Pages

7.8.12

Read the label!

Saya sangat obses dengan produk2 yang natural & organic. Hampir semua produk yang saya tepek kat muka & badan brand yang orang tak pernah dengar, sebab brand2 popular ni semua penuh bahan kimia. Buat masa ni produk yang ada brand saya pakai cuma sunscreen shiseido sebab tu sunscreen yang katanya terbaik di pasaran. Dan jugak perfume, tu saya pakai perfume ada brand sebab nak wangi. Heheeee.

Aritu jejalan kat mall ternampak kiosk LUSH. Tagline Lush adalah 'Fresh Handmade Cosmetics'. So agak teruja la nak try sebab mcm natural product dan jugak sebab ada yang bagi good review. Dan jugak sebab brand ni popular la jugak..kira nak glamer la sikit pakai produk yang popular, asyik2 la pakai brand cap ayam nak gak pakai yang glamer. So terjebak la beli gel sabun & lip tint.


Sebab teruja sangat, dan2 kat situ terus pakai lip tint yang baru beli tu. Mula2 pakai ok, kaler cantik, bau sedap..mmg puas ati la sebab kaler dia dapat kaver bibir ku yang kaler gelap. Malam tu pakai lagi sebab gi kluar buka puasa. Pastu bibir dah rasa semacam. Bibir dah start gatal2 dan kering. Tengok ingredient list, aisehhhhh...ada bahan kimia!!! Ada paraben..natural produk apa kebenda ni.. Pastu tengok sabun tu pulak. Ada jugak paraben, dan jugak ada SLS!!!! Mangkuk ayun betul la.



Skang lip tint mmg dah takleh guna, sebab saya mmg allergic dengan most lip products. Brand yang saya ok cuma Burt Bees aje. Sabun tu nasib beli yg kecik, walaupun tak suka sebab ada SLS tapi continue aje la sbb takde reaction apa2 kat kulit. Tapi masih tak puas ati jugak la, ye la..memang rasa tertipu padahal salah diri sendiri sebab pandai sangat tak baca ingredient list seblom beli.

Pengajaran nya...baca ingredient list seblum beli. Dan yang paling penting jangan terpedaya dengan marketing gimmick. Hampeh nye Lush..mangkuk hayun harem jadeyyyyyyy...

Nota kaki: Btw sabun gel tu bau tak best okay. Kat kedai macam best, bau blackcurrent..tapi bila dah lepas mandi..bilik air bau macam public toilet. buek.

Ni ingredient list yang diragui: Methylparaben, Titanium Dioxide, Benzyl Benzoate, Sodium Laureth Sulfate

4 comments:

  1. i like burts bee! thins one look menarik je

    ReplyDelete
  2. Ooo.. kata organic tapi ada bahan kimia jugeks ye. Ini tidak adil. Saya kalo beli sabun ke kosmetic tak penah pun tgk ingredients. Melampaukan? Patut le kulit kerapu semacam je.

    ReplyDelete
  3. Susah nak carik barang yang betul2 organik nih. Kalau ada pun mesti ada jugak chemical dalam sukatan yg minimum.

    ReplyDelete
  4. Salam, terjumpa blog ni masa meng-google "vitamix". saya juga mengamalkan juice sayur dan buah setiap hari. kalau minat "healthy lifestyle" jemputlah ke facebook page kami Carbo Rehab. Maklumat kesihatan juga ada di www.colonrevolution.wordpress.com. tk

    ReplyDelete