Pages

Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

4.2.12

Let the magic begin!

Siapa tera sila teka tu tagline cerita apa? Err takde hadiah, tapi kalau dapat jawab betul boleh give yourself a pat on the back dan berbangga sebab anda memang peminat HP nombor 1. Cayaa lah..boleh geng dengan somi saya yang nengok cerita DH2 pon boleh sedih sebak sebab dah habis lepas ni tak dapat lagi nengok HP kat wayang. tahapehapekan? :p

Last Sunday pergi tengok HP exhibition. Bukan pameran barang komputer Hewlett Packard, tapi pameran Harry Potter. Wah memang bebetul gigih study nih, busy betul dah masuk seminggu baru berkesempatan nak buat entry. Hoho..

Harryy Pottahhhhh

Exhibition yang dah start since November tapi ni baru sekarang teringat nak pergi. Best ke? Boleh la..biasa2 aje. Dapat tengok costume & props yang dorang guna masa buat cerita Harry Potter. Yang tak best sebab dalam tu takleh amik gambar, so takat nengok2 pastu habiskan duit dekat gift shop aje. Kedekut betul dorang ni, nak amik gambar pun tak bagi. Bukan luak pun exhibition dorang kalau kita amik gambar..

Flying Ford Anglia
Satu2nya gambar HP yang ada..
tu pun sebab ni kat luar exhibition.
Sebelum masuk exhibition dorang amik gambar sesorang (ataupun sefamily), bila habis exhibition kang boleh beli. Hmm...iyo yo aje photographer tu bagi thumbs up lepas amik gambar. Ingatkan cun la muka memasing. Bila dah print tu hanya muka budak2 yang elok makanya takyah lah membazir $40 beli gambar tu.

Lepas amik gambar masuk dalam. Oohh..ada acara Sorting Hat. Dorang panggil la volunteer. Nasib semua adult reti bahasa, tak ada orang tua yang excited angkat tangan nak jadi volunteer naik kerusi. Macam biasa la, bila tanya nak masuk rumah mana..semua cakap nak masuk Gryffindor. Bosan ah. Tapi ada sorang jawab nak masuk Slytherin. Baru la best sikit. Anak2 ai macam biasa la, malu berbudi bahasa dok diam aje tak reti nak angkat tangan jadi volunteer. Apsal la dorang ni penyegan betul, dah rugi tak dapat try pakai sorting hat.

Lepas tu gerak lalu tepi Hogwarts Express pastu baru masuk exhibition hall. Dalam tu ada la semua prop yang dorang guna masa berlakon cerita HP. Tapi sebab takleh amik gambar bosan sikit lah. Plus anak2 pun dah mengada2 suruh cepat sebab dorang bukan minat nak tengok exhibition. Yang dorang minat nak pergi gift shop aje.

Masuk gift shop, ha amik ko..mahal gedabak semua barang. Ada ke Marauder's Map harga $50. Lain lah kalau peta tu memang boleh gerak2 macam dalam wayang kan. Pastu wand dorang jual $60. Macam tempted jugak nak beli sebab wand dia cantik, solid, macam wand yang HP & the gang pakai lam wayang..bukan macam wand HP yang jual kat ToysRus. Tapi dipikir2, nak buat ape pulak dengan wand tu..nak pamerkan bukannya ai ada display cabinet kat rumah. Nak frame? Buat leceh je nak kena hantar pergi kedai frame. Kang last2 terperuk lam almari aje.

Kecederaan di gift shop..
Pandai dorang ni tak bagi kita amik gambar..
so bila masuk gift shop terjebak la beli souvenir sebab nak jadi kenangan, dah gambar kenangan takde
Dan souvenir yang paling best..

Ai tak sanggup nak try makan..so suruh anak2 try rasa..
Dorang masuk mulut, buat muka, pastu ludah keluar yang perisa earwax & vomit..hahaha
Overall biasa2 aje la..tapi okay juga la pergi, buat jadi pengalaman. Kata peminat HP nombor 1. Hoho

22.1.12

Jalan2 masuk hutan..

Petang tadi buat benda yang selama ni tak penah teringin nak buat. Dedulu masa pandu puteri pernah masuk hutan, dan pengalaman yang tak best! Maybe tak best sebab dapat senior2 yang macam hampeh so takde rasa enjoy masuk hutan. Masa masuk hutan dulu, sebelum masuk aje dah ditakutkan dengan cerita2 seram, cerita nanti jumpa harimau lah, jumpa babi hutan lah, etc. Masa tu takut gilerrr, padahal masuk 'hutan' yang dekat belakang sekolah aje, keliling ada kawasan perumahan. Sekolah pulak dekat bangi, manade harimau. Kalau nak kira bukan masuk hutan pun, belakang sekolah tu bukit yang ada pokok2 & semak2 aje. Tapi sebab masa tu baru form 1...buduh pulak pegi percaya apa senior cakap.

Nak ke kanan ke, ke kiri...

Harini pergi hiking ber-9 orang. Tah taktau la berapa km kitorang berjalan, tapi lama jugak la...ada lebih kurang 2 jam lebih tadi berjalan. So agak jauh jugak la kiranya tadi naik bukit, turun bukit, redah semak, rentas becak. Habis dah kasut ai berlumpur..tapi bila kasut kotor la baru leh jadi bukti yang kita ni betul pergi eksesais. Ini kekonon kata pergi jogging tiap minggu, tapi kasut cantik elok aje macam baru beli lagi. Nampak sangat pergi jogging dalam mimpi aje..ngeheheee

Since aktiviti masuk hutan, takde la bawak kamera. So dengan ihsan pinjam kamera En Suami lah saya dapat amik gambar. Tu pon tak banyak amik gambar, sebab mengah dah berjalan...

Nak naik bukit tu yang termengah & tercungap2..

Memula masa start, dah rasa menyesal dah. Haihh elok2 boleh duduk rumah goyang kaki depan tv..nak pegi busukkan badan & kotorkan kasut pergi masuk hutan. Tapi dah lama sikit agaknya badan pun dah recover daripada aktiviti eksesais mengejut ni..dah ok sikit. Berpeluh tu takyah cakap lah, dahnak lencun kot baju. Tapi rasa best sebab macam aktiviti sihat, lain kot dengan pergi gym. Ni dengan dapat hirup udara segar, dapat melihat flora & fauna..cececehh..macam ayat cikgu pendidikan jasmani tingkat 1 pulakkk..

Punya lah teruja dapat berjaya habiskan ekspedisi jalan kaki masuk hutan ni, sampai rasa macam nak buat ni jadi aktiviti tetap tiap hujung minggu pulak. Tapi macam biasa la cakap je lebih..tunggu la besok pagi kang kaki lenguh, lutut rasa macam nak tercabut..ha masa tu nanti baru leh tengok ada berani ke nak repeat lagi hujung minggu depan..hoho