Pages

31.1.12

Otak tepu

Entry ni ditujukan kepada kawan saya, cik wani yang sepatutnya kena study! tapi dia tak aci boleh pulak defer 1 term..

3 tahun yang lepas saya gatal nak gi sambung study. Time tu kekonon la banyak sangat free time, ye la pukul 5 sharp gue logoff keje, pukul 5:15 dah sampai rumah. Weekend lak bosan sebab tatau nak buat apa, kat sini manade nak kena gi kenduri kahwin ataupun kena balik rumah mak/mertua. So decide nak amik professional certification dan study secara part time. Sekarang ni kalau pikir2 balik apesal la aku mencari padah, elok2 balik kerja boleh goyang kaki, pandai2 pulak decide nak sambung study. Ye la masa tu lom start ber-blogging lagi. Kalau ai dah start buat blog mesti tak teripikir nak isi masa lapang dengan study.

Sangat gigih masa mula2 start study dulu, almaklum lah masa tu lebih kurang dah 10 tahun selepas dapat degree. Tulisan pun dah macam huduh sebab dah lama tak menulis pakai pen. Ye la kat ofis buat report semua pakai komputer, manade tulis report manual pakai pen. Exam duration lak setiap paper 3 jam, gila weh kena tulis pakai pen 3 jam non-stop. Lagi satu cabaran adalah accounting knowledge saya yang dah berkarat sebab walaupun background saya accounting tapi manade saya kerja accounts department. Disebabkan kat sini tak ada tuition provider, so terpaksa lah self-study. Buku2 undergrad dulu semua tinggal dekat bangi nasib baik la ada internet sebab kalau tak paham/tak ingat benda2 yang study masa kat uni dulu boleh carik kat youtube & wikipedia. Tapi Alhamdulillah lah setakat ni dah amik 5 paper, semua pass 1st attempt..cukup la study sekali aje tak sanggup gue nak kena repeat paper..

Nak study part time ni banyak woh pengorbanan yang nak kena buat. Terutamanya kepada kita ni kaum ibu yang nak kena juggle between study, kerja, suami, anak, masak, kemas rumah, bla bla bla. Macam tera je kekonon pagi gi keje, petang masak, malam study. Padahal sebenarnya saya ni banyak kali jugak main tipu sebab bila exam dahnak dekat kita ajak suami makan luar sebab tak larat nak masak, ataupun suruh suami tolong jaga anak sebab nak keluar gi library nak study. So kiranya kalau nak kena berjaya kena ada support suami jugak kot. Mampos kalau suami suruh jugak kita masak lauk asam pedas & gulai lemak untuk dinner, buat cucur udang untuk dia makan masa tengok bola bersama kawan2, gosok baju & seluar kerja dia..semua tu sehari sebelum nak exam. Memang ai mengamok kot kalau suami suruh buat cenggitu masa orang tengah serabut dahnak exam.

Saya punya life cycle:
Feb-May: Study (exam end of May)
June-July: Rilek goyang kaki (exam result keluar end of July)
Aug-Nov: Study (exam end of Nov)
Dec-Jan: Rilek goyang kaki (exam result keluar end of Jan)

Selalunya at the start of each new cycle..mesti ada azam kekonon kali ni takmo last minute study..nak stick to schedule..bla bla bla. Tapi dah 5x amik exam pun masih sama jugak. Bulan April & October dah menggelabah sebab belum habis cover semua syllabus. Pastu bulan May & Nov tiap hari minum Redbull sebab last minute pulun study. Pagi2 pergi kerja makan panadol sebab sakit kepala tak cukup tidur.

Okay kali ni sebab dah buat entry, kena lah buat betul2. Kalau tak nanti jadi geng 'cakap je lebeyyyyy..buat nya tidak'. Azam untuk cycle kali ini:
  • Kurangkan BW, limit sehari 30 minit sahaja.
  • Takmo keluar jejalan time lunch break. Nak bawak bekal & makan kat meja sambil study.
  • Nak habiskan cover syllabus by end of bulan 3. So bulan 4 & 5 nak focus untuk practise buat soalan (teringat zaman dolu2 cikgu suruh buat kertas soalan tubi sebelum spm..heheee)
  • Nak bangun tidur pukul 6am untuk study. Memula nak tulis pukul 5am, tapi tu terlebih ambitious rasanya.
Wah kalau betul boleh ngikut azam2 diatas, memang rekod lah amik exam tak menggelabah seperti tahun2 sebelum ni.

Okay..dah kena stop tulis. Nak kena study! hoho. Kalau ngikut perancangan tak kena repeat paper, May 2013 aku MERDEKA!!! tak sabarnyeeeeee...

30.1.12

Alalala..ciannya diaa

Pagi tadi dapat email daripada team assistant...

