Pages

Showing posts with label Life lesson. Show all posts
Showing posts with label Life lesson. Show all posts

3.1.12

Penchuri tulang

Hari pertama kerja 2012 dimulai dengan hari malas. Ooh bukan salah saya aje tau, saya salahkan cerita ‘Tentang Dhia’. 2 hari marathon tengok cerita Tentang Dhia, malam tadi stop dekat episod 27. Patutnya pagi tadi nak sambung habiskan tengok sebelum pergi kerja. Kalau tak sambung tengok nanti takleh focus kerja (cheishh..jadikan alasan). Nanti kang I asyik la teringat2 dekat Mami & Zetty. Internet lak pagi tadi cam kura2 sikit, alih2 pukul 9:45am baru abis nengok khatam sampai episode 30.

Since dah pukul 9:45 dan saya pon lom mandi lagi, saya terpaksa melupakan hasrat azam tahun baru 2012 ie nak dapat hadiah employee of the year. Pulak tu ending Tentang Dhia cam hampeh, terus takde mood nak kerja (alasan lagi!). Telepon boss gitau yang arini nak kerja dari rumah lepas lunch baru masuk ofis. Dan semestinya kalau saya kerja dari rumah makna-nya kerja duduk depan tv lah sambil makan kudapan ringan yang tak sesuai untuk orang yang tengah berdiet macam I nih..

Hmmm..dedulu masa saya kerja praktikal dekat KL (dah lupa apa nama bangunan tu, tapi sebelah ofis K&N Kenanga), masa tu kalau time zohor dekat bahagian lelaki ada ceramah agama. So ada la terdengar2 sikit ceramah. Tak dapat dengar lama2 sebab nak pi mamam & masa tu saya pikir makan lagi best dari dok lelama dengar ceramah. Oohhh..teruknya zaman tu.

Ha berbalik kepada isi ceramah. Penceramah tu kata kita ni tak bole curi tulang dekat ofis, nanti duit gaji tak berkat. Bila time bekerja kita layan internet, ber-forum, ber-blogging, dok chatting, gi lunch berejam, power breakfast a.k.a sessi bergossip..tu suma dah masuk kategori curi tulang. Orang bagi gaji bukan suruh kau look like busy di ofis.

Tapi penceramah tu lupa nak sebut pasal MC. Kalau MC betul takpe, tapi selalunya orang suka amik MC tipu. Dedulu saya tiap bulan mesti ada MC. Sakit yang biasanya adalah either migraine ataupun period pain. Sakit yang senang nak tipu. Dedulu masa tengah pregnant guna alasan morning sickness. Padahal masa saya pregnant tak pernah kena morning sickness, muntah pon tak pernah. Makin kuat selera makan ada la..tu yang badan pon makin sihat (ayat sopan untuk gumok). Masa pregnant lah paling best..sebab sonang den nak dapat MC, dekat doctor buat la muka kesian, besok tu masuk ofis buat la muka tak larat...hehee

Ish ish..tak senonoh betul kita masa zaman muda2 dulu. Nasib ai dah insaf youu..tapi insaf bab MC aje lah. Sebab ofis saya kerja sekarang ni takde bagi staff sick leave allowance. Dorang nye pandangan adalah, kalau bagi staff sick leave allowance, nanti mentality pekerja ni adalah untuk habiskan MC. Macam betul jugak. Dulu kat kompeni lama staff dapat sick leave allowance 14 hari. So bila hari malas kerja, nanti mesti pikir alahh..amik MC ajelah (ie MC tipu) ada lagi 5 hari lom pakai. Rugi kalau tak abiskan sick leave balance. Haip…memang tak boleh pakai punya employee.

Eh tapi ofis saya sekarang ni takde la kejam kata langsung takleh amik sick leave. Kitorang nye konsep, kalau sakit takyah la sibuk gi keje. Takyah ada surat doktor pun takpe. Katanya, lepas dorang implement system ni kurang orang amik sick leave. Memang betul kot. Macam saya pon rasa malu nak tipu boss kata sakit. Tapi lom lah insaf 100%, ada sekali dua I pening sikittt aje. Boleh pergi ofis, tapi cakap kat boss tak larat. Itu memang dah malas tahap kronik. Ngeheheeee..

Oohh..cakap panjang2 pasal duit tak berkat ni..peringatan untuk diri sendiri juga. Sebabnya saya pon rasanya masuk gak kategori orang suka curi tulang. Kat ofis kalo pegi lunch mesti la lebih sejam. Sambil2 buat kerja, dekat screen lagi satu mesti tengah meng-gugel. Hmm..tapi kerja saya dekat ofis siap, tak pernah keje tak siap. So bole jadi special kes tak? Heheee.

