Pages

30.7.12

Ada apa dengan rupa?

Ape pasal la sekarang ni semua orang sangat obses nak sangat kulit putih, cerah, glowing, etc ni? Bukak aje la mana-mana forum kecantikan, bersepah iklan produk. Memang sekarang ni kalau ada teringin nak kaya raya, sila la buat bisnes jual produk kecantikan. Sure ramai perempuan-perempuan berebut nak try beli produk yang korang jual.
Saya sejak kecik memang hitam. Paling hitam antara adik beradik. Memang dekat sekolah tak ada peminat pun. Dah la rupa pun tak cun, hitam pulak tu. Tapi nak buat macam mana, dah mak pak tak putih, memang magik la kalau tetiba saya ni putih melepak pulak. Memang menyampah, budak-budak yang glamer memang yang putih, walaupun muka penuh jerawat. Tapi takpe, asalkan putih. Tu dorang paanggil jerawat pemanis. Chait. Okay la, nak sedapkan hati selalu la cakap sesame geng2  yang tak putih ni..’ala, dorang tu harapkan kulit aje putih. Cuba bayangkan dorang hitam, mesti tak lawa langsung. Tapi cuba bayangkan kita ni putih..mesti lagi cun dari dorang’. Ya saya mengaku tu memang ayat seorang loser (seperti saya).
Tapi sekarang saya dah belajar untuk accept yang saya memang dilahirkan hitam. Dan takde apa masalah kot dapat kulit kaler macam ni. Walaupun saya tak boleh pakai baju raya kaler shocking pink ataupun neon yellow mahupun hijau flourecent..tak apa la. Tak heran pun. Boleh aje pakai baju kaler lain yang sesuai dengan kaler kulit saya. Walaupun saya bukan yang paling cun dikalangan kawan2, tak ape la. Walaupun tak cun tapi at least muka takde penuh kawah2 kesan jerawat ataupun muka penuh jerawat batu.
Berbalik kepada produk2 kecantikan tu. Sekarang ni antara yang popular adalah collagen. Tak kisah la krim kolagen ke, air kolagen ke, serbuk kolagen ke..semua orang teruja nak try produk kolagen. Katanya kalau nak kulit gebu, montoks, cantik bak bontot baby..boleh la try produk kolagen ni. Semua orang obses dengan nak kulit glowing, nak kulit macam patung porcelin. Memang betul, ada banyak testimoni  yang kata kalau consume kolagen ni 3 hari pastu terus muka jadi putih, cerah, glowing, cantik bersinar2 macam pakai mekap bla bla bla. Terasa seperti muda kembali, kulit tegang, anjal, macam anak dara bla bla bla. Ooohh…saya pun teruja dengar. Macam hampir nak terjebak pun ada jugak. Ye la, sape taknak beb..nanti bila somi gue cium pipi terasa kelembutannya macam dia cium bontot baby. Perghh..
TAAPIII..bila nengok harganya..omak aiii. Mahal bebenau. RM250 untuk stok makan 3-4 minggu. Gila babas. Pulak tu bila ditanya apa jadi kalau stop makan kolagen? Jawapannya adalah nanti kembali kepada keadaan kulit yang asal. Kusam, kuyu, tak bermaya, no more Johnson baby punya kulit tapi tukar balik jadi macam kulit bontot orang tua ganyut. Oopps. Alamak, makanya gue kena commit untuk berbelanja RM250 sebulan seumo hidup?! Err..tak pe la. Tima kasih aje la. Sementara masih muda remaja lagi ni, nak guna cara lain la nak dapat kulit bontot baby ni. Bak kata ada seorang forumer ni di satu thread review kolagen. Katanya consume kolagen ni ibarat bagi penduduk kampong roti. Tapi instead of makan kolagen, apa kata kita makan makanan yang produce kolagen, tu ibarat bagi penduduk kampong tu benih & baja..so boleh produce makanan sendiri.  Err bole paham ke? Aku baca sendiri pun macam tak paham. Bunyik macam buduh aje bila dah translate dalam BM kan. Jap, gue copy paste versi English, kasik terang sikit:
Drinking collagen is kind of like feeding a starving village with bread only. Giving your body what it needs to produce collagen is like supplying that same village with water, seeds and sunshine to ensure they will keep producing what they need (Quoted dari forum omputih).
Err mampos aku kena lahar dengan penjual2 kolagen. Mesti dorang kata, dah tua..dah takleh produce kolagen sendiri sebab tu kena makan supplement. Tapi ai muda remaja lagi..umo baru sweet 18 (nota: bukan umur sebenar). Hihihiiiii. Tak apa la, sementara ai muda lagi, nak try guna cara orang dulu2. Makan makanan berkhasiat & senaman. Bila dah tua kang dan bila aku dah kaya raya baru la berani nak commit beli kolagen. Takmo la kang hari ni orang puji kata waaa, semenjak makan kolagen ni..cantik nya kulit hang. Tapi tahun depan tetiba lak orang kata..ish kenapa tetiba lepas kompeni tak jadi bagi bonus tahun ni terus kulit hang nampak tua nooo (kes dah takde duit nak beli kolagen).

