Pages

15.1.12

Mickey is in da house

Hari ni sambung birthday celebration anak dengan pergi tengok show. Mickey's Music Festival.

Seblom masuk hall kat entrance tu dah tulis, no cameras. Aiseh, camne nak amik gambar ni. Mula-mula dah ingat nak kena amik gambar pakai phone aje. Alih2 dekat dalam dewan tu tengok ramai aje parents yang keluarkan kamera. En Suami kata asalkan tak pasang flash okay kot. Tapi ada jugak masa tengah show ada orang yang snap gambar tak off flash, memang distracting la sebab lampu flash dia terang benderang. Saya pun kategori tak reti bahasa sebab pakai kamera dalam tu, tapi orang yang tak off flash ni lagi teruk. Either dia tak reti pakai kamera, ataupun tak peduli orang keliling.

Last Disney live show yang saya pergi ada kot 10 tahun yang lepas, masa tu masih zaman bujang lagi. Disney on Ice nengok dekat Bukit Jalil. Tak berapa enjoy sebab dapat seat yang jauh di belakang, kena pakai teropong kot kalau nak enjoy. So sebab tu tak ada teringin nak bawak anak2 tengok Disney live shows. Kali ni sebab pikir anak2 lom pernah tengok plus anak2 pun dah besar tu yang try bawak. Kiranya ni 1st Disney live show untuk anak2.

Tunggu show start..
Serabai sungguh rambut anak ai
Show start dengan intro & opening act oleh Mickey, Minnie, Donald & Goofy.
Opening act
Lepas tu Mickey gosok2 magic lamp, keluarlah Genie untuk start Aladdin punya act pulak..

Aladdin joget dekat market
Aladdin selepas buat makeover..dah jadi Prince Ali..dengan Genie & Carpet
Aladdin dating dengan Jasmine sambil berduet nyanyi 'A whole new world'
Lepas kisah Aladdin dah dapat kahwin dengan Princess Jasmine, keluar Sebastian untuk cerita Little Mermaid. Tapi kejap aje lepas tu ada intermission 10 minit untuk bagi can sesapa yang gi visit toilet ke. Ye la dah show kanak2 mesti ada ramai anak2 yang tahan kencing masa tengah tengok show first half tadi. Btw masa show tak digalakkan bangun sebab gelap gulita, kang tersadung handbang yang orang letak kat kaki kang sape nak jawab.

Habis intermission sambung balik cerita Little Mermaid..
Ariel berjoget riang ria bersama Ursula & khadam2nya
Ariel & Prince Eric: Boleh masuk Sehati Berdansa
Ni dorang tengah joget lagu Kiss the Girl
Perhatikan perut Ariel yang agak buncit.
Oh dia ni fit sebab tiap hari joget pun perut ada buncit & kepala lutut besar
Okay, selepas Ariel dah dapat dia punya Prince Eric..tukar masuk cerita Toy Story pulak. Toy Story mana ada lagu2 best (bukan macam movie2 Disney princess kan). So show Toy Story ni gitu2 aje la..tak lah best sangat compared dengan part Aladdin & Little Mermaid.

Woody main getah dengan toy soldier sambil Jessie & BullsEye tunggu turn dorang
Woody baru nak start..so masih zero point
Buzz Lightyear belum join lagi. Buzz mana reti main permainan rakyat cenggini. Dia reti main PS3/Xbox aje..
Dah habis Toy Story..semua watak2 keluar untuk buat closing act..
Tu dia..semua watak utama joget bersama sebagai penutup show.
Oh dan ada 2 backup dancer terselit sama untuk memeriahkan stage..
Okay..babai Mickey & the gang.
Panjang umur kita jumpa lagi..ingat daku dalam doamu.
Muah muah *salam cium pipi*
Ngeheheeee
Show yang sangat entertaining, anak perempuan saya enjoy sangat sebab dia memang suka Little Mermaid & Aladdin. Anak lelaki saya macam tak ada perasaan. Tanya best ke tak, dia jawab macam nak taknak je jawab. Agaknya boys memang kurang minat kot show joget2 nyanyi2 nih. Since dorang enjoy (at least anak pompuan saya memang happy sangat walaupun anak lelaki saya so-so aje), lelain kali kalau ada live show boleh la bawa lagi...
Sesiapa nak join nengok show ni..location-nya di sini..
p/s: abaikan couple yang sibuk inteprem gambar gue

19 comments:

  1. menariknyaaaa kak!
    best gak bawak budak2 ni kan...
    brape entrance fees dia kak?

    ReplyDelete
  2. masa anak2 kecik lagi selalu berangan nak bawak mereka menonton show seperti ini...tapi tak berpeluang.

    ReplyDelete
  3. Cik sibuk, awk tinggal kat obersi ke? Wahhh, kelas kau cik sibukkk... Patut le saya tgk tempat2 yg awk pergi mcm tak tau je kat mana. Contohnya yg funfair siang hari tu. Nnt cerita la lagi ye. Saya ni suka baca kisah org yg dok kat obersi. Sebb nak gi sendiri ntah bila. So, dgr citer org je la.