Walaupun dah masuk hari ke-3 2012, sempat lagi neh nak buat azam tahun baru. Berhentilah menjadi pencuri (atau kurangkan..heheee). Curi tulang tak bagus tau! Kena jadi pekerja yang bersih, cekap & amanah. Baaaruu la boleh menang employee of the year, ye dak?!

25.12.11

Christmas?

Hari ni nengok banyak gak orang post ni kat facebook..


So instead kita boleh ucapkan happy holidays sahaja lah. Kelmarin kan last working day before Christmas. Ofismate yang lalu meja saya akan singgah & cakap Merry Christmas to you & your family, dan jawapan saya Happy Holidays to you too. Macam pelik bunyi. Kalau ni ujian lisan mesti dah kena tolak markah sebab macam tak jawab mengikut tema. Tapi kengkadang ada la terlepas jawab Merry Christmas to you too. Oops..

Malas dah nak explain kata saya tak celebrate Christmas, kalau dorang ni peka mesti dorang pun leh tau saya tak celebrate Christmas sebab saya pakai tudung. Tapi agaknya zaman sekarang ni Christmas pun macam bukan perayaan agama, tapi lebih kepada syok2 dapat public holiday aje. So nak bersangka baik dorang bila wish Merry Christmas tu takde niat agama apa2. Hmm..


Semalam kakak cleaner datang rumah bagi Santa Cookies untuk anak2 saya.
Kitorang ni ada rupa celebrate Christmas ke..ish.
Sengih cakap terima kasih aje la, takkan nak pulangkan kot..
Bestnya long weekend..

22.12.11

Whateverrrr...

"Whatever" voted most irritating word in poll

(Reuters) - Whatever you think about using grating words, at the end of the day it's actually better not to say whatever, if you know what I mean.
For the second consecutive year "whatever' topped a Marist poll as the most annoying word or phrase in the English language.
Nearly 39 percent of 1,020 Americans questioned in the survey deemed it the most irritating word, followed by "like" with 28 percent and the phrase "you know what I mean' at 15 percent.
"Perhaps these words are introduced through popular culture, for example movies ... so they catch on," said Mary Azzoli, of Marist. "It has a lot to do with how accepted and how popular they become in every day speech."
Azzoli said words like "whatever" can be quite dismissive depending on how they are used.
"It's the way they are delivered and inherent in that delivery is a meaning.
The phrase "to tell you the truth" and "actually" were also unnerving to many people. But for younger Americans, aged 18 to 29, "like" was the word that annoyed them most.

Ni cerita dah beberapa bulan yang lepas, tapi sebab ada keluar cerita kat atas tu ni baru teringat boleh buat jadi post. Masa tu saya tengah bercakap dengan anak perempuan saya, tetiba anak saya jawab ‘whateverrrr’ (sila sebut dengan nada annoying okay). Haih! Terus saya tanya; mana pulak belajar cakap whatever ni? Dia kata cikgu ngaji dia cakap ‘whateverrrr’ masa dia bercerita dengan cikgu ngaji.

Waaahhh..geramnya saya dengar. Tapi takleh geram dekat cikgu ngaji sebab mana la tahu kalau entah2 anak saya yang buat cerita. Nak tanya cikgu ngaji pun tak reti camne, btw kalau tanya pun dah tentu la dia kata takde kan. Memang ajaib la kalau orang nak mengaku. Tapi di sudut hati saya yang kecil ini still masih ada rasa tak puas ati. Ye la kalau betul dia cakap cam gitu, tak patut betul. Kalau la betul pun anak saya membebel tak habis2, dengan budak umur 6 tahun pun nak cakap whateverrrr ke? Dah la awak tu bakal cikgu, kalau tak larat nak melayan budak2 jangan la pilih bidang yang ada kena mengena dengan budak2..Haishh kan dah emo tetiba..

Memang perkataan whateverrr ni tak sesuai okay nak dituturkan. Dah 2 tahun berturut menang award perkataan paling annoying. Hmm, kalau dalam BM orang cakap ‘whatever’ ni lebih kurang macam jawapan ‘apa-apa aje laaa’..huh, memang sakit hati kot kalau dapat jawapan cam gitu.

Btw jangan tinggalkan komen kata 'whateverrr...'. Kejam okay. Heheee

17.12.11

Boss kusayang part II

Haih, memang nasib badan ada orang dapat boss yang sporting giler, backup staff, hati suci murni, bla bla bla. Tapi untuk sesetengah orang pulak dapat boss yang tak peduli kebajikan staff, 24 jam PMS, kerah tenaga pekerja macam ingat kita ni buruh paksaan bina track keretapi zaman jepun.

Saya memang nasib baik dapat boss yang dari katagori pertama (walaupun kadang2 saya ada jugak time dalam hati menyumpah boss sebab boss saya suka taichi kerja), tapi ada kawan saya kesian..dapat boss yang tak peduli kebajikan staff. Disuruh kerja sampai malam, kalau balik on time kena perli, disuruh buat kerja tah hape2, dan yang paling frust kalau boss komplen kalau kita terpaksa balik awal/tak masuk kerja sebab anak tak sihat..

