3 tahun yang lepas saya gatal nak gi sambung study. Time tu kekonon la banyak sangat free time, ye la pukul 5 sharp gue logoff keje, pukul 5:15 dah sampai rumah. Weekend lak bosan sebab tatau nak buat apa, kat sini manade nak kena gi kenduri kahwin ataupun kena balik rumah mak/mertua. So decide nak amik professional certification dan study secara part time. Sekarang ni kalau pikir2 balik apesal la aku mencari padah, elok2 balik kerja boleh goyang kaki, pandai2 pulak decide nak sambung study. Ye la masa tu lom start ber-blogging lagi. Kalau ai dah start buat blog mesti tak teripikir nak isi masa lapang dengan study.
Sangat gigih masa mula2 start study dulu, almaklum lah masa tu lebih kurang dah 10 tahun selepas dapat degree. Tulisan pun dah macam huduh sebab dah lama tak menulis pakai pen. Ye la kat ofis buat report semua pakai komputer, manade tulis report manual pakai pen. Exam duration lak setiap paper 3 jam, gila weh kena tulis pakai pen 3 jam non-stop. Lagi satu cabaran adalah accounting knowledge saya yang dah berkarat sebab walaupun background saya accounting tapi manade saya kerja accounts department. Disebabkan kat sini tak ada tuition provider, so terpaksa lah self-study. Buku2 undergrad dulu semua tinggal dekat bangi nasib baik la ada internet sebab kalau tak paham/tak ingat benda2 yang study masa kat uni dulu boleh carik kat youtube & wikipedia. Tapi Alhamdulillah lah setakat ni dah amik 5 paper, semua pass 1st attempt..cukup la study sekali aje tak sanggup gue nak kena repeat paper..
Nak study part time ni banyak woh pengorbanan yang nak kena buat. Terutamanya kepada kita ni kaum ibu yang nak kena juggle between study, kerja, suami, anak, masak, kemas rumah, bla bla bla. Macam tera je kekonon pagi gi keje, petang masak, malam study. Padahal sebenarnya saya ni banyak kali jugak main tipu sebab bila exam dahnak dekat kita ajak suami makan luar sebab tak larat nak masak, ataupun suruh suami tolong jaga anak sebab nak keluar gi library nak study. So kiranya kalau nak kena berjaya kena ada support suami jugak kot. Mampos kalau suami suruh jugak kita masak lauk asam pedas & gulai lemak untuk dinner, buat cucur udang untuk dia makan masa tengok bola bersama kawan2, gosok baju & seluar kerja dia..semua tu sehari sebelum nak exam. Memang ai mengamok kot kalau suami suruh buat cenggitu masa orang tengah serabut dahnak exam.
Saya punya life cycle:
Feb-May: Study (exam end of May)
June-July: Rilek goyang kaki (exam result keluar end of July)
Aug-Nov: Study (exam end of Nov)
Dec-Jan: Rilek goyang kaki (exam result keluar end of Jan)
Selalunya at the start of each new cycle..mesti ada azam kekonon kali ni takmo last minute study..nak stick to schedule..bla bla bla. Tapi dah 5x amik exam pun masih sama jugak. Bulan April & October dah menggelabah sebab belum habis cover semua syllabus. Pastu bulan May & Nov tiap hari minum Redbull sebab last minute pulun study. Pagi2 pergi kerja makan panadol sebab sakit kepala tak cukup tidur.
Okay kali ni sebab dah buat entry, kena lah buat betul2. Kalau tak nanti jadi geng 'cakap je lebeyyyyy..buat nya tidak'. Azam untuk cycle kali ini:
- Kurangkan BW, limit sehari 30 minit sahaja.
- Takmo keluar jejalan time lunch break. Nak bawak bekal & makan kat meja sambil study.
- Nak habiskan cover syllabus by end of bulan 3. So bulan 4 & 5 nak focus untuk practise buat soalan (teringat zaman dolu2 cikgu suruh buat kertas soalan tubi sebelum spm..heheee)
- Nak bangun tidur pukul 6am untuk study. Memula nak tulis pukul 5am, tapi tu terlebih ambitious rasanya.
Okay..dah kena stop tulis. Nak kena study! hoho. Kalau ngikut perancangan tak kena repeat paper, May 2013 aku MERDEKA!!! tak sabarnyeeeeee...
Hebatnya azam tu semoga berjaya. Alaaaa.... tapi kalo BW 30 minit je sehawi, bagaimana dengan blog ai? Yu jengah la juga ye. Peace.. hehehe. Maka dgn ini saya nak puji, rajinnya awk study. Saya tentu tak mampu buat smeua tu, sebab saya ini sgt pemalas orgnya.
ReplyDeleteerm...sy pun ada ura2 nak sambung study secara part time macam ni...
ReplyDeletetp tu la bila memikirkan balik...larat ke..mana dengan kerja...nak study lagi... so..sampai sekarang hold dulu...
tp...bak kata pepatah...nak seribu daya...taknak seribu dalih kan...? (^_^)
good luck..!! :)
chaiyork... dlu ada gak azam nak sambung study.. tapi tinggal impian je.. rasa cam tak termampu nak buat plak
ReplyDeletewahhhh... azam yang hebat.. chaiyok2 k..'Semoga berjaya.. :):)
ReplyDeleteCik Sibuk, bagus-bagus.. leh start jadikkan u idola i since Azam u tinggi ;).
ReplyDeleteI pun tengah sanbung study gaks ni. Dok merata, mengira, mencari masa bila lah aku nak study nya. Exam early April ni. Assignment pun deadline, early April gak. Haih~ ni yang risau kalau nak kena travel lagi. Mahu ada yang kena repeat paper kang...
So, kenalah berazam kuat jugak cam u kalau tak nak 'repe pe pe pe peat'...
bagus bagus..good luck!!
ReplyDeleteThose are great resolutions....good luck dear....be firm and strong.
ReplyDeleteDon't be like me ...azam tinggal azam huhuhu...dari zaman undergrad sampailah postgrad nih...It really hard to change for someone like me who can only sit still reading the book for 5 mins only. Now I'm in red critical zone, semput ...Whatever it is just move on ;))..........
good luck akak. Cha yo, cha yo =)
ReplyDeletep/s: comment notify tu bila kita nak komen kat entri blog, ada kena masukkan huruf yang diberikan..
ReplyDeleteTahniah..salute wanita/ibu yg sambung belajar ..perlu semangat yg gigih dan cekal. Ye la macam2 nak kena handle.
ReplyDeleteGood luck sis..:)Kalau pandai membahagi masa..Insyaallah, pasti berjaya:)
ReplyDelete