Pages

3.9.14

Vitamin xxx minum milo anda jadi sihat dan kuat

Yeahh tajuk post yang bukan typo error.

Hari ni saya ingin mengupas topik keputihan. Bukan masalah keputihan di dalam celana dalam wanita tetapi keputihan atau kecerahan wajah. Terlampau banyak guna perkataan mohon pencerahan tu yang agaknya orang melayu ni obsess sangat dengan nak mendapatkan wajah yang putih mulus telus sesuci embun pagi. Kita ni dah tersalah konsep. Dah dari kecik orang yang kulit putih aje yang dianggap cantik. Double standard betul. Kalau kulit tan sikit terus orang nampak tak lawa. Dorang ni tak penah baca cerita ugly duckling kot. Cian kan? Orang kulit gelap macam aku ni memang konpem takde peminat kat skolah. Dah la kulit gelap, tudung pun senget, kain skolah pulak panjang macam kain banjir..kejap2 kena ejas tarik kain atas sikit (dulu2 mak nak jimat..nak bagi uniform bole pakai lama..buat kain labuh so boleh gulung2 kat pinggang).

Btw mampos aku kalau post ni bakal buat aku di-lahar oleh ig/fb seller. Ni aku punya pendapat..para pembeli nilaikan la sendiri baik buruk ok. Aku ni nak tulis je..ape yang aku rasa. Ni skang iklan2 FB/IG seller banyak menyemak kat facebook. Nyampah pulak dah banyak kluar kat wall aku. Orang jual vitamin mencerah-kan kulit. Btw ni aku bukan tuju kepada satu brand produk..tetapi kepada semua brand yang seangkatan dengannya. Harus lah ada testimony bergambar nak tunjuk yang seblom makan vitamin xxx ni kulit kusam pudar kelam malam macam kentut. Tapi selepas mengamalkan makan vitamin xxx terus kulit semakin cerah putih bersinar macam telur yang dikupas. Tak lupa juga kulit makin gebu telus bak kuih pau tanjung malim perisa kaya. Gila berani ye korang2 ni makan vitamin xxx yang tah sape2 je formulate. Ape kandungan dia? Sape yang buat kajian? Dah berapa lama benda tu dikaji? Apa side effect? Tak takut ke dengar cerita orang yang muda2 buah pinggang dah rosak?

Aiyohh..soalan pertama: Apesal nak kena makan supplement cenggini? Nak bagi kulit putih melepak? Kenapa? Somi korang tiba2 ada cakap cenggini ke?

Rozali (bukan nama sebenar): Ayang..kenapa abang tengok kulit Ayang ni hitam..kat ketiak berkerak2? Kenapa kulit Ayang tak putih macam kulit Cik Kiah jiran sebelah rumah kita? Kan bagus kalau kulit Ayang putih..bestt abang nak tatap. Pergi la tanya cik mah apa rahsia kulit dia putih camtu?

Waaahhhhh kalau betul ada somi yang cekap cenggitu..wa tabik spring sama lu. Lepas denga somi cakap cenggitu bini boleh jawab:

Salmah (juga bukan nama sebenar): Abang..Ayang ada nampak kawan Ayang iklankan dekat FB..vitamin xxx mampu membuatkan kulit kita cerah dalam masa seminggu sahaja. Nanti Ayang PM kat Abang bank in details abang belikan ye? Murah aje..RM60 untuk stok sebulan. Ayang yakin abang akan berpuas hati dengan kedaan kulit Ayang nanti.

Rozali: Ya Ayang..abang tak sabar nak lihat kulit baru ayang nanti. Mari kita cepat2 PM FB seller tu. Selepas ni takde la abang malu nak bawak Ayang pergi function ofis abang lagi.

Salmah: Ish..abang niii..rupanya sebab tu ye abang selalu jalan depan ayang kat shopping mall *sambil cubit manja perut rozali sambil tersenyum2*.

Pengajaran dari sketsa diatas:
  1. Who the hell cakap macam kat atas nun? Tu dalam drama cerekarama ada la..
  2. Kurang asam punya jantan. Dah ada bini apesal nak tengok jiran sebelah pulak
  3. Double kurang asam punya jantan. Rilek aje kau cakap bini kau hitam. Macam kau tu banyak hensem. Dah tau bini hitam apesal dulu pegi pinang.
 
Btw either aku yang imaginasi terlalu aktif dan banyak sangat baca novel melayu sampai membolehkan aku mengolah skrip sedemikian rupa. Sila rujuk testimony dibawah. Siap suruh bini buat solat syukur tu bebbb..(gambar produk di-hide-kan..aku takut kena laharr..gegegegge
 
 
So macam dialog atas tu..dorang reka testimony ke..atau memang wujud rakyat Malaysia yang cakap dengan bini seumpama dalam skrip drama.
 
Soalan ke-dua: Korang tak takut ke makan benda tah hape2 ni nanti akan mendatangkan efek negative? Macam yang aku dah tulis kat atas nun. Ape kandungan dia? Sape yang buat kajian? Dah berapa lama benda tu dikaji? Apa side effect? Siap ada produk tu claim kebaikan produk dia:
  • Mencerahkan kulit
  • Mengawal darah tinggi
  • Mengawal kencing manis
  • Mengubat kanser
Fuuhh..siap ada boleh ngubat kanser lagi. Ni la, sebab benda nit ah sape2 je yang formulate. Entah2 pil2 tu datang dari mana pastu rebrand aje. Pastu claim boleh menyembuhkan penyakit bagai. Kalau aku dah baca camni ada claim kata bole ngubat kanser terus aku dah was2 ngan produk cenggini. Ah dorang nye jawapan adalah: benda ni vitamin c..anti radikal..bla bla bla..tu yang bole ngubatkan kanser. Entah lah. Tatau nak komen ape. Pikir sendiri aje la. Kalau betul leh ngubat kanser..takde la lagi orang yang sakit kanser ye dak. Pastu tak takut ke tengok gambar testimony sebelum dan selepas? Tak ke macam magik macam mana daripada hitam manis ziana zain (zaman 80an) boleh bertukar kepada putih macam neelopa? Neelopa tu cek mek kelate..memang dah lahir putih. Tapi kita2 ni yang darah jawa kok keluar memang mendung lepas makan vitamin tukar jadik cerah pulak?
 
Yang aku paling takleh digest tuuu..orang yang mengandung/menyusu badan punnn makan jugak. Hanya sebab FB seller cakap selamat untuk ibu mengandung. Ye la..katanya pil tu hanyalah vitamin c..alaa..macam makan oren 5 kati kekdahnya. Korang gilaaa?? Berani nak risiko baby hanya sebab nak dapatkan kulit putih? Ada pulak tu yang cakap kalau makan nanti baby pun dapat tempias nanti baby putih. Aiyohhh..kalau dah maknya jawa..kulit itam..kawin dengan bapaknya orang melayu kulit pun sama hitam..tak pelik la anak pun tan macam mak pak. Kang anak tetiba putih cakap mak ada skandal pulakkkk.
 
Ah sudah lah. Aku nak kena pegi buat milo. Opps..milo takleh sebut. Produk nestle. Orang boikot. Abis la aku kena kecam sebab tak boikot minum milo. Tapi aku suka milo. Sedap. Sini takde vico. So camne? Kalau tak minum milo nanti badan tak sihat dan kuat. Sama macam korang. Kalau tak makan vitamin xxx nanti kang kulit kusam macam kentut.
Ok bye