So entry ini ditujukan kepada kawan saya, dengan ucapan jangan tension2 selalu..ngehngeheheeee

Okeh, ada 2 general rule kalau bekerja:
Rule number 1: The boss is always right
Rule number 2: If the boss is wrong, refer back to rule number 1

Haihh..tak membantu langsung la kan? Tapi memang betul..walau betapa buduhnya boss tu, susah nak menang kalau anda nak lawan boss sendiri. Ada saya terbaca tah kat mana ntah, kalau tak puas ati dengan boss anda..takyah la pergi komplen kepada HR department. Tak guna, sebab HR department ni kerja dorang untuk protect company, bukan protect staff (whoaa..marah orang kerja HR kalau baca ni). Tapi ni saya bercakap dari pengalaman tempat saya bekerja lah. Dan HR department tempat saya memang fungsi dia macam gitu. Kalau ada masalah dengan boss, selagi boss tak melanggar peraturan kompeni, HR takleh buat apa2. Paling2 pun nanti HR bagi kaunseling kat boss anda. Iyooo la tuu..

So apa nak buat nih? Nak gi komplen kat HR takleh, nak dok mengadap muka boss dah tak sanggup. Hati ni membara berapi marah meluap2 bila nengok muka boss yang hensem macam cicak kubin tu. Nasihat standard saya adalah untuk pasrah dan sila bersabar, sabar itu separuh dari iman. Nak bagi nasihat luar biasa otak tengah tepu lak, makan nasi minyak banyak sangat ni tadi. So sekarang mode nak tido sudahhh..heheee.

Emm..sebenarnya dah pernah buat entry pasal benda ni dulu. So sila la rujuk entry saya yang lama ni ye. *mode malas*

Sekian, terima kasih.

BFF?

Dalam dunia ni, banyak jenis manusia & ragam. Sebab ada banyak jenis ragam ni la saya suka jadi anti-social. Senang, takyah deal dengan ragam2 tu semua. Kalau tengah jalan dalam mall, nampak orang macam kita kenal saya akan terus konar masuk kedai ataupun jalan straight menonong untuk avoid eye contact. Oohh kesiannya, nampak sangat saya ni loser tak ada life..sob sob

Berikut adalah 3 jenis kawan yang tak bagus untuk dijadikan BFF, takat kalau kawan gitu2 aje boleh la.. (ataupun untuk nak kasi list friend kat Facebook nampak banyak sikit..)

Talam dua muka (atau lebih) 
Si Polan ni, bila depan A..dia kutuk si B. Tapi bila depan B dia kutuk si C. Pastu bila weekend ajak A, B & C gi spend time as BFFs gi shopping cari kasut baru. 
Ni bahaya ni, depan kita sikit punya baik, belakang kita tah apa yang dia kutuk pun tak tau. So kalau ada kawan cam gini, sila lah berhati2. Kalau kerja dia mengutuk belakang member sendiri, ada harapan besar anda pun dia dah kutuk belakang jugak. 
Minah Gossip (tak sama macam cerita Gossip Girl) 
Kebanyakan gossip dia akan bermula dengan..'Eh ko ada dengar tak..' dan berakhir dengan..'tapi yang aku cakap ni, jangan bagitau sesiapa tau..'. 
Haishh..memang mulut rabak takleh simpan rahsia. Sila jangan confide apa2 dengan dia..kalau tak berpotensi tinggi rahsia anda pun jadi bahan gossip jugak. 
Suka pau (bukan yang suka makan kueh pau) 
Pau rokok ke, pau makan ke, pau barang ke..semua katagori lah. Istilah 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa' tak wujud dalam kamus hidup dia ni. Dia nak merasa aje..tak ada memberi. Paling sakit jiwa kalau dah sampai takde cakap terima kasih pun! Kalau ada member macam gini..dah takyah la baik hati benar buat statement: takpe saya bayar dulu, kang balik ofis kita kira etc. Memang confirm dia buat tak reti aje. Kita lak segan nak claim. Last2 sakit jiwa, komplen kat blog.. 
Untuk mengelakkan sakit jiwa..dah takyah la keluar makan ngan orang cam gini. Takpun gi bayar asing2. Ataupun anda pulak la sekali sekala pau dia. heheee
Penutup kata, kawan ketawa melambak2..kawan sama menangis susah dicari..chewahh, peribahasa dah  keluar - walaupun rasanya peribahasa tu macam tak berapa tepat, main bedal aje. Malas nak Google check. Ngehgeheee

14.12.11

Apesal la kerja rumah ni tak habis2..

