Pages

4.2.12

Let the magic begin!

Siapa tera sila teka tu tagline cerita apa? Err takde hadiah, tapi kalau dapat jawab betul boleh give yourself a pat on the back dan berbangga sebab anda memang peminat HP nombor 1. Cayaa lah..boleh geng dengan somi saya yang nengok cerita DH2 pon boleh sedih sebak sebab dah habis lepas ni tak dapat lagi nengok HP kat wayang. tahapehapekan? :p

Last Sunday pergi tengok HP exhibition. Bukan pameran barang komputer Hewlett Packard, tapi pameran Harry Potter. Wah memang bebetul gigih study nih, busy betul dah masuk seminggu baru berkesempatan nak buat entry. Hoho..

Harryy Pottahhhhh

Exhibition yang dah start since November tapi ni baru sekarang teringat nak pergi. Best ke? Boleh la..biasa2 aje. Dapat tengok costume & props yang dorang guna masa buat cerita Harry Potter. Yang tak best sebab dalam tu takleh amik gambar, so takat nengok2 pastu habiskan duit dekat gift shop aje. Kedekut betul dorang ni, nak amik gambar pun tak bagi. Bukan luak pun exhibition dorang kalau kita amik gambar..

Flying Ford Anglia
Satu2nya gambar HP yang ada..
tu pun sebab ni kat luar exhibition.
Sebelum masuk exhibition dorang amik gambar sesorang (ataupun sefamily), bila habis exhibition kang boleh beli. Hmm...iyo yo aje photographer tu bagi thumbs up lepas amik gambar. Ingatkan cun la muka memasing. Bila dah print tu hanya muka budak2 yang elok makanya takyah lah membazir $40 beli gambar tu.

Lepas amik gambar masuk dalam. Oohh..ada acara Sorting Hat. Dorang panggil la volunteer. Nasib semua adult reti bahasa, tak ada orang tua yang excited angkat tangan nak jadi volunteer naik kerusi. Macam biasa la, bila tanya nak masuk rumah mana..semua cakap nak masuk Gryffindor. Bosan ah. Tapi ada sorang jawab nak masuk Slytherin. Baru la best sikit. Anak2 ai macam biasa la, malu berbudi bahasa dok diam aje tak reti nak angkat tangan jadi volunteer. Apsal la dorang ni penyegan betul, dah rugi tak dapat try pakai sorting hat.

Lepas tu gerak lalu tepi Hogwarts Express pastu baru masuk exhibition hall. Dalam tu ada la semua prop yang dorang guna masa berlakon cerita HP. Tapi sebab takleh amik gambar bosan sikit lah. Plus anak2 pun dah mengada2 suruh cepat sebab dorang bukan minat nak tengok exhibition. Yang dorang minat nak pergi gift shop aje.

Masuk gift shop, ha amik ko..mahal gedabak semua barang. Ada ke Marauder's Map harga $50. Lain lah kalau peta tu memang boleh gerak2 macam dalam wayang kan. Pastu wand dorang jual $60. Macam tempted jugak nak beli sebab wand dia cantik, solid, macam wand yang HP & the gang pakai lam wayang..bukan macam wand HP yang jual kat ToysRus. Tapi dipikir2, nak buat ape pulak dengan wand tu..nak pamerkan bukannya ai ada display cabinet kat rumah. Nak frame? Buat leceh je nak kena hantar pergi kedai frame. Kang last2 terperuk lam almari aje.

Kecederaan di gift shop..
Pandai dorang ni tak bagi kita amik gambar..
so bila masuk gift shop terjebak la beli souvenir sebab nak jadi kenangan, dah gambar kenangan takde
Dan souvenir yang paling best..

Ai tak sanggup nak try makan..so suruh anak2 try rasa..
Dorang masuk mulut, buat muka, pastu ludah keluar yang perisa earwax & vomit..hahaha
Overall biasa2 aje la..tapi okay juga la pergi, buat jadi pengalaman. Kata peminat HP nombor 1. Hoho

8 comments:

  1. Kak Azie langsung tak pernah tengok HP. Beli novel pun untuk anak saja. Tapi anak-anak tak pernah miss satu pun siri filem ni. Semua depa layan.

    Rugi la masuk exhibition tapi tak leh amik gambar, kan?

    ReplyDelete
  2. Haa...ada perisa tutti fruitti jugak... huhuhu :D

    ReplyDelete
  3. ehehehehe mmg x penah tgk pun harry potter

    ReplyDelete
  4. Ooo.I takde la minat sangat HP. Layan gak lar.hehe.

    ReplyDelete
  5. awesome.
    Amazing.
    itu perkataan terbaik utk HP. harry porter.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya...! Macam-macam exhibition ada kan?

    p/s: Ada entry khas untuk cik sibuk..come and have a look ye?

    http://secukuprasasebuahcerita.blogspot.com/2012/02/cik-sibuk.html

    ReplyDelete
  7. whoaaa..bestnya dapat pergi hp exhibition..XD
    saya peminat harry potter jugak! teehee~

    ReplyDelete