Walaupun kurus (ehem..self proclaim), tapi saya masuk kategori orang yang tak fit. Ofis tingkat 3, tapi jarang2 naik tangga. Nak turun dari tingat 3 pergi tingkat 1 pun naik lif. Kalau ada fire drill memang tercungap2 turun/naik tangga 3 tingkat. Dekat meja ada flask besar, ada mug besar. Sebab malas nak ulang alik pergi pantry isik air. Tak suka munim air banyak sebab malas nak jalan pergi toilet. I have my own cookie jar..sebab malas nak jalan pergi amik ofis punya biskut dekat cubicle sebelah.
So bila pindah rumah baru..tengok google map..dari rumah pergi ofis..option jalan kaki 20 minit, naik bas 10 minit.
It’s a no brainer, being a typical Malaysian I’d have to choose the malas version..naik bas la beb! Gila kau nak jalan kaki..pastu nanti ketiak becak, muka peluh2 berkilat, pastu kulit makin hitam, baju bau masam, penat sampai kaki nak tercabut, etc. Lepas 3 hari pergi balik kerja naik bas..borak dengan ofis mate. Dia cakap apesal tak try jalan. Masa tu baru realise yang aku bayar almost $5 sehari bazir duit naik bas. Well $4.60 to be exact. Member cakap $4.60 tu kalau dah seminggu $23. Kalau sebulan $92. Kalau setahun? Kalau bertahun2? Haish
So since hari ni Friday dan takde mood nak buat kerja aku pun buat simple spreadsheet untuk kira berapa ringgit boleh save dengan jalan kaki gi ofis. Plus aku guna excel so kalau bos lalu nampak la macam buat legit work.
Hah! Kalau mengikut perhitungan simple di bawah, kalo aku invest duit tu dalam ASB..lepas 7 tahun bole beli keta myvi cash! Kalau tak beli kereta pun dah boleh guna duit tu untuk kawinkan anak. My oh my..
The same thing boleh apply dekat korang yang tiap hari nak kena minum teh o ais time makan nasik campur. Aku tatau la berapa rega teh o ais zaman skang..sebab kalau balik msia pon laki aku yang bayar aku order aje. Google cakap rega teh o ais RM1.50. So kalau sehari ko spend RM1.50, seminggu RM7.50. Sebulan RM30. Setahun RM360. Lima tahun? Sepuloh tahun?
Tu kalau sehari order segelas je teh o ais. Kalau dua gelas? Kalau bergelas2? Order air kosong je sudah. Pastu balik ofis gi la bancuh teh sendiri. Kot aku ni memang pemalas tapi bila tengok jumlah $$$ yang boleh save..jadik la rajin sikit. Kot kalau malas nak bancuh air pun gi la minum air kosong. Pelik betul aku orang yang senantiasa nak kena minum air yang ada kaler ni. Dah la nak kena minum air berperisa sahaja..air kosong langsung takmo sentuh. Mesti tak best kan kalau pegi buat urine test kat klinik pastu korang punya air kencing kaler kuning. Nak2 yang kaler kuning pekat macam air cordial perisa jagung tu. Kesian tau kakak receptionist kat klinik tu nak kena tengok/pegang air kencing korang yang kaler kuning pekat tu. Haish.
So pengajaran daripada kisah tauladan hari ni adalah..do cut back whenever/wherever you can. Banyak benda kot boleh cut back. Isap rokok. Beli jajan. Beli air sirap/the/kopi/coke. Beli pisang goreng tiap petang. Sikit2 lama2 jadik bukit. Bila jadik bukit lama2 jadik gunung. Tak gittewww..
Sebagai penutup tatapilah gambar permandangan saya setiap hari pergi balik kerja. Nak gi kerja shortcut rentas thru university campus. So terasa la diri ni muda sikit, macam student gitu. Btw sebagai informasi tambahan..pergi kerja jalan dia turun bukit..so ok la sikit…slow and steady je jalan. Tapi balik kerja..oomakaii..macam nak terkentut nak kena jalan daki bukit. Tapi lepas 3 bulan pasti mantap otot2 kaki aku. Pasni tak semput dah naik tangga 3 tingkat. Zzzzz..
Bagusnya junior ai ni hihi...boleh jadi bos kalau macam ni...senang nak buat budget company haha....
ReplyDeleteKat mana tu CS...