Pages

3.7.15

Kenapa nama anak saya bukan Lut

Nama anak ni la satu benda yang parents spend masa paling lama untuk pikir & decide. Ye la, nama tu akan kekal sepanjang hayat anak. Nama tu yang kita akan guna untuk panggil anak, dan untuk orang lain panggil anak kita. Saya dah berpengalaman sebab dapat nama yang maknanya kurang bagus. Kesian parents saya takde sape bagi nasihat. Katanya arwah nenek saya ngajar agama/ngaji kat kampung..so patutnya dia boleh la cakap kan nama tu makna tak berapa bagus. Tapi entah la maybe parents saya tak pernah consult orang sebelum letak nama anak. 
Apa nama saya? Tak payah la sebut nama penuh. Nama dirahsiakan gitu. Tapi di dalam nama tu ada nama wati. Yang orang kata kalau ejaan dalam jawi menggunakan ‘ta’..nama saya tiada makna. Tetapi kalau eja menggunakan huruf ‘tdho’ katanya bermaksuh bersetubuh. Hmm. Tahun 1978 belum ada internet..so parents saya tak mungkin boleh google makna nama anak. Dan juga tahun 1978 belum ada Facebook dan juga whatsapp..so tak ada lagi orang share post tajuk ‘nama-nama dilarang dalam islam’. Buku nama2 indah dalam islam? Entah la maybe dorang tak terfikir kot nak check.
Pengalaman masa sekolah la yang paling tak best. Masa kelas agama tingkatan 4, ustazah bukak topic pasal nama-nama dalam islam. Ada a few budak perempuan boleh angkat tangan tanya ustazah apa makna nama Wati. Memang bitchy sangat kan? 
Pulak tu the other half of my name pun tak berapa best. Sebab macam nama omputih. Kalau muka cun macam omputih takpe jugak. Ni orang dengar nama dah mesti bayangkan muka mix kokesen..alih2 jumpa muka jawa pulak. Kalau jawa kulit putih cun tak ape jugak (almaklumlah orang melayu kan suka puji orang kulit putih sahaja..kalau pompuan kulit gelap ni kategori kasta bawahan gitu). Takpe lah. Nak amik ati aku cakap kulit aku kategori kulit hitam manis. 
So sepanjang zaman muda remaja, saya tak pernah suka nama saya. Orang cakap kenapa tak pergi naik mahkamah pergi tukar nama. Nak tukar nama jadik ape pulak. Dah seumur hidup saya dikenali dan dipanggil dengan nama xyzabc123 (nama dirahsiakan). Tetiba nak tukar nama pulak. Pastu kang takut lak parents sedih dorang dah bagi nama kita pergi naik mahkamah tukar pulak. 
Berbalik kepada nama Lut. Masa pregnant anak nombor 1..suami dah prepare 2 nama. Hud Abbas & Lut Affan. Kekonon masa tu berangan nak dapat twins. Memang berangan semata sebab dalam family tak ada keturunan kembar. So chances nak dapat kembar tu memang lah tipis. Anak kedua pulak perempuan. So nama Lut tu tak dapat la nak digunapakai. Lama jugak mencuba untuk pregnant..tak pregnant2 pulak. Sampai dah give up & cakap ala sayangnya tak boleh nak guna nama Lut. 9 tahun kemudian..pregnant anak ke-3. Boy pulak tu. So memang dah rilek la takyah nak pening pikir nama lagi. Sebab dah ada nama yang dah simpan 10 tahun. 
