Pages

1.8.12

Slip Slop Slap Seek Slide

Aritu kat satu forum ni ada orang post link ke artikel pasal sun damage. Tajuk artikel tu 'You will surely want sunscreen after seeing this man's face'.

Gambar pemandu lori yang dah bawak lori 28 tahun. Belah kiri lagi exposed kepada matahari.
Gila weh, sebelah muka nampak tua giler.
Ooh..lepas tu terus lah google cari the best sunscreen untuk pakai. Sebelum ni memang ada pakai sunscreen, tapi tak brapa serius. Ada hari pakai, ada hari skip, ada hari harapkan moisturiser yang ada spf aje.

Masa baru2 datang sini, ada pernah tanya satu akak yang buat phd ni. Tanya dia pakaikan tak sunscreen dekat anak2 dia (sebab dekat sekolah anak2 saya cikgu2 asyik la suruh pakai sunscreen). Dia cakap yang dia tak pernah pakai sunscreen & juga tak pakaikan dekat anak2 sebab katanya bila pakai nanti muka jadi hitam & kita ni orang kulit gelap tak kena kanser kulit, bukan macam kulit orang putih yang senang kena kanser. Hmm..

Hasil kajian saya di google ada cakap yang tak kisah la kulit putih ke, hitam ke, olive ke, pink ke..sesapa pun ada risiko kena skin cancer kalau tak protect diri dari matahari. Beza orang putih & kita ni cuma dorang senang kena sunburn, tapi kita ni jenis berjemur lama2 pun kengkadang kulit takde efek apa, tera betul kulit melayu ni eh, macam kulit biawak kebalnya. Walaupun tak terbakar, lepas tengok gambar pakcik lori tu, still takmo pakai sunscreen? Ni bukan pasal kulit terbakar ke tak, tapi jugak pasal apa kesan terlebih exposed dekat matahari. Nanti kulit jadi kering, dan jugak kedut2. Nak jadik macam pakcik lori tu?!?

Tentang sunscreen:
  • Ada 2 jenis, chemical sunscreen & physical sunscreen. Dan ada jugak sunscreen yang jenis combination chemical & physical sunscreen. Yang mana lagi bagus? Ada orang yang prefer physical sunscreen, ye la..lagi satu tu nama pun chemical. Macam takut je nak guna. Benda ni ikut preference orang, physical sunscreen jenis yang putih melepak kalau pakai, so ada yang tak suka.
  • Berapa banyak nak pakai? Disarankan 1/2 tespoon untuk muka. Sebab tu kengkadang takat pakai moisturiser ada spf ni betul ke cukup untuk protection dari matahari? Berapa banyak yang korang tepek kat muka untuk bagi cukup protection?
  • Jangan lupa letak kat telinga & leher (untuk yang tak bertudung), lengan & tangan sekali.
  • Sebab takleh nak pakai sunscreen dekat mata (jangan buat kerja gila ok), so disarankan pakai cermin mata hitam untuk protect area mata. Pakai la sunnies (yang ada UV protection) bila keluar rumah ataupun masa tengah drive. Tapi tolong jangan jadi orang jakun pakai sunnies dalam bangunan. Tu buruk sangat ok, tak kisah la korang ni rupa cun/hot macam mana pun, terus tak hot ok bila pakai sunnies dalam mall.
  • Make sure cleanse muka betul2 kalau pakai sunscreen. Setengah jenis sunscreen kena pakai makeup remover untuk betul2 buang sunscreen tu dari muka. Macam saya double cleanse aje dah ok dah. Tapi kalau cleanse sekali aje, memang tak hilang sunscreen tu semua.
  • Macam mana nak tau dah hilang semua sunscreen? Lepas cuci muka, tengok cermin. Kalau titis air kat muka tu macam bulat, tu muka lom cukup bersin. Ala, bulat macam kalau kita titis air kat pinggan berminyak. Kan air tu bulat aje. Cam gitu la. Paham tak? Btw ni buat masa muka masih basah lepas cuci muka tu. Kalau dah lap pastu baru nak tengok cermin, tu memang buang karan aje la.
Tapi jangan lak terlampau obses takmo kena matahari langsung. Jangan pulak celik2 mata aje terus tepek sunscreen satu badan & muka. Kita nak jugak dapat sikit matahari untuk vitamin D. So lam 2 kali seminggu tu sambil jirus pokok takyah la pakai sunscreen. Tapi ni assume yang kita jirus pokok stail express (5-10 minit) dan juga jirus pokok pukul 8am bukan masa tengah hari bangkang.

Okay, pengajaran entry ni adalah, sila jaga & sayang kulit anda dengan protect kulit dari matahari. Zaman sekarang dunia pun dahnak kiamat terik matahari ni lain macam sikit. Kalo kat sini ada kempen slip slop slap seek slide. So boleh la kita tiru..huhu

Slip on a shirt, Slop on the sunscreen, Slap on a hat, Seek shade, Slide on some sunnies.

1 comment:

  1. Pantun last skali tu langsung tak faham. Nampak sangat ke benaknya.

    Eh, camtu skali eh efek kena matahari? Ini sudah bahaya. Tapi nak pakai sunscreen mcm suatu 'kerajinan' je. Abihs cemana.

    ReplyDelete