Alaaaa ciannyeee..besday bawak 'kek' sendiri..
Tapi kira baik hati lah kan, time besday dia lak jamu orang..selalunya besday boy yang dapat makan free time besday..ni terbalik lak..
Rilekk aje okay mamat ni boleh buat announcement gitau arini besday dia, tanpa rasa segan silu. Beza betul dengan budaya kita. Eh tapi ada jugak kot orang kita yang takde masalah nak buat announcement cenggini, tapi takat ni ai lom jumpa lagi la. Btw kalo ai nak jamu orang makanan, even kalu birthday kita pun..diam2 sudah la. Cakap aje la ada bawak makanan, takyah gitau bawak makanan sebab arini besday. Mana ada kita secara sukarela hantar email dekat semua orang gitau kata today is my birthday *kalau gitau besday kat blog tu takpe..ngeheheee*

Oh ni lah antara sebab apsal time besday ai tak pernah gi keje. Kalau besday jatuh hari kerja, ai akan amik annual leave. Sebab takut kang sedih bila gi ofis takde sape ingat & wish happy birthday. Tapi kalau ada orang ingat & wish pon ai tak suka. Kita maluuuu..huhu. So cara senang, takyah jumpa ofismate time besday. Takde risiko berada di situasi sedih ataupun malu..heheee

28.1.12

Exercise + Makan = ?

Petang semalam pergi bushwalking edisi family pulak. Kitorang 4 beranak aje masuk hutan. Sebab bawak anak2..so masuk la trail yang pendek aje. Woh jangan cari padah konon cita2 nak jalan 5km trail tiba2 anak tak larat nak jalan separuh trail suruh dukung. Buleh patah pinggang gue kalu nak mendukung budak umo 7 tahun.

Kali ni jejalan kejap aje..dalam sejam gitu dah habis. Peluh pon tak sempat nak keluar. Tapi yang penting, akhirnya ai dapat jugak merasmikan pakai seluar hiking baru..ngeheheee

Ada macam pakcik gandalf from LOTR punya tongkat sakti tak..
View from look out point
bawah tu ada sungai..tapi tak nampak sangat sebab takut oh nak pegi hujung2..tinggi giler
ai takmo jadi statistik okay
Dah lepas exercise..mesti la lapar. Err..tapi kalau tak exercise pun dah tentu akan makan jugak. Alasan aje sebenarnya tu makan lebih sebab penat exercise..macam tak biasa buat kannn..

Tekak terasa nak makan lebanese..
Shawarma
1st time dulu makan ni dengan kawan lebanese..kalo pergi sendiri memang takkan order salad..
sekali makan, ooohh..sodap giler. terus takde rasa macam makan makanan sihat (yang selalunya tak sodap)
namanya: Fattoush
Mix plate
ai paling suka baba ghanouj dip
Selepas habis mamam..
Tabouli takde sape sentuh..sebab tak suka bau sayur tu
Rasanya kalau balik Mesia nanti..antara makanan yang akan dirindui adalah makanan lebanese kot. Gila mahal weh makan cenggini dekat mesia. Kalau dekat Tarbush tu satu mix plate aje dah RM50++. Yang ++ tu yang tak boleh tahan..govt tax la, service tax la segala. Boleh muflis gue kalau tiap minggu nak makan kat Tarbush.

So kiranya semalam macam sia2 aje lah aktiviti besenam..sebabnya dah di-kontra dengan makan dinner yang agak besar portion-nya. Tapi tak ada la sia2 100%..dapat la bonding dengan anak2 di dalam hutan..hoho..poyos aje bunyiknya..

26.1.12

Hari membesarkan perut

Sepatutnya harini nak buat aktiviti riadah sihat cergas ie hiking. Tapi kena tukar plan sebab hujan pulak arini. Campur ada kengkawan yang takleh nak join..so aktiviti hiking terpaksa ditunda ke hari yang lain. Oh frust ai, dah la dah teruja siap dah beli seluar hiking..takleh pulak nak rasmikan seluar baru arini.

So daripada plan nak buat aktiviti sihat tukar kepada aktiviti melantak.  Untuk nak warmup..kita mulakan dengan makanan yang takde la mengancam sangat...

Start dengan makan pretzel ngan minum hot choc..
pretzel-nya dah selamat masuk perut baru teringat nak snap gambar..
Lepas tu sambung masuk kedai sushi..
Kecederaan hari ini yang tak berapa teruk, sebab dah makan pretzel dulu..
kalo tak bole bangkrap makan sushi, semua plate yang lalu rasa nak amik
Dekat kedai sushi save duit, order air kosong yang free aje..hoho
Keluar kedai sushi terus beli air fig jelly lemonade

Tu atas semua makanan lunch. Malam lak keluar untuk early dinner, pukul 6:30pm. Menu makan malam harini meriah sungguh, macam nak makan 10 orang..padahal order makanan untuk makan 4 orang aje. Nasib habis, kalo tak memang dah salahkan syaitan (ayat biasa bila makan tak habis: tu la..napsu setan suruh order banyak2).

Amaran: Gambar2 dibawah bakal menggugat jiwa raga anda..terutama kepada sesiapa yang sedang ber-diet..ngeheheee.

Ai dah takyah nengok menu..dari rumah dah tau nak makan apa dah..

