Pages

18.5.15

Susu jagung

Rasa terpanggil untuk tulis post ni lepas tengok gambar blogger famous dekat Instagram. Dia letak gambar hasil perahan susu, dan ada sorang follower dia tulis komen suruh pump sebanyak mungkin time pantang, katanya suruh buat stok banyak2 simpan dalam freezer.
Taknak komen banyak2 bab orang letak gambar susu dekat laman social. Orang cakap tak elok, menimbulkan riak la, nanti orang lelaki dok membayangkan breast sedang dipam la, etc. Isunya sekarang pasal komen orang suruh pam lah sebanyak mungkin time pantang untuk buat stok dalam freezer tu. Btw bukan isu pun, Cuma aku je yang rasa terpanggil nak menulis.
Ok, nombor satu..korang tau tak sebenarnya tak elok sangat pam2 susu time awal2 pantang ni. Pengeluaran susu ni based on supply and demand. Kalau korang lepas bersalin je dah pam bagai nak rak, nanti boobies korang ingat korang ni bersalin anak kembar. Boobies ni pandai, dia akan regulate pengeluaran susu based on demand. Tapi ada jugak orang yang perlu untuk pam awal. Sebab ada orang yang dia takleh stimulate susu untuk keluar. Ataupun baby dia yang premature, atau yang tak pandai nak minum susu direct feed, ataupun yang baby tongue tied. So perlukan pam awal2 lepas bersalin. Tapi untuk mak2 yang normal ni, yang boobie boleh menghasilkan susu secara normal, yang baby boleh latch dan hisap susu secara natural..takyah la pam bagai awal2 ni.
Banyak yang tulis wah congrats hasil susu meriah. Ingat bagus sangat ke susu keluar meriah tak berpada2? Ingat orang under-supply je ada masalah? Kalau over-supply susu pun problem jugak. Antara masalah yang boleh timbul kalau terlebih produce susu; baby kang minum pun tersedak2. Kang dia tak selesa minum..pastu mak2 ni ingat latching problem etc. Pastu terus supplement dengan formula. Ataupun sebab banyak sangat susu sampai boobie bengkak, kalau tak manage awal2 lagi teruk sampai kena mastisis. 
Isu kedua yang aku tak paham..korang pam2 bagai nak rak ni nak buat ape susu banyak2 tu? Lagi2 untuk yang stay at home mothers ni. Ataupun mak2 yang konfirm2 pukul 6 petang dah sampai rumah boleh direct feed baby. Betul la bagus ada stok susu, tapi takyah la sampai bergelen2 susu korang simpan dalam stok. Ye betul, masa anak dekat taska/nurseri time tu la bagi susu pam. Tapi takkan la sampai berliter2 susu nak buat stok. Kalau korang start pantang dah pam...untuk yang keje gomen ni bulan ke 4 la kann masuk kerja. Konsep susu frozen ni first in first out kann? So maknanya kat nursery nanti baby akan minum susu yang dipam masa dia umur seminggu? Bila baby umur 6 bulan silap2 dia masih lagi minum susu yang kena pam masa dia umur 2 bulan. Susu badan kann berubah2 mengikut pembesaran baby. So tak ke macam tak sesuai kalau baby umur 7 bulan minum susu yang dipam masa dia umur 3 bulan (contohnya la). Dan jugak, tak ke lagi bagus bagi susu fresh dekat baby. Contoh susu fresh adalah susu yang pam ari Ahad, untuk bagi baby minum hari Isnin. Takat simpan dalam fridge, takyah masuk freezer.
Ni pendapat aku la:
  1. Kalau nak pam tu biar berpada2 la. Rasanya tak perlu nak kena beli freezer khas bagai untuk bagi stok susu sampai 25 litres at one time. Kecuali la kalau freezer korang ni bau hanyir ikan ke, ataupun banyak sangat barang sampai dah tak muat langsung benda lain. Kalau itu la sebabnya…pegi la rajin sikit cuci freezer & jangan la asyik simpan lauk tak abis dalam freezer pastu tak pernah makan.
  2. Takyah la pam susu time awal2 pantang. Boleh pam sikit hanya untuk relieve bengkak susu. Tunggu supply susu dah established, baru la start pam susu.
 