    *budak lelaki mmg hati kering skit kot. Sbb tu muka keras je kalo bawak pegi tempat2 gini. hihi.

    ReplyDelete
  4. wahhh kat malaysia ni kalau ada kat stadium putra jalil tu pun setahun sekali...lebih kepada "on-ice" tapi thn ni dengarnya dibuat di penang pula

    ReplyDelete
  5. Syoknya bawa anak-anak tempat macam tu.. anak che mid dah besar tuk tengok show mcm tu, tunggu deeja besar sikit lagi kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya diorang tu tk pndai guna kamera kot,sangka baikk...nk amik gambo tmpat gelap,tk nampak apa bayg gambo so pd dia guna jelah flash tu...wallahualam...

      budak lelaki suka tgok citer aksi tkpun ajak gi mancing,main layang2 atau helikopter lah mama :P

      Delete
  6. haku pun teruja nengok ... + teruja tgk gmbr couple last tue sekali ..heh..he.... ;-)

    salam perkenalan .. TQ sudi jengok blog ku yg tak glamer itu ;-)

    ReplyDelete
  7. Saya fikir lebih baik jumpa hantu daripada jumpa orang jahat. Hantu tak ada fizikal, orang jahat ada fizikal. Haha

    ReplyDelete
  8. nampak seronok.. yg penting anak pun enjoykan..

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat tengok show camni..mesti terhibur hati anak-anak..

    ReplyDelete
  10. best banget dapat tengok live show ni. thanks for dropping by my blog :)

    ReplyDelete
  11. Best boleh layan anak2 macam tu. kalau tengok disney live show ni bukan anak2 je seronok mak2 pun seronok jugak.

    ReplyDelete
  12. Bes nya.. AA da ada pegi Sydney dah. Bleh la pegi sana neh.. Cik Sibuk leh bawak jalan2 kan. Hihi.. :D

    ReplyDelete
  13. Wahhhh bezzzzzznyeeee

    ReplyDelete
  14. mokpem happy giler kalau bawa anak2 tmpat cenggini kan..live selalu depe tgk kat TV je

    ReplyDelete
  15. wahhh bestnya...najlaa suka ngan mikimos n minimos hehehe plan balik cuti2 mesia next month pastu nak lajak sket ke HK Disneyland

    ReplyDelete
  16. anak2 mesti suka ni
    dulu penah gi disney on ice..tu pun sbb tiket free :)

    ReplyDelete
  17. @mak encik
    Rega lebih kurang $35 je sorang..

    @Farid
    Bila anak besar pon bole bawak. Seblah kitorang aritu ada 2 orang pompuan ni..umo dah 30 lebih kot. Datang berdua, takde bawak budak2 pun. Tapi seronok dorang, mak aih...ngalahkan budak2..

    @LydSunshine
    Ha..patutnya nka buat lokasi rahsia..tapi susahlah..kang semua tanya kat mana..so kali ni dah gitau betul2.

    @AyuArjuna
    Ha selalu kat stadium bukit jalil kan? kali ni dorang bagi peluang orang penang lak pegi..

    @che mid
    rugi bawak anak kecik, dorang lom paham lagi..

    @Maya Mayana
    Tu la..bersangka baikk..hehehe

    @Nurul Diana
    Tq sudi folow sini..

    @amir aizat
    memang besttt

    @cp
    kalo lemah semangat..jumpa antu dah pengsannn kaluu

    @ctrahani
    ha kalau nengok anak enjoy..kita pun ikut seronok. terus puas ati takde rasa nyesal pegi..

    @salina
    bawak dorang pun sempena cuti sekolah..sian cuti sekolah takde gi holiday memana..

    @lily lotus
    tq sudi singgah sini jugak.. :)

    @JunAina
    ha ada mak pak yang seronok ngalahkan budak2..ye la cam kita ni dah hafal kot semua lagu2 lam cite2 disney tu..so mmg seronok

    @PuanStoberi
    Kita pon suka AA dah fly sini..dapat la balik kg lagi kerap..tapi sian orang2 london & paris..AA dah takde..hehehhe

    @Nana
    Mmg best2..berbaloi2 pegi..

    @AyuJamal
    Nengok tv tak sama best..suasana dia tu kot yang buat jadi best..

    @Lelord
    Dec 2010 kitorang gi disneyland HK..pada pendapat ai, tak best langsung kot. balik dari HK, bulan 1 tu pergi USS pulak. memang ai bagi disneyland HK 3 bintang..USS ai bagi 8 bintang! tapi kena pegi USS masa time bukan cuti sekolah la..kalo tak rasanya kena turun jadik 7 bintang aje..heheh

    @Irfa
    wahha..bestnya dapat tiket free..kalau dapat seat depan2 lagi best..

    ReplyDelete