Char Tau Kueh
(bukan typo okay...ni bukan char kueh teow)
Mee kari
Asam laksa
Tofu something someting
(lupa apa nama)
Egg salad
Butter chicken..
Macam butter prawns, tapi dorang ganti dengan chicken
Salted egg prawns..
Rasa sedap, tapi ai punya salted egg prawns nye presentation lagi mengancam kot..
Ini udangnya dah togel macam tak berapa cantik lak bila hidang
Sebelum keluar rumah dah cita2 nak makan dessert terbaekk di donia..es durian. Tapi sebab dah melantak banyak sangat terpaksa lah order take away makan es durian depan tv sahaja lah..

Shaved ice..taruk isi durian (fresh)..taruk susu pekat
perghhh..sodap gilerrr
Orait..dah bole lap air liur ye..gambar makanan dah abis. Btw disebabkan saya ini takde lah tera sangat meng-snap gambar..so ada kala the photos doesn't do them justice. Cecehhh speaking london pulak tetiba. Bagi saya ni restoren makanan malaysia terbaik kat sini..memang tak malu oh nak rekmen orang pi makan sini.

Okay..gue nak mengundur diri dulu. Ni dah macam ular sawa kekenyangan. Alang2 dah makan sampai nak terbelahak..harus lah sambung pergi lepak baring depan tv pulak..baru lah lemak2 kat perut ni senang nak di-ternak.

25.1.12

Wordless Wednesday #2


Takde la 100% wordless..sebab nak kena tulis siapa yang kenaaa...btw ni sambungan dari entry ni..

Okay..drumroll please (ya saya tau, saya poyos okay..). Mengumumkan, pemenangnya adalah Cik Abelin kita daripada blog Bila Abelin Mula Bercerita dengan tekaan paling hampir 500gm.

Eh..lupa lak untuk cakap terima kasih kepada yang sudi join & teka. Kalau rumah dekat boleh kita jemput mai datang untuk  habiskan makan kuih tart ni sama2..tak bagi alamat nampak sangat jemput tak ikhlas..muahahahahaha *gelak jahat*

Okay Cik Abelin, kalau kat rumah ada kuih tart nenas sila makan sekarang. Motif? Entah la gue pun tatau nak bagi penutup entry macam mana, so taram aje la..hoho.

22.1.12

Jalan2 masuk hutan..

Petang tadi buat benda yang selama ni tak penah teringin nak buat. Dedulu masa pandu puteri pernah masuk hutan, dan pengalaman yang tak best! Maybe tak best sebab dapat senior2 yang macam hampeh so takde rasa enjoy masuk hutan. Masa masuk hutan dulu, sebelum masuk aje dah ditakutkan dengan cerita2 seram, cerita nanti jumpa harimau lah, jumpa babi hutan lah, etc. Masa tu takut gilerrr, padahal masuk 'hutan' yang dekat belakang sekolah aje, keliling ada kawasan perumahan. Sekolah pulak dekat bangi, manade harimau. Kalau nak kira bukan masuk hutan pun, belakang sekolah tu bukit yang ada pokok2 & semak2 aje. Tapi sebab masa tu baru form 1...buduh pulak pegi percaya apa senior cakap.

Nak ke kanan ke, ke kiri...

Harini pergi hiking ber-9 orang. Tah taktau la berapa km kitorang berjalan, tapi lama jugak la...ada lebih kurang 2 jam lebih tadi berjalan. So agak jauh jugak la kiranya tadi naik bukit, turun bukit, redah semak, rentas becak. Habis dah kasut ai berlumpur..tapi bila kasut kotor la baru leh jadi bukti yang kita ni betul pergi eksesais. Ini kekonon kata pergi jogging tiap minggu, tapi kasut cantik elok aje macam baru beli lagi. Nampak sangat pergi jogging dalam mimpi aje..ngeheheee

Since aktiviti masuk hutan, takde la bawak kamera. So dengan ihsan pinjam kamera En Suami lah saya dapat amik gambar. Tu pon tak banyak amik gambar, sebab mengah dah berjalan...

Nak naik bukit tu yang termengah & tercungap2..

Memula masa start, dah rasa menyesal dah. Haihh elok2 boleh duduk rumah goyang kaki depan tv..nak pegi busukkan badan & kotorkan kasut pergi masuk hutan. Tapi dah lama sikit agaknya badan pun dah recover daripada aktiviti eksesais mengejut ni..dah ok sikit. Berpeluh tu takyah cakap lah, dahnak lencun kot baju. Tapi rasa best sebab macam aktiviti sihat, lain kot dengan pergi gym. Ni dengan dapat hirup udara segar, dapat melihat flora & fauna..cececehh..macam ayat cikgu pendidikan jasmani tingkat 1 pulakkk..

