang jawab nak masuk Slytherin. Baru la best sikit. Anak2 ai macam biasa la, malu berbudi bahasa dok diam aje tak reti nak angkat tangan jadi volunteer. Apsal la dorang ni penyegan betul, dah rugi tak dapat try pakai sorting hat.

Lepas tu gerak lalu tepi Hogwarts Express pastu baru masuk exhibition hall. Dalam tu ada la semua prop yang dorang guna masa berlakon cerita HP. Tapi sebab takleh amik gambar bosan sikit lah. Plus anak2 pun dah mengada2 suruh cepat sebab dorang bukan minat nak tengok exhibition. Yang dorang minat nak pergi gift shop aje.

Masuk gift shop, ha amik ko..mahal gedabak semua barang. Ada ke Marauder's Map harga $50. Lain lah kalau peta tu memang boleh gerak2 macam dalam wayang kan. Pastu wand dorang jual $60. Macam tempted jugak nak beli sebab wand dia cantik, solid, macam wand yang HP & the gang pakai lam wayang..bukan macam wand HP yang jual kat ToysRus. Tapi dipikir2, nak buat ape pulak dengan wand tu..nak pamerkan bukannya ai ada display cabinet kat rumah. Nak frame? Buat leceh je nak kena hantar pergi kedai frame. Kang last2 terperuk lam almari aje.

Kecederaan di gift shop..
Pandai dorang ni tak bagi kita amik gambar..
so bila masuk gift shop terjebak la beli souvenir sebab nak jadi kenangan, dah gambar kenangan takde
Dan souvenir yang paling best..

Ai tak sanggup nak try makan..so suruh anak2 try rasa..
Dorang masuk mulut, buat muka, pastu ludah keluar yang perisa earwax & vomit..hahaha
Overall biasa2 aje la..tapi okay juga la pergi, buat jadi pengalaman. Kata peminat HP nombor 1. Hoho

31.1.12

Otak tepu

Entry ni ditujukan kepada kawan saya, cik wani yang sepatutnya kena study! tapi dia tak aci boleh pulak defer 1 term..

3 tahun yang lepas saya gatal nak gi sambung study. Time tu kekonon la banyak sangat free time, ye la pukul 5 sharp gue logoff keje, pukul 5:15 dah sampai rumah. Weekend lak bosan sebab tatau nak buat apa, kat sini manade nak kena gi kenduri kahwin ataupun kena balik rumah mak/mertua. So decide nak amik professional certification dan study secara part time. Sekarang ni kalau pikir2 balik apesal la aku mencari padah, elok2 balik kerja boleh goyang kaki, pandai2 pulak decide nak sambung study. Ye la masa tu lom start ber-blogging lagi. Kalau ai dah start buat blog mesti tak teripikir nak isi masa lapang dengan study.

Sangat gigih masa mula2 start study dulu, almaklum lah masa tu lebih kurang dah 10 tahun selepas dapat degree. Tulisan pun dah macam huduh sebab dah lama tak menulis pakai pen. Ye la kat ofis buat report semua pakai komputer, manade tulis report manual pakai pen. Exam duration lak setiap paper 3 jam, gila weh kena tulis pakai pen 3 jam non-stop. Lagi satu cabaran adalah accounting knowledge saya yang dah berkarat sebab walaupun background saya accounting tapi manade saya kerja accounts department. Disebabkan kat sini tak ada tuition provider, so terpaksa lah self-study. Buku2 undergrad dulu semua tinggal dekat bangi nasib baik la ada internet sebab kalau tak paham/tak ingat benda2 yang study masa kat uni dulu boleh carik kat youtube & wikipedia. Tapi Alhamdulillah lah setakat ni dah amik 5 paper, semua pass 1st attempt..cukup la study sekali aje tak sanggup gue nak kena repeat paper..

Nak study part time ni banyak woh pengorbanan yang nak kena buat. Terutamanya kepada kita ni kaum ibu yang nak kena juggle between study, kerja, suami, anak, masak, kemas rumah, bla bla bla. Macam tera je kekonon pagi gi keje, petang masak, malam study. Padahal sebenarnya saya ni banyak kali jugak main tipu sebab bila exam dahnak dekat kita ajak suami makan luar sebab tak larat nak masak, ataupun suruh suami tolong jaga anak sebab nak keluar gi library nak study. So kiranya kalau nak kena berjaya kena ada support suami jugak kot. Mampos kalau suami suruh jugak kita masak lauk asam pedas & gulai lemak untuk dinner, buat cucur udang untuk dia makan masa tengok bola bersama kawan2, gosok baju & seluar kerja dia..semua tu sehari sebelum nak exam. Memang ai mengamok kot kalau suami suruh buat cenggitu masa orang tengah serabut dahnak exam.

Saya punya life cycle:
Feb-May: Study (exam end of May)
June-July: Rilek goyang kaki (exam result keluar end of July)
Aug-Nov: Study (exam end of Nov)
Dec-Jan: Rilek goyang kaki (exam result keluar end of Jan)

Selalunya at the start of each new cycle..mesti ada azam kekonon kali ni takmo last minute study..nak stick to schedule..bla bla bla. Tapi dah 5x amik exam pun masih sama jugak. Bulan April & October dah menggelabah sebab belum habis cover semua syllabus. Pastu bulan May & Nov tiap hari minum Redbull sebab last minute pulun study. Pagi2 pergi kerja makan panadol sebab sakit kepala tak cukup tidur.

Okay kali ni sebab dah buat entry, kena lah buat betul2. Kalau tak nanti jadi geng 'cakap je lebeyyyyy..buat nya tidak'. Azam untuk cycle kali ini:
  • Kurangkan BW, limit sehari 30 minit sahaja.
  • Takmo keluar jejalan time lunch break. Nak bawak bekal & makan kat meja sambil study.
  • Nak habiskan cover syllabus by end of bulan 3. So bulan 4 & 5 nak focus untuk practise buat soalan (teringat zaman dolu2 cikgu suruh buat kertas soalan tubi sebelum spm..heheee)
  • Nak bangun tidur pukul 6am untuk study. Memula nak tulis pukul 5am, tapi tu terlebih ambitious rasanya.
Wah kalau betul boleh ngikut azam2 diatas, memang rekod lah amik exam tak menggelabah seperti tahun2 sebelum ni.

Okay..dah kena stop tulis. Nak kena study! hoho. Kalau ngikut perancangan tak kena repeat paper, May 2013 aku MERDEKA!!! tak sabarnyeeeeee...