Pages

27.11.14

My milk bead

Akhirnya! Setelah almost 3 bulan menanti sampai jugak my milk bead. Apa itu milk bead? Bead made from mother’s own breast milk. Some might say euuu what for. That was my hubs response when I told him that I’m thinking of ordering my own breastmilk jewellery. Ah lelaki ni memang tak paham perasaan wanita. Pfft
Walaupun anak dah 3 orang, ni first time I berjaya nyusu anak tanpa supplement dengan susu formula. Anak first..4 bulan je pastu susu pun dah takde. Anak second..3 bulan je. Lepas maternity leave, masuk kerja..lama2 susu pun kering. Since my babies were formula fed I tak terpikir pun nak pam susu kat ofis. Macam leceh je nak kena masuk fridge, pastu time tu pam pun stail pam old fashion. Pam RM30 yang jenis macam hon pon pon mamak jual roti guna. Pam macam nak pengsan, hasilnya 2 oz pun tak sampai. Kalau I pam tiap ari guna pam pon pon tu confirm otot tangan gagah perkasa lepas 3 bulan.
Nyusu badan ni pun trend jugak kot. 10 tahun yang dulu breastfeeding ni tak popular macam sekarang (rasanya la. Ataupun maybe I yang tak urban). Ingat lagi..the first thing the nurse asked me after delivering my babies were..kak, nak bagi susu brand ape ye dekat baby? Tapi zaman sekarang..orang akan pandang slek je dekat mommies yang tak b/feed anak. Siap ada team formula vs b/feeding lagi. For me sukati ko la nak bagi formula ke..nak b/feed ke..anak korang..duit korang..badan korang..lantak ko la nak buat ape pun. Tapi takyah la nak kondem2 pulak orang punya pilihan. Pada pendapat i..yang bestnya b/feeding adalah..takyah cuci botol, takyah bangun katil untuk bancuh susu, takyah ngangkut the whole kitchen sink kalo kluar jalan ngan baby. Perasan tak semua faktor2 kebaikan nyusu badan ni menunjukkan yang ianya sangat sesuai untuk orang yang tak berapa nak rajin. Yeahh. Btw takyah ah cerita khasiat b/feeding vs formula. Mana ada mak yang on purpose taknak bagi the best for their baby. Ada la sebabnya mommies takleh b/feed anak. Ada yang memang badan tak produce susu. Nak buat camne kan. Takkan nak bagi baby kelaparan pulak hanya sebab mak nya gigih nak join group breastfeed mothers kat facebook. Tapi kalau ada mak yang sengaja memang berazam dari zaman pregnant takmo nyusu sebab takut nanti breast ganyut la, nanti body tak cun la..ataupun apa2 alasan yang seangkutan dengannya..itu memang nampak macam kau sangat selfish. Kalau yang macam ni memang patut la dikecam sikit.
Tapi bila compare anak no 3 ni dengan his older siblings..ada jugak penatnya b/feeding ni. Baby nak berkeeepittttt duapulohempat jam ngan mak dia. Lagi satu bila dia nangis je, semua orang cakap..baby nak susu la tu. Hoi dia baru lepas minum la. Korang ingat nak senang je kan. Sebab malas nak layan baby..terus cakap baby nak susu. Grrr. 
Banyak dugaan perit merit ranjau duri tajam menikam kalbu masa nak establish feeding dengan baby. Orang cakap tak cukup susu la, baby lapar kot sebab asyik nangis, susu badan tak bagus..tak cukup lemak sebab tu baby tak kenyang. Mencabar minda jiwa & raga sungguh. Masa tengah pantang memang keje google breastfeeding infos & join parenting forums. Sampai rasa macam kalau nak tukar career nak je aku jadi lactation consultant. Pam sampai ada 3 bijik. S2 as my main pump, M1 as my backup pump and a manual pump as my double backup pump. Gila obsess dengan b/feeding. I’d be upset if people leave the fridge/freezer door open as I’m afraid that the EBM would go bad. A few times jugak la konflik dengan hubs over the fridge. Download app & record daily milk output. Stressed out kalau hari ni susu tak semeriah semalam. Tak makan mint filled chocolates sebab orang cakap mint boleh kurangkan susu. Gigih minum air longan, horlicks, milo sebab orang cakap boleh tambah susu. Takde la jugak susu bertambah lepas makan semua benda tu. Tu masa awal2 la. Sekarang dah takde pantang semua bedal.