Punya lah teruja dapat berjaya habiskan ekspedisi jalan kaki masuk hutan ni, sampai rasa macam nak buat ni jadi aktiviti tetap tiap hujung minggu pulak. Tapi macam biasa la cakap je lebih..tunggu la besok pagi kang kaki lenguh, lutut rasa macam nak tercabut..ha masa tu nanti baru leh tengok ada berani ke nak repeat lagi hujung minggu depan..hoho

19.1.12

Mari lihat siapa yang kenaaa..

Bersempena hari yang tak tahu nak buat entry pasal apa tapi gatal jugak nak buat entry..makanya harini punya entry adalah pertandingan teka berapa berat kuih tat yang saya makan semalam..

Saya ulangi..berapa berat kuih tat..bukan berapa berat badan saya tau. Untuk tidak mengelirukan para pembaca budiman..saya sertakan gambar dibawah sebagai rujukan..

Kuih tat nenas gunting atas scale, bukan saya di atas scale..
Syarat pertandingan:
  • Sila teka dalam gram terdekat.
  • Siapa teka paling tepat dapat hadiah popup card ini. Oho sedihnya hadiah pun takde la gempak, ada hati nak buat pertandingan. Nanti la tunggu ai femes bole suruh airasia ataupun mas taja hadiah..masa tu baru la boleh offer hadiah tiket perlancongan pegi bandung okayy.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum gue buat entry rabu depan. Jawapan akan di-reveal sebagai Wordless Wednesday minggu depan.
  • Tak ada syarat nak kena follow, buat slogan, ataupun buat entry. Kalau nak teka jawapan tulis aje la kat komen. Takyah susah2 nak kena buat entry atau link ke apa. Tapi kalo ada sesapa nak follow/buat entry ke..ai takde marah dan halau pakai penyapu ataupun terlebih teruja sampai nak bagi hadiah extra kalau menang. Hoho
Sila rujuk entry seblom ni, untuk leh tau lebe kurang ada berapa bijik kuih tat lam bekas tu. Ye la, kot ada cikgu matematik yang nak kira darab bahagi ke..baru la tepat sikit jawapan kang.

Yeahhh..mari kita lihatttt..siapa yang kenaaaaa..

p/s: Berkenaan hadiah kad tu, kan patutnya kad tu nak bagi kakak ai..tapi kad tu lambat sampai so tak sempat nak bagi. Daripada nengok kad tu terperuk kat dalam laci baik la ai bagi orang, kot korang ada member yang nak kawin ke..ai ni kan anti social, so tak banyak lah dapat jemputan kenduri kawin *cerita sedey lakk tetiba*..

18.1.12

Kuih raya all time febret

Raya dah abis lama..tetiba cerita kuih raya pulak. Sesambil buat entry ni tengah makan kuih tat. Kuih tat yang dibekalkan oleh mak saya masa balik kampung tahun lepas. Lama giler tuh simpan dalam almari. Sayanggg nak makan. Tapi masa balik kampung 2 tahun lepas pun mak saya ada bekalkan kuih tat. Sayang punya pasal nak makan simpan sampai setahun lebih..sampai tumbuh kulat. Itu lah..orang tamak selalu rugi. Masa orang datang rumah takmo hidang, sebab tamak haloba nak makan kuih tat sorang2.


Dedulu mak saya berniaga kuih raya, tat nenas gunting ni salah satu la kuih yang dijual. So kalau pergi jejalan raya kat rumah jiran kang saya makan kuih mak saya aje. Dan lepas tu kalo mak dapat tau, kita pulak kena marah. Haih. Dah lebih 20 tahun lah mak saya berniaga kuih raya. Dedulu sebelum kahwin saya lah assistant mak untuk buat kuih tat. La ni tinggal la mak buat sorang2, dah takde amik tempaham banyak2 pun..dah tak larat katanya. So daripada katalog range yang bermacam jenis kuih, tinggal lah kuih tat gunting ni sahaja yang mak saya maintain tiap tahun buat.

Dah bawak berhati2 pun hancur sikit kuih tat kita..
:(
Last time saya balik kampung mak saya pun buat lah kuih tat untuk bekalkan saya bawa balik rumah. Sebab kuih tat ni fragile sangat, kena lah hand carry takleh check-in. So saya pun gigih bawa kuih tat bersama-sama saya, macam bawak harta karun, dengan harapan kastam tak rampas. Bole nangis kot gue kalau kuih tat ni kena rampas. Sebab itulah ada satu time boleh sehingga rasa nak putus sahabat bila mak saya berbesar hati bekalkan kuih tat untuk kawan saya & pesan suruh pass kat dia, lepas tu member tak sudi amik. Tak terpikir ke betapa susah mak aku buat, dan betapa susah aku ngangkut. Ko ingat ni kuih raya yang beli kat Giant ke?! Adehh..ter-emo pulak.

Gila weh kuih tat ni dah dalam almari ada dekat 4 bulan..makan takde rasa tak tengik lagi. Tatau la kalo besok ai sakit perut ke..hoho

15.1.12

Mickey is in da house

Hari ni sambung birthday celebration anak dengan pergi tengok show. Mickey's Music Festival.

