Pages

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

17.12.11

Boss kusayang part II

Haih, memang nasib badan ada orang dapat boss yang sporting giler, backup staff, hati suci murni, bla bla bla. Tapi untuk sesetengah orang pulak dapat boss yang tak peduli kebajikan staff, 24 jam PMS, kerah tenaga pekerja macam ingat kita ni buruh paksaan bina track keretapi zaman jepun.

Saya memang nasib baik dapat boss yang dari katagori pertama (walaupun kadang2 saya ada jugak time dalam hati menyumpah boss sebab boss saya suka taichi kerja), tapi ada kawan saya kesian..dapat boss yang tak peduli kebajikan staff. Disuruh kerja sampai malam, kalau balik on time kena perli, disuruh buat kerja tah hape2, dan yang paling frust kalau boss komplen kalau kita terpaksa balik awal/tak masuk kerja sebab anak tak sihat..

So entry ini ditujukan kepada kawan saya, dengan ucapan jangan tension2 selalu..ngehngeheheeee

Okeh, ada 2 general rule kalau bekerja:
Rule number 1: The boss is always right
Rule number 2: If the boss is wrong, refer back to rule number 1

Haihh..tak membantu langsung la kan? Tapi memang betul..walau betapa buduhnya boss tu, susah nak menang kalau anda nak lawan boss sendiri. Ada saya terbaca tah kat mana ntah, kalau tak puas ati dengan boss anda..takyah la pergi komplen kepada HR department. Tak guna, sebab HR department ni kerja dorang untuk protect company, bukan protect staff (whoaa..marah orang kerja HR kalau baca ni). Tapi ni saya bercakap dari pengalaman tempat saya bekerja lah. Dan HR department tempat saya memang fungsi dia macam gitu. Kalau ada masalah dengan boss, selagi boss tak melanggar peraturan kompeni, HR takleh buat apa2. Paling2 pun nanti HR bagi kaunseling kat boss anda. Iyooo la tuu..

So apa nak buat nih? Nak gi komplen kat HR takleh, nak dok mengadap muka boss dah tak sanggup. Hati ni membara berapi marah meluap2 bila nengok muka boss yang hensem macam cicak kubin tu. Nasihat standard saya adalah untuk pasrah dan sila bersabar, sabar itu separuh dari iman. Nak bagi nasihat luar biasa otak tengah tepu lak, makan nasi minyak banyak sangat ni tadi. So sekarang mode nak tido sudahhh..heheee.

Emm..sebenarnya dah pernah buat entry pasal benda ni dulu. So sila la rujuk entry saya yang lama ni ye. *mode malas*

Sekian, terima kasih.

30.11.11

Boss kusayang? Err..mungkin tidak

Eii..meluatnya aku tengok Encik Polan nihhh..
Encik Polan tu bukan-nya reti buat kerja, dapat naik pun sebab dulu dia pandai kipas MD..
Bengang aku, Encik Polan ni memang pilih kasih. Dekat aku dia bagi kerja extra, dengan orang lain takde pulak..
Blurrr betul la boss kita Encik Polan tu. Nama je boss, tapi blurrrr..  

Macam pernah dengar aje kan dialog-dialog kat atas. Kalau nak tulis semua komplen-komplen kita pasal boss..memang berbakul-bakul. So macam mana nak deal dengan perasaan menyampah/benci pada boss. Hmm, topic yang agak susah, sebab saya pun bukannya suka sangat majikan saya. Heheee. Tapi kena la jugak deal dengan perasaan menyampah dekat boss ni kan, kalau perasaan menyampah tu melampau sangat, nanti stress..bila stress kat ofis, sambung stress kat rumah..ie tak pasal-pasal suami & anak-anak yang kena efeknya.  

Ni antara cara-cara yang pernah saya guna bila berada di situasi dapat boss yang hampeh:

Avoid berinteraksi dengan boss 
Kalau dah kurang jumpa, kurang la nak sakit hati kan? Tapi nasihat ni mungkin tak relevan untuk orang yang kerja PA ataupun sekretari lah. Dah tentu-tentu nak kena tengok muka boss tetiap ari.

Bersangka baik / pikir positif 
Anggap aje la yang bila boss taichi kerja kat kita, makna-nya pada pandangan dia kita ni perkerja yang pandai buat kerja. Ayat penyedap hati: Aku ni lagi pandai dari boss, boss tak reti nak buat sebab tu dia taichi kat aku nihhh..(tapi ayat ni sebut dalam hati aje la, jangan lak pergi cakap depan muka boss. Tu jadik kes lain lak nanti). 
Kurangkan mengutuk boss berlebih-lebihan 
Kalau geram giler dengan boss, cuba try jangan kutuk boss dekat ofismate. Kalau nak lepaskan geram, ngadu dekat suami, ngadu dekat best friend (yang bukan se-ofis ye). Takut kang ada kes penyampai pulak. Kan tak best kalau boss dapat tau yang kita kutuk dia kat belakang (walaupun dia memang layak dikutuk pun..) 
Doakan yang terbaik untuk boss kita 
Jangan doakan supaya boss mati kena langgar bas, kena langgar keretapi, etc. Doakan yang terbaik untuk dia. Doakan dia dapat kerja baru yang bagus di company lain, so anda nanti dapat la boss baru. Doakan dia bahagia dengan family, kalau dia tak stress kat rumah, maybe dia less bitchy di ofis. Btw berdosa tau doa yang tak baik untuk orang!! 
Kalau benci boss, jangan sampai prestasi kerja terjejas 
Benci macam mana pun, make sure kerja siap on time & deliver hasil kerja yang berkualiti. Jangan nanti orang cakap, tengok dia tu..buat kerja tak seberapa, asyik MC & EL aje..patut la aku dengar boss dia Encik Polan tu asyik carik pasal dengan dia aje. Biar kita dikenali sebagai pekerja cemerlang, berdedikasi, etc. Mana tahu, ada opening kat department lain. Boleh la apply department transfer. Ni kalau reputation tak bagus, orang pun tak bersemangat nak ambik kita kerja.