Aku bukan jeles atau hasad dengki kat korang2 yang ada se-freezer penuh susu. Lantak korang la kan nak bayar extra electricity bill untuk run the second freezer. Ataupun sukati korang la nak bersengkang mata gigih pam susu time pantang untuk nak buat stok. Cuma aku rasa ramai orang yang tak tau benda ni sebab aku dulu pun sama jugak. Hanya sebab tengok orang post kat facebook stok susu banyak, aku pun ingat oohhh nanti baby dah bersalin nak kena stock up banyak2. 
 
Aku punya cara; tiap hari dekat ofis pam untuk baby minum besok. Takyah simpan dalam freezer, masuk fridge aje. At the end of the week, simpan susu yang lebih dalam freezer.  Lepas pantang ada lebe kurang 8oz stok susu dalam freezer. Masa baby umur 4 bulan aku tengok daripada 8oz tu terus jadik ber oz-oz. Itu pun last2 ada yang buang aje..sebab bila masa baby nak minum frozen milk tu? Dekat rumah dah direct feed. Kalau keluar shopping pun bagi susu direct feed jugak. Ingat best ke bila suami asyik tanya; awak nak buat ape ngan susu banyak2 dalam freezer tu? Itu aku bukan ada 25litre susu tau. Tu ciput je stok lebihan susu fresh yang baby tak abis minum bila dah hujung minggu. Nasib baik aku tak mintak suami beli freezer khas untuk stok susu. Kalau tak lagi boring nak kena jawab soalan awak nak buat ape dengan susu banyak2 tu?
 
Ye boleh nak pam susu simpan stok bergelen2. Kalau kau kerja slalu travel, selalu nak kena tinggalkan baby. Ye kalau macam tu memang la perlu ada stok banyak sikit kalau takat 8oz mana cukup kan baby nak minum. Ataupun untuk orang yang paranoid takut kang tetiba sakit ke kena masuk spital pastu takleh bagi susu kat baby. Ye betul, mungkin akan ada scenario camtu. Tapi kalau untuk kita2 ni mak yang kerja 9-5..takde kena travel bagai..rasanya tak perlu la bagi nasihat suruh pam banyak2 time pantang pastu siap suruh beli deep chest freezer lagi. 
 
But each to its own. Ni aku cakap je. Semoga semua mak2 berjaya dan happy dengan whatever life choices yang mereka pilih. Aku bukan anti breastfeeding ke ape ok. Cuma nak bagitau je, pengalaman dan pendapat aku. Aku ni bukan lactation consultant ke hape. Tapi boring jugak bila baca/dengar orang2 yang jugak bukan lactation consultant bagi nasihat2 kat new/expectant mothers macam dorang pulak yang trained specialist. Gitu.
Untuk menyelaraskan tajuk post dengan post..ni la rupa susu jagung yang di copy paste dari google. Susu coklat, strawberi dan jagung. Sini kalau susu kaler kuning tu perisa pisang. Buwek. Minum konfirm nak muntah. Tak pandai dorang ni. Buat la perisa jagung macam kat mesia. T-T



3 comments:

  1. NGape susu perisa pisang boleh jadi kuning cenggitu?

    Aku setuju sgt le dgn pendapat ko ni. Susu badan yg dah frozen tu, walaupun menurut pakar, boleh bertahan sampai 3 bulan, tp rasa dia dah tak sedap. Aku pernah try. Mmg betul2 tak sedap yg tahap nak muntah. Lagi satu, buat apa nak pam pastu bekukan, then pam yang baru, bekukan lagi pastu esoknya bagi kat anak, susu yg dah di pam 2 minggu lepas. Nutrisi ah hilang dah oii.

    ReplyDelete
  2. Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete