Antara projek-projek separuh jalan..
- Berangan nak buat bisnes jual tudung (shawl). Beli shawl secara bulk, alih-alih supplier bagi kaler dan pattern yang sangat huduh. So ni kat atas almari ada satu paper bag penuh shawl. Ie kumpul abuk
- Berangan nak jual handmade hair clips & accessories. Yang ni bersemangat lebih sikit. Dah siap beli bahan-bahan..siap buat stock segala. Buat website. Tapi sebab satu insiden, terus stop. So akhirnaya bawah katil ada satu kotak hair clips, dalam almari ada satu kotak yarns & materials. Ie kumpul abuk.
- Berangan nak buat coin purse & hopefully boleh buat jadik bisnes. Yang ni sebab kos beli barang aje dah mahal, berapa pulak harga nak jual. Mana la bole nak compete ngan 'Made in China' punya products.Akhirnya, bahan2 semua sorok lam kotak, kotak sorok bawah katil. Ie kumpul abuk.
So kenapa la suka sangat buat kerja separuh jalan. Ataupun soalan lainnya, kenapa tak teruskan aje buat bisnes tu? Bukannya hair clips tu tak cantik? Bukannya tudung/shawl tu huduh sangat (banyak kot tengok orang jual pattern yang sama..ada je orang beli).
Jawapnnya..tak semua orang boleh buat bisnes. Memang la modal ada, idea ada, skills ada, business knowledge pun ada. Tapi masalahnya, benda yang paling penting tak ada. STRENGTH & COURAGE. Takut orang reject, comment, condemn, dan takut failure. Hmm..ni takleh orang tolong, nak kena belajar ubah sendiri. Tapi sementara nak dapat strength & courage tu..nak kena belajar puasa diri jangan beli barang-barang untuk kekonon nak buat bisnes. Membazir. Dan membazir nanti jadik kawan syaitan....hehhee.
sama la kita..kdg2 komen dr org ramai
ReplyDeletejual tudung plain org mintak tudung bunga2
jual tudung size M org mintak size L..
last tak yah jual apa22..telinga cepat panas