Pages

17.12.11

Boss kusayang part II

Haih, memang nasib badan ada orang dapat boss yang sporting giler, backup staff, hati suci murni, bla bla bla. Tapi untuk sesetengah orang pulak dapat boss yang tak peduli kebajikan staff, 24 jam PMS, kerah tenaga pekerja macam ingat kita ni buruh paksaan bina track keretapi zaman jepun.

Saya memang nasib baik dapat boss yang dari katagori pertama (walaupun kadang2 saya ada jugak time dalam hati menyumpah boss sebab boss saya suka taichi kerja), tapi ada kawan saya kesian..dapat boss yang tak peduli kebajikan staff. Disuruh kerja sampai malam, kalau balik on time kena perli, disuruh buat kerja tah hape2, dan yang paling frust kalau boss komplen kalau kita terpaksa balik awal/tak masuk kerja sebab anak tak sihat..

So entry ini ditujukan kepada kawan saya, dengan ucapan jangan tension2 selalu..ngehngeheheeee

Okeh, ada 2 general rule kalau bekerja:
Rule number 1: The boss is always right
Rule number 2: If the boss is wrong, refer back to rule number 1

Haihh..tak membantu langsung la kan? Tapi memang betul..walau betapa buduhnya boss tu, susah nak menang kalau anda nak lawan boss sendiri. Ada saya terbaca tah kat mana ntah, kalau tak puas ati dengan boss anda..takyah la pergi komplen kepada HR department. Tak guna, sebab HR department ni kerja dorang untuk protect company, bukan protect staff (whoaa..marah orang kerja HR kalau baca ni). Tapi ni saya bercakap dari pengalaman tempat saya bekerja lah. Dan HR department tempat saya memang fungsi dia macam gitu. Kalau ada masalah dengan boss, selagi boss tak melanggar peraturan kompeni, HR takleh buat apa2. Paling2 pun nanti HR bagi kaunseling kat boss anda. Iyooo la tuu..

So apa nak buat nih? Nak gi komplen kat HR takleh, nak dok mengadap muka boss dah tak sanggup. Hati ni membara berapi marah meluap2 bila nengok muka boss yang hensem macam cicak kubin tu. Nasihat standard saya adalah untuk pasrah dan sila bersabar, sabar itu separuh dari iman. Nak bagi nasihat luar biasa otak tengah tepu lak, makan nasi minyak banyak sangat ni tadi. So sekarang mode nak tido sudahhh..heheee.

Emm..sebenarnya dah pernah buat entry pasal benda ni dulu. So sila la rujuk entry saya yang lama ni ye. *mode malas*

Sekian, terima kasih.

7 comments:

  1. salam kembali cik sibuk..terima kasih kerna sudi mencuba resepi pajeri nenas tu...seronok ler masuk blog cik sibuk nih..pandangan dan pendapat yg kekadang tak terpk pun...dan saya nak share artikel "jangan jadi si tanggang" di FB saya...

    ReplyDelete
  2. boss akak muka cantik, ckp pun lembut, tapi bila skali marah, ayat2 yg dikeluarkan tu, menusuk ke kalbu, menikam jantung akak ni, terkedu dibuatnya. nasib baik boss, kalo tidak...herrmmm tak tau le apa jadi

    ReplyDelete
  3. saya pernah keja dgn ramai bos..perangai masing2 masyaallah rasa nak cekik sorang2.. skg saya dah resigned jaga anak kat rumah..padan muka dorg..ko pergilah buli oranglain pulak..

    ReplyDelete
  4. Saya pernah keja di bawah bos pompuan dan lelaki. Boss lelaki lebih cool dan percaya pada staff.

    ReplyDelete
  5. B = Boss
    I = Is
    A = Always
    R = Right
    so, BIAR je la =)

    ReplyDelete
  6. @Ezadliza
    Sila2 :)
    Semalam nak amik gambar paceri tu, tapi dah lepas makan 1/2 baru la teringat. Kang lain kali kita amik pic & buat entry..boleh link ke page u untuk resepi..

    @Mamasyaza
    Itu la pasal, muka cantik tapi bila nak mengamuk sampai cam gitu, terus dah tak cantik..

    @Lizan
    Jeles nya saya. Bila la saya ada peluang (ataupun berani) nak buat macam awak..

    @ LydSunshine
    Memang kalau boss lelaki lagi senang. Boss perempuan ni emotional sikit. Boss lelaki rilek, cincai..takde nak merajuk bagai.

    @chekna
    Memang tepat sekali! heheee

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    bos saya yg no 1 tu..mmg sebaik2 umat punya bos
    hehe

    ReplyDelete