Pages

3.12.11

Lose weight untuk orang malas

Malam tadi tengok badan kat cermin, aiseh..nampak dah makin gumok. Cita-cita pagi ni nak bangun awal..nak pergi jogging. Tapi macam biasa la, memang bangun awal..tapi malasssss yang amat nak keluar dari selimut. Btw ni bukan first time kekonon nak pergi exercise tapi pastu kensel sebab penyakit M. Kalau dah pemalas camne la pulak nak kurus nehh..

Sebab saya lagi suka duduk buang masa depan komputer daripada exercise, ni saya nak share hasil kajian saya di google masa kat ofis (nampak sangat suka curi tulang). Kat bawah ni ada tip-tip nak kurangkan berat badan tanpa bersenam. Ya betul..TANPA BERSENAM. Anda dah bersedia? Dah teruja ke belum? heheeee

(Tip-tip yang biasa macam naik tangga, jangan naik lif, etc tu semua takyah sebut la eh. Takkan yang tu pun tak pernah dengar kott)

Gunakan muscle kat perut tu, tarik perut masuk dalam 
Selalunya orang buat ni kalau tengah testing seluar, pastu seluar takleh zip (sebab patut pakai size 12, tapi berangan masuk fitting room dengan seluar saiz 10). Ataupun masa lunch tadi melantak semangkuk besar mee kari, balik ofis perut nampak buncit..bila nak masuk lif penuh orang terus tarik nafas untuk sedut perut. Jangan malu2, semua orang penah buat ni kott.. 
So try lah buat teknik ni. Bukan buat time nak masuk lif aje tau. Buat selalu. Bila kita tengah 'sedut masuk perut', muscle perut tu bekerja, kan membakar kalori jugak. Walaupun kalori yg dibakar tu tak sebanyak macam kalau lari marathon..ada la jugak. At least lagi banyak kalori terbakar kot daripada sambung bermalas-malasan atas katil..heheee 
Pakai kasut tumit tinggi 
Bila pakai high heels, kita akan gunakan muscle di kaki untuk mengimbangkan diri kita. Tu pun bakar kalori jugak kan. Btw tip ni applicable untuk kaum wanita sahaja ehh..huduh tau lelaki kalau pakai stilettos. 
Last bilasan mandi dengan air sejuk 
Sebelum keluar shower tu, off air panas..bilas badan dengan air sejuk lebih kurang 1 minit. Bila badan kena air sejuk, badan anda akan 'bekerja' untuk adjust balik suhu badan anda ke normal. Tu dah bakar lagi kalori. Kena air sejuk betul tau. Jangan ngelat dengan pakai air suam lak. 
Tarik nafas dalam-dalam (sambil tengah berjalan) 
Weekend nih, kalau pergi MidValley ke, 1Utama ke, memana shopping mall..dekat car park sambil tengah berjalan dari kereta ke kedai tu..cuba try nih.  
Mula-mula tarik nafas dalam-dalam. Gunakan muscle perut okay. Tarik nafas dalam lebih kurang 5 saat. Tarik nafas ikut hidung okay, jangan ikut mulut.
Lepas tu tahan nafas lam 5 saat. Jangan lelama lak, pengsan kalu.
Bila nak lepas nafas tu, lepas nafas ikut mulut. Jangan nganga pulak. Bukak mulut sikit aje, exhale pelan-pelan. 
Teknik ni boleh meningkat-kan balik tahap metabolisma kita. Perasan tak, bila dah makin tua, metabolisma rate makin turun? Kalau masa muda dulu, jalan dari hostel pergi kelas pun boleh maintain slim. Sekarang ni dengan pergi gym, diet bagai..pun susah nak turun berat badan. Sebab makin tua, makin rendah kadar metabolisma anda. 
Btw saya sarankan try teknik ni masa berjalan kat parking lot sebab kalau buat masa kat tengah-tengah shopping mall tu kang segan la pulak. Kang orang cakap apehal la pulak minah ni, window shopping pun tercungap-cungap. Bila dah biasa buat teknik ni, dah lebih kurang second nature, tak ada tercungap-cungap..buat la bebila/kat mana-mana pun. 

Emm..pengakuan diri sendiri: Saya pun belum pernah berpeluang nak cuba tip-tip ni semua (cewah, ayat macam baik. Padahal tak try sebab malas. Ni bila dah lemak terkumpul makin banyak kat perut baru gelabah).

Okay, mulai hari ini saya pun nak try lah tip-tip ni semua. Selama ni kumpul aje, tapi sebab malas mengatasi segalanya punya perangai, memang tak pernah nak try. Tapi sebab dah tulis ni kena la buat. Nanti kalau tak saya masuk dalam kategori orang 'cakap aje lebeyyyy, buat nya tidak'. Walk the talk. Nak jugak cakap omputihh..heheeee

Majulah sukan untuk negara.

7 comments:

  1. ye ker..

    malas gak nih..

    leh la buat...hihi

    ReplyDelete
  2. nak cuba yg mandi guna air sejuk tu la. hehe..

    ReplyDelete
  3. elok sgt nie esp utk yg mls bsenam cam sis, nak try la

    ReplyDelete
  4. tips yang bagus. :)

    ReplyDelete
  5. Oih... senang amat. Bleh le buat. kacang je.

    ReplyDelete
  6. saya suker baca BLOG ni.best leee

    ReplyDelete
  7. tibe2 terjumpe blog nih...nk try la tips ni...hehhe..boleh kempis perut eh..smbil sy baca tips ni sy praktikkn..tgh thn nafas..skali terbaca ayat yg lucu, trus tergelak...hihihihi..

    ReplyDelete