Malam tadi patutnya nak buat ketam masak telur masin, tapi pergi kedai mak aih dah la ketam nya kurus2, rega mahal nak mampuih pulak tu. So tukar la jadi udang masak telur masin. Okay jugak la sebab dah teringin nak makan, udang pon udang lahhh...
Okeh, ni edisi memasak bergambar.
So bahan yang nak kena ada 1st sekali mesti la udang. Apa2 udang pon boleh tapi pilih la udang yang agak2 besar cikit. Udang geragau aje yang tak boleh okay. Lupa pulak semalam nak kira berapa ekor udang ada. Masa beli tu nak dekat 400gm, lebe kurang 12 ekor ada kot.
Banana prawns |
Jumlah bahan sebenar bukan seperti gambar di atas ye.. |
Sesambil tengah rebus telur tu, bersihkan udang. Saya panggil taik udang (yang kat belakang udang kaler hijau tu). Buang la taik udang tu. Kalau omputih dia cakap suh devine udang tu.
Dah siap tu, golek2 udang dengan tepung jagung. Rasanya ada orang kata tepung ubi, tapi kat rumah takde tepung ubi..so tepung jagung pon boleh. Kalau kat rumah takde tepung jagung, saya akan bedal pakai tepung gandum aje.
Ooh..putih melepak udang ai |
Sebab nak jimat minyak, ai pakai kuali kecik. Tapi jenuh juga sampai 4 round lah menggoreng. |
Frust ai, telur masin ni kuning dia tak kaler oren.. macam kaler egg yolk telur ayam aje rupanya |
Udang yang dah siap goreng |
Aksi selepas ni takde gambar. Sebab susah kot nak masak sambil pegang kamera. Oohh alasan je tu. Sebenarnya dah terlupa nak snap gambar masa tengah menumis. Hohohoh
Panaskan kuali, letak minyak cikit lam satu sudu pastu butter lam satu sudu. Tumis masuk bawang putih. Taruk daun kari. Dah cam agak 'garing' tu campak masuk telur masin lenyek tadi. Resepi asal patutnya suh taruk susu ideal lam 3 sudu. Tapi disebabkan ai malas nak membeli & membuka tin susu ideal hanya untuk pakai 3 sudu, so digantikan dengan mencurah air kosong sahaja ke dalam kuali. Jangan lak letak banyak2, sebab bukan nak kasik banjir atau berkuah macam masak lemak okay. Cukup sekadar sampai boleh menyalut udang nanti.
Campak masuk cili padi & udang. Gaul lebih kurang, tutup api, hidang & boleh mamam.
Ini lah lauk ai malam tadi.. |
Sekian sahaja edisi memasak bergambar untuk kali ini. Berjumpa lagi kita di edisi minggu hadapan. Daahhh..
Peh! Sedapnya udang tuh! Sy suke udang goreng cili. Yg telur masin nie mmg tak nah cube. Tp akan dicube! Hiks!
ReplyDeleteOoo... ada ek mcm gini. First time dengar masakan ni. ketinggalan zaman jgk saya ni. Takyah letak gula ke?
ReplyDeletesuperbbbbb
ReplyDeletesimple dan mudah
Pertama kali kakcik tahu tentang resepi macam ni. :)
ReplyDeletesy suka goreng dgn tepung2 ni...heheheh...pas tu masak sos
ReplyDeletewah.menarik.baru tahu udang pun boleh masak dengan telur masin. =)
ReplyDeletesodapnya..............
ReplyDelete@Pok Amai-Amai
ReplyDeleteHa, kalo pegi restoren chinese muslim selalu ada, sebab ni masakan cina rasanya. Try la order ketam masak telur masin.
@LydSunshine
Hmm..agaknya resepi asal tak soh taruk gula sebab patutnya kena masuk susu ideal kan. Tapi kita guna air kosong, tak terpikir lak nak kena masuk gula. Tapi kalo kena taruk gula pon barang secubit aje patutnya.
@pB
Ha, nak kena cuba neh..
@kakcik
Ha, kalau pegi restoren cina muslim selalu ada..
@Eryati
Nak kena cuba, tapi kalo tak sedap (tak ngikut selera u)..jangan marah aaa...heheee
@Z@ck
Ha kitorang kalo kat rumah semua suka makan telur masin part kuning aje. So kalau makan lauk masak telur masin ni, memang suka sangat..
@Khalidah
Hahahhaa..mmg sodappp..sehingga menjilat jarii..
salam kenal,
ReplyDeletewah..mcm menarik je resepi ni...simple jer...nanti nak try lah resepi ni...
kak, rebus telur masin tu macam rebus telur biasa kan kan??
ReplyDeletebersihkan hitam die dulu kan?
hahaha saye ni rebus telur masin pun nak kena google. XD