Pages

26.1.12

Hari membesarkan perut

Sepatutnya harini nak buat aktiviti riadah sihat cergas ie hiking. Tapi kena tukar plan sebab hujan pulak arini. Campur ada kengkawan yang takleh nak join..so aktiviti hiking terpaksa ditunda ke hari yang lain. Oh frust ai, dah la dah teruja siap dah beli seluar hiking..takleh pulak nak rasmikan seluar baru arini.

So daripada plan nak buat aktiviti sihat tukar kepada aktiviti melantak.  Untuk nak warmup..kita mulakan dengan makanan yang takde la mengancam sangat...

Start dengan makan pretzel ngan minum hot choc..
pretzel-nya dah selamat masuk perut baru teringat nak snap gambar..
Lepas tu sambung masuk kedai sushi..
Kecederaan hari ini yang tak berapa teruk, sebab dah makan pretzel dulu..
kalo tak bole bangkrap makan sushi, semua plate yang lalu rasa nak amik
Dekat kedai sushi save duit, order air kosong yang free aje..hoho
Keluar kedai sushi terus beli air fig jelly lemonade

Tu atas semua makanan lunch. Malam lak keluar untuk early dinner, pukul 6:30pm. Menu makan malam harini meriah sungguh, macam nak makan 10 orang..padahal order makanan untuk makan 4 orang aje. Nasib habis, kalo tak memang dah salahkan syaitan (ayat biasa bila makan tak habis: tu la..napsu setan suruh order banyak2).

Amaran: Gambar2 dibawah bakal menggugat jiwa raga anda..terutama kepada sesiapa yang sedang ber-diet..ngeheheee.

Ai dah takyah nengok menu..dari rumah dah tau nak makan apa dah..

Char Tau Kueh
(bukan typo okay...ni bukan char kueh teow)
Mee kari
Asam laksa
Tofu something someting
(lupa apa nama)
Egg salad
Butter chicken..
Macam butter prawns, tapi dorang ganti dengan chicken
Salted egg prawns..
Rasa sedap, tapi ai punya salted egg prawns nye presentation lagi mengancam kot..
Ini udangnya dah togel macam tak berapa cantik lak bila hidang
Sebelum keluar rumah dah cita2 nak makan dessert terbaekk di donia..es durian. Tapi sebab dah melantak banyak sangat terpaksa lah order take away makan es durian depan tv sahaja lah..

Shaved ice..taruk isi durian (fresh)..taruk susu pekat
perghhh..sodap gilerrr
Orait..dah bole lap air liur ye..gambar makanan dah abis. Btw disebabkan saya ini takde lah tera sangat meng-snap gambar..so ada kala the photos doesn't do them justice. Cecehhh speaking london pulak tetiba. Bagi saya ni restoren makanan malaysia terbaik kat sini..memang tak malu oh nak rekmen orang pi makan sini.

Okay..gue nak mengundur diri dulu. Ni dah macam ular sawa kekenyangan. Alang2 dah makan sampai nak terbelahak..harus lah sambung pergi lepak baring depan tv pulak..baru lah lemak2 kat perut ni senang nak di-ternak.

15 comments:

  1. Haih~ Memang mengancam sungguh tengok all the piccas.. tapi, tu lah.. I pun tengah dalam proses 'diet-mendiet' ni.. I have gained 5kg... huhuhu.. *sambil melompat-lompat, konon bakar lemak* kekekeke...

    ReplyDelete
  2. wahhhh...sedappppnya.. rugi kan sesapa yg ada istilah diet ni..

    ReplyDelete
  3. oooo tidakkkk...terkecur2 i tgk the foodssss.....
    nak nak geng sushi tu....faveret i tuuuu...

    ReplyDelete
  4. Ha ha menu paling kelakar.. tofu someting someting..

    ReplyDelete
  5. perrghh... yg last tu best.

    Cik Sibuk, kalau nak tanya pasai insurans leh email makbed ekk.. lizajalil1@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Sushi tu gambar pinggan je. Hekhek.. Gejoloh juga kamu ni.. Es Durian tu boleh buat sendiri ek? Nnt pegi kedai cendol, nak ice je, taknak bahan2. Pastu bawak balik umah laju2, then masukkan durian dan susu. Heheh. Rajin la sgt konon.

    ReplyDelete
  7. tuan umah kenyang..org dtg tgk kelaparan..lapa lapa lapa

    ReplyDelete
  8. Bes nya la hai... tak rindu makanan malaysia napaknya di sana kan??
    Bes. Bes.. :D

    ReplyDelete
  9. Macamana nanti nak kempiskan perut balik, minum eno bolehkan?

    ReplyDelete
  10. @Aini
    Takpe makan banyak..bukan selalu..sekali sekalaaaa *alasan yang biasa pakai* huhu

    @whitecapuccino
    Ha..memang sodappppp..wa tak tipuu

    @norh
    saya pon sebenarnya patutnya berdiet..tapi takleh tahan la, takkan somi & anak2 makan sedap depan kita pastu nak pandang aje. takleh jadi ni, kena la join sekaki..
    sebab tu la diet i selalu hancusss..

    @rasp
    sedappp kan sushi..tapi tu la, rega dia tak tak sodap

    @che mid
    hahha..len kali kena bawak ketas & pen nak tulis apa benda yang dimakan..nama makanan pon kengkadang pelik2 belaka.

    @makbed
    orait..nanti besok2 kita anta email okeh..tq bagi email address..

    @azieazah
    memanggggg..muahahahhahahah *gelak jahat*

    @nuruldiana
    dogaaannnn..coobaaannnnn..haruss lah bersabar eh kalau tengah diet..ngehehheee

    @Lydsunshine
    Bole je buat sendiri..tapi benda yg buat sendiri apsal eh mesti tak berapa sedap compared ngan kalo makan kat kedai..pelik tul

    @Neeza.Areef
    Kenyang time tu aje..tengah malam dah lapo balik. Itula makan dinner awal benau. Camne eh orang cina bole tahan perut dorang makan awal..malam2 tak lapo ke..

    @PuanStoberi
    Tapi tak semua bole dapat..kat sini sedih ai tak boleh jumpa siput sedut masak lemak cili padi, takde mee kari taruk kerang, takde batang keladi masak asam...perghhh..terliur sudahhhh

    @MatSom
    hahahahhaha.minum eno tu selalu kita buat..bila dah macam nak terbelahak sangat. tapi takde pon kempis perut..makin kembung air adela

    @Lelord
    lap weh air lioq tu..hoho

    ReplyDelete