Pages

3.1.12

Penchuri tulang

Hari pertama kerja 2012 dimulai dengan hari malas. Ooh bukan salah saya aje tau, saya salahkan cerita ‘Tentang Dhia’. 2 hari marathon tengok cerita Tentang Dhia, malam tadi stop dekat episod 27. Patutnya pagi tadi nak sambung habiskan tengok sebelum pergi kerja. Kalau tak sambung tengok nanti takleh focus kerja (cheishh..jadikan alasan). Nanti kang I asyik la teringat2 dekat Mami & Zetty. Internet lak pagi tadi cam kura2 sikit, alih2 pukul 9:45am baru abis nengok khatam sampai episode 30.

Since dah pukul 9:45 dan saya pon lom mandi lagi, saya terpaksa melupakan hasrat azam tahun baru 2012 ie nak dapat hadiah employee of the year. Pulak tu ending Tentang Dhia cam hampeh, terus takde mood nak kerja (alasan lagi!). Telepon boss gitau yang arini nak kerja dari rumah lepas lunch baru masuk ofis. Dan semestinya kalau saya kerja dari rumah makna-nya kerja duduk depan tv lah sambil makan kudapan ringan yang tak sesuai untuk orang yang tengah berdiet macam I nih..

Hmmm..dedulu masa saya kerja praktikal dekat KL (dah lupa apa nama bangunan tu, tapi sebelah ofis K&N Kenanga), masa tu kalau time zohor dekat bahagian lelaki ada ceramah agama. So ada la terdengar2 sikit ceramah. Tak dapat dengar lama2 sebab nak pi mamam & masa tu saya pikir makan lagi best dari dok lelama dengar ceramah. Oohhh..teruknya zaman tu.

Ha berbalik kepada isi ceramah. Penceramah tu kata kita ni tak bole curi tulang dekat ofis, nanti duit gaji tak berkat. Bila time bekerja kita layan internet, ber-forum, ber-blogging, dok chatting, gi lunch berejam, power breakfast a.k.a sessi bergossip..tu suma dah masuk kategori curi tulang. Orang bagi gaji bukan suruh kau look like busy di ofis.

Tapi penceramah tu lupa nak sebut pasal MC. Kalau MC betul takpe, tapi selalunya orang suka amik MC tipu. Dedulu saya tiap bulan mesti ada MC. Sakit yang biasanya adalah either migraine ataupun period pain. Sakit yang senang nak tipu. Dedulu masa tengah pregnant guna alasan morning sickness. Padahal masa saya pregnant tak pernah kena morning sickness, muntah pon tak pernah. Makin kuat selera makan ada la..tu yang badan pon makin sihat (ayat sopan untuk gumok). Masa pregnant lah paling best..sebab sonang den nak dapat MC, dekat doctor buat la muka kesian, besok tu masuk ofis buat la muka tak larat...hehee

Ish ish..tak senonoh betul kita masa zaman muda2 dulu. Nasib ai dah insaf youu..tapi insaf bab MC aje lah. Sebab ofis saya kerja sekarang ni takde bagi staff sick leave allowance. Dorang nye pandangan adalah, kalau bagi staff sick leave allowance, nanti mentality pekerja ni adalah untuk habiskan MC. Macam betul jugak. Dulu kat kompeni lama staff dapat sick leave allowance 14 hari. So bila hari malas kerja, nanti mesti pikir alahh..amik MC ajelah (ie MC tipu) ada lagi 5 hari lom pakai. Rugi kalau tak abiskan sick leave balance. Haip…memang tak boleh pakai punya employee.

Eh tapi ofis saya sekarang ni takde la kejam kata langsung takleh amik sick leave. Kitorang nye konsep, kalau sakit takyah la sibuk gi keje. Takyah ada surat doktor pun takpe. Katanya, lepas dorang implement system ni kurang orang amik sick leave. Memang betul kot. Macam saya pon rasa malu nak tipu boss kata sakit. Tapi lom lah insaf 100%, ada sekali dua I pening sikittt aje. Boleh pergi ofis, tapi cakap kat boss tak larat. Itu memang dah malas tahap kronik. Ngeheheeee..

Oohh..cakap panjang2 pasal duit tak berkat ni..peringatan untuk diri sendiri juga. Sebabnya saya pon rasanya masuk gak kategori orang suka curi tulang. Kat ofis kalo pegi lunch mesti la lebih sejam. Sambil2 buat kerja, dekat screen lagi satu mesti tengah meng-gugel. Hmm..tapi kerja saya dekat ofis siap, tak pernah keje tak siap. So bole jadi special kes tak? Heheee.

Walaupun dah masuk hari ke-3 2012, sempat lagi neh nak buat azam tahun baru. Berhentilah menjadi pencuri (atau kurangkan..heheee). Curi tulang tak bagus tau! Kena jadi pekerja yang bersih, cekap & amanah. Baaaruu la boleh menang employee of the year, ye dak?!

7 comments:

  1. Dan jangan ingat doktor2 yang kasi MC tu tak tahu patient mereka menipu! hahaha..

    Orang Malaysia memang pemalas, period. Kalau tak,tidak lah saya setiap hari Isnin atau hari lepas public holiday akan rajin menyain buku MC.

    :P

    ReplyDelete
  2. sama2lah kita berazam supaya tak jadi golongan cam gitukan

    ReplyDelete
  3. Baguslah kalu ada bos yang terima juga sijil MC tu wpun dia leh agak itu tipu. Kalu bos saya, jangan harap lah nak pandang MC doktor luar. Kecuali panel. Dan tahu ler kalu panel, lagi paaayah nak dapat MC!

    ReplyDelete
  4. Kalau dah habis semua kerja, itu tak dikira curi tulang. Dah tu nak buat apa lagi kalo dah takde kerja. Takkan nak pegi kipas bos plak khennn...

    *rindu plak kat Dhia dgn Zikir. Dah takde dah ptg2. Citer baru ni, tak minat Ayu Raudhah. So, tak tgk. Hehe.

    ReplyDelete
  5. saya dulu waktu peknen, jarang ambik MC. ntahla, walopon malas tahap gaban,rasa suka melepak kat opis, dari duk rumah sorang2!.. haha

    ReplyDelete
  6. hepi new year cik!

    takpe,azam tu start lmbat sket...hihi

    salam kenal dan foloooo ;)

    ReplyDelete
  7. Habis dah nengok Tentang Dhia??

    Ngok kan dia orang tu...
    heheheeeee..

    ReplyDelete