Sebagai seorang ibu berkerjaya (chewaahh..macam ayat pembuka karangan masa tingkatan 3 pulak), mesti ada banyak occasions dimana kita rasa kabut, out of control, tak cukup masa, etc. Ye la, ingat senang ke nak juggle between kerja rumah, family & juga komitmen kerja. Lagi2 untuk family yang tak ada pembantu rumah. Balik kerja nak kena masak, buat laundry, kemas rumah. Yang ada anak kecik lagi la penat, ada kerja tambahan..nak kena cebok anak, lap muntah, dodoikan anak. Lagi sakit jiwa kalau tengok suami rilek aje balik kerja lepak depan tv sambil baca paper.

Ayah saya lepas makan memang tak pernah angkat pinggan bawak pergi sink, dan saya perasan pakcik2 saya pun sama. Dan abang saya pun sama jugak, lepas makan lenggang kangkung cuci tangan. Kiranya di belah bapak saya, suami ni memang macam raja! Tapi agaknya mak saya ni tahap kesabaran luar biasa kot, takde pulak saya tengok mak membebel suruh bapak saya buat kerja rumah. Yang ni saya tak dapat ikut perangai mak saya. Memang aku bebel kalau anak lepas makan rilek aje bangun tinggalkan pinggan atas meja! Ingat kita ni orang gaji ke?!

Oohh..terside-tracked la pulak. Post kali ni bukan pasal lelaki pemalas, tapi lebih kepada macam mana kita boleh buat benda2 kecil, yang akan mengurangkan beban kita sebagai isteri berkerjaya ni.

Masak
  • Weekend atau hari cuti, kupas bawang merah, bawang putih, halia..blend siap2 dan masuk dalam bekas. Simpan dalam fridge. Bila nak masak dah senang, benda2 remeh ni dah ready.
  • Masak ‘sambal’ banyak2 in advanced. Cara buat sambal: Sila lah google resepi buat sambal nasi lemak, tapi bila masak tu jangan masuk ikan bilis & bawang hiris (yang last tu). Sambal yang dah ready ni, boleh simpan dalam fridge. Bila nak masak nasi lemak, ayam masak sambal, sambal telur, dah senang. Takyah nak tunggu rebus cili, blend, tumis lama2.
  • Masak in bulk. Kalau masak kari ke, asam pedas ke, rendang ke, masak la banyak sikit. Lepas masak bahagikan kepada portion kecik2, simpan dalam freezer. Bila hari malas masak, dah ada lauk dalam freezer tinggal hangat aje. 
Mengemas
  • Allocate 10 minit setiap hari untuk setiap bilik/bahagian dalam rumah. Hari isnin kemas bilik anak, hari selasa kemas ruang tamu, etc. 10 minit aje, jangan lebih. Kalau nak kena buat kerja lelama anda pun malas nak start ngemas. Kalau tak siap kemas lepas 10 minit pun takpe, nanti sambung la next week (atau bila turn bilik tu datang balik).
  • Masa tengah mandi, daripada buang masa berangan sambil mandi..berus2 la sikit bilik air. Kalau jenis style bilik air yang tak kecah (shower & toilet asing2), letak mop dalam bilik air. Tiap hari lepas mandi, sekali lalu mop. Takyah letak sabun/perah mop tu. Kalau bilik air style kecah, guna squeegee (yg benda orang buat lap tingkap tu). Kalau anda jenis tukar towel tiap ari, seblum masuk towel dalam bakul guna towel anda tu untuk lap sink. 
  • Sila la buat laundry anda tetiap hari. Tapi bab ni saya pun fail, sebab saya paling benci lipat kain. Kalau ada mesin lipat kain, confirm dah beli satu. Bila baju dah menimbun tak bercuci/berlipat..anda tengok pun menyampah dan rasa malas. Kalau buat laundry tetiap hari, mesti hati pun tenang. Btw saya sekarang pun tengah rasa rimas sebab aritu pergi training 4 hari, balik rumah baju kotor dah menimbun macam gunung  :(
Sebelum masuk tido
  • Sebelum tidur, sediakan la baju2 untuk diri sendiri, untuk suami, untuk anak. Kalau macam saya, memang pemalas nak buat malam sebelum tidur, tapi saya tak perlu keluar rumah pagi buta nak gi keje..so masih sempat pagi2 nak gosok baju. Tapi selalunya sementara nak terlelap saya dah fikir strategi untuk besok pagi. Besok nak pakai baju apa, baju tu dah gosok ke belum (atau masih lom lipat masih dalam laundry basket..heheeee). At least anda dah prepare diri anda secara mental apa nak kena buat besok pagi bila bangun tido.
  • Kalau anda nak kena keluar rumah pukul 6:30am, dan nak kena siapkan beg anak untuk ke taska..sila2 la siapkan semua barang malam sebelum tu eh. Kecuali la kalau anda sanggup bangun tido pukul 5am tetiap pagi. Saya tak sanggup..sebab tu kalau dah tau nak kena gerak awal, siapkan barang2 malam sebelum.
Waahh..tengah tulis entry ni, baru saya perasan yang kaum ibu ni memang gila hebat! Hahaha..puji diri sendiri lak. Btw rumah saya pun takde la kemas sangat, sebab saya tak ada pembantu rumah..dan anak2 saya ni hobi dorang memang suka buat sepah. Dan saya pun tak praktik-kan tip ‘blend bawang etc siap2’, sebab fridge saya gila. Fridge saya super duper sejuk. Kang habis bawang2 jadi ais (alasan je, sebenarnya malasss, time weekend lagi suka bermalas2an depan komputer atau gi keluar jejalan dengan family). Tapi bab mental preparation sebelum tidur tu memang saya buat. Kalau malam sebelum tidur tak buat cam gitu, confirm besok pagi lambat pegi kerja. Sebab bila pagi tu la baru nak mix & match baju dengan tudung..kang banyak kali la tukar2 baju.

