| Nak ke kanan ke, ke kiri... |
Harini pergi hiking ber-9 orang. Tah taktau la berapa km kitorang berjalan, tapi lama jugak la...ada lebih kurang 2 jam lebih tadi berjalan. So agak jauh jugak la kiranya tadi naik bukit, turun bukit, redah semak, rentas becak. Habis dah kasut ai berlumpur..tapi bila kasut kotor la baru leh jadi bukti yang kita ni betul pergi eksesais. Ini kekonon kata pergi jogging tiap minggu, tapi kasut cantik elok aje macam baru beli lagi. Nampak sangat pergi jogging dalam mimpi aje..ngeheheee
Since aktiviti masuk hutan, takde la bawak kamera. So dengan ihsan pinjam kamera En Suami lah saya dapat amik gambar. Tu pon tak banyak amik gambar, sebab mengah dah berjalan...
| Nak naik bukit tu yang termengah & tercungap2.. |
Memula masa start, dah rasa menyesal dah. Haihh elok2 boleh duduk rumah goyang kaki depan tv..nak pegi busukkan badan & kotorkan kasut pergi masuk hutan. Tapi dah lama sikit agaknya badan pun dah recover daripada aktiviti eksesais mengejut ni..dah ok sikit. Berpeluh tu takyah cakap lah, dahnak lencun kot baju. Tapi rasa best sebab macam aktiviti sihat, lain kot dengan pergi gym. Ni dengan dapat hirup udara segar, dapat melihat flora & fauna..cececehh..macam ayat cikgu pendidikan jasmani tingkat 1 pulakkk..Punya lah teruja dapat berjaya habiskan ekspedisi jalan kaki masuk hutan ni, sampai rasa macam nak buat ni jadi aktiviti tetap tiap hujung minggu pulak. Tapi macam biasa la cakap je lebih..tunggu la besok pagi kang kaki lenguh, lutut rasa macam nak tercabut..ha masa tu nanti baru leh tengok ada berani ke nak repeat lagi hujung minggu depan..hoho