So nak makan ape untuk produce kolagen? Banyak giler superfoods yang elok untuk kulit. Blueberry, raspberry, capsicum, spinach, almonds, avocado..memacam la. Stop makan junk food, stop makan processed food. Makan fresh produce.
Sebagai contoh, lepas ni nak kena masak untuk buka puasa. Menu hari ini grilled salmon dengan mushroom soup. Instead of pemalas guna sup Campbell dalam tin aje, apa kata buat sendiri dari scratch. Konfirm tak ada bahan pengawet. Gila merepek kalau sup dalam tin kata tak ada bahan awet tapi expiry date lagi 2 tahun.
Homemade Cream of Mushroom Soup
Bahan-bahan:
8 biji fresh cup mushroom (saiz sedang2)
½ bawang kuning besar, hiris
1 -2 ulas bawang putih, hiris
2 sudu besar butter
2 -3 sudu besar tepung
2 cawan stok ayam
1 cawan cream atau 1 cawan susu ideal (oh, dalam ni mungkin ada bahan pengawet..kalau terer cari la bahan substitute yang takde pengawet)
1/2 sudu teh garam - sila guna sea salt..lagi sihat ok
1/4 sudu teh pepper

Cara-cara:
  1. Potong/hiris 5 biji cendawan (potong kasar2 aje).
  2. Panaskan butter, masukkan bawang, bawang putih & mushroom. Masak sampai bawang lembut.
  3. Masukkan 2 sudu tepung, gaul.
  4. Masukkan stok ayam. Pindahkan ke dalam blender, blend sampai hancur (sebab tu bawang & mushroom takyah potong halus2, sebab nak blend). Lepas dah siap blend pindahkan balik ke periuk & sambung masak guna api perlahan.
  5. Potong kecik-kecik  the remaining 3 biji cendawan. Masukkan lam sup tu. Sambung masak sampai mendidih. Jangan lupa godak2 kalau tak dia hangus jangan salahkan resepi.
  6. Masukkan cream/susu. Tambah garam & pepper secukup rasa. Kalau rasa cair sangat, boleh tambah tepung. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air.
  7. Sekian terima kasih.
Err..gambar mushroom soup nye nampak sipi2 je.
Menu buka puasa versi tamak haloba: Grilled salmon, dill mustard sauce, bbq chicken & sliced avocado.
Yummmmmm

30.5.12

Kepada yang berkenaan sila stop.

Kepada siapa2 yang dekat ofis suka buat kerja sambil cakap sorang2..sila stop. Ni bukan zaman tadika baca buku kena sebut bagi orang lain dengar. Dah tua ni takkan la masih tak reti nak fikir/baca dalam hati..diam2 sudah laa. Annoying okay. Sangat menjengkelkan, kita yang duduk sebelah ni sama sakit jiwa macam dengar bunyi orang makan tak tutup mulut.

Sekian, terima kasih.