Seblom masuk hall kat entrance tu dah tulis, no cameras. Aiseh, camne nak amik gambar ni. Mula-mula dah ingat nak kena amik gambar pakai phone aje. Alih2 dekat dalam dewan tu tengok ramai aje parents yang keluarkan kamera. En Suami kata asalkan tak pasang flash okay kot. Tapi ada jugak masa tengah show ada orang yang snap gambar tak off flash, memang distracting la sebab lampu flash dia terang benderang. Saya pun kategori tak reti bahasa sebab pakai kamera dalam tu, tapi orang yang tak off flash ni lagi teruk. Either dia tak reti pakai kamera, ataupun tak peduli orang keliling.

Last Disney live show yang saya pergi ada kot 10 tahun yang lepas, masa tu masih zaman bujang lagi. Disney on Ice nengok dekat Bukit Jalil. Tak berapa enjoy sebab dapat seat yang jauh di belakang, kena pakai teropong kot kalau nak enjoy. So sebab tu tak ada teringin nak bawak anak2 tengok Disney live shows. Kali ni sebab pikir anak2 lom pernah tengok plus anak2 pun dah besar tu yang try bawak. Kiranya ni 1st Disney live show untuk anak2.

Tunggu show start..
Serabai sungguh rambut anak ai
Show start dengan intro & opening act oleh Mickey, Minnie, Donald & Goofy.
Opening act
Lepas tu Mickey gosok2 magic lamp, keluarlah Genie untuk start Aladdin punya act pulak..

Aladdin joget dekat market
Aladdin selepas buat makeover..dah jadi Prince Ali..dengan Genie & Carpet
Aladdin dating dengan Jasmine sambil berduet nyanyi 'A whole new world'
Lepas kisah Aladdin dah dapat kahwin dengan Princess Jasmine, keluar Sebastian untuk cerita Little Mermaid. Tapi kejap aje lepas tu ada intermission 10 minit untuk bagi can sesapa yang gi visit toilet ke. Ye la dah show kanak2 mesti ada ramai anak2 yang tahan kencing masa tengah tengok show first half tadi. Btw masa show tak digalakkan bangun sebab gelap gulita, kang tersadung handbang yang orang letak kat kaki kang sape nak jawab.

Habis intermission sambung balik cerita Little Mermaid..
Ariel berjoget riang ria bersama Ursula & khadam2nya
Ariel & Prince Eric: Boleh masuk Sehati Berdansa
Ni dorang tengah joget lagu Kiss the Girl
Perhatikan perut Ariel yang agak buncit.
Oh dia ni fit sebab tiap hari joget pun perut ada buncit & kepala lutut besar
Okay, selepas Ariel dah dapat dia punya Prince Eric..tukar masuk cerita Toy Story pulak. Toy Story mana ada lagu2 best (bukan macam movie2 Disney princess kan). So show Toy Story ni gitu2 aje la..tak lah best sangat compared dengan part Aladdin & Little Mermaid.

Woody main getah dengan toy soldier sambil Jessie & BullsEye tunggu turn dorang
Woody baru nak start..so masih zero point
Buzz Lightyear belum join lagi. Buzz mana reti main permainan rakyat cenggini. Dia reti main PS3/Xbox aje..
Dah habis Toy Story..semua watak2 keluar untuk buat closing act..
Tu dia..semua watak utama joget bersama sebagai penutup show.
Oh dan ada 2 backup dancer terselit sama untuk memeriahkan stage..
Okay..babai Mickey & the gang.
Panjang umur kita jumpa lagi..ingat daku dalam doamu.
Muah muah *salam cium pipi*
Ngeheheeee
Show yang sangat entertaining, anak perempuan saya enjoy sangat sebab dia memang suka Little Mermaid & Aladdin. Anak lelaki saya macam tak ada perasaan. Tanya best ke tak, dia jawab macam nak taknak je jawab. Agaknya boys memang kurang minat kot show joget2 nyanyi2 nih. Since dorang enjoy (at least anak pompuan saya memang happy sangat walaupun anak lelaki saya so-so aje), lelain kali kalau ada live show boleh la bawa lagi...
Sesiapa nak join nengok show ni..location-nya di sini..
p/s: abaikan couple yang sibuk inteprem gambar gue

14.1.12

Mah Na Mah Na

Hari ni birthday my favourite daughter yang ke-7. Ucapan khas untuk anak-ku, dah umur 7 tahun ni, sila lah belajar:
- tidur bilik sendiri
- kemas katil sendiri
- jangan sepah rumah lagi
- sikat rambut & zip uniform sekolah sendiri

Sempena birthday, keluar lah bawak anak2 nengok movie. Dan juga sempena birthday layan lah juga bila birthday girl minta beli set popcorn. Yang menyampah kalau beli popcorn dekat cinema, mesti tak pernah habis makan. Kalau beli saiz small pun mesti tak habis. Sebab tu lagi suka bawak masuk twisties ataupun jajan lain masuk wayang. Gerenti habis.

