Pages

14.12.11

Apesal la kerja rumah ni tak habis2..

Sebagai seorang ibu berkerjaya (chewaahh..macam ayat pembuka karangan masa tingkatan 3 pulak), mesti ada banyak occasions dimana kita rasa kabut, out of control, tak cukup masa, etc. Ye la, ingat senang ke nak juggle between kerja rumah, family & juga komitmen kerja. Lagi2 untuk family yang tak ada pembantu rumah. Balik kerja nak kena masak, buat laundry, kemas rumah. Yang ada anak kecik lagi la penat, ada kerja tambahan..nak kena cebok anak, lap muntah, dodoikan anak. Lagi sakit jiwa kalau tengok suami rilek aje balik kerja lepak depan tv sambil baca paper.

Ayah saya lepas makan memang tak pernah angkat pinggan bawak pergi sink, dan saya perasan pakcik2 saya pun sama. Dan abang saya pun sama jugak, lepas makan lenggang kangkung cuci tangan. Kiranya di belah bapak saya, suami ni memang macam raja! Tapi agaknya mak saya ni tahap kesabaran luar biasa kot, takde pulak saya tengok mak membebel suruh bapak saya buat kerja rumah. Yang ni saya tak dapat ikut perangai mak saya. Memang aku bebel kalau anak lepas makan rilek aje bangun tinggalkan pinggan atas meja! Ingat kita ni orang gaji ke?!

Oohh..terside-tracked la pulak. Post kali ni bukan pasal lelaki pemalas, tapi lebih kepada macam mana kita boleh buat benda2 kecil, yang akan mengurangkan beban kita sebagai isteri berkerjaya ni.

Masak
  • Weekend atau hari cuti, kupas bawang merah, bawang putih, halia..blend siap2 dan masuk dalam bekas. Simpan dalam fridge. Bila nak masak dah senang, benda2 remeh ni dah ready.
  • Masak ‘sambal’ banyak2 in advanced. Cara buat sambal: Sila lah google resepi buat sambal nasi lemak, tapi bila masak tu jangan masuk ikan bilis & bawang hiris (yang last tu). Sambal yang dah ready ni, boleh simpan dalam fridge. Bila nak masak nasi lemak, ayam masak sambal, sambal telur, dah senang. Takyah nak tunggu rebus cili, blend, tumis lama2.
  • Masak in bulk. Kalau masak kari ke, asam pedas ke, rendang ke, masak la banyak sikit. Lepas masak bahagikan kepada portion kecik2, simpan dalam freezer. Bila hari malas masak, dah ada lauk dalam freezer tinggal hangat aje. 
Mengemas
  • Allocate 10 minit setiap hari untuk setiap bilik/bahagian dalam rumah. Hari isnin kemas bilik anak, hari selasa kemas ruang tamu, etc. 10 minit aje, jangan lebih. Kalau nak kena buat kerja lelama anda pun malas nak start ngemas. Kalau tak siap kemas lepas 10 minit pun takpe, nanti sambung la next week (atau bila turn bilik tu datang balik).
  • Masa tengah mandi, daripada buang masa berangan sambil mandi..berus2 la sikit bilik air. Kalau jenis style bilik air yang tak kecah (shower & toilet asing2), letak mop dalam bilik air. Tiap hari lepas mandi, sekali lalu mop. Takyah letak sabun/perah mop tu. Kalau bilik air style kecah, guna squeegee (yg benda orang buat lap tingkap tu). Kalau anda jenis tukar towel tiap ari, seblum masuk towel dalam bakul guna towel anda tu untuk lap sink. 
  • Sila la buat laundry anda tetiap hari. Tapi bab ni saya pun fail, sebab saya paling benci lipat kain. Kalau ada mesin lipat kain, confirm dah beli satu. Bila baju dah menimbun tak bercuci/berlipat..anda tengok pun menyampah dan rasa malas. Kalau buat laundry tetiap hari, mesti hati pun tenang. Btw saya sekarang pun tengah rasa rimas sebab aritu pergi training 4 hari, balik rumah baju kotor dah menimbun macam gunung  :(
Sebelum masuk tido
  • Sebelum tidur, sediakan la baju2 untuk diri sendiri, untuk suami, untuk anak. Kalau macam saya, memang pemalas nak buat malam sebelum tidur, tapi saya tak perlu keluar rumah pagi buta nak gi keje..so masih sempat pagi2 nak gosok baju. Tapi selalunya sementara nak terlelap saya dah fikir strategi untuk besok pagi. Besok nak pakai baju apa, baju tu dah gosok ke belum (atau masih lom lipat masih dalam laundry basket..heheeee). At least anda dah prepare diri anda secara mental apa nak kena buat besok pagi bila bangun tido.
  • Kalau anda nak kena keluar rumah pukul 6:30am, dan nak kena siapkan beg anak untuk ke taska..sila2 la siapkan semua barang malam sebelum tu eh. Kecuali la kalau anda sanggup bangun tido pukul 5am tetiap pagi. Saya tak sanggup..sebab tu kalau dah tau nak kena gerak awal, siapkan barang2 malam sebelum.
Waahh..tengah tulis entry ni, baru saya perasan yang kaum ibu ni memang gila hebat! Hahaha..puji diri sendiri lak. Btw rumah saya pun takde la kemas sangat, sebab saya tak ada pembantu rumah..dan anak2 saya ni hobi dorang memang suka buat sepah. Dan saya pun tak praktik-kan tip ‘blend bawang etc siap2’, sebab fridge saya gila. Fridge saya super duper sejuk. Kang habis bawang2 jadi ais (alasan je, sebenarnya malasss, time weekend lagi suka bermalas2an depan komputer atau gi keluar jejalan dengan family). Tapi bab mental preparation sebelum tidur tu memang saya buat. Kalau malam sebelum tidur tak buat cam gitu, confirm besok pagi lambat pegi kerja. Sebab bila pagi tu la baru nak mix & match baju dengan tudung..kang banyak kali la tukar2 baju.