13.5.12

Happy happy joy joy

Tajuk entry ni ditujukan kepada bestpren saya merangkap hero dan juga suami saya. Happy Birthday to you..happy birthday to you..lalalala..hip hip hooray! hip hip hooray! okay besday kali ni takde hadiah, so kang besday i, pun i tak mintak hadiah orait. Err patut lagu tu happy belated birthday sebab besday dia dah lepas, tapi cuba bayangkan nak nyanyi 'happy belated birthday to u..happy belated birthday to u...', kan ke susah nak nyanyi nye..kena nyanyi lelaju untuk nak bagi semua perkataan muat dalam tune lagu tu. Tak paham? Err takpe la biar saya sahaja yang faham. Biarlah rahsia. Lalala..melalut jadi lagu Siti pulak.

Dan juga happy mothers day kepada diri saya sendiri. Terima kasih. Okay hadiah mothers day untuk diri sendiri dah beli. Ye pakai duit sendiri juga. Nak buat camne, anak2 kecik2 lagi..nak kena tunggu lagi 15 tahun la baru leh dapat real hadiah dari anak2  :(


Dah lama usha nak beli glass kettle..guna mothers day alasan nak beli..
So sekarang semakin rajin jerang air, sebab best tengok air mendidih dalam ni..ngeheheee
 Okay, nak pergi buat kerja. Hari jumaat satu hari membazir pergi site. Besok ada meeting lom siap prepare semua report lagi. Patut kena bayar overtime ni. Tak suka kena buat keje time weekend. Benci. Nyampah. I don't like. Bertentangan dengan etika kerja gue masuk pul 9am balik kerja sharp2 pukul 5pm  :(

Hahhaa...syok sendiri tengok muka gue lam gambar ni
Tera jugak gue touch-up gambar
:p
Eh sebelum start buat kerja nak cari episod 10 bunga bunga cinta dah ada lom. Tak sabar nak tengok apa jadi dekat sofea yang kurang cerdik tu..camne la gue dah terjebak nengok cerita ni..kengkadang tak masuk akal pun ada watak sofea tu..macam orang duduk dalam gua kekdahnye...

Akhir kata..sila tatap gambar profiterole yang gue makan aritu..perghh..sedapp..kalau rajin dah lama gue carik resepi pastu try buat sendiri. Tapi sebab malas, tengok balik gambar pun jadikla...


Sedap sehingga menjilat sudu
Betul..wa tatak bohong sama lu olang..

8.5.12

Ada apa pada nama?

Haritu bukak forum cari..ada thread pasal Que baru dapat anak, namakan anak Tengku Cleopatra. Omak-ai...glamer sungguh nama. Tapi sebab mak pak nye artis, makanya tak berapa nak heran la nama anak pun glamer macam bintang filem. Tak berapa sure apa makna nama Cleopatra, most probably takde makna la, sebab bukan nama Islam. Tapi Cleopatra ni bukan salah satu firaun ke?


Gambar hiasan dari Google
Nama anak ni macam ikut trend pun ada. Ada satu time tu, ramai baby nama Daniel. Ni masa awal tahun 2000 tak silap. Tah dorang ni berkenan Isma Daniel agaknye? hehee. Zaman dulu senang aje rasanya mak pak bagi nama anak. Kalo tak takkan la ramai je orang2 tua nama Isnin, Khamis, Jumaat, Melur, Tanjung, Mawar. Zaman sekarang pulak kesian mak pak punya la nak bagi the perfect name untuk anak2, sampai nama terlebih canggih sampai tok nek pon tergeliat lidah nak nyebut nama cucu.

Saya pun tergolong dalam kategori nak nama anak best, nak bagi nama islam yang ada makna yang indah, sebab pengalaman diri saya sendiri. Nama saya punya la tak best sampai dedulu ada terpikir nak naik court gi tukar nama. Tah apesal la mak pak saya pegi letak nama saya yang ni. Tapi takkan nak salahkan mak pak lak..zaman saya lahir pon manade lagi internet so mak saya tak dapat nak mengugel makna nama saya. Dan jugak time tu takde orang forward2 email seperti 'nama2 anak jin' ataupun 'nama2 tak digalakkan dalam islam'. Plus saya tengok cousin2 saya pon nama tah hape2..so bole bayangkan la time tu memang agaknya semua orang takde modal bagi nama anak best2.

