Pages

13.11.14

Less is more

Blog ciksibuk selama ni takde hala tuju. Blog hentam. Blog rojak. Blog konsep sukahati aku la nak tulis apa. Tak ada tema sedondon. So sekarang dah ada light bulb moment, nak buat blog yang ada tema. Sebab malas nak bukak blog baru so continue je la guna blog yang lama. So sekarang blog ciksibuk ni nak lebih positif. Biar orang baca terus ter-motivated. Gitteww. Genre blog ciksibuk sekarang adalah blog motivasi. Walaupun saya ni kategori pessimist, ada hati juga nak buat blog motivasi. Maybe dengan cara ni boleh memotivasikan diri saya sendiri. Aminnnn..
 
So apakah yang menyebabkan perubahan ni berlaku? Bulan lepas pindah rumah. Pindah rumah kena la kemas semua barang. Bila tengok barang2 yang sedia ada..omak aiiii..apesal banyak giler barang aku ni. Pulak tu sekarang downgrade daripada rumah besar pindah masuk rumah kecik. So banyak barang kena let go. Oohh..mula2 rajin la list barang dekat ebay/gumtree..konon2 dapat la make some money. Tapi kesudahannya banyak giler barang yang buang masuk tong sampah sebab dah tak sanggup nak manage barang yang nak kena jual. Sekarang ni bukan pikir membazir buang barang tu..tapi memikirkan berapa banyak $$$$$ habis selama ni beli barang2 yang menyemakkan almari. So azam baru aku..untuk jadik MINIMALIST. 
 
Apa tu minimalist? Less is more. So blog ciksibuk sekarang ni akan menceritakan saya punya life journey untuk berubah daripada orang yang suka membazir macam syaitonnirajim..berubah kepada less clutter, frugal lifestyle, no unnecessary spending, how to live a simple life gituu. Kepala tak pening pikir mana duit gaji aku pergi hujung bulan balance tinggal $20..ataupun balik keje stress tengok rumah macam tongkang bawang sebab banyak sangat barang sepah2.
 
Ok..panjangnya intro. Sampai 3 perenggan gitu. Cikgu kat skolah dulu ajar intro 1 perenggan aje. 1 perenggan kata2 pendahuluan, lepas tu isi kandungan, dan diakhiri dengan 1 perenggan kata penutup. Kan?
 
Ok..moving on to isi kandungan entry hari ini…
 
Aritu masa pindah berhelai2 baju buang macam tu aje. Ada baju  yang pakai sekali dua aje. Ada yang tak pernah pakai masih ber-price tag lagi. Biasa la..pergi sale..nampak ada 60% discount. Cantik tak cantik tu belakang kira, yang penting murah.  Ooohh..kena beli ni. Rugi kalau tak beli. Sebab tamak kan? Orang tamak kan selalu untung. Balik rumah tengok ala..macam tak cantik pulak. Ataupun ala..ketat pulak. Takpe, nanti bila perut dah slim boleh la pakai. Fast forward 3 tahun..perut masih buncit, peha masih lebar..baju tu terperuk dalam almari tak pernah pakai sebab bila pakai nampak macam sarung nangka. Ooh..skang baru aku tau knape aritu baju tu 60% diskaun. Sebenarnya baju tu hodoh sebab tu takde sape beli masa in-season, tu yang dorang jual bagi big discount untuk habiskan stok. Dan sebab ada orang yang tamak macam aku ni ingatkan dapat good bargain beli cepat2 padahal tak sesuai pun dengan empunya badan. Hmm..
 