Dapat popcorn, cawan muppets dengan kermit kecik yang bole sangkut kat beg

Macam biasa, masa tengah tengok wayang saya akan tertidur. Kali ni tak tido lama. Ada la miss dalam 20 minit aje tengah2 cerita. Tapi yang buat stress sampai sekarang adalah...daripada keluar wayang tadi sampai sekarang lagu Mah Na Mah Na takboleh keluar dari kepala otak..adehhh geramnyee..

Haa..ini lah lagu yang takleh stop dalam otak saya. Disclaimer: jangan marah kalau anda pun mengalami sintom yang sama seperti saya selepas menonton video ini..ngeheheeee

13.1.12

Snek terhebat

Bagi sesiapa yang tak pernah makan ni..sila la try. Sedap banget okay. Sangat sesuai dimakan kalau tengah tengok tv. Tapi kalau nak makan sambil nengok wayang kat cinema pastikan anda tak pakai baju kaler putih okay. Kalau tak habis kang bila keluar wayang baju penuh flakes2 hijau.


Teringat dedulu pernah tengok wayang, tetiba lam cinema ada bau KFC. Hampeh betul rupanya ada orang seludup bawak masuk KFC. Bukan zinger burger ataupun cheesy wedges tau, tetapi ayam goreng KFC. Ishh..itu dah kira menggangu ketenteraman penonton lain tu. Dah la bau KFC tu buat orang takleh nak concentrate lam wayang. Pastu camne agaknye pesen dorang ni makan, dengan sos segala. Dah la dalam cinema kan gelap. Buat aniaya orang aje kalau ada sos ataupun kulit ayam berminyak jatuh kat seat pastu kang bila next session orang lain duduk dah baju kotor. Lagi satu, orang jaga entrance cinema tu mesti tak bagi bawak masuk outside food. So dorang ni seludup masuk KFC camne, sorok dalam handbag ke? Gigih betul..

Ooh..kembali kepada cerita seaweed. Ada banyak flavour tapi febret anak2 saya perisa tomyam. Kalau satu peket tu memang laju aje la habis. Tapi satu je la, rega nye yang tak berapa nak best. Walaupun namanya Japanese Seaweed, tapi made in Thailand. So agaknya kalau kat sempadan Siam nun dapat tak beli pukal rega murah? hoho

12.1.12

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Tadi siang saya dapat satu email through yahoogroup sekolah menengah saya. Sebelum ni memang kawan sekolah saya ada pernah buat status FB perihal anak saudara dia yang tetiba hilang ingatan lepas demam. Saya pun dah deactivate akaun FB saya so dah tatau cerita seterusnya. So bila hari ni dapat email tu, terkejut juga sebab dah makin teruk keadaan anak saudara dia. Berat sungguh dugaan yang Allah beri kepada keluarga mereka. Bawah ni saya copy paste email yang saya dapat okeh:

From: Zuraihan Yahaya <endalisa@yahoo.co.uk>
Sent: Thursday, 12 January 2012 1:21 PM
Subject: Assistance Needed - Hospitalization Expenses (Aidit Alfian)
latest: lepas 2 bulan = Utk pengetahuan , bahagian belakang otak dia dah rosak. Dah tak boleh auto breathin. Kena beli mesin utk bernafas. Walapun tekak sudah ditebuk utk bernafas, tapi the damage is irreversible.
So up to you. Se ikhlas mane. In the mean time, family dia pun minta bantuan Jabatan Kebajikan utk beli mesin tu.
Assalamualaikum.

Saya ingin meminta sumbangan, dari apa bentuk jua, untuk keluar anak saudara saya, di ICU hospital Ipoh.
Untuk perhatian semua, anak saudara isteri saya, sekarang berada di dalam wad ICU, Hospital Besar Ipoh. Beliau yang berumur 8 tahun, disahkan mengidap ADEM (http://www.adem.org/). Keadaan beliau adalah critical, dan memerlukan bantuan pernafasan 24/7. Ini ada serangan kuman yang menyerang bahagian otak pesakit. Buat masa ini, Aidit Alfian masih lagi belum memberi apa apa respons terhadap rawatan yg diberikan. 
“Acute disseminated encephalomyelitis (ADEM) is classically described as a uniphasic syndrome occurring in association with an immunization or vaccination (postvaccination encephalomyelitis) or systemic viral infection (parainfectious encephalomyelitis). Pathologically, there is perivascular inflammation, edema, and demyelination within the CNS. Clinically patients present with the rapid development of focal or multifocal neurologic dysfunction. Prototypical illness arises after acute measles infection or rabies vaccine administration. Uncertainty regarding the diagnosis occurs when patients with clinical features of ADEM occur in the background of viral infections or vaccine administration not significantly linked with the syndrome by epidemiological criteria.”

Ibu-bapa Aidit, hanyalah pekerja contract yang di bayar mengikut hari kerja. Memandangkan mereka mengambil cuti untuk menjaga anak mereka, maka putus sebentar mata pencarian mereka. Segala bantuan, dapat meringinkan bebanan mereka dan kebanyakkan nya akan digunakan untuk bil bil hospital.

