- Dedulu pernah dapat email kata kalau taugeh putih pastu lepas 3 hari bau hanyir katanya taugeh tu disiram kencing..so sebab takmo makan taugeh zat kencing, tanam la sendiri..
- Kalau dedulu mak suruh beli taugeh, boleh cakap dengan makcik kedai nak togeh duapuluhsen. Ni sekarang kalau nak beli taugeh kat supermarket kena beli satu paket besar..padahal nak pakainya segenggam aje..so tanam la sendiri sebab sayang nengok taugeh dalam fridge makan sejemput yang lebih kang masuk dalam tong..
- Kekonon nak gaya hidup sihat..nak tanam sayur dekat belakang rumah amik masa berminggu2 baru leh dapat hasil..kalau tanam taugeh 3-5 hari dah ready..so sangat sesuai untuk orang yang kurang sabar seperti saya..
![]() |
| Fenugreek sprout |
Camna cara nak tanam? Err..sila la gugel, saya ni bukan expert takut kang saya bagi ajaran sesat pulak..hoho. Cam saya start dengan beli sprouter lepas tu beli sprouting seeds aje. Jirus 2, 3 kali sehari..katanya kalau lagi rajin jirus, lagi 'manis' sprouts tu nanti. Kalau alfalfa lepas lam 3 hari dah boleh harvest. Sprouter tu buat ngade2 aje..kalau gugel tengok orang lain bole je tanam dalam botol takyah nak pakai sprouter..
![]() |
| Sprouter 4 tier alfalfa - fenugreek - alfalfa - sandwich mix |
Oohh..tapi aritu tengah gugel pasal fenugreek sprouts, terjumpa 'fakta' menarik. Orang pompuan yang selalu dipanggil nasi lemak duaposen ataupun landing strip kapal terbang..akan teruja bila tahu makan fenugreek sprouts boleh memontokkan bahagian depan tu..heheeee. Dan juga sesuai diamalkan oleh ibu2 yang sedang BF sebab boleh membanyakkan susu. Eh tapi orang pregnant takleh makan tau..kang terberanak tak cukup hari lak.
Cara saya makan sprouts: Nak masak (stir fry) malas, nak buat jadi salad cam tak lalu pulak nak telan, so makan jadi sandwich aje..
Rasa dia? Tak disangka-sangka sodap! Ingatkan sandwich telur atau sandwich sardin je sedap..sandwich togeh pon sedap jugak okay..kena cuba bagi sesiapa yang belum penah cuba. Eh tapi kena bagi disclaimer: Saya selalu makan sandwich fenugreek & alfalfa aje. Kalau sandwich taugeh bean sprout tu tatau la pulak apa rasa..