Hmm..tak tau nak tulis apa sebagai penutup entry. Kalau tulis 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' boleh ke? Kalau tak ikut saranan saya, tak cuci (atau lipat) baju tiap hari kalau simpan lama-lama nanti jadi bukit..ngeheheheeeee

4 comments:

  1. Cik Sibuk, saya ni nak buat stok cili time weekend pon takde masa. macamana ye? berkepit dengan anak 24 7. kencing pun tahan. hehehe

    ReplyDelete
  2. @Wani
    Nak kencing pun bertahan2? Ni dah parah ni. Suruh la anak awak berkepit dengan suami pulak..lagi2 kalau suami awak style balik kerja terus melepak depan tv. Cuba tanya suami, boleh tak melepak sambil layan/nengok anak? Kata awak nak masak ni pun bukan untuk orang lain, untuk isik perut perut kita bersama okay...

    Kalau dia takmo jaga, u tak senang nak masak.. ajak dia pi makan luar. Tapi suruh dia yang bayar..sambil makan boleh cakap, kalau u tolong nengok budak, i masak kat rumah kan lagi jimattt..heheee

    tapi jangan lak bebel lebih2 dekat suami..suami tak suka kena bebel okay.

    ReplyDelete
  3. bagus ni kak.
    sha pun kagum dengan kakak yg berkerjaya dan ada anak kecik, balik dri kerja, masak pula. laundry. kemas rumah. anak2 dia pun memang jenis suka sepahkan rumah.

    oo, mungkin kakak guna teknik ni. hihi~ tapi dia tak de la nak simpan apa-apa dalam peti sejuk bahan makan yg dah masak, makan sekali je, then buang.

    kena buat perancangan macam ni, baru la tak kalang-kabut nanti. hihi~

    ReplyDelete
  4. bukan senang jadi ibu bekerjaya
    5 hari pekerja kepada syarikat
    2 hari jd maid.hehe

    ReplyDelete