Segala bantuan kewangan, boleh disalurkan terus kepada:-
Zuraihan Bt Yahaya (0173000678)
Akaun Maybank
164016992768 (Zuraihan Yahaya)

Atau kepada saya, untuk apa jua bentuk bantuan.


“Segala sedekah kita, bukan mengurang harta kita, malah ia membersihkan ia.”
  

So kepada sesiapa yang membaca ni, sudilah kiranya memberi bantuan seikhlas boleh. Kalau tak dapat beri bantuan kewangan pun sudilah kiranya mendoakan agar segala urusan keluarga ini dipermudahkan dan juga agar adik Aidit dapat sembuh/sihat.

Bila saya minta gambar adik Aidit, kawan saya reply:

Kitaorang sempat ambik gambar masa dia mula2 admitted. Tu pun dah tak sedar siapa dia. Lupa ingatan. Sekarang doktor tak bagi ambik gambar langsung. Yang ni pun curi2 ambik. Parents dia terpaksa berenti kerja sebab doktor mintak standy 24jam. Dia critical tapi stable. Parents kena sentiasa rangsang dia setiap hari untuk dapatkan tindak balas. Sekarang ni mcm mayat idup. Bernafas dengan machine, vital signs elok cuma dia tak respond.

Terima kasih kerana sudi membantu. RM1 pun takpe asalkan dapat bantu dia dan family. Ada 2 lagi org anak darjah 1 & 2 yang bersekolah. Skrang ni kami sekeluarga bantu dia sikit2, tapi tak mampu la nak tolong byk. Doktor kata mungkin ambik masa dari sebulan hingga bertahun2 untuk pulih kalau pun tidak meninggal. Nauzubillah.
Inilah gambar yang di-forward pada saya, sedih tengok.
Bayangkan macam mana beratnya hati parents Aidit melihat anak sendiri berkeadaan macam ni tiap hari..
Seperti yang kawan saya tulis tu, sumbangan berapa nilai pun tak apa mereka berbesar hati terima.
Macam tajuk entry ni..berat mata memandang percaya lah lagi berat bahu yang memikul.
T-T

9.1.12

Warm fuzzy feeling

Tadi masa lunch break pegi kedai febret saya. Health Store. Kalau pergi kedai ni boleh dok berejam belek barang. Sebab tu tak boleh pergi dengan En Suami, kang naik nyampah sebab dia mesti suruh cepat. Aihh dah nama pun perempuan mesti lah nak belek barang sampai puas hati. Kalau kat supermarket tu saya boleh duduk dekat aisle sabun cuci baju sampai sepuloh minit, dok belek, compare sabun cuci baju yang mana satu nak amik. Ye la, nak gak tengok sabun cuci yang mana value for money, yang mana tengah ada promosi, yang mana bau sedapp. Pastu nanti kang En Suami mesti suruh cepat, dia kang cakap 'apa ni..nak pilih sabun pon lama?'. Lelaki ni memang tak paham jiwa perempuan..sob sob

Eh melalut pulak cerita pasal sabun cuci baju. Ha berbalik kepada trip ke kedai. Niat nak pergi membeli krim muka aje. Memang krim muka kita dah seminggu habis, tunggu hari ni nak beli sebab 1st working Monday kedai ni ada promosi 20% diskaun untuk member. Bila membayar cashier tu cakap ai dah dapat kumpul 500 points so dapat voucher $5. Oohh..sungguh teruja ai, walaupun hanya voucher $5 aje. Bayangkan kalau dapat voucher $50, tu memang harus pergi sedekah pisang.

So masuk balik kedai, belek2 lagi barang..nak cari apekebenda kita boleh beli harga lebih kurang $5 nih. Takleh beli benda yang harga kurang $5, rugi ai nanti sebab dia tak refund kalau spend kurang $5. Memang dasar tamak/kedekut/haloba betulll.

Setelah beriya membelek dan berpikir2, akhirnya daku memilih ini...sesuatu yang memang takkan beli kalo nak kena bayar full price...

Herbal tea
Hai laaa...memang gue ni pantang nengok benda comel sikit. Memang selalu terpengaruh dengan packaging. Nampak macam best ajee..dan harga pon $7, so cuma kena topup $2.

Dah lepas beli bergegas gue balik ke ofis, tak sabor ni nak buat teh. Nak rasa perasaan berbunga2 dalam hati..


Hmm..masa minum tu, takde lah pulak tindakbalas warm fuzzy feeling di dalam diri. Oohh..maybe kena tunggu lepas 2, 3 teguk kot. Haihh..dah lepas satu mug gue tegok..masih jugak takde rasa chenta dalam hati. Masih jugak ada perasaan menyampah bila nengok file atas meja, ataupun masa nengok bos ai dalam bilik. Ishh..jahat lah orang marketing teh ni..pandai dorang tulis benda2 best kat kotak..memberikan ai harapan palsu.