Baby overdue. Masa baby 41 minggu pergi rumah kenalan keluarga yang berbangsa Lebanese. Makan barbeque. Sambil makan dorang tanya anak nanti nama apa. Bila sebut Lut, dorang pun terus cakap kalau boleh jangan bagi nama Lut. Kitorang pun heran la..sebab Lut kan nama nabi. Dorang bukak cerita pasal kaum Nabi Lut. Ye memang dah tau cerita pasal LBGT masa zaman tu. Tapi tu kan cerita pasal kaum dia. Apa pulak kena mengena dengan nama nabi Lut pulak. Mereka cakap kalau dalam Quran memang kita belajar yang Nabi Lut diuji dengan kisah kaum nya yang LGBT. Tetapi kalau mengikut agama kristian pulak, mereka percaya yang ada insiden dimana Nabi Lut berkerlakuan tidak senonoh (which I won’t write sebab itu bukan apa yang tertulis di dalam Quran). So katanya kalau letak nama anak Lut, nanti orang associate dengan insiden tak elok tu. Saya cakap tapi kat Malaysia nama Lut ni common jugak. Pastu dorang cakap kalau kat Malaysia tu takpe kot. Sebab majoriti orang Islam. Tapi kalau macam kitorang yang besarkan anak di negara bukan islam ni..se-eloknya cari la nama lain. Bukan tak boleh guna nama Lut tapi dikhuathiri nanti bila anak besar jadi bahan ejekan oleh orang2 yang percaya pada cerita ajaran lagi satu tu. Hmm terus la terflashback masa saya kat sekolah bila orang tanya ustazah apa makna nama Wati. Tak best kot kalau benda yang sama jadik dekat anak kita. So menggaru la kepala balik nak memikir apa la nak letak nama anak. 
Bila dah habis cuti bersalin masuk balik ofis. Kawan yang berugama islam berbangsa Turkish tanya apa nama anak. Padahal masa pregnant dah bagitau dah nak letak nama Lut. Bila cakap tukar nama..tak jadi letak Lut (dan sebab2 nya). Dia baru la nak bukak mulut cakap masa pregnant tu pun dia dah rasa pelik kenapa nak letak nama anak Lut. Katanya setahu dia orang tak letak nama anak Lut sebab tu la..kisah LGBT tu. Tapi dia takmo cakap apa2 sebab takut kang terasa pulak. But she said that she’s glad I’ve chosen a different name.
Saya rasa benda ni fated lah jugak. Kalau baby tak overdue. Takde la pergi makan dekat rumah orang tu. Kalau tak pergi rumah orang tu tak tau lah cerita pasal nama anak. Kalau baby keluar awal or on time, dah nama anak kita Lut. Btw I still think nama Lut ni tak ada apa. Nama nabi kan. Takkan la nama nabi tak elok pulak. Cumanya bila orang dah bagi nasihat macam tu..tak best dah la kan kalau still nak letak nama anak Lut jugak.
Sekarang ni pregnant anak no 4 pulak. Kalau baby boy lagi..pening kepala nak pikir apa nak letak nama anak. Habis modal dah. Hoho.
Wow panjangnya mengarang. Btw post ini bukan untuk membuatkan ibu2 yang dah menamakan anak mereka Lut untuk kot menyesal alamak bagi nama anak tak best. As I said before, there’s nothing wrong with the name. Nama nabi kan. Apa pulak nama nabi tak elok. Cumanya selama ni saya pun tak tahu pasal ada persepsi bangsa lain (yang juga beragama Islam) pasal letak nama anak Lut. Dan jugak tak sangka nama Lut ada potensi untuk dijadikan bahan ejekan oleh orang agama lain. So sekadar berkongsi cerita. Sekian. Terima kasih.
 

2 comments:

  1. HUhu nama anak aku Luth. Lam Wau Tho.

    Ada juga baca gambaran tentang nabi Luth ni kat internet. Apa yang agama kristian anggap tentang nabi Luth. Katanya sumbang mahram ke mcm gitu la. Tapi masa tu dah terbagi nama tu. Lagipun dalam Al Quran cuma ada kisah yang baik-baik je tentang nabi Luth, so kira okay la kot. Tapi kalo diikutkan, semua nabi-nabi yang kita sanjung dan puja ada version lain menurut pandangan org yg mengamalkan kitab-kitab terdahulu, yang takpasti kesohehan nya. Nabi sulaiman pun ada beribu-ribu isteri. Pendek kata, nabi-nabi semua ada dosa besar di mata mereka.

    Dah peknen anak ke empat dah ke cik sibuk? Tahniah ye.

    ReplyDelete