Insulated bag tempat simpan pam susu kat ofis. Comel sangat kot.
But without my midwife Alyssea & CHN Martina’s support..memang dah give up kot. They had to convince me that I can do it. But at the same time not to put blame on myself if unable to continue. Katanya whatever decision you make it’s the best for you and the baby. Lepas tu bila I sedih nangis cakap yang hasil pam tak sebanyak yang disangkakan (blame it on the pumping mothers who post photos of their freezer full of EBM)..komen mereka; not everyone is born to be bessy the cow! Well said.
And also without hubs support pun agaknya my b/feeding journey wouldn’t have exceeded past the 6 months mark. Before abis maternity leave ada tanya dia taknak beli ke susu formula as backup. Simpan satu tin dalam almari. Just in case tak dapat pam enough milk to feed the baby during the day while I’m away at work. Hubs cakap tak payah dulu. Tak tau la either time tu dia genuinely takmo sebab nak make sure I stick to my b/feeding goal..ataupun sebab dia malas nak gi kedai/malas nak kluarkan duit beli susu. Sebab kalau dah ada susu tin dalam rumah..konfirm mesti bancuh jugak susu. Lagi2 time baby nangis tgh malam takmo stop.
Sekarang baby dah nak masuk 1 tahun, I am still b/feeding my son. I still express milk at the office, but down to only 1 pumping session. My little man latches on to me when I am at home. During the day he eats his food & drink his milk from a sippy cup. To date no formula milk has passed his lips. Original plan kalau dapat nyusu 6 bulan pun dah kira sukses. Lepas tu tukar my goal to 9 months. Sekarang dahnak masuk 12 bulan & still going strong ni dah kira bonus. Ni lagi 2 minggu baby dah boleh minum fresh milk, so maybe dah boleh stop expressing & bagi susu direct aje whenever I’m with him. Sedih jugak ni nanti bila satu hari baby dah takmo nyusu badan..ataupun bila tetiba badan dah stop produce susu. So sebab tu la I order the milk bead. As a keepsake to commemorate my breastfeeding journey. A journey that would one day come to an end (hopefully not too soon)..sobs

My milk bead on my Pandora bracelet


NOTA KAKI:

Btw kepada sesape yg berminat nak tempah milk jewellery ni..boleh survey kat sini. Ada banyak design tapi I pilih milk bead since I kumpul Pandora charms. Btw my Pandora bracelet theme rojak. Its a memory bracelet. So memang tak akan symmetry ataupun ada colour theme.
Ada jugak US based seller..in my opinion they offer better designs tapi ni 1 year waiting period! Pengsan kau nak tunggu siap.



 

5 comments:

  1. Apa ni? APa ni? Jadikan susu badan sebagai bead? Cemana nak buat? Kena order ke? Ni excited ni. heheh. Over pun ye jgk.

    Tahniah ye sebab dah setahun masih bf ur son. Rezeki anak2 ni kita tak tau kan? Skrg ni, anak saya dah nak masuk 2 tahun. Masih bf. Tapi dah campur dgn fm. Kat umah, je bf. Bila fikir2, nnt dah sapihkan dia, sedih plak kalau dia dah tak nyusu.

    ReplyDelete
  2. Okje mmg menyusukan tiga tiga anak tu sampai 2 tahun, yg keciklah kot paling lama sebab mmg plan tak mo adik dah......rasanya cecah 4 tahun kot....Syukurlah susu mmg byk...tp bila tiba tang no 3 , susu dah tak payah pam ....faktor umur pun ye kot masa tu dah umur 31 tahun....

    Ohhh cantiknya pandora... entah bila nak dapat huhu

    ReplyDelete
  3. susu badan pun leh buat jewellery? first time dengar 0.0

    ReplyDelete