Hmm..tak tau nak tulis apa sebagai penutup entry. Kalau tulis 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' boleh ke? Kalau tak ikut saranan saya, tak cuci (atau lipat) baju tiap hari kalau simpan lama-lama nanti jadi bukit..ngeheheheeeee

10.12.11

Ba Ran

Ini definasi saya..maybe tak berapa tepat sebab tak rujuk kamus Dewan Bahasa..i.e. malas nak cari kat Google..

Marah – Perasaan yang normal
Baran – Perasaan marah yang tak normal

Biasa la kita sebagai manusia biasa ada rasa marah, marah ni kan perasaan. Kalau tak marah, happy senyum sentiasa..tu macam ada masalah mental. Marah tu okay, kalau kena pada tempat dan situasi. Takkan lah kalau anak anda conteng dinding anda tak marah (okay..ada orang kata jangan marah anak, instead kita tegur dia baik2..tapi tu kena cerita dalam entry lain la). Ataupun kalau bila balik ofis, tengok kereta dah takde..rupanya dah kena curi. Takkan tak marah kot. Tak normal kot kalau tak ada perasaan marah.

Lagi satu punya kategori, baran. Baran ni pada pendapat saya..perasaan marah yang tak dapat di-control. Again, saya tak rujuk kepada Kamus Dewan Bahasa..so maybe term yang saya guna ni tak berapa tepat. Orang kalau baran ni yang bahaya. Pantang ada benda salah, marah bukan main. Ada yang tunjuk baran dengan mulut; maki hamun. Ada jugak yang lebih bahaya, bila baran..tangan pun naik sekali. Kesian isteri2 yang dapat suami baran. Lagi2 kalau kena maki/pukul hanya sebab benda kecil.

Kalau anda ini seorang yang baran, tolong la ubah perangai anda. Ingat orang suka ke bergaul dengan orang yang baran ni? Boleh kena heart attack tau! Benda kecik pun nak jerit maki2. Anda ingat waiter kat restoren tu tak ludah ke dalam makanan anda lepas anda dah maki dia sebab lambat ambil order? Anda ingat anak2 anda suka ke kena maki hamun? Anda ingat staf2 kat ofis tu suka ke kerja dengan anda kalau anda campak file keluar bilik hanya sebab ada typo error? Buat la cam gitu, confirm masa lunch break ada sessi mengumpat & menyumpah anda.

So entry kali ni tak ada tip yang boleh diberi, sebab saya pun tak tahu sangat bab anger management ni. Orang kata kalau nak control marah tu (agar tidak meleret sampai jadik baran), kena la belajar sabar. Bila dah sabar, takde la marah berlebih-lebihan. Saya sendiri pun bukan orang yang sabar. Tapi takde la sampai baran. Tapi kalau anda tak boleh kawal perasaan baran, nanti takut lama2 anda pun takde kawan. Silap2 family sendiri pun takmo dekat..ye la, silap sikit je kang kena belasah. Baran ni tak cool okay..

9.12.11

Jangan jadi Si Tanggang

Kawan saya suggest, suruh buat entry apa nak buat kalau ada perasaan tak puas hati dengan parents sendiri.

Saya sendiri pun memula tak berapa sure macam mana nak tulis entry ni. Sebab masa saya muda remaja saya sendiri tak rapat dengan parents saya. Saya lagi banyak habiskan masa duduk dalam bilik & keluar dengan kawan. Masa tu perasan konon cool la. So bila dah tak berapa rapat, konflik pun kurang.

