Pages

6.12.11

Macam mana nak ajar anak pandai bahasa inggeris?

Semalam rakan baik saya di ofis request entry ni..camne nak ajar anak pandai cakap bahasa inggeris. Apesal entah tanya saya soalan ni, sebab bukan dia pernah jumpa anak2 saya, mana dia nak tau English anak2 saya camne eh..heheeee. Tapi sebab dia dah tanya, saya jawab la jugak ye..

Caranya adalah..dengan tidak mengajar anak anda cakap English. Memang betul! Kecuali la kalau bahasa inggeris tu anda punya mother tongue dan bahasa inggeris anda power gilerrr. Sebab nya, dikhuatiri kang anda bagi ajaran sesat dekat anak-anak anda.

Saya dibesarkan di dalam family yang cakap 95% bahasa Melayu. Kiranya saya tak belajar English daripada parents saya. Tapi yang saya ingat, kalau dalam kereta ayah saya mesti pasang kaset Carpenters, The Beatles, Abba, etc. Satu sahaja kaset lagu melayu yang dia pasang, kaset kompilasi lagu2 P Ramlee. Kalau pergi kedai buku, ayah saya akan pilihkan buku-buku Enid Blyton. Bila dah besar sikit baca buku Sweet Valley Twins, lepas tu Sweet Valley High. Ada jugak buku-buku Nancy Drew. Dibesarkan dengan tengok rancangan-rancangan dari TV2 & TV3 (masa tu ada 3 channel aje, TV1 cerita melayu, TV2 banyak cerita omputih, TV3 mix). Dulu pagi-pagi orang surat khabar hantar NST, tapi hari ahad ayah saya tambah order Utusan Malaysia (agaknya sebab dia nak baca Pancaindera kot..heheheh). Sebabnya, dia nak kitorang ni baca surat khabar bahasa inggeris.

Dekat sekolah saya tak ada belajar banyak English pun, cikgu2 macam hampeh. Dalam kelas English pun cikgu cakap melayu, apa kes. So saya tak tahu benda-benda teknikal macam future present tense, etc. Sebab dekat sekolah tah hape-hape yang cikgu ajar (plus saya pemalassss). Tapi bila saya menulis English, saya boleh spot mana salah sebab bunyi dia tak betul. Kadang-kadang rasa nak sorok bawah meja bila dekat Forum Cari (ya, saya pengikut tegar Forum Cari..heheee) ada posts yang ditulis dalam english, tapi tunggang langgang. Okay, english saya pun tak perfect, tapi tak ada la hancusss okayy..

Ooh..panjang pulak cerita down memory lane..nak nangis lak teringat balik..btw saya dibesarkan di zaman 80/90an..so sesiapa yang area umur saya mesti leh relate..heheee

Instead of bercakap bahasa inggeris dengan anak-anak, gunakan approach lain untuk anak-anak belajar bahasa inggeris. Galakkan anak-anak tengok cerita English, dengar station radio English, baca buku-buku cerita English.

Btw saya tak bercakap english dengan kawan-kawan, apatah lagi dengan family. Kalau bercakap dengan orang malaysia, saya lagi prefer jawab dalam BM (ada la rojak-rojak sesetengah perkataan dalam english). Pelik kottt nak cakap english dengan orang kita. Kalau dengan omputih tu lain la..memang la nak kena cakap English kannn..nanti dorang cakap gila ke apa.

Hmm..entry saya ni memang either buat orang marah (sebab terasa kee?) ataupun agree. Tapi ni cuma pendapat & pandangan saya aje lah.  Lain orang lain cara..

Bahasa Jiwa Bangsa

8 comments:

  1. everyone can learn english :)dan banyak cara ;)

    ReplyDelete
  2. Buleh saya share artikel ini di blog saya? Nanti akan di link kan ke blog kamu.

    ReplyDelete
  3. tp risaula nk bg ank2 tgk cite omputeh lani..tlalu byk adegan2 yg xsepatutnya..mcmana ek?ada cdangn?

    ReplyDelete
  4. @ norash_nadjah

    Kalau anak masih kecil, tengok cerita budak-budak macam barney ke, sesame street ke (ada lagi ke sesame street? heheee).

    Kalau dah besar sikit, boleh tengok disney channel. Kalau cerita-cerita macam hannah montana, good luck charlie, etc tak ada rasanya scene kissing..

    Saya selalu suruh anak2 saya tutup mata bila scene2 cam gitu keluar. Tapi ada orang ajar saya, dia kata instead of buat gitu..kita explain kat anak2 cakap benda tu bukan budaya/ajaran agama kita. Sebab tu tak elok tengok, dan yang penting tak boleh ikut. Katanya kalau kita tak bagi tengok (tanpa explain kenapa), tu yang lagi dia diam2 kang intai tengok apa benda yang mama/papa marah benau asyik kejap2 suruh tutup mata. Kalau kita dah explain, dan dia paham..dia sendiri kang paling tempat lain kalau ada scene2 tak sesuai keluar.

    Ter-panjang pulak komen..heheee

    ReplyDelete
  5. Saya pasang cd dlm kereta n membaca dgn anak setiap hari. Cartoon byk membntu, tapi sejak dia besar, taknak dah tgk barney etc. layan ultraman aje

    ReplyDelete
  6. bagus tu..anak2 pun suka tgk kartun bhs omputeh ni

    ReplyDelete