Pages

1.1.12

Selamat Ulangtahun ke-9

9 tahun yang lepas, time ni dengah dup dap dup dap...ye la nak jadi isteri orang masa tu. Celebrate new year 2003 sebagai suami isteri. Wahh, lama betul dah. Nak cakap rasa macam baru aje kahwin tu tipu laa, orang yang baru celebrate 1st year anniversary bole la bagi dialog cam gitu.

Mak abah saya panggil each other dengan nama Bang/Yang. Kitorang lak panggil You/Awak/I. Haih takde bunyi lovey dovey langsung. Kitorang sebaya, so nak panggil 'Abang' ni macam geli geleman rasanya. Parents saya ye la, beza umur 10 tahun so memang harus lah mak saya panggil 'Abang' kan. Zaman sekarang yang modern sikit panggil partner dorang 'Biiii' atau 'Lingggg' (sila bunyikan dengan nada manja menggoda). Ada jugak bahasakan diri kau/aku aje. Yang ni pada saya nak cakap dengan member2 bole la, dengan suami/isteri macam terlebih rock pulak. Tak sesuaiii rasanya. Oh, tapi yang paling tak boleh tahan..kalau yang sedang ber-couple, tapi bahasakan diri sebagai mummy/daddy. Yang ni memang tak tercapai dek akal gue. Dimanakah logic nya? Anak teddy bear kah yang korang ada? Atau practise untuk bila time dah kahwin & ada anak nanti? Saya kah yang keliru? Hmm..

Gambar kahwin takleh post, ai tak pakai tudung masa tu
:)
Anywaysss...saya akhiri post ini dengan ucapan:
Youuu, happy anniversary...harini i malas (lagi?!) nak masak, kita makan kat luar aje la eh..

14 comments:

  1. happy anniversary and happy new year! ^^,

    ReplyDelete
  2. happy anniversary and happy new year. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat, aminnnnnn

    ReplyDelete
  3. happy anniversary sayang....Dah 9 tahun kawen?? Boleh dah tu nak panggil abang/sayang heee...Macam kpah ni dah 23 tahun kawen, suami kpah panggil kpah Yang...dan Kpah panggil suami Sayang ( kalau ada org lain..panggil abang hee)..Tapi mmg betul jgk ler..kalau sebaya, mmg janggal nak panggi mcm tu..kan..

    ReplyDelete
  4. epy enibeseri cik sibuk..hehehe..kita panggil ABANG je..sebelum kahwin panggil dia ABG YIE..hahahahah

    ReplyDelete
  5. epy anniversary dear..semoga bahagia sokmo.

    ReplyDelete
  6. epi enibeseri..
    bab panggilan tak jd pape, janji perkahwinan kowang kekal shingga akhir hayat, tu yg pasti!

    ReplyDelete
  7. ciksibukkkk, happy anniversary!!! bagila tips camna nak jadik lovey dovey balik even dah berpuluh tahun kahwin :)

    ReplyDelete
  8. happy anniversary.. smg perkahwinan awk kekal hingga akhir hayat... InsyaAllah :-)

    ReplyDelete
  9. sekarang ni masing2 panggil ayah/ibu,sbb ajukkan ckap untuk anak,nanti kalau panggil abang,anak pun ikut sekali panggil ayahnya abang pulak

    ReplyDelete
  10. Hepi aniversary ye..Moga berbahagia sampai bila-bila..
    Apa pun panggilan x kisah lah, janji kita senang dgnnya dan yg penting lagi persaan hati masing2..
    muda lg lah..baru 9 thnn akak dah ke 24th..hehe

    ReplyDelete
  11. Selamat ulangtahun awak...semoga berbahagia sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  12. ulangtahun perkahwinan...Aminn...smpai tertinggal-tinggal ucapan sebab anak saya pun nk join sama berblog..hikss

    ReplyDelete
  13. @kakak
    Tqvm..Happy new year to u too :)

    @mamasyaza
    Aminnnnn :)

    @kpah k-poh
    23 tahun dah? Wahhh..lagi lama tuh. Tapi dah 23 tahun pun masih ber-sayang2. Ni mesti loving couple nihh :)

    @Mrs Yie
    tq tq.. :)

    @ayu jamal
    tq..harap2nya gitu la..

    @Ena Qalinsha
    TQ..betul juga.

    @Wani
    Aihh..baru kawen 9 tahun..rasanya orang yang dah kawin lebe 10 tahun la kot lagi sesuai buat entry tip berbahagia kahwin..so tunggu la next year..ngeheheee. Btw 9 tahun kahwin ade gak gado2..meh nyanyi lagu P Ramlee cikit..sedangkan liidaaahhhh lagi tergigit...lalalala

    @IntanBerlian
    Insya-Allah..

    @ct N Honey
    Betul2..kang tak pasal anak panggil bapak 'lingg' pulak..heheee

    @ariana
    tq tq..wah akak setahun je lagi nak big anniversary :)

    @Maya Mayana
    tqvm..aminnn..
    anak u pon nak belajar ber-blogging tu..heheee

    ReplyDelete
  14. Selamat ulang tahun perkhawinan.. Kami panggil abang dan adik..:)

    ReplyDelete