Sebab itu lah ai bawak balik rumah kotak teh ni. Maybe di ofis tak jadi sebab perasaan sayang memang tak akan wujud di ofis kot. Maybe kalau minum teh ni kat rumah, bila nampak rumah sepah dah tak marah2..huahuahhua..memang tak dapekkk laaa..ni bukan teh ajaibb. Kot kalau teh Pak Abon bancuh ye la kot nanti ada timbul perasaan 'love'..tak abis2 teringat 'Tentang Dhia'..ngeheheheeee

8.1.12

Salmon fettuccine dalam 5 langkah (sahaja!)

Bila tulis ni teringat lagu NKOTB Step By Step. Ni orang muda mudi tak tahu lah, orang yang kategori umur 30an tahu kot..
Step one: We can have lots of fun..
Step two: There's so much we can do..
Step three: It's just you and me.. (part ni tak suka...Jordan suara high pitch macam pompuan)
Step four: I can give you more..
Step five: Don't you know that the time has arrived..
Oohh..nostalgia sungguh..
So sambil masak ni bole nyanyi lagu NKOTB Step by Step okayy..

Step one: Rebus pasta, masa rebus taruk olive oil ngan garam. Bila pasta dah masak, tapis & taruk tepi.


Step two: Cincang bawang putih & bawang kuning besar. Tumis minced garlic & bawang tu dengan olive oil. Bila bawang2 tu dah layu, taruk sundried tomatoes. Gaul la sikit2 sampai sundried tomatoes tu dah agak2 lembut..


Step three: Masukkan thickened cream, dan garam untuk perisa. Boleh jugak taruk lada hitam cikit kalau suka. Bila dah masukkan cream jangan bagi api kuat sangat, takmo sampai cream menggelegak.


Step four: Bila dah siap adjust rasa masin, masukkan pasta, capers & salmon. Saya pakai salmon dalam tin aje. Dalam kuali tu tekan2 la cikit salmon, kasik pecah sikit. Keluar dari dalam tin kan seketul besar aje salmon-nye. Tapi jangan lah beriya pecahkan salmon tu sampai hancur..pepandai lah.


Step five: Gaul sampai semua sebati. Pegi cari pinggan cantik sikit untuk hidang. Paling sesuai kalau ada pinggan putih yang keliling tu besarrr boleh verangan macam kat kedai. Kita takde pinggan cenggitu, nak kena beli satu nih untuk amik gambar makanan aje. Ngeheheee. Kalau suka boleh tabur shaved parmesan dan kalau nak pedas boleh tabur chilli flakes masa hidang.

Kalau nak lagi 'creamy' taruk la sikit air masa masak..
Kali ni ai buat ter-kering sikit

Tadaaa..5 steps aje. Sonang baitu. Tempoh berada di dapur ada la lebih kurang 15 minit aje - rebus pasta aje ade la lam 10 minit. So kiranya tempoh masak 5 minit aje kot. Amat sesuai bila datang penyakit malas...penyakit yang dah bertahun ai lom sembuh2 lagi..   T-T

7.1.12

Jalan2 pergi muzium

Hari yang saaangaattt memenatkan. En Suami harini kerja so saya sorang bawak anak2 jalan gi bandar naik bas. Keluar rumah pukul 10am, pukul 6:30pm baru balik.

Memula start dengan masuk muzium laut. Mabuk jugak la masa naik kapal antik tu. Pastu bila sambung masuk submarine memang dah pening giler, dah la sempit dalam tu. So lepas tu sambung pulak pusing naik vessel perang memang dah takde mood nak pusing lelama. Nasib la awal2 pusing gi exhibition & show, last sekali baru pusing masuk kapal2, kalu tak buat spoil aje. Ingatkan saya aje mabuk, rupanya anak2 pun macam mabuk jugak. Takleh la cita2 nak jadi askar laut ataupun nelayan cam gitu. Lama jugak spend time lam muzium, masuk pukul 11 pukul 3 lebih baru keluar.


Replika kapal
Biasa la..kalau ada mention melayu nanti ai terlebih eksaited

Ayat2 melayu yang di-translate ke bahasa german..

Baju mandi tahun 1900's..
sopan, kalau seluarnya panjang sikit dah tutap aurat dah tu..


Baju mandi zaman 1930's..makin menyeksi


Baju mandi 1960's dah nak hampir yg zaman sekarang la..
sekarang nye dah abis, seksi tak hingat


Ekor submarine


Figurehead kapal yang buat ai mabuk laut..


Kapal perang


Dah keluar muzium pergi makan, lepas makan patutnya nak terus balik. On the way nak amik bas ternampak la pulak ni...

Mini fun-fair. Hai lahh..dah tentu anak2 melompat2 mintak singgah. Sebab dah lambat syarat naik satu round aje cukup.


Naik 'The Ship'
Tak le thrill sangat, baby pon naik. Tapi anak ai jerit macam seram bebenau..

Alolooo..comelnya pengantin lepas kenduri pergi masuk fun fair naik carousel
 
Penat banget, balik rumah terus tak larat nak masak dinner. Tapi update blog boleh pulak..hoish..