Tapi saya perasan bila dah lepas kahwin & ada anak, fikir2 balik..sedih kot kalau anak2 saya end up macam saya. Tak rapat dengan parents sendiri. Ehh..tapi saya bukan salahkan cara parents saya didik saya tau. Maybe tu personality saya aje kot, memang anti-social. Kakak saya okay aje rapat dengan mak saya.

Dah macam terlari dari topic pulak…

Okay, berbalik kepada topic kita..macam mana taknak jadi anak derhaka? Cikgu kat sekolah dah ada ajar; syurga bawah tapak kaki ibu, lawan cakap mak nanti masuk neraka, berdosa lawan cakap mak/abah, kisah si Tanggang, etc. So patutnya takyah la nak remind lagi kan? Tapi kalau semua orang dah tau benda ni, kenapa masih ada anak2 yang gaduh dengan parents sendiri?

Satu tip aje la kot nak bagi. Dan tip ni berjaya tiap kali saya ada rasa marah/bengang/terasa dengan parents saya sendiri. MENGALAH. Kita mengalah aje la. Ada anak2 yang bila tak puas hati, berani gaduh balik dengan parents. Jerit2 dengan parents sendiri, buat mak nangis sampai mengaku bukan anak. Cuba anak tu fikir, apa sangat lah kalau kita mengalah dengan parents kita sendiri. Abah & mak dah tua, apa lah salahnya buat dorang happy. Kalau anda tak happy pun dengan bebelan mak anda, buat2 la happy. Tak rugi apa pun. Jangan nanti bila mak/abah dah tak ada, baru nak menyesal..

Oooh..ni saya tengah type pun dah bergenang air mata. Dah la ni sekarang dekat McD..kang orang ingat saya tengah type surat cinta gaduh dengan suami lak..heheeee.

Penutup entry, boleh dengar lagu Innuendo Ratu Hati. Lagu ni dalam iPod saya, skang ni semenjak dah pindah rumah sendiri, jauh dari parents..tiap kali dengar lagu ni mesti sayu aje..


30.11.11

Boss kusayang? Err..mungkin tidak

Eii..meluatnya aku tengok Encik Polan nihhh..
Encik Polan tu bukan-nya reti buat kerja, dapat naik pun sebab dulu dia pandai kipas MD..
Bengang aku, Encik Polan ni memang pilih kasih. Dekat aku dia bagi kerja extra, dengan orang lain takde pulak..
Blurrr betul la boss kita Encik Polan tu. Nama je boss, tapi blurrrr..  

Macam pernah dengar aje kan dialog-dialog kat atas. Kalau nak tulis semua komplen-komplen kita pasal boss..memang berbakul-bakul. So macam mana nak deal dengan perasaan menyampah/benci pada boss. Hmm, topic yang agak susah, sebab saya pun bukannya suka sangat majikan saya. Heheee. Tapi kena la jugak deal dengan perasaan menyampah dekat boss ni kan, kalau perasaan menyampah tu melampau sangat, nanti stress..bila stress kat ofis, sambung stress kat rumah..ie tak pasal-pasal suami & anak-anak yang kena efeknya.  

Ni antara cara-cara yang pernah saya guna bila berada di situasi dapat boss yang hampeh:

Avoid berinteraksi dengan boss 
Kalau dah kurang jumpa, kurang la nak sakit hati kan? Tapi nasihat ni mungkin tak relevan untuk orang yang kerja PA ataupun sekretari lah. Dah tentu-tentu nak kena tengok muka boss tetiap ari.

Bersangka baik / pikir positif 
Anggap aje la yang bila boss taichi kerja kat kita, makna-nya pada pandangan dia kita ni perkerja yang pandai buat kerja. Ayat penyedap hati: Aku ni lagi pandai dari boss, boss tak reti nak buat sebab tu dia taichi kat aku nihhh..(tapi ayat ni sebut dalam hati aje la, jangan lak pergi cakap depan muka boss. Tu jadik kes lain lak nanti). 
Kurangkan mengutuk boss berlebih-lebihan 
Kalau geram giler dengan boss, cuba try jangan kutuk boss dekat ofismate. Kalau nak lepaskan geram, ngadu dekat suami, ngadu dekat best friend (yang bukan se-ofis ye). Takut kang ada kes penyampai pulak. Kan tak best kalau boss dapat tau yang kita kutuk dia kat belakang (walaupun dia memang layak dikutuk pun..) 
Doakan yang terbaik untuk boss kita 
Jangan doakan supaya boss mati kena langgar bas, kena langgar keretapi, etc. Doakan yang terbaik untuk dia. Doakan dia dapat kerja baru yang bagus di company lain, so anda nanti dapat la boss baru. Doakan dia bahagia dengan family, kalau dia tak stress kat rumah, maybe dia less bitchy di ofis. Btw berdosa tau doa yang tak baik untuk orang!! 
Kalau benci boss, jangan sampai prestasi kerja terjejas 
Benci macam mana pun, make sure kerja siap on time & deliver hasil kerja yang berkualiti. Jangan nanti orang cakap, tengok dia tu..buat kerja tak seberapa, asyik MC & EL aje..patut la aku dengar boss dia Encik Polan tu asyik carik pasal dengan dia aje. Biar kita dikenali sebagai pekerja cemerlang, berdedikasi, etc. Mana tahu, ada opening kat department lain. Boleh la apply department transfer. Ni kalau reputation tak bagus, orang pun tak bersemangat nak ambik kita kerja.

