- tidur bilik sendiri
- kemas katil sendiri
- jangan sepah rumah lagi
- sikat rambut & zip uniform sekolah sendiri
Sempena birthday, keluar lah bawak anak2 nengok movie. Dan juga sempena birthday layan lah juga bila birthday girl minta beli set popcorn. Yang menyampah kalau beli popcorn dekat cinema, mesti tak pernah habis makan. Kalau beli saiz small pun mesti tak habis. Sebab tu lagi suka bawak masuk twisties ataupun jajan lain masuk wayang. Gerenti habis.
![]() |
| Dapat popcorn, cawan muppets dengan kermit kecik yang bole sangkut kat beg |
Macam biasa, masa tengah tengok wayang saya akan tertidur. Kali ni tak tido lama. Ada la miss dalam 20 minit aje tengah2 cerita. Tapi yang buat stress sampai sekarang adalah...daripada keluar wayang tadi sampai sekarang lagu Mah Na Mah Na takboleh keluar dari kepala otak..adehhh geramnyee..Haa..ini lah lagu yang takleh stop dalam otak saya. Disclaimer: jangan marah kalau anda pun mengalami sintom yang sama seperti saya selepas menonton video ini..ngeheheeee
