Pages

30.7.12

Ada apa dengan rupa?

Ape pasal la sekarang ni semua orang sangat obses nak sangat kulit putih, cerah, glowing, etc ni? Bukak aje la mana-mana forum kecantikan, bersepah iklan produk. Memang sekarang ni kalau ada teringin nak kaya raya, sila la buat bisnes jual produk kecantikan. Sure ramai perempuan-perempuan berebut nak try beli produk yang korang jual.
Saya sejak kecik memang hitam. Paling hitam antara adik beradik. Memang dekat sekolah tak ada peminat pun. Dah la rupa pun tak cun, hitam pulak tu. Tapi nak buat macam mana, dah mak pak tak putih, memang magik la kalau tetiba saya ni putih melepak pulak. Memang menyampah, budak-budak yang glamer memang yang putih, walaupun muka penuh jerawat. Tapi takpe, asalkan putih. Tu dorang paanggil jerawat pemanis. Chait. Okay la, nak sedapkan hati selalu la cakap sesame geng2  yang tak putih ni..’ala, dorang tu harapkan kulit aje putih. Cuba bayangkan dorang hitam, mesti tak lawa langsung. Tapi cuba bayangkan kita ni putih..mesti lagi cun dari dorang’. Ya saya mengaku tu memang ayat seorang loser (seperti saya).
Tapi sekarang saya dah belajar untuk accept yang saya memang dilahirkan hitam. Dan takde apa masalah kot dapat kulit kaler macam ni. Walaupun saya tak boleh pakai baju raya kaler shocking pink ataupun neon yellow mahupun hijau flourecent..tak apa la. Tak heran pun. Boleh aje pakai baju kaler lain yang sesuai dengan kaler kulit saya. Walaupun saya bukan yang paling cun dikalangan kawan2, tak ape la. Walaupun tak cun tapi at least muka takde penuh kawah2 kesan jerawat ataupun muka penuh jerawat batu.
Berbalik kepada produk2 kecantikan tu. Sekarang ni antara yang popular adalah collagen. Tak kisah la krim kolagen ke, air kolagen ke, serbuk kolagen ke..semua orang teruja nak try produk kolagen. Katanya kalau nak kulit gebu, montoks, cantik bak bontot baby..boleh la try produk kolagen ni. Semua orang obses dengan nak kulit glowing, nak kulit macam patung porcelin. Memang betul, ada banyak testimoni  yang kata kalau consume kolagen ni 3 hari pastu terus muka jadi putih, cerah, glowing, cantik bersinar2 macam pakai mekap bla bla bla. Terasa seperti muda kembali, kulit tegang, anjal, macam anak dara bla bla bla. Ooohh…saya pun teruja dengar. Macam hampir nak terjebak pun ada jugak. Ye la, sape taknak beb..nanti bila somi gue cium pipi terasa kelembutannya macam dia cium bontot baby. Perghh..
TAAPIII..bila nengok harganya..omak aiii. Mahal bebenau. RM250 untuk stok makan 3-4 minggu. Gila babas. Pulak tu bila ditanya apa jadi kalau stop makan kolagen? Jawapannya adalah nanti kembali kepada keadaan kulit yang asal. Kusam, kuyu, tak bermaya, no more Johnson baby punya kulit tapi tukar balik jadi macam kulit bontot orang tua ganyut. Oopps. Alamak, makanya gue kena commit untuk berbelanja RM250 sebulan seumo hidup?! Err..tak pe la. Tima kasih aje la. Sementara masih muda remaja lagi ni, nak guna cara lain la nak dapat kulit bontot baby ni. Bak kata ada seorang forumer ni di satu thread review kolagen. Katanya consume kolagen ni ibarat bagi penduduk kampong roti. Tapi instead of makan kolagen, apa kata kita makan makanan yang produce kolagen, tu ibarat bagi penduduk kampong tu benih & baja..so boleh produce makanan sendiri.  Err bole paham ke? Aku baca sendiri pun macam tak paham. Bunyik macam buduh aje bila dah translate dalam BM kan. Jap, gue copy paste versi English, kasik terang sikit:
Drinking collagen is kind of like feeding a starving village with bread only. Giving your body what it needs to produce collagen is like supplying that same village with water, seeds and sunshine to ensure they will keep producing what they need (Quoted dari forum omputih).
Err mampos aku kena lahar dengan penjual2 kolagen. Mesti dorang kata, dah tua..dah takleh produce kolagen sendiri sebab tu kena makan supplement. Tapi ai muda remaja lagi..umo baru sweet 18 (nota: bukan umur sebenar). Hihihiiiii. Tak apa la, sementara ai muda lagi, nak try guna cara orang dulu2. Makan makanan berkhasiat & senaman. Bila dah tua kang dan bila aku dah kaya raya baru la berani nak commit beli kolagen. Takmo la kang hari ni orang puji kata waaa, semenjak makan kolagen ni..cantik nya kulit hang. Tapi tahun depan tetiba lak orang kata..ish kenapa tetiba lepas kompeni tak jadi bagi bonus tahun ni terus kulit hang nampak tua nooo (kes dah takde duit nak beli kolagen).

So nak makan ape untuk produce kolagen? Banyak giler superfoods yang elok untuk kulit. Blueberry, raspberry, capsicum, spinach, almonds, avocado..memacam la. Stop makan junk food, stop makan processed food. Makan fresh produce.
Sebagai contoh, lepas ni nak kena masak untuk buka puasa. Menu hari ini grilled salmon dengan mushroom soup. Instead of pemalas guna sup Campbell dalam tin aje, apa kata buat sendiri dari scratch. Konfirm tak ada bahan pengawet. Gila merepek kalau sup dalam tin kata tak ada bahan awet tapi expiry date lagi 2 tahun.
Homemade Cream of Mushroom Soup
Bahan-bahan:
8 biji fresh cup mushroom (saiz sedang2)
½ bawang kuning besar, hiris
1 -2 ulas bawang putih, hiris
2 sudu besar butter
2 -3 sudu besar tepung
2 cawan stok ayam
1 cawan cream atau 1 cawan susu ideal (oh, dalam ni mungkin ada bahan pengawet..kalau terer cari la bahan substitute yang takde pengawet)
1/2 sudu teh garam - sila guna sea salt..lagi sihat ok
1/4 sudu teh pepper

Cara-cara:
  1. Potong/hiris 5 biji cendawan (potong kasar2 aje).
  2. Panaskan butter, masukkan bawang, bawang putih & mushroom. Masak sampai bawang lembut.
  3. Masukkan 2 sudu tepung, gaul.
  4. Masukkan stok ayam. Pindahkan ke dalam blender, blend sampai hancur (sebab tu bawang & mushroom takyah potong halus2, sebab nak blend). Lepas dah siap blend pindahkan balik ke periuk & sambung masak guna api perlahan.
  5. Potong kecik-kecik  the remaining 3 biji cendawan. Masukkan lam sup tu. Sambung masak sampai mendidih. Jangan lupa godak2 kalau tak dia hangus jangan salahkan resepi.
  6. Masukkan cream/susu. Tambah garam & pepper secukup rasa. Kalau rasa cair sangat, boleh tambah tepung. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air.
  7. Sekian terima kasih.
Err..gambar mushroom soup nye nampak sipi2 je.
Menu buka puasa versi tamak haloba: Grilled salmon, dill mustard sauce, bbq chicken & sliced avocado.
Yummmmmm