Bila assess semua baju aku..aku terpaksa mengaku yang aku ni memang typical wanita. Baju berhelai2. Aku pun tatau kenapa aku sampai ada 6 helai jeans. Ok la, satu tu skinny jeans, satu lagi boot cut, tapi sampai 3 helai straight leg jeans? Dah la cuci jeans sebulan sekali pun tak tentu. Cuci jeans bila busuk ataupun tertembus period ataupun kalau hujan so kaki jeans basah. Tapi untuk sampai ada berhelai2 spare jeans? What was I thinking? Pergi kerja pakai jeans, tapi ada jugak beberapa helai work pants. Kenapa dulu aku beli work pants sampai satu kaler each pun tak tahu sebab pakai jarang2 agaknya sebulan sekali aje kot. Sama macam baju. Cardigan hitam 2 helai, cardigan kelabu 3 helai. Tu belum lagi campur cardigan kaler coklat, purple, putih, hijau,  etc  What for? Balik2 kang pakai yang sama aje. Baju blouse/shirt takyah citer la. Memang betul kawan syaitonirrajim betul la.
 
So sekarang aku dah pakai sistem baru. Ooh..mula2 sebelum implement sistem baru ni aku dah declare awal2. Tak akan beli baju, beg, kasut selama setahun. At least setahun ok! Baju semua gantung dalam almari. Sepender takyah gantung..spender boleh masuk laci. So sistem ni hanya diamalkan untuk baju sahaja. Spender tak kisah sebab aku tak colour coordinate baju aku dengan spender. Pergi keje pakai jeans..so kalau pakai spender belang belang atau polka dot pun orang tak nampak. Lain la kalau orang pakai work pants..takleh pakai spender merah kalau pakai sluar kaler putih. 
 


Ok..berbalik kepada sistem gantung baju. So apa baju yang first in line..aku akan pakai untuk hari tu. Kalau baju tu aku amik pastu aku tengok tak lawa ke, senteng ke, sendat ke, longgar ke, pudar ke, kat ketiak bau masam ke, bau kepam ke, aku akan masukkan dalam satu kotak ni. Tiap2 hari sabtu..kotak tu aku kosongkan. Baju dalam kotak tu either  donate atau buang. Yang penting..takleh simpan lagi dalam rumah. Pastu bila dah lepas cuci baju..masa nak simpan tu..gantung & letak dekat the other end of the line. So kiranya aku akan rotate semua baju yang ada..dan either akan pakai atau buang baju. Kalau tak sebelum ni every week asyik la pakai baju yang sama (sebab akan capai baju yang depan mata aje). Pastu asyik la pikir I don’t have anything to wear. So dengan sistem baru ni..takat ni dah 2 minggu lom habis pun lagi rotate semua baju. Perhh..giler banyak baju aku sebenarnya.
 
Takat ni dah 2 minggu berlalu since  start resolusi baru takmo beli barang. I’ve stayed away from shopping malls & online stores. Depan ofis ni shopping mall baru renovate..sekarang dah ada H&M, Zara, Uniklo. Seberang jalan je dari ofis.Giler bangga aku sampai skang lom jejak kaki lagi dalam kedai2 tu. Tera gilerrrr. Besday aku aritu banyak dapat discount coupons/vouchers tapi I’m proud of myself. Tak terjebak ok! Satu je yang aku utalise. Dapat voucher bonds $10 pastu website dia free shipping. So beli la sehelai sluar untuk baby rega $8. Ada balance $2 boleh utalise. Sort barang2 dekat website tu by price. Paling murah, spender $5 (discounted original price $10). Tempted nak beli sebab pikir oohh kena topup $3 aje, plus pikir jimat banyak tu sebab original price $10. Tapi syaitonnirrajim tak menang hari tu. Sebab aku nak stick to my new resolution. Less is more. Aku dah ada cukup spender dalam laci to last me 2 weeks (without doing the laundry). Yeahhh!
 
So kesimpulan dari entry hari ini. You can do it! Jom join saya untuk menjadi minimalist. Less is more. Betul tak? Mesti la betul kalau kau cakap salah maknanya kau ni kawan syaitonnirajim. Kan? Perghh..mantap giler aku punya closing statement. ZZZzzz..

2 comments:

  1. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  2. Hai. Bab sale 60% tu kita serupa la.. huhuhu

    Setiap 1 tahun sVs akan bawak balik kampung nenek baju,bag dll utk diagihkan pada mereka yg kurang berkemampuan. Seronok tengok dia orang gembira.

    ReplyDelete