credit auntie yahoo images |
Tapi harganya..omak aiii..mahal bebenau. Lagipun bukannya saya ada banyak jewellery nak simpan. Kalau ada banyak jewellery macam dalam gambar tu, memang macam dah boleh bukak kedai. Jewellery yang saya nak simpan sikit aje, takat untuk pakai hari2 gi ofis..
Dan pernah beli yang cenggini..
credit uncle gugel images |
Yang ni lagi la hampeh. Beli sebab nampak comell aje..letak bracelet sebijik terus tumbang doll ni. Maybe kalau doll stand yang mahal agaknya elok kot..tapi sebab beli yang jenama petaling street, memang perabih duit aje la.
Meja di bilik saya memang semak mata memandang sebab balik kerja terus letak jam, cincin, etc sepah2 atas tu..makanya harus lah mencari cara untuk simpan semua barang2 saya dengan cara yang lebih efisyen. Disebabkan saya kedekut nak spend $150 beli almari macam kat atas tu so semalam dengan menggunakan bantuan gugel saya cari la cara macam mana nak buat sendiri jewellery organiser..dan hasilnya..tadaaaa..saya persembahkan cara2 membuat jewellery holder/organiser anda sendiri..cecehh..ayat memang kena poyos sikit..
Bahan-bahannya:
1) Frame gambar - Fesen/stail mengikut citarasa memasing. Saya pilih frame yang agak2 cukup panjang untuk rantai. Disebabkan pakai tudung makanya rantai saya pun semua panjang2..sebab tu la takleh simpan jewellery dalam kotak, habis berselirat semua.
2) Thumb tack / Wall hook - Kalau takde, hentam pakai paku pun bolehhh..
Pilih frame kaler putih sebab kekonon ada hati nak cat frame tu bila balik rumah.. |
Cara buat:
1) Remove kaca frame. Sila terus simpan/buang elok2 okay. Jangan jadi bijak pandai macam saya, sebab teruja sangat buat benda ni, tak pergi terus buang cermin frame tu..pergi taruk 'sekejap' dekat atas karpet. Lepas tu bila bangun lupa ada cermin tu..terus pijak. Nasib tak luka kaki..
2) Letak thumb tack ataupun hook dekat frame tu mengikut sukahati anda lah
3) Gantung frame dekat dinding
4) Dah siap..sekarang boleh start gantung akseksori anda dengan senang hati..
Mode malas melanda..nak cat frame kekonon..dalam mimpi bole la.. |
Nota kaki: Kalau gugel dorang rekmen suh beli corkscrew/pin board pastu suh letak dekat frame tu. So senang la nak letak thumbtack. Tapi sebab corkscrew board pun dah harga $18..memang tak dapekk la..so instead of pakai thumbtack, saya pakai wall hook aje. Jadiklaaa..asal boleh gantung tu kira okay lah...
So sekarang dah tak ada lagi sepah2..pastu senang bila cleaner datang rumah angkat aje frame tu simpan dalam almari. Memang sangat sesuwaii untuk orang yang selalu sepah2 barang & pemalas macam saya...
Kalau nak tengok contoh2 frame organiser ni..sila la gugel 'jewellery frame organiser'. Cantik sangat kot yang omputih buat. Sebab ai ni tak berapa kreatif (campur pemalas) orangnya..terus ai punya nampak macam projek budak sekolah rendah..hoho
Terimakasih berkongsi idea..nampak menawan
ReplyDeletetakde jewellery..so takat keronsang tu campak dalam bakul je :)
ReplyDeletewah memang nampak organize. ok sangat dah tu
ReplyDeletePatut le lama senyap. Rupa2nya buat j.organizer. Heheh. Kreatif jugak ni. Dan seronok kan dpt buat sendiri. Rasa puas hati dan ada juga bangga skit.
ReplyDeletekreatif gak u nie sis...
ReplyDeletegood idea nie...
thx for sharing...
cantik..
ReplyDeleteidea yang baik..
I pun teringin nak buat gak ler. Atau pun beli yang dah ready made sbb malas/tak reti buat.
ReplyDeleteI pun balik keja bersepah gak barang2...e.g brooch, watch, cincin etc...etc.
ini tuanpunya sahih byk jewelleries ni...hehe...:)
ReplyDeletewaaa... mekasih share. ada gak idea mana nak simpan ..
ReplyDeletegood idea ni leh cuba nnti.. :)
ReplyDeleteSalam. Menawan, tertawan, dan saya ingin berkawan. Tkasih
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, terima kasih. Suka D.I.Y. frame gantung ni. studioous.blogspot.com/
ReplyDelete