Kalau semua cara-cara di atas tak jalan jugak, dan pepagi kita nangis stress takmo bagun pagi sebab taknak tengok muka boss, carik la kerja baru. Tak berbaloi stressed dengan boss sampai efek your personal life. One of my ex-boss pernah cakap, kalau kerja dah sampai efek your personal life, it's not worth it and you should consider to let go and move on. InsyaAllah ada la rezeki kat tempat lain. Biar padan muka boss kena buat kerja sendiri tak boleh taichi lagi..muahahahhahahah *gelak jahat*

Btw ni semua asam garam bekerja. Adat la dah nama pun kerja makan gaji, kerja dengan orang. Ada boss yang baik hati, ada yang garang tak bertempat, ada yang pemurah, ada yang kedekut, ada yang bitchy. Kalau dah pernah kerja dekat 10 company, dan semua 10 company anda cakap boss anda tak betul, boss anda bangang, boss anda bodoh..maybe tu bukan boss anda kot. Maybe that's just you. So untuk orang yang macam ni, jangan la kerja makan gaji. Either duduk rumah goyang kaki ataupun bukak bisnes sendiri. So you can be your own boss. Ha masa ni baru la tak ada dialog 'bodoh betul boss aku'. Sebab tu kiranya mengutuk batang hidung sendiri...

PHD no. 1

Gossip sesama kengkawan:
Eh ko tau, polan tu baru beli kereta baru..banyak tul duit dia..
Aku dengar polan tukar kerja, sekarang gaji dia dah cecah 5 angka..
Polan baru je balik dari holiday overseas, banyak giler dia shopping. Ye la, aritu dapat bonus 6 bulan...

Status Facebook yang memualkan:
Bestnya..hubby belikan diamond ring 1 carat for our anniversary
Tahniah, anak I dapat 15A. That’s my son!
Hubby naik pangkat lagi tahun ni!

Perasaan Hasad Dengki. Takyah tipu eh kata tak pernah ada PHD. Okay la, maybe ada segelintir orang yang memang baik hati, ikhlas, jujur, bla bla bla yang tak pernah ada rasa cemburu atas kejayaan orang lain. Rasanya semua orang pernah ada PHD moment..cuma banyak atau tak banyak, boleh control atau tak boleh control.

Tak boleh salahkan kita-kita ni yang ada PHD okay..memang fitrah manuasia kot, ada rasa iri hati kalau dengar orang lain dapat lebih. Yang lagi patut disalahkan tu..orang-orang yang eksyen beli kereta baru pun nak tayang kat Facebook, anak dapat result elok pergi canang satu dunia, dapat bonus berbulan-bulan pun nak beritahu semua orang.

Cara nak elakkan PHD senang aje. Deactivate Facebook, deactivate Twitter, kalau member nak gossip..cepat-cepat lari. Ha, dengan tak dengar cerita-cerita yang menjengkelkan tu..tak ada la timbul PHD!

Cara alternativenya (ye la, kengkadang lari macam mana pun..mesti ter-dengar jugak cerita) adalah dengan bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun aku tak dapat gaji 5 angka, tak ada rumah harga juta-juta, tak pakai kereta mewah..aku punya life pun okay juga, ada kerja, ada family, cukup makan & pakai. Alhamdullilah. Ada orang lain di Malaysia kerja pun tak tetap, laki bini gaduh 24 jam, hujung bulan makan megi. Itu kalau pikir orang lain di Malaysia, kalau pikirkan orang lain di Afrika ke, di Palestine ke..lagi la kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Kena set dalam kepala otak berfikirkan positif. Tak apa la Polan tu dapat naik pangkat. Rezeki dia, mana tahu tahun depan rezeki aku. Polan dapat bonus 6 bulan? Bagus lah, mana tahu lepas ni makan breakfast dia la pulak yang belanja..asyik aku aje keluarkan duit..hehehe. Anak Polan dapat straight As? Pandainya..kena ambik tips ni macam mana dia study.

Btw hebat betul watak si Polan nih, naik pangkat, beli kereta baru, bonus 6 bulan..hahahaha

29.11.11

Bos, boleh mintak naik gaji?

