Pages

14.8.12

Tutorial: DIY lip tint

Dah frust tertipu dengan Lush punya lip tint, saya berusaha untuk buat own lip tint. Guna bahan2 natural, takde chemical, takde pengawet.

Btw saya punya bibir sangat sensitif. Tak boleh pakai sebarangan lipstick. Nanti ada allergic reaction. Orang suggest Clinique sebab kekonon allergy tested. Dah try, masih gak allergic. Tgk ingredient list..omak ai banyak nya bahan kimia. Bukan je lipstick, lip tint & lip balm pun ada yang buat bibir ku gatal2, kering, mengelupas, bengkak..ada time kalau teruk sangat reaction sampai ada crust pastu berair (bukan berair leleh ailiorr pepagi okay..).

Ok..balik kepada tutorial hari ini.

Bahan2 yang diperlukan:
  • Vegetable glycerin - 1 sudu
  • Berries atau delima - beberapa biji, sila adjust kalau nak kaler pekat banyak la sikit guna. Kita guna berries sebab ada dalam fridge malas nak gi kedai beli delima.
  • Distilled water - 1 sudu. Cari kat kedai tak jumpa yang ada alkaline water je. Tak kisah la asal bukan guna air paip atau air jamban.



Cara-cara:
Hancurkan berries pakai sudu.
Campur glicerin.
Campur air.
Gaul2.
Siap!

Hasil lenyekan..dah banyak kali practice lenyek menyelek.
Dedulu gue rajin lenyek kentang nak wat bergedil.
Tapis & simpan dalam bekas. Cari kat kedai tak jumpa bekas kecik yang sesuai. Pegi reject shop beli lip gloss $2.50 pastu cuci & recycle. Tapi bagus bekas ni..jenis ada roller tu. Ala, macam jenis botol orang jual perfume atau minyak atar calit kat wrist tu. Kiranya kalo simpan lit tint lam botol cenggini ni takde la masalah leleh lam handbag. Pastu nak apply pun senang, cam benetint tu kan macam nail polish, tumpah kalo..abis nanti beg cap ayam gue kaler merah. Haip. 

End product. Perghh..macam beli kat kedai.


Jumlah ongkosnya:
  • Glycerin: $3.40 untuk sebotol 100ml. Boleh guna untuk produce berbotol2 lip tint.
  • Berries: foc - cilok anak nye berries dalam fridge. Tapi kalau nak beli pun rega lam $5 je untuk 500gm.
  • Alkaline water - $2.30 sebotol 600ml.
  • Botol isik lip tint: $2.50

Murahhhh kannn..lagi murah dari benetint wa cakap luuu..dan yang paling penting, bibir takde allergic reaction. Ni baru la leh cakap kissable berry lips. Chewahhhhhhh..



 
Botol recycle - guna botol lip gloss beli kat reject shop.

 
Btw ni ingredient list lip gloss reject shop tu. Ayat 'MAY CONTAIN' tu yang takleh blah.
Bayangkan parents skang suka bagi anak2 dara skolah rendah main mekap2 pakai lipstick murah beli kat kedai cina deret hujung rega $2..tah brapa banyak bahan kimia ada lam tu. Budak2 bukan reti..dah calit kat bibir, pastu jilat2 bibir..ish
ooh lipstick mahal2 brand glamer2 pun ingredient list dia lebe kurang cenggini gak. Tapi instead of made in China, lipstick yang mahal tu made in Paris ataupun made in USA (ataupun memana negara lain yang lagi glamer dari negara asia). Tu pasal mahal lebih sikit..ngeheeee


9 comments:

  1. tumpang tanya, glicerin & alkaline water beli di mana? TQ

    ReplyDelete
  2. Tak basi ke nanti buah beri tu? Ataupun glicerin tu fungsi dia untuk kasi tahan lama? Vahjivah vajivahvavah.... buat lip tint sndiri. Mmg cemerlang.

    ReplyDelete
  3. fuhh kalo aa chesue rajin mcm ni..coz my lips pun sensitif..dia pilih bodyshop je..hok lain dia ngelupas! stress..

    ReplyDelete
  4. Tak lama lagi boleh bisness lip tint! Jadi tokey...very kreatif...

    ReplyDelete
  5. Tumpang tanya dan harap dijawab,kat mane beli vegetable glycerin and alkaline water tu??

    ReplyDelete
  6. Vegetable glycerin tu beli kat mna.?

    ReplyDelete
  7. Hi saya jual bahan-bahan lipbalm 019-5079197

    ReplyDelete
  8. Hi saya jual bahan-bahan lipbalm 019-5079197

    ReplyDelete