Saya dulu masa keje kat PJ ada sorang ofismate..dia namakan anak dia Noah. Saya tanya, apsal tak letak nama Nuh? Dia cakap Noah tu Nuh la. Ye la..aku tau la Noah tu Nuh. Aku pon reti cakap english kan. Tapi Noah tu nama dalam Bible. Kenapa tak letak Nuh macam dalam Quran? Lepas tu camne nak eja Noah kalau dalam jawi? Kan sonang kalau Nuh dah terang2 ada ejaan dia siap2 lam jawi. Dia cakap kalau Noah senang, nanti kalau anak dia pi obersea takde tergeliat lidah omputih nak nyebut nama anak dia. Ooohhh...gitu kee? Alah pedulik ape omputih nak reti sebut ke tak. Takkan sebab nama aku bukan nama omputih, kang lecturer tak suka aku? Bagi markah kurang hanya sebab nama tak cukup internasional? Tapi ni takde la gi sebut kat ofismate tu. Takat ngomel lam hati aje la. Kang aku cakap, dia jawab balik apesal ko sibukkkk? Anak aku kannn..bukan anak ngkooo. Err..tak sibuk, tapi saje je nak gitau. Bukan ke lagi bagus kalau Nuh, melambangkan nama orang islam (sebab dari Quran). Instead if Noah..dimana nama tu dari Bible. Sama la macam Harun jadi Aaron, ataupun Yaakub jadi Jacob.

Saya suka nama anak2 saya (of course la semua parents pun suka nama anak sendiri..dah dorang yang bagi). Nama anak2 saya senang dan simple. Takde masalah cikgu nak nyebut lam kelas. Dan juga takde masalah nak ngeja. Kesian cikgu2 zaman sekarang, nak nyebut nama murid..Puteri Aleysha Batrisyha ataupun Aaron Zaccherry Mikhael ataupun Daneesh Fareed Achmal. Omak-aiii..bukan je nama canggih..spelling pon nak kena canggih jugak. Btw tu baru nama anak, lom lagi tambah nama ayah kat belakang tu. Bayangkan lagi 30 tahun...nama anak2 dorang lak cam gini..Nur Maryshia Danniyya binti Aaron Zaccherry Mikhael. Haaaa...amik ko. Memang pengsan kalau pengantin lelaki nak sebut time akad nikah. Ni agaknya orang zaman sekarang dah terlebih baca buku2 cerita Ahadiat Akasha ni kot..kalau lam buku tu nama watak semua canggih2, muka semua pan-asian, semua anak orang kaya, semua habis uni aje terus kerja dengan daddy, rumah besar ada swimming pool..tapi yang paling tak boleh tahan..dalam buku tu bila ada dialong dalam english, apesal semuanye broken english..grammar hancusss..rasa macam nak sorok bawah meja pun ada sebab malu bila baca. Okay, pecah rahsia..saya suka baca novel melayu bila time cuti balik msia..heheeeee. Eehh..lari dari topic pulak.

Teringat mana sekolah dulu, ada senior ni nama Anak bt Karim. Rilek okay parents dia bagi nama anak dorang 'Anak'. Adik bradik dia pon nama sempoi2 aje. Takde glamer lelebih. Tapi akak ni muka cun, fofular kat skolah. So nama tak glamer pon..tetap glamer. Err lagi ok cam gini kot. Cuba bayangkan..dengar nama Aminah, tapi bila jumpa..perghhh..cun gilerrrrr. Tapi tetiba bila jumpa Aleecha Batrysha...ingatkan nak jumpa pan-asian. Alih2..muka melayu habis. Bukan melayu wan zaleha che radzi ataupun melayu rozita che wan okay...tapi melayu boyan yang dekat plaza metro kajang tu..adehhhhhhh