Kalau semua cara-cara di atas tak jalan jugak, dan pepagi kita nangis stress takmo bagun pagi sebab taknak tengok muka boss, carik la kerja baru. Tak berbaloi stressed dengan boss sampai efek your personal life. One of my ex-boss pernah cakap, kalau kerja dah sampai efek your personal life, it's not worth it and you should consider to let go and move on. InsyaAllah ada la rezeki kat tempat lain. Biar padan muka boss kena buat kerja sendiri tak boleh taichi lagi..muahahahhahahah *gelak jahat*

Btw ni semua asam garam bekerja. Adat la dah nama pun kerja makan gaji, kerja dengan orang. Ada boss yang baik hati, ada yang garang tak bertempat, ada yang pemurah, ada yang kedekut, ada yang bitchy. Kalau dah pernah kerja dekat 10 company, dan semua 10 company anda cakap boss anda tak betul, boss anda bangang, boss anda bodoh..maybe tu bukan boss anda kot. Maybe that's just you. So untuk orang yang macam ni, jangan la kerja makan gaji. Either duduk rumah goyang kaki ataupun bukak bisnes sendiri. So you can be your own boss. Ha masa ni baru la tak ada dialog 'bodoh betul boss aku'. Sebab tu kiranya mengutuk batang hidung sendiri...

29.11.11

Bos, boleh mintak naik gaji?

Ni memang topic yang tiap-tiap hujung tahun akan keluar. Kebanyakkan-nya memang takat discussion sesama office mate time lunch break la..'eh, tahun ni berapa average salary increament aa?'. Kalau company yang baik hati, selalunya 10%. Tapi company saya kerja ni kedekut sikit. Average naik gaji 3%. Inflation rate pun 4%-5%. Maknanya tiap tahun lebih kurang macam kena potong gaji lah kalau increament rate lagi rendah dari inflation rate...sedihnyaaa..

So macam mana nak dapat naik gaji ni? Ada 2 cara..
  1. Bila year end review, cakap terus terang ngan boss. Boss, saya rasa saya patut dapat gaji sekian-sekian. Tapi kena prepare jawapan la kalau boss tanya balik, why do you think you deserve such a big pay rise? Jawapan paling boleh deterima adalah..'sebab job scope saya dah makin banyak, sebab saya penyumbang terbesar kepada sukses project ABC, sebab saya bawa masuk sales lebih 200% daripada target saya, etc. Tapi kalau jawapan yang anda boleh bagi cuma 'sebab harga susu dah naik, sebab harga pampers dah naik, etc'..yang ni memang harapan tipis laa bos nak layan..kau ingat kau sorang aje ke yang kena bayar lebih sebab harga barang naik?!
  2. Lompat kerja. Selalunya orang lompat kerja ni akan mintak minimum 25% pay rise compared ngan gaji kerja sebelum-nya. Tapi pun ada keburukannya..nanti orang cop anda sebagai orang yang tamak haloba. Tak loyal. Pun sama la, kena prepare jawapan kalau time interview kang orang tengok resume anda, dan tanya..kenapa tak stay lama kat company ABC, kenapa kerja setahun aje kat company XYZ, etc.
Aiseh, kalau saya memang la tak guna memana approach. Terima aje la apa yang boss nak bagi. Dapat 3%  pun sengih aje la depan boss (tapi kat belakang boss kutuk company bagai nak mampos, kedekut la, taik idung masin la, increament ciput macam ni buat taik gigi aje la...). Nak buat macam mana, dah tak berani nak mintak naik gaji. Terima aje la seadanya..

Nak lompat-lompat kerja pun tak suka jugak. Company sekarang flexible, saya sebagai seorang ibu; gaji no 2. Yang paling penting, flexibility & good work environment. Kalau dapat gaji banyak, tapi kerja stress nak mampos..balik rumah tensen dengan anak-anak & suami. Tak guna jugak kan. So sekarang ni dah cukup la. Gaji cukup untuk bagi anak-anak makan, cukup nak bayar sewa rumah, cukup nak isik minyak kereta, cukup nak buat joli-joli (read: membazir) sesekali..Alhamdulillah. Dah cukup.

Tapi kalau boss nak bagi gaji lebih..saya terima aje la. Takkan nak tolak rezeki kot..heheeee