Ni memang topic yang tiap-tiap hujung tahun akan keluar. Kebanyakkan-nya memang takat discussion sesama office mate time lunch break la..'eh, tahun ni berapa average salary increament aa?'. Kalau company yang baik hati, selalunya 10%. Tapi company saya kerja ni kedekut sikit. Average naik gaji 3%. Inflation rate pun 4%-5%. Maknanya tiap tahun lebih kurang macam kena potong gaji lah kalau increament rate lagi rendah dari inflation rate...sedihnyaaa..

So macam mana nak dapat naik gaji ni? Ada 2 cara..
  1. Bila year end review, cakap terus terang ngan boss. Boss, saya rasa saya patut dapat gaji sekian-sekian. Tapi kena prepare jawapan la kalau boss tanya balik, why do you think you deserve such a big pay rise? Jawapan paling boleh deterima adalah..'sebab job scope saya dah makin banyak, sebab saya penyumbang terbesar kepada sukses project ABC, sebab saya bawa masuk sales lebih 200% daripada target saya, etc. Tapi kalau jawapan yang anda boleh bagi cuma 'sebab harga susu dah naik, sebab harga pampers dah naik, etc'..yang ni memang harapan tipis laa bos nak layan..kau ingat kau sorang aje ke yang kena bayar lebih sebab harga barang naik?!
  2. Lompat kerja. Selalunya orang lompat kerja ni akan mintak minimum 25% pay rise compared ngan gaji kerja sebelum-nya. Tapi pun ada keburukannya..nanti orang cop anda sebagai orang yang tamak haloba. Tak loyal. Pun sama la, kena prepare jawapan kalau time interview kang orang tengok resume anda, dan tanya..kenapa tak stay lama kat company ABC, kenapa kerja setahun aje kat company XYZ, etc.
Aiseh, kalau saya memang la tak guna memana approach. Terima aje la apa yang boss nak bagi. Dapat 3%  pun sengih aje la depan boss (tapi kat belakang boss kutuk company bagai nak mampos, kedekut la, taik idung masin la, increament ciput macam ni buat taik gigi aje la...). Nak buat macam mana, dah tak berani nak mintak naik gaji. Terima aje la seadanya..

Nak lompat-lompat kerja pun tak suka jugak. Company sekarang flexible, saya sebagai seorang ibu; gaji no 2. Yang paling penting, flexibility & good work environment. Kalau dapat gaji banyak, tapi kerja stress nak mampos..balik rumah tensen dengan anak-anak & suami. Tak guna jugak kan. So sekarang ni dah cukup la. Gaji cukup untuk bagi anak-anak makan, cukup nak bayar sewa rumah, cukup nak isik minyak kereta, cukup nak buat joli-joli (read: membazir) sesekali..Alhamdulillah. Dah cukup.

Tapi kalau boss nak bagi gaji lebih..saya terima aje la. Takkan nak tolak rezeki kot..heheeee

26.11.11

Hangat-hangat tahi ayam

Pengakuan diri sendiri: Saya suka berangan lebih-lebihan..dan buat kerja separuh jalan.

Antara projek-projek separuh jalan..
  • Berangan nak buat bisnes jual tudung (shawl). Beli shawl secara bulk, alih-alih supplier bagi kaler dan pattern yang sangat huduh. So ni kat atas almari ada satu paper bag penuh shawl. Ie kumpul abuk
  • Berangan nak jual handmade hair clips & accessories. Yang ni bersemangat lebih sikit. Dah siap beli bahan-bahan..siap buat stock segala. Buat website. Tapi sebab satu insiden, terus stop. So akhirnaya bawah katil ada satu kotak hair clips, dalam almari ada satu kotak yarns & materials. Ie kumpul abuk.
  • Berangan nak buat coin purse & hopefully boleh buat jadik bisnes. Yang ni sebab kos beli barang aje dah mahal, berapa pulak harga nak jual. Mana la bole nak compete ngan 'Made in China' punya products.Akhirnya, bahan2 semua sorok lam kotak, kotak sorok bawah katil. Ie kumpul abuk.

So kenapa la suka sangat buat kerja separuh jalan. Ataupun soalan lainnya, kenapa tak teruskan aje buat bisnes tu? Bukannya hair clips tu tak cantik? Bukannya tudung/shawl tu huduh sangat (banyak kot tengok orang jual pattern yang sama..ada je orang beli).

Jawapnnya..tak semua orang boleh buat bisnes. Memang la modal ada, idea ada, skills ada, business knowledge pun ada. Tapi masalahnya, benda yang paling penting tak ada. STRENGTH & COURAGE. Takut orang reject, comment, condemn, dan takut failure. Hmm..ni takleh orang tolong, nak kena belajar ubah sendiri. Tapi sementara nak dapat strength & courage tu..nak kena belajar puasa diri jangan beli barang-barang untuk kekonon nak buat bisnes. Membazir. Dan membazir nanti jadik kawan syaitan....hehhee.