Pages

2.12.11

Happy 8th Birthday..

Whoa, dah besar dah anak mama. Dah masuk umur 8 tahun. Rindu pulak masa 8 tahun yang lepas, masa masih baby. Kecikk aje time tu. Sekarang dah besar. Dah tinggi.

Birthday boy mintak kek Freddo yang dia nak sangat sebab ada nama ‘Fred’. Dia ni peminat setia Fred Figglehorn. Kalau sesiapa tak kenal Fred, sila pergi youtube..search Fred keluar la melambak-lambak video Fred. Tah apa yang best pun tatau, boleh layan video Fred tiap ari.



Malam pulak birthday dinner. Yang ni lebih kepada untuk jamu tekak parents birthday boy. Birthday boy tak kisah pun nak makan mana, yang dia tau dia dah dapat kek Freddo dah cukup. Saya order BBQ beef ribs..paling sedap di dunia..kalah Tony Romas punya beef ribs okay..


Birthday boy rasanya tak ada la seronok sangat. Happy la dia dapat kek Freddo, dapat new characters untuk game Skylanders. Yang parents lagi enjoy kot. Enjoy makan. Yang paling penting tak payah masak dinner sebab makan kat luar..heheeee (pemalas sungguh).

Untuk ke-sekelian kalinya..Happy Birthday!! We love you!!

1 comment:

  1. sdpnye mknn tue. slmt hr jadi utk anak akak!

    nak dpt hadiah best?
    Jom join giveaway nisa

    ReplyDelete